Tuesday 11 December 2012

sumpah tak sama 27

Hilman turun dengan wajah yang sebal setelah tangannya sakit dikilas oleh Pa'an.Habis segala sumpahan dikeluarkan dari mulutnya yang berbisa itu.Kedua ibu bapanya yang sedang duduk diruang tamu langsung tidak dihiraukannya.
"Kenapa dengan tangan kamu tu Man?Dari tadi papa tengok kamu urut je tangan tu?Terseliuh ke?"Soalan dari Tan Sri Zakaria menyedarkan Hilman dari lamunannya.Tubuhnya pantas dihempas kuat ke sofa tanda dia sedang kebengangan.
"Nothing papa...tadi masa nak turun bawah tadi Man terlanggar pintu bilik,tu yang sakit ni."Hilman berbohong dengan tidak memberitahu kebenarannya kerana malulah dia jika diberitahu si isteri telah mengilas tangannya sehingga dia kesakitan dan sudah pastinya perkara itu akan berlarutan.Lagipun hilanglah macho dia nanti.
"Kamu ni clumsy sangat...kamu jangan selalu macam ni Man,tak lama lagi kamu dah nak ada anak.Mama tak nak nanti bila Fatin dah bersalin kamu buat lagi perangai cuai macam ni."Wajah Hilman yang tadinya sudah jernih tatkala melihat cucur udang kegemarannya kembali monyok bila nama Pa'an disebut.
"Come on mama...takkanlah terlanggar pintu sikit je pun mama dah nak membebel dengan Man."Entah sempat baca Bismillah atau tidak terus sahaja cucur udang itu disumbatkan ke dalam mulutnya.
"Banyaklah kamu punya come on...isteri kamu mana?"Hampir tersedak Hilman dibuatnya pabila si adik datang dari belakang dan menepuk bahunya.Tangannya pantas mencapai air teh yang telah dihulurkan oleh papanya.Orang tua itu hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak-anaknya yang tidak pernah berubah bila berjumpa.
"Adik nak bunuh abang ya?"Merah muka Hilman memarahi Fariza yang dengan selambanya duduk disebelah Puan Sri Faridah.
"Abang ni..tu pun nak kecoh ke?Hidup je lagi adik tengok..tulah makan tak baca Bismillah,tulah padahnya."Seperti tahu-tahu sahaja Fariza telah mengenakannya sekali lagi,terus terdiam Hilman pabila teringatkan kerakusannnya nanti.
"Dah..jangan nak main-main lagi,kamu berdua bukannya kecil lagi.Hah Man..bini kamu mana?"Puan Sri Faridah terus bertanya tentang menantu kesayangannya kepada Hilman,hatinya tidak puas selagi si menantu tidak menunjukkan diri.
"Mama ni..dia tengah solat Isya' tadi...mama dah tak ada nama lain ke nak ditanya?Macam kami ni tak wujud je dalam rumah ni.."Walaupun perlahan tetapi tetap didengari oleh mereka semua.Tan Sri Zakaria tersenyum mendengar luahan ketidak puasan hati anaknya itu.
"Abang cemburu mama...eiyy..dah nak ada anak pun manja lagi dengan mama."Hilman hanya menjeling si adik pabila handsetnya berbunyi tanda ada mesej yang masuk.Barulah kini bibirnya terukir dengan senyuman setelah mendapat mesej dari kekasih tersayang.Siapa lagi kalau bukan Annisa.



p/s: sori lame x update...no time skang ni...ni pon boley kasi sikit je...jangan marah eh..kdang2 idea hilang terus n mood pon terbang bebas je...peace!!!

Saturday 27 October 2012

SUMPAH TAK SAMA 26

Setelah pulang daripada membeli-belah bersama ibu mertua dan adik iparnya,Pa'an merebahkan badannya sebentar di atas katil.Penat sungguh dia hari ini dan dalam masa yang sama dia terasa menyesal pula membuat cadangan untuk keluar.
"Mampuslah aku kalau mangkuk tu mengamuk nanti.Apa yang aku nak jawab entah."Pa'an mengeluh berat mengenangkan Hilman yang akan balik sekejap sahaja lagi.Pasti dia akan mengamuk pabila mengetahui mamanya telah menghabiskan duit untuk sesuatu yang tidak wujud.Perlahan-lahan matanya terpejam kerana kepenatan.

Bunyi pintu yang dikuak dengan kuat oleh seseorang itu mengejutkan Pa'an dari tidurnya.Dia mengesek-gesek matanya yang masih kabur untuk melihat makhluk yang sedang bercekak pinggang di hadapannya itu.Susah benar untuk dia mengenal pasti siapakah manusia itu.
"Sedap kau membuta?"Suara kasar itu seperti dikenali oleh Pa'an namun dia masih tidak dapat mengecamnya.Dengan separuh sedar dia akhirnya mengetahui empunya suara itu.
"Oh kau...sorrylah aku baring dekat sini.Letihlah..."Dengan penuh bersahaja Pa'an bangun dan berdiri untuk menghilangkan dirinya ke dalam bilik air tetapi dengan pantasnya Hilman mematikan langkahnya.
"Kau memang tak sedar dirikan?"Ayat tersebut membuatkan Pa'an tersentap seketika,dia yang masih lagi mamai menjadi bengang dengan pertuduhan Hilman yang tiba-tiba itu.
"Kau apasal?"Dengan penuh langsinya Pa'an bersuara dan berpaling kepada si suami yang sedang membengis itu.
"Kau tanya aku apasal?Hoi..agaknya kepala kau ni dah mereng kot sebab banyak sangat menghabiskan duit mama aku beli benda-benda yang mengarut dekat bawah tu."Hilman mendekat dan menunjal kepala Pa'an dengan kasar sehingga isterinya itu terteleng sedikit kepalanya.Semakin bengang Pa'an jadinya kerana dia teramat pantang dengan orang yang bermain kasar dengan kepalanya.
"Ini sudah lebih bro.."Pa'an dengan pantasnya memulas tangan Hilman kegeraman.Hilman yang tidak dengan serangan Pa'an itu mengaduh kuat apabila pulasan tersebut membuatkan dia terpusing ke belakang dan sakit tatkala Pa'an menekan tangannya itu kuat.
"Aku benci betul dengan manusia yang tak reti nak hormat orang lain ni.Kau ingat kepala aku ni buah tembikai ke kau nak main ketuk-ketuk.Kalau ya pun kau bengangkan aku,cakap elok-elok tak boleh?"Hilman mendengus kasar kerana dia tidak dapat mematahkan serangan isterinya ini.Jatuh saham dia di saat ini.
"Argh.."Semakin kuat jeritannya bila Pa'an mengetatkan lagi pautan itu dan ianya kerana Pa'an mendengar dengusan kasar Hilman itu.
"Tak serik lagi ke?"Soal Pa'an dengan sinisnya,kini dia sudah sedar sepenuhnya.
"Lepaslah bodoh!"Hilman masih lagi berkeras untuk mempertahankan egonya namun Pa'an langsung tidak memberi peluang dimana dia telah menarik rambut Hilman pula.
"Woi..aaa...argh.sakit-sakit.Okay-okay..aku give up."Hilman akhirnya mengalah kerana tidak tahan dengan tarikan Pa'an keatas rambut mahalnya itu.Lambat-lambat Pa'an akhirnya melepaskan pautannya dan berpeluk tubuh melihat si suami yang sedang mengusap tangan dan kepalanya yang sakit ditekan oleh Pa'an.Salah oranglah jika Hilman mahu menderanya seperti lain-lain suami yang mendera isteri mereka sendiri.Dia bukanlah selemah itu untuk menyerahkan tubuhnya untuk dikasari oleh manusia yang bernama suami.Pandangan matanya tajam ke arah Hilman yang turut membalasnya dengan renungan yang penuh kemarahan.
"Kau.."Tidak jadi untuk Hilman bersuara bila Pa'an terus memotong ayatnya.
"Lembu tak ada dalam bilik ni."Berkerut dahi Hilman mendengar ayat perli Pa'an yang bersahaja itu.Penumbuknya dikepal tetapi tidak dapat dilepaskannya,takut kali ini lebih teruk pula tangannya dipulas.Sakit yang tadinya masih lagi terasa,tak naklah dia mencari nahas lagi.Terlupa pula dia yang dulunya Pa'an suka dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan martial art ni.
"Apa masalah kau sebenarnya ni?"Pa'an masih berdiri di hadapan pintu bilik air,kasihan pula dia bila melihat suaminya yang sedang mengusap-usap tangannya yang kesakitan itu.Selalunya hanya si suami sahaja yang akan melelar tangan si isteri dengan kasar namn tidak dengannya.Dia lain dari yang lain.
"Sakit sangat ke?Tulah..walaupun kepala aku ni tak ada insurans tapi masih berhutang dengan yang di atas sana."Pa'an membebel untuk menghilangkan rasa marahnya terhadap Hilman.Lelaki itu menjelingnya dengan tajam sekali.
"Kenapa kau cakap aku habiskan duit mama pulak?"Pa'an masih tidak dapat menangkap maksud sebenar mengapa Hilman marahkan dirinya.
"Kau fikirlah sendiri."Hilman langsung tiada mood untuk memarahi Pa'an ketika ini kerana tangannya terasa terlalu sakit.apa yang dirisaunya ialah jika tangannya itu terseliuh.
"Duit...mama..."Pa'an memerah otaknya untuk berfikir dan setelah itu mulutnya terlopong,matanya membulat bila teringatkan kejadia petang tadi.Terus sahaja dia memandang si suami yang masih lagi mengurut tangannya yang sakit itu.
"Mak..maksud kau barang-barang baby tu ke?"Aik dah sampai ke?Cepat dan efisyen betul dorang ni buat kerja.Dari bermuka ganas terus sahaja dia menggelabah mengenangkan sikapnya yang berkasar dengan Hilman tadi.Dia benar-benar terlupa dengan barangan bayi tersebut walhal sebelum tertidur tadi dia jenuh memikirkan apa yang perlu dijawab dengan Hilman nanti.Inilah padahnya tidur selepas Asar,boleh gila jadinya.Hilman tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya mendengus dan mendengus kasar.
"Aa..aku..bu..bukan aku yang minta..ta..tapi.."Gagap si Pa'an sudah datang dengan tiba-tibanya kerana menggelabah punya pasal.
"Kau ni ada masalah bercakap ke?"Kali ini baru Hilman bersuara tetapi masih tidak memandang si isteri yang sudah tidak senang duduk itu.
"Mama yang beriya-iya nak beli barang tu,kalau kau marah kau simpan je barang tu untuk baby kau dengan Annisa nanti."Terangguk-angguk Pa'an dengan cadangannya sendiri,takut benar dia jika Hilman memarahinya manakala Hilman pula bagaikan terfikir akan cadangan Pa'an yang agak bernas itu.
"Betul jugak cakap kau tu.Jimat sikit duit aku nanti.Hurm.."Tidak disangka oleh Pa'an bila Hilman menyetujui cadangannya,apa yang penting dia sudah selamat kini.Lega sedikit hatinya.Kemudiannya Hilman menghilang dari bilik mereka,mungkin keluar mencari minyak panas untuk mengurut tangannya yang sakit itu.Pa'an pula mengeluh perlahan sebelum dia juga menghilangkan diri ke dalam bilik air.

p/s: lame dah x post...ini untok korg yg selalu sgat msuk blog ni tapi still xde entry baru...ckit2 ey...

Wednesday 19 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 25


Bazlaa Aina with Farhana Fatin @ Pa'an
                                               





Pa'an hanya memerhatikan sang suami yang sedang bersiap untuk pergi bekerja.Wajahnya berkerut-kerut melihat Hilman yang sedang mengenakan tali lehernya itu.Dalam fikirannya banyak perkara yang ingin dia soalkan kepada Hilman.Perkara yang pertama adalah mengenai pekerjaan suaminya itu.
"Kau kenapa pandang aku sampai macam tu sekali?"Hilman sememangnya sudah perasan dengan pandangan Pa'an yang sedari tadi asyik memandangnya sampaikan kekok dirasakan setiap pergerakkannya.
"Ah..um..apa ni..um.."Terkulat-kulat Pa'an untuk menjawab persoalan Hilman yang senang itu.Suaminya hanya menggelengkan kepala bila mendengar jawapan yang agak comel dari isterinya itu.
"Gagap dah ke kau ni?"Hilman mengalihkan pandangannya tepat ke arah si isteri yang sedang duduk di sofa biliknya.
"Um...ha.."Pa'an menjerit kuat dan semestinya dia telah memeranjatkan Hilman.
"Astaghfirullahaladzim...kau ni kenapa pagi-pagi menjerit?Sewel ke?"Pa'an menjeling suaminya geram.
"Aku nak tanyalah..kau kerja apa ek?Kau doktor kan?"Pa'an bertanya dengan wajah yang teruja,manalah tahu memang betul suaminya itu seorang doktor.Senang dia bila sakit nanti,itupun kalau Hilman mahu merawatnya.Namun melihatkan Hilman yang tiba-tiba ketawa itu membuatkan Pa'an menjadi blurr dan ternganga.Ini kali pertama setelah bertahun mereka tidak berjumpa dia melihat lelaki itu ketawa sehingga menekan perutnya.Lawak sangatlah tu.Dia suka melihat wajah suaminya yang putih itu bertukar kemerahan kerana ketawa dan yang penting telinganya yang sensitif itu  merah menyala.
"Doktor?Dari mana kau dapat info ni hah?Kalau mama dengan papa dengar mampus kau."Pa'an menggaru-garu pipinya sambil membuat muka pelik kepada Hilman.Tercuit juga hati Hilman dengan tingkah isterinya yang dirasakan semakin comel itu.
"Betullah kau ni doktor kan?"Pa'an masih tidak berpuas hati dan dia ingin mendapatkan kepastian kepada Hilman.
"A'ah...doktor sawan.Adoi,buat lawaklah pulak kau pagi ni.Sakit perut aku ni tahu tak?"Hilman mendekati laci pakaiannya dan mengeluarkan sepasang stokin yang akan dipakainya nanti.
"Kau tipu aku kan?"Pa'an berpeluk tubuh tanda geram.
"Aku cakap je,kau yang tanya,sumber manalah kau dapat ni ha?"Hilman menggelengkan kepalanya,dia semakin hairan dengan sikapnya yang sekarang ini langsung tiada rasa marah kepada Pa'an sebaliknya dia mahu mengenali isterinya itu dengan lebih dekat.
"Aina..."Perlahan sahaja Pa'an bersuara dan dalam masa yang sama dia menyumpah seranah kepada sahabatnya itu kerana telah memberitahu sesuatu yang membuatkan dia mendapat malu.
'Nasib aku tak tanya mama,kalau tak mampus aku nanti.'Pa'an mengeluh berat.
"Dari kau merepek ada baiknya kau tolong ambilkan briefcase aku kat dalam bilik study tu."Pa'an yang mendengar arahan suaminya itu memandang Hilman tajam.Dia tidak mahu menolong lelaki itu,macam dia isteri pada makna yang sebenar kepada lelaki itu sedangkan dia dianggap tak lebih dari itu.
"Kau ada kaki..pergilah ambil sendiri."Tanpa sedar Pa'an mengucapkan ayat tersebut sehingga Hilman memandangnya dengan pandangan yang tidak diketahui maksudnya.Ketelanjuran kata membuatkan Pa'an menepuk mulutnya berkali-kali lantas bangun dan menuju ke bilik study mengikut arahan suaminya.Saat itu barulah dia teringat yang dia telah meingkari perintah suaminya dan gerun pula dia bila mengenangkan azab membuatkan suami terasa dengannya.Hilman pula bagaikan terasa dengan penolakan isterinya itu sehingga dia rasa mahu merajuk dengan Pa'an namun bila mengingatkan tiada guna dia berbuat sedemikian terus sahaja dilupakan perasaannya itu.Hilman melihat isterinya kembali sambil memegang briefcasenya sekali.Pa'an tertunduk rasa bersalah manakala Hilman mengunjukkan tangannya meminta Pa'an memberikan briefcase kepadanya.Tiada kata yang terucap dari mereka.
"Aku minta maaf."Perlahan tetapi dapat didengar oleh Hilman sehingga membuatkan dia tersenyum sumbing dan tidak dapat dilihat oleh Pa'an yang sedang menunduk itu.Satu sikap Pa'an yang dia baru tahu setelah isterinya itu berubah.'Satu perubahan yang baik.'Bisik hatinya.
"Aku maafkan..dah jom turun.Nanti mama dengan papa bising pula."Hilman mendahului Pa'an sambil membuat muka serius walhal hatinya berbunga riang.Teringat dia pagi tadi selepas dia keluar mandi,dilihatnya pakaian kerjanya sudah siap digosok sedangkan sebelum itu dia hanya lepekkan di atas katil sahaja.
"Kau gosok baju aku ke?"Hilman bertanya kepada si isteri yang sedang mengemas katil itu.
"Taklah...baju tu iron sendiri.Dia ada kaki kot."Balas Pa'an bersahaja.'Dah tahu tanya juga.Kau ingat ada orang lain ke dalam bilik ni?'Langsung tidak dipandang si suami yang hanya bertuala itu.Jantungnya berdegup kencang melihat si suami yang tanpa malu berdiri tanpa baju di hadapannya.Hilman tersengih tetapi tidak mengucapkan terima kasih kepada Pa'an.
"Terima kasih..."Pa'an sengaja mengucapkan ayat tersebut namun Hilman berlagak selamba.

