Thursday, 6 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 21

"Ish..tak apalah mama,nanti buat menyusahkan mama dengan papa je.Kami dah plan dah,lepas bersalin ni Fatin kena berhenti kerja.Man lebih suka kalau anak Man ada di depan mata kami."Hilman menjawab dengan penuh yakin manakala Pa'an seakan tidak bersetuju dengan jawapan suaminya itu kerana satu lagi penipuan yang diucapkan oleh Hilman tidak menyenangkan dirinya.
"Baguslah kalau macam tu.Suka papa bila kamu berdua dah merancang dari awal..."Tan Sri Zakaria tersenyum dan didalam kepalanya berfikir Hilman tidak akan bertindak seperti apa yang dia cadangkannya dulu.
"Hm..kalau kamu dah cakap macam tu,mama tak bolehlah nak halang tapi jangan lupa balik kampung dua minggu sekali.Mama nak juga main dengan cucu mama tu."Hilman mengangguk sambil mengucapkan Insya-Allah.
"Minumlah..kejap lagi boleh naik berehat.Mama dengan papa nak makan apa hari ni?Fatin boleh masakkan..Fariza pun cakap je nak makan apa,akak boleh buatkan."Hilman memandang wajah isterinya seolah-olah tidak percaya dengan kebolehan Pa'an dalam bidang masakan.Satu lagi perkara yang dia tidak tahu.
"Menyusahkan Fatin je,tak apa kejap lagi mama dengan adik tolong Fatin memasak ya?"Pa'an hanya mengangguk kerana dia tahu mamanya itu tidak mahu menyusahkan dia yang sedang sarat mengandung ini.
"Okey..tapi mama just beritahu je mama teringin nak makan apa.Ni limited edition je ni sementara mama ada dekat sini."Pa'an tersenyum apabila pipinya dicubit manja oleh Puan Sri Faridah.
"Degil menantu mama ni...okeylah,hurm...mama teringin nak makan lauk ikan patin masak tempoyak.."Kecur air liur Puan Sri Faridah bila teringatkan lauk itu.Pa'an mengalihkan pandangannya kepada bapa mertuanya dan Fariza.
"Papa dengan adik nak makan apa?"
"Papa makan apa-apa pun boleh..papa tak kisah."Pa'an mengangguk mendengar jawapan dari papanya.
"Eleh..papa tu memang semua boleh telan,tolak kayu dengan batu je..hehe..sorry papa."Fariza menyusun sepuluh jarinya tanda meminta maaf.
"Amboi adik ni,kenakan papa ya...abang pulak nak makan apa?"Hilman yang tadinya terkejut bertambah terpana bila Pa'an memanggil dirinya 'abang'.Terasa urat sarafnya sejuk dan gementar,dia diawang-awangan kini.
"Abang oi..berangan apa lagi tu?Kak Fatin tanya abang tu..isteri depan mata pun boleh berangan lagi."Mereka pakat menggelakkan Hilman yang sedang menggarukan kepalanya sambil tersengih.Pa'an tahu mesti Hilman terkejut bila dia memanggil Hilman 'abang'.Sengaja dia mahu mengenakan lelaki itu yang dari tadi asyik memandangnya.
"Aa..a..bang nak makan ayam goreng berempah.Boleh?"Hilman bagai takut-takut untuk bertanya kepada Pa'an dan dia sebenarnya ragu-ragu dengan kebolehan Pa'an itu.Melihatkan senyuman dari isterinya itu terus Hilman berdehem.Dia tidak tahu kenapa hatinya boleh menjadi selemah ini tiba-tiba.
"Boleh apa salahnya tapi abang kenalah pergi beli ikan dengan ayam..ya?"Hilman pantas menganggukkan kepalanya.
"Mama dengan papa naiklah dulu,berehat ya."Selepas itu kelibat mereka semua sudah menghilangkan diri dan kini hanya tinggal mereka berdua sahaja di ruang tamu.Pa'an mengurut-urut tengkuknya yang terasa lenguh itu.Hilman mengecilkan pandangannya seperti mahu menyerang mangsa yang sudah terhidang di depan mata itu.
"Apasal kau pandang aku macam tu?"Pa'an menyoal dengan langsinya.
"Kau pandai ke memasak?"Hilman berpeluk tubuh sambil berdiri dan tubuhnya disandarkan di sofa berhadapan dengan Pa'an.
"Kenapa?Kau tak percaya aku tak pandai memasak ke atau kau ingat aku nak manderemkan kau?"Perutnya yang memboyot diusap dan seakan menjadi tabiatnya sekarang ini.Hilman memerhatikan sahaja tingkah laku isterinya dengan penuh minat,terserlah naluri keibuan dia wajah Pa'an ketika ini.
"Aku tak sangka kau pandai memasak..."Hilman mengalihkan perhatiannya dengan mencari pasal dengan Pa'an.
"Habis,kau ingat aku nak duduk di takuk lama je ke?Aku pun ada hati dan perasaan.."Pa'an tiba-tiba menjawab dengan penuh emosi.
"Kau ni kenapa?Aku tanya elok-elok yang kau nak marah apasal?Kau bendera Jepun eh?"Hilman memang tidak faham dengan emosi Pa'an yang berubah-ubah itu.
"Elok ke kau tanya macam tu?Tanya