Disebabkan rasa bosan yang teramat,Pa'an mengajak adik iparnya untuk keluar bershopping namun ditegah ibu mertuanya kerana dia sedang sarat mengandung.Muncung sedepa mulutnya dan dia cuba juga dengan mengajak Puan Seri Faridah mengikuti mereka.Mendapat sahaja persetujuan dari mertuanya,Pa'an hampir sahaja melompat kegembiraan tetapi dikawalnya agar tidak terover.
Disaat ini,penyesalan muncul dibenak Pa'an kerana mengajak ibu mertuanya sekali.Mana taknya bila ibu mertuanya sanggup menghabiskan wang sehingga mencecah ribuan ringgit semata-mata mahu membeli barang keperluan cucunya nanti.Dari pakaian baby sehinggalah barang mainan semua di beli dan di order untuk dihantar ke rumah Hilman.Pa'an sudah cuak dengan apa yang berlaku kerana dia tidak tahu bagaimana mahu diterangkan kepada Hilman nanti.
"Mama...please stop.Dah banyak dah kita beli ni.Tak payahlah beli banyak sangat,membazir je."Pa'an akhirnya terpaksa bersuara.
"Alah kak..biarlah mama belikan untuk baby akak ni.Sekali-sekala apa salahnya."Fariza menyampuk sambil dia sibuk memilih baju untuk 'baby' Pa'an.
"A'ah..biarlah mama belikan atau kamu tak suka mama belikan baju untuk anak kamu?"Wajah ibu mertuanya bertukar sayu,hatinya terasa dengan penolakan Pa'an itu.Sudahlah semalam Pa'an tidak memberi dia menyentuh perutnya itu,hari ini menolak pemberiannya pula.
"Bukan macam tu mama...dah banyak sangat mama belikan ni.Lagipun mama beli sampai dua sekali.Kita tak tahu baby boy or girl yang keluar.Membazir je mama..."Pa'an masih mencuba memujuk mamanya yang capat sensitif itu.Dipeluk lengan tua itu erat.
"Tak apalah...kan senang kalau beli dua-dua.Kalau keluar girl yang boy punya barang kita simpan.Manalah tahu next baby is coming?"Terkedu Pa'an dengan alasan mamanya itu.
"Okey..reason accepted.Tapi mama please..dah ek?Baby kan cepat membesar,nanti mama boleh beli lain kali."Pa'an mencuba juga sehingga mertuanya itu bersetuju.
"Hurm...betul juga tu,mama ni sebenarnya excited sangat nak timang cucu.Lagi-lagi yang kamu kandungkan ni cucu sulung mama.Tu yang terover sangat tu."Pa'an menunduk pedih,tidak sanggup menatap wajah mengharap mertua dan adik iparnya itu.Tanpa sedar dia mengusap perut kosongnya perlahan.Alangkah gembiranya dia kalau benar-benar dia sedang mengandungkan zuriat Hilman disaat ini,pasti dia sendiri yang lebih teruja untuk membeli barangan untuk anaknya itu.
"Okey..ni last mama beli.Mama suka betul dengan baju ni.Comel.Boleh ya?"Pa'an mengangguk sahaja dan yang pasti barang itu semua akan dia simpan untuk bakal anak Hilman yang sebenarnya nanti.Apa yang pasti bukanlah anak dia dengan Hilman tetapi Annisa,kekasih hati Hilman.Terbit keluhan berat dari bibir comelnya.
"Kenapa kak?Penat ya?"Fariza bertanya bila mendengar keluhan daripada kakak iparnya itu.
"Bolehlah...akak duduk kat depan sekejap ya.Mama dengan adik pilihlah dulu..."Pa'an terus berlalu bila diizinkan mamanya.Dia duduk termenung mengenangkan bilakah semua pembohongan ini bakal berakhir.Tidak sanggup lagi dia untuk menanggung beban yang diciptanya ini.Handphone dikeluarkan dan dicari nama Bazlaa Aina untuk menghantar mesej namun dimatikan hasratnya bila moodnya tiba-tiba hilang untuk bercerita dengan sahabatnya itu.Dalam dia sedang membelek mesej di handphonenya dia melihat sepasang suami isteri sedang berjalan melintasinya.Dan si isteri sedang sarat mengandung sepertinya.Bahagia dirasakan bila melihat si suami dengan romantiknya memimpin tangan isteri yang sedang makan ice-cream itu.Terbayang di ruangan matanya dia dan Hilman sedang berjalan berpegangan tangan.'Seronoknya...ya Allah.Bilakah semua ini bakal menjadi kenyataan?'Suara hati seakan tidak sabar dengan semua dugaan Allah ini.Tatkala ini ingatannya kuat terkenangkan Nek Lang di kampung dan juga mak abah yang masih memarahinya.



p/s : ish....tak boley la stop...idea dtg je tibe2...ni last la kot.hehehe...sementare studi weeks ni insya-Allah ade lagi kot entri bru....jgn mrah rrrr..

Monday 10 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 24

Farhana Fatin aka Pa'an
                                                          



Kepala yang sakit masih dirasakan berdenyut sehingga ke pagi ini tetapi tidaklah sampai memudaratkan dirinya.Setelah selesai Solat Subuh tadi,dia sibuk ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi sebelum yang lain turun dan setahunya keluarga mertuanya itu hanya akan bersarapan pada pukul lapan pagi jika hari ahad.Itupun setelah dia mendengar bebelan dari Hilman kelmarin.Mengingatkan suaminya itu,dia teringatkan kejadian malam tadi yang mana jelas terpampar wajah ambil berat suaminya itu kepadanya.Mengapa dia perlu berharap kasih pada yang tak sudi,bukannya tak ada lelaki lain yang cuba merapatinya namun hanya sebaris nama itu sahaja yang bertakhta di hatinya.Suami yang masih lagi lena bergolek diatas katil empuknya.Dia hanya memandang dari jauh sahaja,tidak mahu hatinya terjatuh cinta lagi dengan lelaki itu.
"Alangkah bagusnya semua ni kenyataan,bukannya lakonan semata-mata.."Dalam tak sedar Pa'an melepaskan keluhan bersama luahan hatinya.
"Ya Allah,sampai bila aku harus meneruskan perbohongan ini?Aku dah tak sanggup walaupun baru satu hari.Aku tak sanggup untuk menipu mereka yang sepertinya benar-benar menyayangi aku dan mengharapkan sesuatu yang aku permainkan.Aku mohon ya Allah..Kau berilah aku petunjuk-Mu.Amin.."Doanya hanya terluah di dalam hatinya sahaja,betapa dia tidak suka dengan keadaan sekarang ini.Jika benar Hilman mahu mengahwini Annisa,mengapa bukan sekarang dia dilepaskan.Mengapa perlu tunggu sehingga mereka berdua bernikah?
"Kau perlu ingat,kau sendiri yang memulakan permainan ini.Takkan kau dah lupa semua itu?"Seperti terdengar suara hatinya memarahi dirinya sendiri.Dia akui memang itu semua salahnya dan dia patut menanggung akibatnya.
"Kak Fatin...."Ketukan pintu oleh adik iparnya mematikan lamunan Pa'an.Terus sahaja dia mengemas bantal-bantalnya lalu diletakkan di sebelah Hilman yang sedang lena tidur itu.Dia memandang wajah suaminya sekilas sebelum menuju ke pintu bilik.
"Ya dik.."Pa'an membuka separuh pintu dan menjengukkan kepalanya ke luar.
"Mama ajak turun sarapan..abang tak bangun lagi ya kak?"Fariza tertoleh-toleh ke dalam mengintai abangnya itu yang masih lagi berlingkar di atas katil.
"Kejap lagi akak gerakkan abang bangun.Adik turun dulu, suruh mama dengan papa makan dulu."Pa'an membalas lembut.
"Okey kak...tapi kak Fatin kena berkeras sikit dengan abang tu,dia tu payah sikit nak bangun pagi,lagi-lagi pagi ahad.Liatnya lain macam sikit.
"Ye ke..tak apa,akak ada cara yang lebih sesuai untuk kejutkan abang adik yang seorang tu."Rancangan nakal sudah menjelma di kepala otak Pa'an di saat ini.Tersengih-sengih dia mahu menjayakan rancangan itu.
"Baguslah tu...adik turun dulu ya kak.Good luck.."Fariza terus berlalu menuruni anak tangga untuk ke dapur manakala Pa'an menutup pintu biliknya sambil tersengih panjang.Tanduk dikepalanya seakan sudah tumbuh.Perlahan-lahan dia mendekati Hilman yang masih nyenyak tidur itu.Apabila dia sudah sampai kepada Hilman,terus sahaja dia menarik comforter Hilman dengan sekali rentapan tetapi langsung tiada tindak balas dari lelaki itu.Betul-betul tidur mati dia ni.Selepas itu Pa'an mencuba pula dengan menggeletek tapak kaki Hilman tetapi pelik kerana lelaki itu seperti tidak mempunyai perasaan geli disitu.Muncung sebentar Pa'an sebelum dia mengambil keputusan untuk duduk dekat di sebelah Hilman.
"Abang...."Perlahan sahaja dia berbisik di telinga suaminya dan kali ini ada respon.Pa'an tersenyum bila mengetahui kelemahan lelaki itu adalah telinganya.
"Abang bangun..."Pa'an mengawal intonasi suaranya daripada tergelak.Kelakar pula bila dia melihat suaminya itu menggaru telinganya tetapi sempat pula tu tersenyum.
"Awal lagi ni...please don't disturb me...penat sangat."Hilman bersuara mamai,langsung tidak mengendahkan siapa yang sedang berbisik untuknya disaat ini.
'Ooo penat ya..siapa suruh malam tadi bergayut dengan awek sampai pukul empat lima pagi.'Pa'an bercekak pinggang sebelum dia...
"Mohd Hilman Fariz...Bangun!!!!!!"Pa'an bertempik di tepi telinga Hilman sehingga lelaki itu benar-benar terjaga dan terduduk.Buntang matanya akibat terkejut dengan jeritan ikhlas isterinya itu.Terus sahaja dia memandang tajam ke arah Pa'an yang sedang sedap mentertawakannya itu.
"Kau dah tak ada kerja lain ke hah?Dah tak ada adab nak kejutkan orang macam mana?"Merah wajah Hilman mahu menyinga kepada Pa'an yang sentiasa bermuka selamba dengannya.
"Well..kau tu yang tidur macam mumia,memang patut pun aku gerak kau macam tu."Pa'an bangun dan berdiri sambil membetulkan perutnya yang terasa senget itu.
"Kau sengaja cari pasal dengan aku kan?Kalau bukan parent aku ada dalam rumah ni,dah lama muka cantik kau tu berparut."Tanpa sedar Hilman memuji isterinya itu.
"Wah..terima kasih,tak sangka pula pagi-pagi ni aku dapat pujian daripada suami yang tersayang.Terima kasih abang...Hahahaha.."Semakin galak Pa'an mengenakan Hilman di kala itu.Hilman pula yang sedang berang tidak dapat berbuat apa-apa lalu terus sahaja dia masuk ke dalam bilik air.
"Tak apa...ada lori ada bas...lain hari,berkali-kali aku balas.Huh."Hilman mengomel seorang diri dan Pa;a pula sudah keluar dari bilik itu dengan tawa riang.


"Berseri menantu mama pagi ni.Nak pergi mana-mana ke hari ni?Lawa semacam je mama tengok?Jadi ke nak makan rendang ayam hutan.Kalau nak,mama suruh Man carikan."Tidak tertelan nasi goreng yang dimakan Hilman bila teringatkan Pa'an ada mengenakannya semalam tentang rendang ayam hutan itu.Masaklah dia jika mamanya benar-benar mahu menyuruhnya mencari ayam hutan.Hutan mana pula yang dia kena masuk nanti.Dia membuat isyarat mata kepada Pa'an namun isterinya itu hanya buat endah tidak endah sahaja.
"Tak apalah mama...semalam Fatin sengaja je main-mainkan abang tu.Yelah,memang Fatin teringin nak makan satey kajang semalam tapi geram sangat dengan abang yang terlupa nak beli satey tu,tu yang Fatin main sebut je rendang ayam hutan tu.It's nothinglah mama..."Hilman mengurut dadanya lega dan dilihat oleh papanya pula.
"Hah...kenapa dengan kamu?Dah tak sanggup nak ikut kemahuan isteri kamu ni ke?Kamu jangan Man,orang mengandung ni dia sensitif sikit..."Tak pasal-pasal pagi-pagi lagi dia sudah dihidangkan dengan ceramah oleh papanya itu.Hilman yang sakit hati bertambah sakit bila melihat Pa'an membuat mimik muka yang menyampah kepadanya.Terasa mahu sahaja dia mencampakkan kuih karipap yang berada di depannya itu ke muka Pa'an.
"Semalam Fatin dengar papa ada beli company baru dekat sini?Company apa tu ya papa?"Pa'an yang kasihankan Hilman cuba mengalih topik perbualannya.
"Company kecil je...papa saja beli sebab yang jualnya pun kawan papa juga.Yelah,nak buat macam mana kalau dah anak-anaknya langsung tak mahu mengambil alih syarikat tu,terpaksalah dia jualkannya."Tan Sri Zakaria kemudiannya bercerita serba sedikit tentang syarikat yang bakal diambil alih itu.Pa'an pula dapat merasakan segala apa yang diceritakan oleh papanya ada kaitan dengan syarikat tempatnya bekerja dan bila Tan Sri Zakaria menyebut CBE Sdn.Bhd. terus sahaja dia ternganga.
"Hah..kenapa sampai ternganga ni?"Tergelak mereka semua dengan reaksi comel Pa'an itu.
"Eh..tak ada apa-apa...kawan Fatin kerja dekat sana."Pa'an sengaja tidak mahu memberitahu bahawa dia bekerja di company itu dan semestinya selepas mereka bercerai nanti dia akan berhenti kerja.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu rakan sekerjanya mengetahui dia sudah berkahwin dan bapa mertuanya pula mengambil alih company tersebut.Macam-macam fitnah yang boleh berlaku nanti.
"Mama teringin nak pegang perut Fatin..boleh?Besar sangat dah mama tengok,macam kembar je."Puan Sri Faridah sudah mengangkat tangannya dan sedikit lagi mahu menyentuh perut menantunya itu.Pa'an menggelabah seketika,tidak tahu hendak berbuat apa kerana takut pembohongan mereka akan terbongkar.Dia memandang ke arah Hilman yang waktu itu sudah selesai membasuh pinggannya di sinki.
"Aduh..."Akhirnya Pa'an menipu dengan menekan perutnya.
"Kenapa ni?Mama belum sentuh lagi ni..sakit dekat mana?"Menggelabah Puan Sri Faridah bila melihat kerutan di dahi menantunya itu.
"Sorry mama..perut isteri Man ni sensitif sikit,dia tak boleh orang lain sentuh.Hanya kami berdua je boleh,tu pun kadang-kadang kalau Man yang pegang macam nilah jadinya."Mati-mati orang tuanya ditipu lagi.Seperti yang dijangka,mereka percaya dengan alasan yang diberikan Hilman.Hilman sewaktu ini sudah berada di sebelah Pa'an dan menyentuh bahu isterinya lembut.
"Sorry mama..."Pa'an benar-benar memaksudkan ucapan maafnya itu.Maaf kerana telah menambah satu lagi penipuan yang besar.Air matanya bergenang dan disedari oleh Hilman.
"Hei...kenapa menangis ni?"Hilman mendongakkan dagu isterinya dan dipandang wajah itu tanpa ada reaksi.
"Nothing.."Terus dikesat air matanya,malu bila sekarang ini cepat pula perasaannya berubah.
"Mama yang patut minta maaf dengan menantu mama ni.Dah Man,pergi bawa bini kamu ni masuk bilik,biar dia berehat lagi.Penat sangat ni."Puan Sri Faridah yang tadinya terasa dengan tingkah menantunya yang seakan tidak memberinya memegang perutnya,mengalah bila melihat air mata kesakitan oleh menantunya itu.'Memang benarlah kot,perut si Fatin ni tak boleh disentuh orang.'Puan Sri Faridah cuba menyedapkan hatinya.Hilman mengikut arahan mamanya dan Pa'an pantas meminta maaf sekali lagi dan mengikuti langkah suaminya.
"Ada juga perempuan mengandung yang macam ni kan papa..adik tak pernah dengar lagi orang mengandung tak boleh disentuh perut dia."Fariza yang tadinya diam bersuara bila kakak iparnya sudah tiada.
"Biasalah tu dik...perempuan mengandung ni pe'el diorang ni lain sikit.Sama macam mama kamu dulu..."Jawab Tan Sri Zakaria selamba manakala isterinya tiada rasa untuk berbalah dengan suaminya didepan rezeki.


p/s : fuh...susah nk create part ni...ha..gmba kt ats tu gmba membe sye n nme tu memang tuan empunya diri yg sebenanye...ok x ni??mcm nk kene bambu je ni..hehe..len kali plak lah...papai....

Saturday 8 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 23

Pa'an berhenti di hadapan pintu bilik Hilman lama,teragak-agak dia mahu mengorak langkahnya.Tidak tahu apa yang perlu dibuat apabila memikirkan Hilman berada di bilik itu.Tangannya diramas berkali-kali,wajah gelisahnya jelas kelihatan.Jika tidak kerana ibu mertuanya yang memaksanya berehat,jangan harap dia mahu masuk ke bilik itu seawal jam sembilan ini.Dia tahu Hilman belum lagi tidur,mesti lelaki itu sedang menyiapkan kerjanya.Tiba-tiba pintu bilik di buka dari dalam.Jelas wajah Pa'an yang terkejut manakala Hilman hanya memandang Pa'an tanpa perasaan.
"Buat apa kau tercegat dekat sini,nak masuk,masuk jelah.Tak payah nak jadi mak guard pulak kat sini."Pa'an mengetap bibirnya sambil memandang Hilman tajam.
"Mulut kau memang macam longkang.Tepilah.."Tanpa menunggu lama,Pa'an merempuh badan Hilman yang sedang menghalang laluannya itu.Dia sudah penat dan bahunya terasa sakit kerana terpaksa membawa beban yang berat itu.Masuk sahaja terus dicapai tuala dan pakaiannya untuk mandi.
Usai mandi,Pa'an mengelilingi bilik Hilman yang luas itu.Segala ruang dan perhiasan diteleknya dengan penuhminat.'Apa keje mamat ni ek?Hari tu Aina kata mamat ni doktor tapi kenapa tak macam doktor pun aku tengok.Hurm..'Pa'an sibuk berfikir tentang pekerjaan suaminya itu.Pandangannya beralih kepada foto Hilman bersama Annisa,terus sahaja dia mendengus dan mengambil gambar itu.Sayu terus pandangan matanya,terasa bersalah kerana menghancurkan perhubungan mereka berdua.
"Maafkan aku...."Tiba-tiba pintu bilik dibuka oleh seseorang.Pantas sahaja diletakkan foto tersebut dan...
Bum!!
Dihumbankan tubuhnya ke atas katil sehingga berdentum bunyi sesuatu apabila kepalanya terhantuk di kepala katil.Pa'an mengaduh kesakitan dan menggosok kepalanya yang sakit.Terasa mahu menangis pula bila kesakitan itu semakin menular.Hilman yang baru masuk terkejut melihat adegan isterinya yang melompat itu. 
"Kau nak patahkan katil aku ke?"Hilman mendekati isterinya yang masih membisu dan menggosok-gosok kepalanya yang sakit.
"Kau dengar atau tak ni?"Hilman kini sudah  berdiri di hadapan isterinya namun Pa'an masih menunduk.Tak lama selepas itu kedengaran esak tangisan dari seseorang.Kelam-kabut Hilman dibuatnya bila menengar suara sayup itu.
"Kau..kenapa?"Hilman bertanya seperti orang bodoh dan selepas itu barulah dia teringat yang isterinya tadi terhantuk di kepala katil.Menyesal pula dia bertanyakan soalan bodoh itu.
"Kau okey?"Dengan teragak-agak Hilman menyentuh bahu isterinya itu dan bila melihat wajah Pa'an yang berlinangan air mata itu,tahulah dia yang isterinya sedang menanggung kesakitan yang teramat sangat.
"Aaa..kau tunggu sini kejap.Tunggu tau..."Melihat anggukan dari Pa'an,Hilman terus menghilangkan diri.Semakin mengalir air mata Pa'an terharu dengan tingkah Hilman yang mengambil berat kepadanya.Kenangan lama menerjah di ingatan.

Flashback....

"Ya Allah Pa'an..kau okey tak ni?Ya Allah darah...meh sini aku tengok."Hilman pantas mendapatkan Pa'an yang terjatuh daripada pokok rambutan itu.
"Aduh...bertambah sakitlah kepala aku,janganlah pegang kuat sangat."Pa'an menepis tangan Hilman dari memegang kepalanya.Tidak sanggup dia menatap wajah Hilman yang diminatinya secara dekat.
"Sorry...berdarah dah ni.Jom masuk rumah aku,nanti aku minta ubat dengan plaster dekat mama."Hilman cuba mengangkat Pa'an untuk bangun.
"Tak payah...aku boleh bangun sendiri."Terus sahaja Pa'an berjalan mendahului Hilman yang sedang geram dengan sikap degil Pa'an itu.
"Lain kali aku tak nak kau panjat dah pokok rambutan tu..aku tak ska.Kau perempuan,buatlah cara perempuan."Hilman yang sedang membawa ubat untuk menyapu luka Pa'an sempat lagi membebel.
"Apa pula...lantak akulah nak panjat pokok ke apa ke?"Pa'an sengaja membantah walhal dia senang bila Hilman mengambil berat tentangnya.
"Degil lagi tu...ha nah.."Ditonyoh luka dikepala Pa'an dengan kapas yang diisi dettol itu geram.
"Adoi..sakitlah tenuk..."Pa'an menepis tangan Hilman yang tiba-tiba menerjah dahinya.Bergaris sudah dahi licinnya itu gara-gara mahu makan rambutan gading di rmah Hilman.Bukan tak ada galah tapi sengaja dia gatal mahu memanjat.Lepas gianlah katakan.
"Selamba kau panggil aku tenuk.Kau ni memang degil kan?Dah..kalau lepas ni kau teringin sangat nak makan rambutan ke apa ke,kait je guna galah.Jangan nak berlagak hero.Awak tu perempuan,bila dah berparut nanti siapa yang nak?"Pa'an hanya menatap wajah Hilman yang beria-ia membebel kepadanya.Hatinya berbunga-bunga di saat itu.
Lamunan Pa'an tersentak bila Hilman masuk semula bersama minyak gamat di tangannya.Segala kenangan itu perlu dihapuskan dan dia perlu berhadapan dengan kenyataan.
"Meh sini kepala kau..."Hilman duduk di sebelah Pa'an.
"Biar aku buat sendiri..."Pa'an mengesat air matanya,malu bila Hilman melihatnya menangis begitu.
"Jangan nak degil,kau dari dulu sampai sekarang degilnya tak habis-habis."Hilman membuka penutup minyak gamat itu lalu dibubuh ditapak tangannya sedikit.Habis semerbak bau biliknya dengan bau minyak gamat.Pa'an terpaksa berdiam diri kerana kesakitannya terlalu menyengat.Perlahan-lahan Hilman menyapukan minyak gamat itu di kepala Pa'an yang sudah berbenjol itu.
"Kau ni tak sayang kepala kan?Kebal sangat ke kepala kau ni?"Entah apa yang dibebelkan Hilman tidak lagi didengari Pa'an sebaliknya dia melayan perasaannya sekarang yang sedang kesayuan.Dia tidak mahu lagi Hilman melayannya seperti ini,sakitnya yang lama kembali berdarah.Dia tidak rela dipermainkan sekali lagi oleh Hilman.
"Dah...aku dah okey.."Belum habis Hilman menyapukan ubat dikepalanya terus sahaja Pa'an bangun dan menuju ke sofa.
"Thanks..."Wajah sayu Pa'an tidak diketahui sebabnya oleh Hilman.Pantas dia menutup botol minyak itu dan menuju ke bilik airnya.
"Aku tak boleh mencintainya,dia bukan milik aku dan aku tak layak untuknya.."Pa'an meraup wajahnya berkali-kali dan memberitahu dirinya bahawa Hilman adalah hak Annisa yang perlu dipulangkannya.


p/s: sori again...hehe...pendek gak kali ni...hurm...lmbat ag la dorg nak bersame...agak2 korg la kan..kalu parents Hilman especially papa dia tahu ape yg die suruh buat ek??ape plak respon parent Pa'an pulak??Kesian kat Pa'an..tulah..sndiri cari psal...hehe..agak2 ade ke org yg sggop buat bende mcm die ni??hurm...

Thursday 6 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 22

Kedua ibu bapa mertua dan adik iparnya sudah bersiap-sedia di meja makan hanya menunggu dia dan suaminya sahaja.Pa'an terkejut tatkala tangannya ditarik dan digenggam oleh Hilman.Dibesarkan matanya tanda dia marah namun melihat muka selamba Hilman,Pa'an seakan merelakan, lagipun lakonan mereka mestilah nampak real.
"Wah..dah turun dah menantu mama ni.Comel betul mama tengok Fatin pakai baju mengandung warna purple lembut ni.Mari duduk dekat sebelah mama."Puan Sri Faridah memimpin menantunya untuk duduk di sebelah kerusinya.Pa'an terharu dengan layanan baik ibu dan bapa mertuanya,seingat dia,ibu bapanya sendiri tidak pernah melayannya dengan penuh kasih seperti ini.Wajahnya diceriakan agar tidak terkesan oleh mereka semua.
"Sorry mama,lambat sikit turun.."Pa'an meelabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan mamanya manakala Hilman terus menarik kerusi berhadapan dengan isterinya pula.Dah macam tak boleh nak berenggang pula.
"Jemputlah makan semua.."Setelah siap dihidang oleh Fariza mereka menadah tangan untuk membaca doa makan yang didoakan oleh Hilman.Kelihatan keluarga mertuanya lapar dan berselera untuk menjamah air tangan masakan Pa'an buat yang pertama kalinya.Hilman masih merenung sahaja kerana dia takut dan hanya menantikan reaksi daripada keluarganya.
"Sedap betul ikan patin masak tempoyak kamu ni Fatin...berselera papa makan."Tan Sri Zakaria bersuara sambil tangannya laju mencedok kuah ikan patin masak tempoyak ke dalam pinggannya.
"Biasa je papa.. kalau bukan nenek yang ajar,manalah Fatin nak pandai memasak."Pa'an merendah diri sahaja dan dia sebenarnya seakan terasa dengan Hilman yang langsung tidak menyentuh lauk masakannya lagi.
"Hah..yang kamu tengok je kami ni makan kenapa?Ayam goreng berempah kesukaan kamu dah ada depan mata dah tu.Apa lagi..ngaplah cepat."Hilman tersentak sekejap dengan teguran dari mamanya.
"Kalau abang tak nak,biar adik je yang habiskan.Sedap masakan kak Fatin ni..dahlah cantik,pandai memasak pula tu..kan mama..."Fariza mencelah tiba-tiba.
"Orang perempuan memang kena pandai memasak..kamu tu nanti minta tunjuk ajar dari kakak ipar kamu ni macam mana nak masak ikan patin masak tempoyak ni.Mama nak juga merasa masakan kamu."Fariza tersengih lalu mengangguk.
"Yes mama...adik akan belajar memasak dengan kak Fatin.Bolehkan kak Fatin?"
"Boleh je..apa salahnya."Pa'an tersenyum kelat,masih terasa dengan Hilman.
"Ya Allah budak ni..boleh lagi menung depan rezeki...kamu tak nak makan ke Man?"Puan Sri Faridah sekali lagi menegur anak jantannya itu.
"Tak adalah mama...Man just suka tengok mama and papa suka masakan isteri Man ni...masakan dia memang first class..Man hari-hari balik lunch dekat rumah."Pa'an mencebik dan dilihat oleh Hilman tapi tidak yang lain.
"Sayang...tolong ambilkan abang ayam goreng berempah tu..abang nak kepak."Hampir sahaja tersembur nasi yang dikunyah Pa'an bila Hilman memanggilnya 'sayang'.Terketar-ketar tangannya untuk mencapai ayam tersebut.
"Ish abang ni..manja terlajak.Menyampahlah adik tengok..kesian dekat kak Fatin,merah dah muka dia..."Memang benar sekarang ini wajah putih Pa'an menjadi merah.Tidak pernah dia melihat Pa'an malu-malu kucing begini.Cantik.
"Biarlah...isteri abang juga,bukan orang lain...kalau adik nak tahu,kalau kami berdua je,kak Fatin mesti suapkan abang."Beritahu Hilman dengan nada bangga.
"Eleh...abang tu yang pemalas,kesian akak ipar adik ni,mesti selalu kena buli dengan abang kan."Fariza merenung wajah kakak iparnya yang sedang malu itu.
"Aduh..."Tiba-tiba kedengaran suara Hilman yang sedang mengaduh.
"Kenapa bang?Abang okey?ada benda gigit abang ya tadi?Nanti Fatin sapukan ubat ya.."Pa'an tersengih di hadapan suaminya yang sedang menahan sakit itu.Mana taknya,memang sakitlah bila kakinya ditendang kuat oleh Pa'an di bawah meja gara-gara Pa'an tidak sukakan pembohongan Hilman sebentar tadi.
"Ada-ada ajelah kamu bertiga ni..dah makan cepat.Depan rezeki mana boleh banyak cakap."Tan Sri Zakaria menyampuk.Konsentrasinya terganggu pabila mendengar anak menantunya seakan mahu bertekak itu.Mereka meneruskan makan tetapi Pa'an masih lagi tersengih kerana berjaya membuatkan Hilman marah.Satu lagi perkara yang dia suka bila Hilman menjamah masakannya buat kali pertama.

SUMPAH TAK SAMA 21

"Ish..tak apalah mama,nanti buat menyusahkan mama dengan papa je.Kami dah plan dah,lepas bersalin ni Fatin kena berhenti kerja.Man lebih suka kalau anak Man ada di depan mata kami."Hilman menjawab dengan penuh yakin manakala Pa'an seakan tidak bersetuju dengan jawapan suaminya itu kerana satu lagi penipuan yang diucapkan oleh Hilman tidak menyenangkan dirinya.
"Baguslah kalau macam tu.Suka papa bila kamu berdua dah merancang dari awal..."Tan Sri Zakaria tersenyum dan didalam kepalanya berfikir Hilman tidak akan bertindak seperti apa yang dia cadangkannya dulu.
"Hm..kalau kamu dah cakap macam tu,mama tak bolehlah nak halang tapi jangan lupa balik kampung dua minggu sekali.Mama nak juga main dengan cucu mama tu."Hilman mengangguk sambil mengucapkan Insya-Allah.
"Minumlah..kejap lagi boleh naik berehat.Mama dengan papa nak makan apa hari ni?Fatin boleh masakkan..Fariza pun cakap je nak makan apa,akak boleh buatkan."Hilman memandang wajah isterinya seolah-olah tidak percaya dengan kebolehan Pa'an dalam bidang masakan.Satu lagi perkara yang dia tidak tahu.
"Menyusahkan Fatin je,tak apa kejap lagi mama dengan adik tolong Fatin memasak ya?"Pa'an hanya mengangguk kerana dia tahu mamanya itu tidak mahu menyusahkan dia yang sedang sarat mengandung ini.
"Okey..tapi mama just beritahu je mama teringin nak makan apa.Ni limited edition je ni sementara mama ada dekat sini."Pa'an tersenyum apabila pipinya dicubit manja oleh Puan Sri Faridah.
"Degil menantu mama ni...okeylah,hurm...mama teringin nak makan lauk ikan patin masak tempoyak.."Kecur air liur Puan Sri Faridah bila teringatkan lauk itu.Pa'an mengalihkan pandangannya kepada bapa mertuanya dan Fariza.
"Papa dengan adik nak makan apa?"
"Papa makan apa-apa pun boleh..papa tak kisah."Pa'an mengangguk mendengar jawapan dari papanya.
"Eleh..papa tu memang semua boleh telan,tolak kayu dengan batu je..hehe..sorry papa."Fariza menyusun sepuluh jarinya tanda meminta maaf.
"Amboi adik ni,kenakan papa ya...abang pulak nak makan apa?"Hilman yang tadinya terkejut bertambah terpana bila Pa'an memanggil dirinya 'abang'.Terasa urat sarafnya sejuk dan gementar,dia diawang-awangan kini.
"Abang oi..berangan apa lagi tu?Kak Fatin tanya abang tu..isteri depan mata pun boleh berangan lagi."Mereka pakat menggelakkan Hilman yang sedang menggarukan kepalanya sambil tersengih.Pa'an tahu mesti Hilman terkejut bila dia memanggil Hilman 'abang'.Sengaja dia mahu mengenakan lelaki itu yang dari tadi asyik memandangnya.
"Aa..a..bang nak makan ayam goreng berempah.Boleh?"Hilman bagai takut-takut untuk bertanya kepada Pa'an dan dia sebenarnya ragu-ragu dengan kebolehan Pa'an itu.Melihatkan senyuman dari isterinya itu terus Hilman berdehem.Dia tidak tahu kenapa hatinya boleh menjadi selemah ini tiba-tiba.
"Boleh apa salahnya tapi abang kenalah pergi beli ikan dengan ayam..ya?"Hilman pantas menganggukkan kepalanya.
"Mama dengan papa naiklah dulu,berehat ya."Selepas itu kelibat mereka semua sudah menghilangkan diri dan kini hanya tinggal mereka berdua sahaja di ruang tamu.Pa'an mengurut-urut tengkuknya yang terasa lenguh itu.Hilman mengecilkan pandangannya seperti mahu menyerang mangsa yang sudah terhidang di depan mata itu.
"Apasal kau pandang aku macam tu?"Pa'an menyoal dengan langsinya.
"Kau pandai ke memasak?"Hilman berpeluk tubuh sambil berdiri dan tubuhnya disandarkan di sofa berhadapan dengan Pa'an.
"Kenapa?Kau tak percaya aku tak pandai memasak ke atau kau ingat aku nak manderemkan kau?"Perutnya yang memboyot diusap dan seakan menjadi tabiatnya sekarang ini.Hilman memerhatikan sahaja tingkah laku isterinya dengan penuh minat,terserlah naluri keibuan dia wajah Pa'an ketika ini.
"Aku tak sangka kau pandai memasak..."Hilman mengalihkan perhatiannya dengan mencari pasal dengan Pa'an.
"Habis,kau ingat aku nak duduk di takuk lama je ke?Aku pun ada hati dan perasaan.."Pa'an tiba-tiba menjawab dengan penuh emosi.
"Kau ni kenapa?Aku tanya elok-elok yang kau nak marah apasal?Kau bendera Jepun eh?"Hilman memang tidak faham dengan emosi Pa'an yang berubah-ubah itu.
"Elok ke kau tanya macam tu?Tanya macam nak cari gaduh...dahlah,baik kau pergi market sekarang sebelum mood aku hilang,dari nak masak ayam berempah kau tu jadi sampah je nanti."Pa'an bangun lalu meninggalkan Hilman yang termangu-mangu itu.
"Entah apa-apa entah perempuan ni..mereng agaknya marah tak tentu pasal."Hilman juga berlalu dan mengambil kunci keretanya dan keluar.

Bau tempoyak membuatkan Puan Sri Faridah tertarik untuk turun ke dapur,setibanya didapur dia terkejut melihat menantunya keseorangan berperang dengan periuk belanga.
"Ya Allah mak buyung ni..degilnya Nauzubillah..."Pa'an tersengih sahaja bila disergah oleh ibu mertuanya.
"La...kenapa mama bangun,berehatlah lama sikit.Lambat lagi nak makan tengahari ni.."Pa'an tidak menghiraukan bebelan ibu mertuanya kerana dia sibuk mahu menyiapkan makan tengahari mereka nanti.
"Mama tak mengantuk pun,lagipun tadi dah tidur dalam kereta sepanjang jalan.Papa yang drive,mama tidur je."Puan Sri Faridah duduk di meja makan yang disediakan,dia mahu membantu menantunya namun ditegah oleh Pa'an.Katanya mama adalah tetamu special jadi biar dia sahaja yang memasak.
"Yelah...biar mama buat air ya?"Pa'an hanya mengangguk bila mamanya berdegil juga untuk membantu.Mak borek anak rintik,sama je perangai dengan anaknya.Degil!!
"Adik kamu tu mana?"Puan Sri Faridah bertanya kepada Pa'an bila sedari tadi dia tidak nampak kelibat anak daranya itu.
"Ooo..abang bawa adik keluar kejap tadi.Dia nak pergi beli pad...dia terlupa nak bawa.Fatin pula memang tak ada stock sekarang ni."Pa'an membasuh tangannya.Kejap lagi dia mahu menggoreng ayam berempah permintaan Hilman itu.
"Itulah dia..diri sendiri punya kitaran pun tak ingat.Apa nak jadilah dengan anak dara sorang tu.Tak tahulah mama nak cakap macam mana.Gatalnya bukan main,mama suruh kahwin tak nak."Tergelak Pa'an mendengar bebelan ibu mertuanya kepada anak daranya sorang tu.
"Tak apalah mama...Fatin pun kadang-kadang macam tu juga,selalu tak ingat sebab kitaran haid Fatin tak menentu."Pa'an membela adik iparnya itu.
"Hurm..kamu lain,dia  ni lain Fatin..nyanyuknya mengalahkan mama."Sedap sahaja Puan Sri Faridah mengutuk anak daranya itu.
"Kamu tahu Fatin...ayam goreng berempah ni lauk kegemaran Hilman."Pa'an memandang wajah ibu mertuanya dengan penuh teruja.Sinar matanya jelas menunjukkan dia suka bila mengetahui salah satu perkara tentang suaminya itu.
"Ye ke mama?Fatin tak tahu pun,selama ni abang makan je apa yang Fatin masak."Pa'an menggigit bibirnya bila dia menipu.
"Man tu memang macam tu,dia susah sikit nak tunjukkan yang dia sayangkan seseorang.Cuma dengan Nisa je dulu mama tengok dia beria-ia tapi yelah dah bukan jodoh mereka.Alhamdulillah..mama suka tengok kalian bahagia walaupun dengan cara yang tak betul..."Berubah terus air muka Pa'an bila ibu mertuany mengungkit tentang Annisa dan perkara lama mereka.Nasib baik dia membelakangkan ibu mertuanya,jika tidak pasti Puan Sri Faridah dapat melihat  reaksi Pa'an.
"Dah takdir kami mama..."Pa'an menjawab perlahan.
"Yelah...mama pun bersyukur sangat sebab tak lama lagi mama akan dapat cucu."ujar Puan Sri Faridah dengan penuh teruja manakala Pa'an tersenyum kelat.
"Assalamualaikum...."Laungan salam dari Luar oleh Fariza mematikan perbualan mereka berdua.
"Adik masuk dulu ye mama,Kak Fatin...kejap lagi adik turun."Laju sahaja si gadis meninggalkan mereka.puan Sri Faridah hanya menggelengkan kepalanya.
"Kamu ni buat apa pula dekat dapur ni?Pergilah lepak dekat ruang tamu tu.Selalunya menyampah benar kamu nak masuk ke dapur ni."Teguran mamanya dibalas sengihan oleh Hilman.Dia sendiri tidak tahu mengapa kakinya melangkah ke dapur.Bau dan perutnya yang lapar yang menariknya ke situ.Agaknyalahkan....
"Hehe..bosanlah mama...mama pun dekat dapur,bolehlah Man berborak dengan mama sekali dekat sini."Selepas itu banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berdua.Kadang-kala Pa'an perasan mata Hilman sesekali menoleh kearahnya.Pening pula dia dengan tingkah Hilman yang tiba-tiba bertukar menjadi ulat bulu ini.Pandangannya kadang-kadang seperti mahu menelannya.Dia lebih rela mereka bergaduh daripada Hilman melawan mata dengannya.
"Mama..Fatin naik atas sekejap ya.Nak tukar baju...kejap lagi kita makan."Puan Sri Faridah mengangguk dan dia juga selepas itu mahu ke atas untuk menggerakkan suaminya.Pintu bilik dibuka dari luar.Hilman masuk dan melihat sekeliling namun tiada kelibat Pa'an di mana-mana.Selepas itu kedengaran pintu bilik air dibuka pula.
"Astaghfirullahaladzim..."Pa'an mengurut dadanya bila melihat Hilman berada di dalam bilik yang sama dengannya.
"Kenapa kau terkejut?"Soal Hilman tidak berpuas hati.
"Yang kau tercegat macam hantu pocong tu kenapa?Huh..."Pa'an bergerak ke kiri Hilman untuk keluar.
"Hantu pocong kau panggil aku?"Hilman menarik tangan Pa'an tiba-tiba.
"Aduh...yang kau tarik tangan aku ni kenapa pulak?"Pa'an merentap tangannya kasar.
"Suka hati akulah..."jawab Hilman selamba.
"Hah..suka hati aku jugalah nak panggil kau hantu pocong pun..kau peduli apa?"Semakin membulat mata Hilman bila mendengar jawapan berani Pa'an itu.Boleh sakit jiwa jika dia tinggal lama-lama dengan gadis ini.
"Ada je jawapan kau kan?"Hilman masih tidak berpuas hati.Dia sendiri tidak tahu kenapa mereka memang tidak boleh langsung berbaik dan pantang dekat sahaja pasti ada perkara yang menjadi bahan untuk mereka bergaduh.
"Lalalalala..."Pa'an menutup telinganya dengan kedua belah tangannya.Lagaknya seperti budak kecil yang sedang bergaduh.Hilman menahan hatinya yang sedang membara itu.
"Kau.."Hilman menundingkan jarinya kearah Pa'an.
"Wek...."Kali ini Pa'an menjelirkan lidahnya pula.
"Ya Allah..sabar jelah."Hilman cuba menyabarkan hatinya dikala ini.Waktu ini Pa'an sedang tersengih dan mahu keluar dari bilik itu,dia mahu ketawa bila melihat Hilman yang sedang menahan geram itu.
"Mak!!!!"Hampir terjatuh Pa'an dibuatnya bila rambut panjangnya ditarik oleh Hilman tanpa amaran.
"Wei..kau ni apasal?Sakit tahu tak..."Pa'an mendengus sambil mengusap kepalanya yang terasa perit itu.Tanpa jawapan,Hilman berlalu meninggalkan Pa'an yang sedang memarahinya itu namun terukir senyuman di bibir Hilman setelah rambut panjang Pa'an dilepaskan kerana dia sudah mendapat jawapan dari persoalannya pagi tadi.'Rambut tu memang rambut betul dan lembut...'Terbit satu suara halus dihatinya memuji kecantikan Pa'an yang satu itu.


p/s : sorry sangat2..bkan xnak upload tpi byak sgat test minggu ni n esok plak ade kuiz...ahad test..then mggu seterusnye lg lah pack...ini je yg termampu utk mlm ni...t ade mse Insya-Allah ad yg bru..mne tau esok terase nk smbung,sye smbung..ok...thanx...

Thursday 30 August 2012

SUMPAH TAK SAMA 20

Pa'an mengangkat sebelah keningnya kepada Hilman seperti dia sedang bertanya 'Apa pandang-pandang?' Hilman tersentak lalu berdehem,entah kenapa dia terlalu terpesona dengan penampilan baru Pa'an itu.Dia merasakan seperti pernah melihat wajah cantik ini.Puas dia berfikir dan akhirnya baru dia teringat yang dia pernah melanggar wajah serupa dengan wanita yang sedang duduk di sebelahnya ini.Kejadian di Mid Valley tempoh hari,patutlah wanita yang dilanggarnya terdiam terkaku sehingga disangkanya bisu itu rupa-rupanya isterinya.
"Apa yang kamu pandangkan isteri kamu tu?Dari tadi papa tengok ralit sangat kamu memerhatikan Fatin,macam tak pernah jumpa je."Teguran daripada papanya membuatkan Hilman termalu sendiri,bagai ada tarikan magnet yang membuatkan dia terlalu asyik untuk memandang Pa'an dan dia tidak sangka isterinya yang dulu selalu diejek tomboy kini sudah menjadi secantik ini.
"Tak ada apalah papa..saje je Man tengok isteri Man ni..semalam dia kata teringin nak makan satey kajang tapi Man terlupa nak belikan.Manalah tahu teringin sangat nak makan,kejap lagi Man pergi beli."Berkerut dahi Pa'an mendengar alasan dari Hilman itu.Bila masa entah dia teringin nak makan satey kajang.Pa'an mendapat satu idea untuk mengenakan Hilman.
"Aik..takkan dah lapan bulan pun mengidam lagi?"Puan Sri Faridah bertanya kerana pelik didengarnya bila Hilman memeberitahu Pa'an masih lagi mengidam.
"Entahlah mama..memang selalu sangat teringin nak makan macam-macam,sekarang ni pun tekak dah teringin nak makan rendang ayam hutan."Terkejut mereka semua mendengar permintaan pelik Pa'an itu.Tersengih-sengih dia bila dapat mengenakan suaminya.Mana mahu cari ayam hutan di bandar ni,Hilman pula terkedu tidak sangka isterinya lagi bijak untuk mengenakannya.
"Biar betik kak?Mana nak cari ayam hutan tu?"Fariza menggarukan kepalanya yang tidak gatal macam dia sahaja yang kena cari ayam hutan tu.
"Hah..kamu dengar tu Man,kamu kena cari ayam hutan tu nanti meleleh anak kamu bila keluar nanti,kempunan."Tan Sri Zakaria menepuk bahu anak lelakinya itu.
"Ya Allah lupa pula Fatin..kejap ya mama,papa...Fatin buatkan air."Pa'an bangun dan mahu menuju ke dapur untuk menyediakan minuman untuk tetamu kehormatnya.
"Eh..tak payah susah-susah..anak dara ni ada,biar dia yang buat.Bukan tak biasa pun datang sini."Puan Sri Faridah menghalang menantunya daripada membuat kerja berat.Fariza mencebik bila disuruh oleh mamanya,bukan dia malas tetapi dia penat sebenarnya.
"Tak apa mama...bukan berat sangat pun."Pa'an berlalu jua ,walhal dia sebenarnya mahu menggelakkan Hilman namun tidak jadi bila Hilman berdiri tegak dibelakangnya.
"Sukakan kau kenakan aku?"Mahu terlepas sudu yang dipegangnya bila disergah Hilman tiba-tiba.Pa'an mengurut dadanya perlahan,mahu tercabut jantungnya bila disergah begitu.
"Kau yang sabitkan nama aku tadi siapa suruh..adillah kan?"Pa'an berkata perlahan kerana takut salah seorang daripada mereka pergi ke dapur.
"Mana aku nak cari ayam hutan tu?Pandai kau merepekkan?"Hilman mengecilkan matanya agar Pa'an takut namun isterinya itu hanya berlagak selamba.
"Well...you know me..."Sengaja Pa'an membuat muka kerek kepada Hilman.Pati Sunquick diambil dan dibubuh ke dalam jug yang telah dibancuhi air gula didalamnya.Pa'an merasakan tidak selesa tiba-tiba bila merasakan Hilman sedang memerhatikan gerak-gerinya sekarang.
"Yang kau tercegat dekat dengan aku ni kenapa?Pergilah layan mama dengan papa..."Hilman mendengus tiba-tiba membuatkan Pa'an tidak faham kenapa.
"Aku cuma nak pastikan kau tak pecahkan apa-apa harta didalam rumah ni."Suara Hilman sudah berubah intonasi,pelik Pa'an dengan Hilman ni.Angin kus-kus dia dah datang kut.
"Ceh...kau ingat aku ni cemerkap sangat ke?Tepi..."Pa'an menolak badan Hilman sedikit untuk keluar dari dapur.Hilam memegang dadanya yang sedang bergetar hebat setelah rambut panjang Pa'an terkena mukanya.Wangi dan dirasakan dia suka dengan bau syampu yang dipakai oleh isterinya itu.'Kenapa aku macam ni?'Hilman memerhatikan lenggok Pa'an yan tidak lagi kasar seperti dulu.'Sumpah dia memang tak sama macam dulu...'Hilman dalam tidak sedar memuji musuhnya itu.

Puan Sri Zakaria sibuk bertanyakan tentang persiapan mereka untuk menyambut anak yang pertama tetapi pabila mendengar yang mereka langsung tidak membeli peralatan baby terus mereka kena marah,lagi-lagi bila Hilman memberi alasan yang mereka sibuk.
"Kamu berdua ni macam tak excited nak dapat anak...kalau orang lain masa kandungan awal pun dorang dah beli semua persiapan baby...mama tak fahamlah dengan kamu berdua ni."Bengang gila dia bila cucu pertamanya itu seakan-akan menjadi anak yang terbiar tiada mak bapak.
"Kalau kamu berdua sibuk sangat,lepas Fatin bersalin,biar mama yang jaga..."Pa'an hampir ternganga apabila mendengar ibu mertuanya bersungguh sungguh untuk menjaga  "anak" mereka.



SUMPAH TAK SAMA 19

Suara riuh rendah dibawah mendebarkan hati Pa'an yang masih lagi teragak-agak untuk turun.Dia tidak yakin dengan penampilannya,dibelek tubuhnya di hadapan cermin dan dengan tiba-tibanya dia mengusap perutnya yang membukit.Perasaan bersalah kembali menerpa kerana sebentar lagi dia bakal meneruskan penipuannya.Rambutnya yang panjang disikat rapi dan dibiarnya lepas bebas.Selepas itu dia mengambil salah satu koleksi pin rambutnya yang bewarna hitam.

Hilman gembira tatkala keluarganya sudah sampai.Dipeluk tubuh mama dan papanya erat manakala dia mencubit pipi adik perempuannya kuat.
"Auch abang ni...sakit adik tau."Fariza Haimi mengaduh manja apabila dicubit oleh abangnya.
"Adik ni makin tembam tau tak,geram abang tengok."Hilman semakin galak meyakat adiknya itu.
"Mama..tengoklah abang ni,mengada je tau."Fariza melarikan dirinya dibelakang mamanya mahu berlindung.
"Dahlah Hilman,kesian adik kamu tu."Tan Sri Zakaria pula yang menyampuk.Hilman tersengih sahaja dan ditolong kedua orang tuanya mengangkat beg masuk ke dalam rumah.
"Dari tadi kamu je yang ada dekat sini,isteri kamu mana?"Riak wajah Hilman terus berubah,baru dia teringat isterinya itu tidak turut serta dengannya.
"Kejap lagi dia turunlah tu mama...baru lepas mandi tu,lagipun sarat sangat dah."Main bantai sahaja ayat yang direka oleh Hilman walhal dia terlupa sebenarnya semalam isterinya itu sudah berada di rumah itu.
"Hurm...dah scan dah ke bang?"Fariza bertanya dengan penuh teruja,anak sedara sulunglah katakan.
"Hah..tak scan pun,kami nak kasi suprise sikit lagipun abang tak kisah lelaki atau perempuan,semua tu rezeki Allah."Pandai sungguh Hilman berbohong.Pa'an yang baru keluar dari biliknya itu terdengar mereka yang sedang berborak.Dia menarik nafas panjang.
"Assalamualaikum..."Pa'an memberi salam sambil dia berhati-hati menuruni tangga.Perut yang dipakainya itu terasa berat seolah-olah memang ada bayi didalamnya.Semua mata kini memandang ke arahnya kecuali Hilman.Dia tidak terasa ada yang istimewa dengan perempuan itu.
"Wah besarnya perut kakak ma...kembar ke ni?"Fariza pantas berdiri dan menghampiri kakak iparnya untuk memberi bantuan.Puan Sri Faridah tersenyum melihat menantunya itu.Walaupun dia tidak sukakan perbuatan Pa'an yang merosakkan perkahwinan Hilman namun dia terpaksa menerimanya apabila Pa'an sedang mengandungkan waris keturunannya.
"Cantik menantu papa.."Terluah pujian yang tiba-tiba dari papanya membuatkan Hilman pelik.Susah untuk dia mendengar papanya itu memuji seseorang.Keinginannya untuk berpaling semakin kuat dan bila dia berpaling mulutnya hampir terlopong melihat kecantikan Pa'an yang selama ini diperkotak-katikkannya.Tiada lagi baju t-shirt besar,tiada lagi cap dan yang penting ini kali pertama dia melihat isterinya itu berambut panjang.Dek terlalu terpukau dengan kecantikan Pa'an,dia langsung tidak menyedari isterinya itu sudah berada disebelahnya.Pa'an tersenyum penuh sopan di hadapan ibu bapa mertuanya,dan dia perasan Hilman memandangnya tanpa kelip.'Hah..baru kau tahu siapa aku.Biar terbuka sikit mata kau tengok aku ni.'Pa'an menghadiahkan senyuman sinis kepada Hilman namun lelaki itu merasakan itulah senyuman yang paling terindah yang pernah dia lihat.Sudah gila bayangkah Hilman sekarang ni?

p:s : sekejap je ek...ade klas pkol 4...hehe...sbar skit je yek...

Wednesday 29 August 2012

SUMPAH TAK SAMA 18

Pa'an memerhatikan sekeliling kawasan perumahan Hilman.Dia tidak menyangka bahawa alamat rumah mereka berdekatan sahaja sebenarnya.Bukit Jalil tidaklah terlalu jauh dengan rumahnya di Taman Kinrara.
"Betul ke ni alamat dia?"Terjenguk-jenguk kepala kedua sahabatnya tatkala melihat rumah mewah milik Hilman itu.Seakan tidak percaya mereka apabila lelaki itu tinggal berseorangan di rumah mewah tersebut.
"Kalau ikutkan alamat ni betullah tu."Pa'an menelek kembali mesej yang diberikan Hilman kepadanya kelmarin.
"Kau nak kami temankan kau masuk sekali ke?"Hartini bertanya kepada Pa'an namun gelengan dari Pa'an difahami mereka.
"Aku duduk dekat sini dua minggu tapi aku dapat cuti seminggu je.Nasib baik En.Hairi benarkan.Dahlah company kita tu sekarang dah ada pembeli baru.Siapa yang akan menggantikan Mr.Chua ya?"Pa'an baru teringat akan perbualannya dengan En.Hairi tentang seorang usahawan telah membeli syarikat mereka itu.
"Entah aku pun tak tahu.Tup-tup je dah ada orang beli.Anak-anak dia dah tak nak teruskan perniagaan bapak dorang.Masing-masing ada kerjaya sendiri."Hartini menguatkan radio yang sedang memainkan lagu harapan daripada kumpulan Hyperact.Sungguh dia sukakan lagu tu kerana lagu itu adalah lagu soundtrack cerita Seindah Sakura.
"En.Hairi kata orang Melayu yang beli company kita tu.Bangga aku bila orang Melayu kita berjaya dalam perniagaan ni."Pa'an meluahkan rasa bangganya terhadap usahawan itu.
"Wah..hebatlah dia kan..kalaulah dia ada anak lelaki aku nak tacklelah....senang hidup aku nanti.Hehehehe..."Hartini mula memasang angan-angan untuk berkahwin dengan lelaki kaya.
"Choi...matlamat tak menghalalkan cara."Bazlaa Aina mencubit lengan Hartini sehingga mengaduh rakannya itu.
"Aku main-main jelah...sakit tahu tak."Hartini menggosok bekas cubitan Bazlaa Aina dilengannya tadi.
"Apa-apa ajelah korang berdua ni.Dahlah...aku turun sekarang.Lupa pula aku nak cakap.Nanti lepas aku cuti seminggu kau tolong pick up aku dari rumah ni.Mangkuk tu mana nak hantar aku ni."Ucap Pa'an dengan penuh emosi.
"Cis..aku rasa macam nak karate je mangkuk tandas tu."Tergelak Pa'an dan Hartini mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Bazlaa Aina tu.
"Pandai ke kau karate?Blah la...cakap je lebih."Hartini keluar dan membantu Pa'an mengeluarkan begnya.
"Uish...banyaknya kau bawa baju.Macam nak pindah sini terus je.Hehe..jangan marah ha."Hartini tersengih sahaja bila Pa'an melemparkan pandangan mautnya itu.
"Kau cakap jangan sebarangan cakap.Nanti tak pasal-pasal hari-hari sedut sup guna straw je."Tergelak Hartini mendengar amaran Pa'an itu.Tiada dia takutnya,setakat ugutan Pa'an yang tak makan dek saman itu apa dia takut.
"Main sebut aje kau ni kan.Dahlah...aku wish kau berjaya dan lakonan tu kasi berkesan sikit.Biar berbekas kat dalam hati suami kau tu.Kau buatlah romantik sikit,tunjukkan dekat dia siapa kau yang sebenar.Tunjukkan yang kau bukan lagi si tomboy."Hartini memegang bahu Pa'an dan mengucapkan ayat tersebut dengan wajah yang serius.
"Aku setuju dengan Tini.Tak payah lagi kau nak menyamar tomboy macam ni depan dia.Biar dia tahu kau yang sekarang ni lagi umph,lagi cantik dan semestinya kau buat sampai dia menyesal nak ceraikan kau."Bazlaa Aina memberikan cadangannya kepada Pa'an.
"Aku tahu semua tu.Korang berdua jangan risau nanti aku akan update selalu dengan korang berdua.Okey?"Pa'an tersenyum berwajah ceria namun dia berhati walang apabila terpaksa tinggal bersama suaminya nanti.
"Okey set...eh,mangkuk tu dah tahu ke kau dah sampai ni?Jangan dia biarkan kau berdiri lama-lama depan rumah dia ni sudahlah,aku fire dia nanti."Bazlaa Aina terteleng-teleng cuba mengintai di dalam rumah Hilman.Kereta ada tapi tak bererti tuan rumahnya ada.
"Ish..tak payahlah kau nak telek rumah dia sampai macam tu sekali.Aku dah mesej dia tadi,sekejap lagi dia baliklah.Dahlah..korang berdua baliklah dulu.Mesti korang penatkan?"Pa'an meletakkan begnya dihadapan pagar rumah Hilman.
"Yelah...kitorang balik sekarang..eh Tini,malam ni kita tengok movie nak?Aku belanja,jimat sikit duit aku bila aku dengan kau je tinggal."Terbeliak biji mata Pa'an bila Bazlaa Aina sengaja menyakatnya.
"Woi mana aci..aku nak pergi juga."Hartini dan Bazlaa Aina tergelak melihat Pa'an yang cuba membuat muka merajuknya.
"Hahaha...kau kan dah ada suami,lepaklah dengan dia.Ajak dia tengok movie berdua,confirm romantik habis."Geli geleman Pa'an bila mendengar Hartini mengatakan mereka berdua pasangan yang romantik.
"Romantik kucing kau...dahlah pergilah,aku tak kisah."Mereka berdua masih mentertawakannya namun Pa'an tidak ambil hati.
"Yelah...kitorang balik dulu tau.Jangan lupa update cerita kau nanti.Bye and Assalamualaikum.."Akhirnya mereka berdua hilang dari pandangan matanya.Kini Pa'an bersendirian di hadapan rumah Hilman.Jiran-jiran disekitarnya memandangnya seperti tidak pernah tengok orang.Memanglah tidak pernah tengok kerana ini kali pertama dia berada disini.Jam sudah menunjukkan pukul enam empat puluh lima petang.Nasib baik dia sudah Solat Asar tadi,kalau tidak kena Qadha' lah dia jawabnya.
PIN!!!!
Bunyi hon kereta yang kuat memeranjatkan Pa'an lalu dia ketepi bila melihat pemandu itu adalah Hilman.Pintu pagar rumah terbuka dan Hilman memandu masuk ke garaj.Setelah lelaki itu keluar dari keretanya barulah Pa'an memasuki kawasan rumah.Terpegun dia sekejap dengan landskap rumah Hilman itu.Rumahnya benar-benar cantik dan mendamaikan,itu belum dia masuk ke dalam rumah lagi tu.
"Assalamualaikum...'Terus sahaja Pa'an memberi salam bila Hilman berdiri tegak di samping keretanya sambil tangan diseluk ke saku seluarnya.Handsome....
"Waalaikummussalam..dah sekarang bawa barang-barang kau masuk.Nanti aku tunjukkan bilik."Hilman terus berlalu tanpa menghulurkan sedikit bantuan kepada isterinya.Pa'an mencebirkan bibirnya dan berkata'Macamlah bagus sangat.'Dia mengangkat begnya yang berat dan mengikuti langkah Hilman yang sudah membuka pintu rumah itu.Rumah dua tingkat itu sememangnya cantik dan menarik pandangan Pa'an.Kalau tadi dia terpersona dengan landskap luar rumah Hilman,kali ini dia memuji kecantikan dalaman ruamh Hilman yang bercorakkan moden itu.Luas dan menenangkan hati.
"Hoi...kau tengok apa tu?"Hilman menghentikan langkahnya namun Pa'an tidak sempat brek lalu terlanggar tubuh Hilman.
"Aduh..."Rupa-rupanya Pa'an terlepas beg bajunya ke atas kaki Hilman akibat terkejut dengan perlanggaran tadi.
"Alamak..sorry aku tak sengaja."Pa'an menggelabah apabila dilihatnya Hilman terkinja-kinja kesakitan.
"Argh..kau ni memang saja nak cari gaduh dengan aku.Hish.."Hilman menggosok-gosok kakinya yang sakit itu manakala Pa'an masih terbau wangian Hilman yang dihidunya sebentar tadi.
"Aku minta maaflah...tak sengaja.Siapa suruh kau berhenti tiba-tiba tadi.Brek aku tak makanlah tadi sebab perut aku kosong ni."Sambil memegang perutnya,Pa'an membuat muka tidak malu di depan Hilman dan ternyata lelaki itu meluat melihatnya.
"Banyaklah kau brek tak makan.Sudah,sekarang ni aku tunjukkan kau bilik untuk kau malam ni.Lepas solat Maghrib aku tunjukkan dekat kau seluruh kawasan rumah ni."Hilman berpaling untuk menaiki anak tangga.
"Kenapa bilik aku untuk malam ni je?Habis nanti aku nak tidur dekat mana?"Dengan lurusnya Pa'an menyoal lelaki itu.
"Kau pindah masuk bilik aku."Terus berubah merah wajah Pa'an tatkala mendengar jawapan dari Hilman itu.
"A..apasal pula aku kena pindah masuk bilik kau?"Tergagap-gagap Pa'an untuk bertanya.
"Kau nak mama,papa and adik tahu yang kita tidur berasingan?Jangan kau nak double-minded pula sekarang ni.Ikut je arahan aku."Hilman terus naik dan menunjukkan bilik tamu kepada Pa'an.
"Ni bilik kau..for your information,petang esok dorang akan sampai.So,malam ni aku nak kau bersiap-sedia.Faham?"Pa'an hanya mengangguk dan yang sangat penting sekarang ni adalah untuk dia mandi.
"I got it...aku masuk dulu.Nanti kau ketuk je pintu bilik aku kalau kau nak mulakan tour dalam rumah kau ni."Pa'an terus menutup pintu tanpa sempat Hilman bersuara.
"Macam manalah aku boleh terjebak dengan si tomboy ni."Hilman berpusing dan masuk ke dalam biliknya.


Setelah habis lawatan didalam rumahnya,Hilman menyuruh Pa'an mengeluarkan baju mengandung yang disuruh belinya itu.
"Aku suruh kau beli dua tiga helai,yang kau beli satu je kenapa?"Hilman bertanya kepada Pa'an yang hanya tersengih itu.Dia mana ada duit lagi sekarang ni dan buat apa dia nak beli banyak-banyak,membazir je.Lebih baik dia pakai baju t-shirt yang besar-besar.
"T-shirt besar banyak.Tak payahlah nak membazir beli banyak-banyak,aku bukan ada duit pun."Hilman mendengus dan kemudiannya menghilang ke dalam biliknya.Pa'an gelisah menanti apa tindakan Hilman yang seterusnya namun dia terkejut apabila Hilman menghulurkan satu beg pakaian yang tertulis maternity itu.Dikeluarkan sepuluh helai baju mengandung didalamnya.Mahu terbeliak dia melihat harga baju itu dan dipandangnya Hilman sambil menelan air liur.
"Tak payah nak pandang aku sampai macam tu sekali.Kalau kau pakai t-shirt biasa nanti mama kata aku ni tak mampu nak belikan kau baju.Aku bukan suruh kau ambil pun baju tu,kau pakai untuk dua minggu ni je."Pa'an menjeling Hilman tajam,kata-katanya tidak pernah tak menyakitkan hati.Selalu sangat cuba cari gaduh.
"Aku pun tak hadaplah...setakat baju mengandung ni buat apa.Lainlah kalau kau bagi aku dress ke,baju kurung ke barulah terliur juga aku nak songlap."Pa'an melipat semula baju-baju tersebut dan memasukkannya semula ke dalam beg tadi.
"Kau pakai dress?Buang duit je kalau belikan kau dress,balik-balik t-shirt gedabak ni juga yang kau pakai."Pa'an terpaksa bersabar dengan kerenah Hilman.'Kau tunggu esok,jangan sampai kau mengigaukan aku sudah lepas ni.'Bicara Pa'an di dalam hati dengan geramnya.
"One more thing..aku nak kau cuba benda ni sekarang."Hilman mencampakkan satu objek yang menyerupai bantal tetapi mempunyai baju dan selepas meneleknya barulah dia tahu.
"Bila kau cari benda ni?"Pa'an menyoal sambil bangun dan cuba menyarungkan benda tersebut ke badannya.
"Alamak,aku tak sampailah nak pinkan benda ni kat belakang.Kau tolong aku boleh?"Pa'an tergagau-gagau kerana tangannya pendek.Hilman bangun malas sambil mulutnya membebel serba tidak kena.Tatkala dia sedang memasangkan pin di belakang Pa'an,matanya tertancap ke leher isterinya yang putih dan jinjang itu.Tak tertelan air liurnya melihat kemulusan kulit isterinya itu.Tangannya tiba-tiba terangkat dan mahu menyentuh leher itu namun dia dikejutkan dengan deringan handphonenya.Hilman pantas menjawab panggilan tersebut dan terus menghilangkan diri.
"Apa kena dengan dia ni?"Pa'an akhirnya buat tidak tahu dengan Hilman dan berlalu ke biliknya sambil mengusap perut tipunya itu.

Hilman duduk di gazebo yang ada di hadapan rumahnya.Setelah menjawab panggilan telefon dari mamanya tadi dia terus termenung di situ.Dia teringatkan kejadian tadi,sungguh dia tidak tahu kenapa dia berperasaan seolah-olah teruja untuk menyentuh Pa'an.Otaknya sudah tidak betul apabila asyik teringatkan kemulusan leher Pa'an itu.
"Baru berapa jam dia masuk rumah ni aku dah boleh jadi gila.Itu semua hanya nafsu semata-mata.Aku kena tahan sepanjang dia berada di dalam rumah ni.Pasti..."Hilman akhirnya nekad tidak mahu melayan nafsu jahatnya itu dengan menelefon kekasih hatinya.


p/s : hehehe..mesti korang da suke kan sebab dorng da duduk same..2 minggu je tapinye...tggu ek gelagat dorang mase parent hilman ade...papai n slam merdeka!!!

SUMPAH TAK SAMA 17

Bazlaa Aina membantah tindakan Pa'an yang mahu mengikut segala rancangan Hilman itu.Bengang habis  dia bila mengetahui Pa'an mahu menipu sekali lagi.
"Berapa kali kau nak menipu ni Pa'an?Kau tak takut dosa ke?Dahlah kau menipu mertua kau..kau dengan mangkuk tu sama-sama gilalah.Sesuai sangat jadi korang berdua ni kahwin."Marah sungguh dia kali ini.
"Habis tu kau nak suruh aku buat macam mana lagi?"Pa'an duduk di sebelah Hartini.
"Terus-terangkan senang..tak payah kau nak menipu lagi."Hartini menyampuk dan dia juga tidak bersetuju dengan tindakan Pa'an itu.
"Korang tak faham..."Pa'an mahu membela dirinya.
"Apa yang kami tak faham?Cuba kau terangkan sikit dekat kami ni.."Bazlaa Aina memeluk tubuh sambil memandang wajah sahabat baiknya itu geram.
"Mama Hilman ada heart attack,kalau aku beritahu hal yang sebenar mahu orang tua tu kiok dekat situ juga."Pa'an menggunakan nama Puan Sri Faridah sebagai penyelamatnya.
"Lagipun kalau nenek aku tahu mesti dia kecewa dengan aku.Dahlah mak dengan abah aku dah tak terima aku."Pa'an membuat muka sedihnya dan sememangnya dia tengah bersedih.
"Tapi perkara akan jadi semakin teruk kalau kau terus menipu.Cuba bayangkan apa perasaan mereka bila tahu kau tak mengandung?Macam mana reaksi dorang bila tahu kau ni menipu bila dorang dah mula sukakan kau?Pernah tak kau terfikirkan semua tu sebelum kau bersetuju dengan cadangan mangkuk malaun tu?"Bazlaa Aina mendekati Pa'an dan dia berfikir tidak guna dia memarahi Pa'an dan sepatutnya dia menasihati sahabatnya itu.Pa'an terdiam memikirkan kebenaran kata-kata Bazlaa Aina.
"Aku setuju dengan Aina...walaupun aku tak kenal sangat siapa Hilman tu tapi dari cara korang bercerita pasal dia macam dia tu bagus sangat.Nanti bila semua dah tahu kebenarannya mereka takkan marahkan dia tapi kau,sebab kau yang menyebabkan semua ni berlaku."Hartini menambah apa yang patut dan Bazlaa Aina menganggukkan kepalanya tanda menyokong.
"Aku dah tak tahu nak buat apa sekarang ni.Memang aku menyesal dengan apa yang aku buat dulu dan aku tak sangka benda ni semakin teruk."Pa'an memain-mainkan jari-jemarinya.
"Ini dah takdir kau dan kau kena terima,bukan saja-saja kau kena kahwin dengan dia.Mungkin ini jodoh kau?Siapa tahu cuma kau kena kuat berhadapan dengan kebenaran.Pa'an yang aku kenal selama ni seorang perempuan yang kuat semangat.Aku tahu kau boleh."Bazlaa Aina mengenggam tangan Pa'an memberinya sedikit kekuatan.
"Tapi aku terpaksa ikut rancangan dia,aku dah tak ada pilihan."Pa'an menarik nafasnya panjang.Bazlaa Aina melepaskan tangan Pa'an kasar.
"Siapa kata kau tak ada pilihan?"Hartini hanya memandang Bazlaa Aina yang sedang kembali marah itu,dia ingatkan Pa'an mendengar katanya namun sebaliknya.
"Kau takkan faham Aina..."Air matanya hampir bergenang.Tidak pernah dia merasa selemah ini.
"Dari tadi aku tak kan faham...apa yang aku tak faham sekarang ni kenapa kepala otak kau ni degil sangat?"Bagaikan sudah tertukar watak Bazlaa Aina apabila menyerang Pa'an dengan soalan yang amat kasar.Dia terlalu sayangkan Pa'an sebagai sahabatnya.Dia tidak mahu Pa'an disakiti lagi oleh orang yang sama.Bazlaa Aina melangkah mahu meninggalkan Hartini dengan Pa'an,dia mahu menenangkan hatinya pada ketika ini dan dia rasakan seperti tiada gunanya dia menasihati orang degil seperti Pa'an.
"Aina..Pa'an mesti ada alasan dia sendiri.Kau tak patut marahkan dia sampai macam ni sekali."Hartini yang tadinya berdiam diri bersuara kerana dia tidak pula sependapat dengan Bazlaa Aina.
"Alasan apa lagi yang dia ada?Aku dah tak mahu dengar."Bazlaa Aina berpaling dan melangkah pergi dan disaat itu juga air mata Pa'an yang tidak pernah gugur ,jatuh jua kerana sedih bila Bazlaa Aina tidak mempercayainya lagi.
"Dia akan berkahwin dengan Nisa...dia akan ceraikan aku..cuba kau beritahu aku apa yang aku perlu buat bila dia sendiri yang tak mahu berterus-terang?Kau sebagai teman baik aku semestinya kau tahukan perasaan aku yang sebenarnya?Aku ingat bila aku beritahu kau,kau akan sokong aku,sudahlah mak dan abah aku buang aku sekarang kawan baik aku sendiri pula yang mahu tinggalkan aku.Aku ni memang pembawa malang daripada dulu lagikan."Mati langkah Bazlaa Aina tatkala mendengar luahan hati Pa'an.Terkejut apabila mendengar Hilman akan menceraikan sahabatnya itu nanti.
"Astaghfirullah...."Hartini seakan tidak percaya dengan tindakan Hilman itu.
"Aku sedih bila kawan aku sendiri tak nak menyokong aku.Aku dah tak ada sesiapa selain korang berdua."Pa'an mengelap air matanya kasar.Benci betul dia bila terpaksa menangis macam ni,bukan jiwa dia untuk berjiwang namun dia tidak dapat menahan kesedihannya apabila Bazlaa Aina tidak bersetuju dengannya.Dia mahu berterus-terang namun memikirkan yang Hilman akan berkahwin dengan Annisa,dia merasakan biarlah perkara tersebut dirahsiakan dan selepas itu dia bercadang untuk menghilangkan diri.Bazlaa Aina serba-salah dan dia berpusing menghadap temannya yang sudah berlinangan air mata itu.
"Be..betul kau kata dia nak kahwin?"Pa'an mengangkat wajahnya.
"Kau kan dah tak percayakan aku,terpulang pada kau samada nak percaya atau tak."Pa'an seolah-olah sudah kehilangan semangat untuk bersuara.
"Aku tahu kau masih sayangkan dia kan?"Persoalan dari Bazlaa Aina membuatkan Hartini ternganga tidak menyangka Pa'an pernah menyukai lelaki itu  manakala Pa'an hanya mendiamkan diri.Bazlaa Aina kembali mendekati Pa'an dan duduk disebelahnya semula.
"Pa'an...aku minta maaf dengan kau,aku terlalu emosional.Bukan niat aku nak memarahi kau tapi aku terlalu sayangkan kau sebagai seorang sahabat.Aku dah lama kenal kau,aku tahu apa yang kau rasa tapi maafkan aku sebab tuduh kau melulu.Aku tak tahu..."Air mata yang ditahan Bazlaa Aina mengalir jua bersimpati dengan jalan hidup Pa'an.
"Aku perlukan sokongan dari kau dan Tini.Please you two,hug me..."Pa'an mendepangkan tangannya dan serentak itu Bazlaa Aina dan Hartini memeluknya kuat.
"Maafkan aku.."Ucap Bazlaa Aina lagi.
"Aku tak pernah marahkan kau dan kita berkawan dah lama,tak payah nak minta maaf bagai."Pa'an mengeratkan pelukan mereka lagi.Hartini yang tadinya hanya mendengar terharu dengan persahabatan mereka berdua itu dan dia turut mengalirkan air matanya.
"Aku akan sokong kau kalau kau rasa itu yang terbaik buat kau..."Ujar Bazlaa Aina lagi.
"Aku pun sama..."Hartini melepaskan pelukan dan mengelap air matanya.
"Hahaha...buruklah muka kau bila menangis.."Pa'an sengaja menyakat Hartini sambil mencapai tisu yang berada di meja soleknya dan terus memberikan kepada mereka berdua.
"Kau pun samalah.."Akhirnya mereka sama-sama tertawa untuk menghilangkan kesedihan di hati.


p/s : sat mlam t smbung ag...mlm ni ade test..nak stadi jap....okey...

Saturday 25 August 2012

sumpah tak sama 16

"Apa?Kau dah gila..kau memang dah gila..taubat aku tak nak ikut rancangan gila kau tu."Pa'an mundar-mandir di hadapan Hilman.Serabut kepala otaknya mendengar cadangan bernas Hilman itu.
"Okey apa rancangan aku tu daripada kau yang tak ada idea langsung."Hilman merengus sahaja kerjanya.Bengang dengan Pa'an yang tidak bersetuju dengan ideanya itu.Ikutkan hati dia pun tak ingin melaksanakan rancangan tersebut.
"Itu bukan okey tapi mencari bala namanya.Aku tak nak...aku tak nak...eiuw.."Pa'an membuat muka gelinya kepada Hilman.
"Kau yang mulakan dulu bala tu dan kau dah libatkan aku sekali,sekarang ni hanya itu sahaja caranya untuk kita rahsiakan perkara ni.Aku tak nak mama pengsan lagi.."Entah mengapa kali ini Hilman boleh bersekongkol baik punya dengan Pa'an.
"Tapi kau tak rasa rancangan tu lagi teruk ke?"Pa'an menyoal Hilman yang sedang sibuk membalas mesej dengan Annisa.Macam mana dia tahu itu Annisa,tentulah dia tahu kalau Hilman asyik tersengih je dari tadi.
"Teruk lagi aku kena kahwin dengan kau."Walaupun perlahan tetapi dapat didengari oleh Pa'an.Sedikit sebanyak hatinya turut terasa dengan pengakuan Hilman itu meskipun dia tahu Hilman membenci dirinya.
"Habis tu,lepas ni macam mana?Mana nak cari baby?"Pa'an bertanya setelah sekian lama dia berdiam diri.
Hilman mendongak dan memandangnya sekilas.
"Tak payah susah-susah nak cari baby...pandai-pandai akulah nak buat macam mana nanti.Kau ikut je rancangan aku tu.One more thing,kau kena cari baju mengandung dua tiga helai.Dorang akan tinggal dekat rumah aku selama dua minggu dan jangan lupa datang rumah aku hari jumaat ni.Selama dua minggu tu nanti kau minta cuti,aku tak nak bersusah-payah nak kena hantar kau pergi kerja.Nanti cakap je dekat papa and mama kau apply annual leave.Aku akan mesej kau alamat rumah aku."Sekali sahaja arahan daripada Hilman.Terang dan jelas sehingga hampir melopong mulut Pa'an mendengar cuti yang disuruh oleh suaminya itu.Walhal baru nak masuk setahun dia kerja,macam mana nak apply annual leave.
"Yang lain tu aku setuju tapi bab minta cuti sampai dua minggu tu aku tak setuju.Kau ingat company tu bapa mertua aku yang punya?"Hilman menjegilkan matanya kepada Pa'an,bapa mertua Pa'an bermakna bapanyalah.
"Ada aku kisah.."Hilman mengeluarkan ayat yang menyakitkan hati.
"Apa yang aku kisah kau mesti cuti selama dua minggu tapi kalau kau nak kerja juga,bawa kereta sendiri."Pa'an mengenggam penumbuknya kuat,tahulah dia tiada kereta lagi.Suka-suka hati Hilman sahaja mahu membulinya.
"Argh...tengoklah macam mana,kalau company aku bagi aku akan cuti dua minggu tapi kalau dia tak bagi,aku tetap akan pergi kerja juga.Titik!"Pa'an turut menunjukkan sikap keras kepalanya kepada Hilman.
"Well...it's up to you..mama dengan papa akan datang hari sabtu and jumaat tu aku akan tunjukkan kau segala pelosok rumah aku tu nanti."
"Perlu ke?"Pa'an bertanya sambil membuat muka poyonya itu.
"Kau tak nak tak apa..tapi nanti kalau mama tanya kau pasal rumah aku tu,kau jawablah sendiri.Mahu?"Pa'an pantas menggelengkan kepalanya,baik dia ikut sahaja rancangan Hilman itu walaupun agak mengarut.
"Kalau macam tu aku nak balik.Sebelum aku terlupa,aku dah baik semula dengan Annisa."Pa'an memandang Hilman dengan wajah yang sayu,walaupun dia sudah mengetahui kebenaran itu tetapi di saat dia mendengar pengakuan dari Hilman sendiri,hatinya menjadi sedih tiba-tiba.
"Oo..baguslah."Pa'an berusaha untuk tersenyum.
"Dan aku akan berkahwin dengan dia selepas settle semua ni.Talak akan jatuh setelah akad nikah antara aku dengan Annisa."Seperti sudah dijangkakan Hilman akan menceraikannya tetapi dia tidak sangka secepat itu. Dia tahu yang dia tidak layak untuk lelaki itu dan dia hanya perosak kepada hubungan pasangan kekasih itu.
"Wow..jadi janda berhias aku lepas ni.."Pa'an menunjukkan hatinya sedang girang mendengar perkhabaran itu tetapi sebaliknya hati dia mahu menangis sekuat-kuatnya.Hilman dah melafazkan cerai taklik kepadanya.
"Kau janda berhias?Tomboy macam kau ni tak layak nak pegang status janda berhias.Dahlah..daripada aku melayan kau ni lama-lama,baik aku blah."Hilman meninggalkan Pa'an yang sedang di dalam kelukaan yang agak parah.Tidak mempunyai hati atau perasaankah Hilman sehingga sanggup menghina dirinya seperti itu.Pa'an cuba menahan air matanya daripada jatuh,dikerlipkan matanya banyak-banyak kali.Minta-minta jangan ada sesiapa yang ternampak dia mahu menangis.
"Aku kena kuat.."Pa'an memasang azam dalam dirinya untuk meneruskan kehidupannya yang akan datang.
"Woit Pa'an...Hilman mana?"Kedua sahabatnya sedang berdiri di sampingnya,tidak perasan pula bila dua manusia itu wujud disebelahnya.
"Dah balik dah..."Pa'an bersuara tenang.Dia tidak harus menunjukkan kesedihannya di hadapan mereka berdua.
"Lah..lama dah ke?"Hartini sibuk bertanya.
"Baru jugalah...eh...korang dah makan?"Tiba-tiba dirasakan perutnya kelaparan.
"Belum..jomlah kita pergi makan dekat luar.Kat sini dah nak tutup lagipun tengah pokai sekarang ni."Hartini tersengih sahaja.
"Aku teringin nak makan BigMac ni...aku baru niat nak belanja korang tapi dah Tini cakap macam tu tak apalah...kita makan dekat luar."Pa'an sengaja mengusik mereka berdua kerana dia mahu melupakan kesedihannya tadi.
"Ala..cancel-cancel..jom kita pergi McD..jomlah..."Tergelak Pa'an dengan rengekan Hartini yang sambil itu menarik tangannya.Bazlaa Aina hanya tersenyum dan dalam masa yang sama dapat menduga hati Pa'an yang sedang kesedihan itu.'Aku tahu segala perasaan yang kau sedang sembunyikan.Aku tahu kau sedang bersedih...'Dia benar-benar sayangkan Pa'an sebagai seorang sahabat.


p/s: ha...next entry baru tau ape sebenarnye rncangan Hilman tu..p rasenye mcm korg dah boleh agak kot...stop dlu ek..kire ok la ni kan sehari ade 1 entry bru...mood tgah ade ni hah...jln cite da ade p nk olah utk smpai ke part tu yg ssah ckit..hehe..enjoy it n komen skit kalu boley..positive or negative diterime...

Friday 24 August 2012

sumpah tak sama 15

flashback.....

Hilman mengejar gadis di hadapannya ini,sungguh susah untuk dia menyaingi gadis ini kerana langkahnya terlampau laju dah seperti lumba lari jalan kaki pula.
"Woit Pa'an..tunggulah aku.Aku ada hal nak cakap dengan kau ni.Kau dengar tak?"Pa'an tidak menghiraukan panggilan Hilman sebaliknya dia meneruskan jalannya.'Baik aku jangan layan mangkuk ni,buang masa aku je nak bergaduh dengan dia.'
"Woit berhentilah..."Kini Hilman dapat menyaingi Pa'an dan menghadang gadis itu berhadapan dengannya.Sia mendepangkan tangannya tatkala Pa'an mengelak darinya.Akhirnya Pa'an menghentikan langkahnya,terpamer sesikit senyuman dari bibir merah Hilman.
"Kau nak apa hah mangkuk?"Kasar soalan Pa'an dan dia mencekak pinggangnya tanda dia sedang marah.Bengang dengan tindakan Hilman yang menhalang laluannya.
"Relaxlah..."Hilman masih lagi tersengih di hadapan Pa'an.Kalau bukan kerana rancangan mereka untuk mengenakan Pa'an,jangan harap dia mahu berhadapan dengan gadis ini.
"Relax kepala hotak kau berjambul..dah tepi,aku nak balik."Pa'an menepis tangan Hilman ke tepi.
"Aku mintak maaf..."Laungan kemaafan dari Hilman merencatkan langkah Pa'an.Pelik pula dia mendengarnya,manalah tahu si Hilman ni dah nak mati.Nauzubillah....
"Kau cakap apa tadi?Kau main-main dengan aku je kan?"Pa'an berpaling menghadap Hilman semula,melihat wajah keruh Hilman membuatkan Pa'an kesian tiba-tiba.Sememangnya dia jenis yang mudah memaafkan orang.
"Aku nak minta maaf dengan kau,aku tahu selama ni aku selalu bergaduh dengan kau.Aku selalu buat jahat dengan kau.Aku dah menyesal."Pa'an mendekati Hilman lalu menyentuh dahi lelaki itu.
"Kau tak demam pun...kau sihat tak ni?Kau sedar tak kau tengah cakap dengan siapa sekarang ni?"Pa'an menunjuk jari telunjuknya ke arah mukanya sendiri.
"Aku sedar dan aku tahu dengan siapa aku bercakap sekarang."Hilman mahu tergelak melihat wajah runsing gadis di hadapannya ini.Comel pula dirasakannya namun cepat sahaja dimatikan pujiannya itu.
"Kau tak main-main?"Pa'an masih lagi ragu-ragu kerana dah bertahun mereka bergaduh kenapa sekarang baru Hilman mahu meminta maaf dengannya.
"Aku tak main-main...aku serius lagipun tahun ni kan aku nak ambil SPM,periksa besar tu,penentu masa depan aku."Bersungguh-sungguh Hilman cuba meyakinkan Pa'an.
"Baru kau sedar ke?"Pa'an menjeling Hilman sekilas pandang.Panas hati Hilman mendengarnya namun disabarkan sahaja.
"Kau cakaplah apa pun aku dah tak kisah,aku betul-betul nak minta maaf dengan kau dan kalau boleh aku nak berkawan dengan kau."Pa'an terpana dengan rayuan Hilman untuk berkawan dengannya.Selama ini kalau bertembung sedikit pun pasti ada sahaja yang mereka gaduhkan namun kini perasaan Pa'an seakan-akan berbelah bahagi.
"A..um..a..aku.."tergagap-gagap Pa'an tidak tahu apa yang patut diucapkan.
"Kalau kau tak maafkan aku,tak apalah..."Hilman memusingkan badannya berpaling untuk meninggalkan Pa'an.
"Kejap...aku maafkan kau."Terus sahaja wajah Hilman tersenyum kesukaan kerana rancangannya itu bakal berjaya.
"Betul kau maafkan aku?Yes..yes..yes.."Hilman melompat kesukaan.Pa'an pula terkedu dan terharu melihat kesungguhan Hilman yang mahu meminta maaf dengannya.Baginya Hilman benar-benar ikhlas tanpa dia mengetahui ada perkara yang dirahsiakan darinya.

"Oi Pa'an..mengelamun pula dia..oit minah,dah sampailah..Kau nak jumpa dia dekat mana ni?"Hartini menepuk peha Pa'an yang sedang mengelamun itu.
"Erk..dah sampai eh?Hehe..."Pintu kereta terus dibuka.
"Kau nak jumpa dengan dia kat mana ni?"Kali ini Bazlaa Aina pula menanyakan soalan yang sama kepada Pa'an.
"Entah,jap aku cek mesej..Hurm...GSC.."Tersengih-sengih kedua sahabatnya itu.
"Apa hal korang sengih macam kerang busuk ni?Jangan nak fikir bukan-bukan.Dia nak jumpa dekat situ sebab senang nak cari.Tak payah nak susah-susah nak cari kat tempat lain."Pa'an menerangkan keadaan yang sebenar.
"Kitorang tak cakap apa-apa pun..."Hartini menunjukkan high five lalu disambut oleh Bazlaa Aina.Suka sangat dia kerana dapat mengenakan Pa'an.
"Memanglah korang tak cakap apa-apa..tapi aku kenal perangai korang yang tersengih-sengih tu.Dahlah..korang pergilah mana-mana dulu..nanti kita jumpa dekat sini balik."Pa'an menutup pintu kereta lalu mengemaskan kedudukan bajunya.Dia memakai t-shirt besar bewarna merah terang beserta seluar jeans bewarna kelabu.Cap dikepala dibetulkan dan dadanya berdegup hebat.
"Tengok tu...yelah,kitorang tak nak kacau kau dating..hahahahaha"Pecah ketawa kedua sahabatnya itu.
"Dating tengkorak kau..."Pa'an membuat muka bengang,entah mengapa bila dia berpakaian seperti dahulu perangai kasarnya seakan kembali juga.
"Dahlah...pergi sekarang,nanti si mangkuk tu marahkan kau pula.Dah pukul berapa dah ni.Jom Tini...good luck Pa'an."Akhirnya Bazlaa Aina menarik Hartini untuk meninggalkan Pa'an.Dipegang dadanya dan mengurutnya perlahan.Dengan lafaz Bismillah,Pa'an memulakan langkahnya.

"Mana pula perempuan ni.Aku suruh dia datang pukul lapan setengah,sekarang dah nak dekat pukul sembilan suku pun belum nampak lagi batang hidung dia."Hilman merengus panjang,dia tidak menghiraukan dengan orang yang lalu-lalang memerhatikan dia.Jangkaan Pa'an memang tepat,sengaja Hilman datang pukul sembilan tetapi dia tidak pula menyangka yang Pa'an lebih cerdik darinya.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikummussalam..."Hilman menjawab salam yang diberikan dari arah belakangnya.Terperanjat dia melihat Pa'an yang sedang sibuk mengunyah popcorn.Sejak bila dia beli pun dia tidak tahu.
"Kau lambat.."Hilman mengecilkan matanya melihat wajah Pa'an dan dia merasakan seperti ada perubahan di wajah itu.
"Kau yang lambat..kau tak nampak popcorn aku ni..dah nak habis pun.Aku datang siap tengok movie lagi."Pa'an menjawab selamba,padahal dia baru sahaja membeli popcorn semasa Hilman sedang sibuk membebel seorang diri dan separuh dari popcorn itu dibuangnya.Nak berlakon kena real beb.
"Oh...kau tengok movie apa?Kau tak sembahyang Maghrib eh?"Tembakan dari Hilman membuatkan Pa'an hampir tersedak.'Malu-malu...macam mana aku tak terfikir tadi.'
"Kau tahu apa..orang perempuan."Jawab Pa'an selamba setelah menyedut air Cokenya.
"Alasan..tulah perempuan,asyik-asyik guna alasan period tak nak sembahyang."Membahang muka Pa'an mendengar bebelan Hilman itu.Tak sangka makin tua makin kuat membebelnya.
"Lebih baik guna alasan period dari lelaki yang tak sembahyang guna alasan uzur."Pa'an mengenakan Hilman semula.Bukan niatnya untuk menjadikan period sebagai alasan sedangkan dia dah sembahyang di rumah tadi.Isya' je belum lagi.
"Kau..."Hilman menudingkan jarinya kepada Pa'an.
"Dahlah kau ni..tak matang langsung,harap je dah tua tapi macam budak-budak...aku dah malas nak bergaduh dengan kau.Sekarang ni kau beritahu aku cepat apa yang penting sangat tu."Pa'an masih sibuk mengunyah popcornnya,buat-buat selamba di hadapan Hilman sedangkan jantungnya seakan mahu tercabut melihat wajah kacak suaminya itu.
"Huh..kalau bukan sebab tu jangan harap aku nak jumpa kau.Nak cakap dekat sini ke?"Hilman bertanya kepada Pa'an.
"Kenapa?Kau nak belanja aku makan ke?Aku boleh je lagipun aku tengah lapar ni."Hilman memandang Pa'an dengan pandangan yang menyampah.
"Jangan harap aku nak belanja kaulah.."
"Kalau macam tu,cakap kat sini jelah.Lagipun aku nak cepat ni."Pa'an mengalihkan pandangannya melihat kepada board yang sedang mempamerkan tajuk cerita yang bakal ditayangkan.'Best juga kalau aku ajak budak dua orang tu tengok movie..cerita apa yang best ek..'
"Mama,papa and adik aku nak datang minggu depan."Hilman bersuara tanpa memandang Pa'an.
"Baguslah tu..apa masalahnya dengan aku?"Pa'an juga tidak mahu memandang Hilman.
"Wah..sedapnya kau tanya apa masalah aku..kau tu masalahnya sekarang."Hilman berpeluk tubuh manakala Pa'an berpaling melihat wajah Hilman yang sedang geram itu.Sekali-sekala dia terdengar perempuan-perempuan yang berdiri berhampiran mereka sedang mengmpat dirinya.'Mesti dorang cakap.ish..lelaki punyalah handsome tapi awek tomboy.Choi...ni bini dialah..ah,lantak doranglah..Yang penting sekarang kenapa aku pula yang jadi masalah dia.'Pa'an berbicara sendiri di dalam hati.
"Kenapa aku pulak?"Pa'an bertanya.
"Kau dah nyanyuk eh?Aren't you pregnant?"Hilman menjegilkan biji matanya.
"Pregnant?Apa kau merepek..hah?"Kali ini hampir terduduk Pa'an apabila teringatkan pembohongannya dahulu dan sekarang apa yang perlu dia buat.
"Aaaa...macam mana ni?Apa yang aku kena buat?"Penyakit menggelabahnya sudah datang.Ditarik-tariknya tangan Hilman walaupun lelaki itu menepis tangannya.
"Woi apa ni?Kau jangan nak buat drama dekat sini...ramai oranglah."Hilman pula yang merasa segan dengan orang ramai yang sedang lalu-lalang.Melihat tiada reaksi dari Pa'an,dia terus menarik tangan Pa'an dan keluar dari situ.
"Macam mana ni?"Tubir mata Pa'an digenangi air,ini kali kedua Hilman melihat gadis itu mahu menangis.Terpana dia seketika.Sememangnya Pa'an takut dengan kedatangan mertuanya apatah lagi dengan Tan Sri Zakaria.
"Kau sabar boleh tak?"Hilman bersuara perlahan cuba untuk menenangkan Pa'an.
"Nak sabar apanya?"
"Kau terus-terang jelah.."Hilman menjawab.
"Gila!!Dulu aku beritahu pun dorang tak percaya,kau jelah yang beritahu."Setelah bertenang barulah Pa'an dapat berfikir dengan rasional.
"Kau nak mama aku mati.Macam tu?"Panas dirasakan Hilman pada malam itu.
"Aku...habis tu kau ada rancangan?"Pa'an bertanya kepada Hilman kerana dia tahu Tan Sri Zakaria akan mengamuk jika mengetahui perkara yang sebenar dan juga ibu bapanya makin tidak menyukainya lagi.
"Aku ada rancangan tapi kau mesti ikut rancangan aku ni.No objection...faham?"Pa'an terus mengangguk tanpa mengetahui rancangan sebenar Hilman itu,apa yang penting sekarang ialah rahsia mereka selamat buat masa ini.Belum sampai masanya untuk mereka mengetahui kebenarannya.

Thursday 23 August 2012

sumpah tak sama 14

"Ish nombor siapalah pulak ni?Sepuluh missed calls?Uish gila..urgent sangat ke orang ni?Ah..biarlah,kalau urgent sangat biar dia telefon lagi.Malas aku nak menghabiskan prepaid aku nak telefon orang yang aku tak kenal ni..."Pa'an membelek-belek handphonenya.Entah siapa yang menelefonnya banyak kali pun dia tak tahu.
"Hoi mak cik..kau bercakap dengan siapa hah?Kau membela ye?"Hartini menyergahnya tiba-tiba.Nasib baik Pa'an tidak melatah dibuatnya.
"Membela?Choi...kau ingat aku ni tok bomoh ke?Ni ha..entah siapa entah yang missed calls aku banyak-banyak kali ni."Pa'an menunjukkan nombor telefon itu kepada Hartini.Mereka yang baru keluar dari office sedang berjalan menuju ke parking lot.
"Alah..apa susah,kau telefonlah dia semula tanya dia nak apa?Manalah tahu panggilan tu panggilan penting."Hartini mengeluarkan kunci keretanya.
"Malas aku,kalau penting sangat biar dia telefon aku semula.Siapa suruh dia call time kita tengah meeting.Huh...tak kuasa aku nak bazirkan prepaid aku tau."Pa'an pantas membuka pintu kereta dan masuk kerana dia tidak tahan dengan cuaca hari ini yang ternyata semakin panas.
"Weh kau....kupik nathanlah kau...kedekut nak mampus."Hartini mengutuk Pa'an depan-depan.Apa dia nak kisah Pa'an terasa atau tak,dah memang perangai sahabatnya macam tu.
"Kupik tak kupik...duit aku tu tau."Balas Pa'an mempertahankan prinsipnya.
"Kalau dah kedeng sangat tu..mesej jelah."Geram pula Hartini dengan sikap Pa'an yang satu ini.Sudahlah si Pa'an ni jenis yang susah nak lekat dengan handphonenya tu.Kadang-kadang dia letak handphonenya di satu tempat seharian tanpa dipegangnya.Alasannya,dia tiada boyfriend.
"What so everlah kau nak kata apa.Aku still dengan pendirian aku ni.Fullstop!!"Hartini hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati dengan Pa'an.
"Ikut kaulah Pa'an oi...jangan nanti orang yang call kau tu nak cakap perkara yang penting,kau pula buat hal macam ni.Nahas kau tahu tak?Cuba fikir sikit,jangan careless sangat."Pa'an diam malas bertekak lebih-lebih dengan Hartini kerana dia tahu sedikit sebanyak kata-kata Hartini itu ada benarnya.
"Aina balik dah ke belum?Kalau tak kita pick up dia je terus.."Hartini bertanya setelah agak lama Pa'an mendiamkan diri.
"Dah..alah kau tak payah nak risaulah dia tu,tempat kerja dia dekat sangat dengan rumah kita.Jalan kaki pun lima minit je."Hartini lega mendengar Pa'an bersuara,takut juga dia kalau Pa'an senyap terasa dengannya.
"Yelah kau ni...aku just concern je dengan member.Dekat kawasan kita tu kan boleh tahan ramai penyangaknya...aku takut jelah,kalau dia dah sampai rumah,Alhamdulillah...dahlah.Lepas ni kita nak pergi TESCO kan?Mesti jammed gila sekarang ni.."Hartini menukar gear reverse lalu keluar dari petak parking itu.

"Ish perempuan ni,tak reti-reti nak pick up phone ke?Dah berbuih dah aku call..kalau bukan kerana mama and papa,jangan harap aku nak telefon kau,kau tahu tak?"Hilman mengalihkan pandangannya ke luar tingkap rumahnya,kelihatan remaja-remaja berbangsa Cina sedang bermain basketball di taman bersebelahan dengan rumahnya.
"Kenapa aku sibuk sangat nak telefon dia?Bukan ke bagus aku terus-terang je dengan mama and papa."Hilman berfikir kenapa hatinya seakan tidak membenarkan dia memberitahu kepada orang tuanya tentang penipuan Pa'an itu sebaliknya dia rela merahsiakannya.
"Kalau kali ni dia tak angkat juga,aku nekad nak beritahu mama and papa perkara yang sebenar.Biar dia sendiri yang tanggung.Siapa suruh menipu."Hilman membebel seorang diri.Kali ini dia nekad untuk menelefon isterinya itu.Apa nak jadi,jadilah.

Deringan telefon bimbitnya membuatkan Pa'an bergegas keluar dari bilik airnya.Dilihatnya nombor yang sama naik dan dia teragak-agak sebenarnya untuk menjawab panggilan itu.Setelah ditimbang banyak kali,butang hijau ditekan dan dilekapkan handphone itu ke telinganya.
"Assalamualaikum.."Pa'an memulakan bicaranya tetapi tiba-tiba panggilan dimatikan.
"Ah,ak dah jawab boleh pula dia off phone.Gila apa orang ni.Huh!!"Pa'an mencampakkan handphonenya ke atas katil.Nasiblah handphone murah boleh dibaling sesuka hati.

"Uish..aku ni dah salah nombor ke?Apasal suara dia lembut semacam je?"Hilman terus memegang dadanya yang seakan mahu tercabut itu.Tidak pernah dia merasakan perasaan berdebar seperti ini sedangkan dengan Annisa pun jantungnya tidak pernah berdetap laju seperti baru lepas berlari dua ratus kilometer.Dibeleknya semula nombor telefon Pa'an yang diberikan oleh Nek Lang kepadanya.Manalah tahu dia tersalah satu nombor namun nombor telefon itu sama sahaja.Tidak pernah dia mendengar Pa'an bersuara lembut sebegitu,sebab itulah dia terus mematikan panggilan tadi.
"Ah..mungkin kawan dia yang jawabkan kot.Takkanlah suara dia lembut macam tu.Mustahil..lebih baik aku hantar mesej je."Hilman mula menaip mesej,puas dia mahu merangka ayat yang sesuai.
          
   Aku nak jumpa kau esok dekat OU..ada hal penting yang aku nak beritahu kau...

Pa'an yang membaca mesej tersebut tertanya-tanya makhluk mana yang mahu berjumpa dengannya.

  Kau siapa tiba-tiba je nak ajak aku keluar?Ada aku kenal kau?

Pa'an membalas semula mesej tersebut dengan cara yang kasar juga.Tidak suka betul dengan orang yang tak reti beradab itu,langsung tak pandai nak beri salam dan jangan harap dia pula yang akan memberi salam.
Barulah kali ini Hilman berpuas hati.'Ini baru betul si tomboy tu.'

  Siapa aku tak penting,yang penting kau kena datang juga esok,pukul lapan setengah malam.Sharp!!

Ternaik sebelah kening Pa'an membaca mesej dari si misteri itu.'Dah melampau malaun ni..siap ada tanda seru bagai.Siap kau.'

   Hei mangkuk..kau siapa hah nak arah-arah aku macam tu?Suka hati kau aje kan..
 
Hilman mengetap giginya geram,geram apabila terpaksa bertelingkah dengan musuh lamanya itu.

  Aku SUAMI kau..puas hati!!Kalau kau tak datang malam esok,kau jawab sendiri dengan orang tua  kau and aku tentang segala penipuan kau tu.

Menggigil tubuh Pa'an tatkala membaca mesej yang baru sampai itu.Kenyataan yang dibacanya membuatkan dirinya tiba-tiba sejuk seperti mahu demam.Selepas pertembungan mereka di Mid Valley itu,dia sudah dapat melupakan wajah Hilman namun sekarang wajah itu kembali menerpa di ingatannya.Dia langsung tidak membalas mesej Hilman selepas itu.Dia masih lagi takut dan terkejut.Apa yang harus dia lakukan esok dan bagaimana caranya untuk dia berhadapan dengan lelaki itu?Kepalanya pusing dan dia perlu tidur sekarang.

"Kau nak jumpa siapa malam-malam ni Pa'an?Kenapa kau pakai macam ni?Siap pakai cap bagai?Cuba cerita sikit dengan aku.."Soalan demi soalan yang ditanya oleh Hartini manakala Bazlaa Aina hanya memerhatikannya sahaja dan sebenarnya dia dapat mengagak siapa yang bakal Pa'an berjumpa nanti kerana hanya lelaki itu sahaja yang tidak tahu akan perubahan Pa'an sekarang.
"Kau nak jumpa Hilman kan?"Terjahan yang sememangnya mengena daripada Bazlaa Aina itu mematikan langkah Pa'an yang mahu ke dapur untuk minum.Terkebil-kebil matanya memandang dua sahabatnya itu.
"Mana kau tahu ni?"Pa'an berdiri tegak di hadapan Bazlaa Aina yang sedang duduk di sofa.
"Aku dah kenal kau lama Pa'an..aku tahu semuanya.Kau nak kami temankan kau ke?Alang-alang kau nak jumpa dengan mangkuk tu,aku dengan Tini boleh jalan-jalan dalam OU tu..hee.."Pa'an membaling bantal yang ada di hujung kaki Bazlaa Aina itu.'Tak guna punya kawan,aku ingatkan dia nak temankan aku jumpa mangkuk tu tapi ada niat lain rupanya.Nasiblah dapat kawan macam ni.'
"Kau dah bersedia ke nak jumpa dia?"Pertanyaan daripada Hartini itu menerbitkan keluhan yang berat daripada Pa'an.
"Kalau ikut aku mestilah belum tapi aku tahu lambat-laun aku kena juga jumpa dia.Aku tahu ni mesti tentang family kami..."Pa'an memusingkan cap yang berada di tangannya itu.Jika Hilman masih menganggapnya tomboy maka dia perlu berjumpa dengan lelaki itu seperti seorang tomboy.
"Kau janji dengan dia pukul berapa?"Bazlaa Aina bertanya.
"Lapan setengah."Selamba sahaja Pa'an membalasnya.
"Woit..dah pukul lapan dah ni.Kang lambat pula kau jumpa dia."Hartini menyampuk pula.
"Alah..aku kenallah perangai busuk dia tu.Kalau dia kata nak jumpa pukul lapan setengah,pukul sembilan baru dia datang.Saja je nak suruh aku tunggu dia lama-lama.Aku dah masaklah dengan perangai jahat dia tu."Pa'an menjawab dengan penuh emosi.
"Kau tak baik buruk sangka dengan dia,mana kita tahu dia dah berubah."Mencebik pa'an mendengarnya,kalau Hilman berubah memang nanti dia akan belanja mereka semua satu bulan.
"Dah tak payah nak back up dia...kalau nak ikut pergi bersiap sekarang.Aku bagi masa sepluh minit.Go!"Pa'an duduk di sofa lalu mencapai remote control television.
"Alah,kalau aku tak ikut kau nak pergi naik apa?Kau ada lesen nak drive?"Hartini membalas semula.Tersengih-sengih Pa'an memandang Hartini.
"A'ah ye...hehe...dah-dah..bersiap cepat."Cap yang tadinya dicampak ke atas meja diambil lalu dipakai.'Dah lama aku tak pakai kau kan?'Pa'an bercakap seorang diri untuk menutup kegugupan hatinya untuk bertemu dengan Hilman nanti.


p/s : dorg dah nk jmpe ni....tggu lg ek....slmt hari raye...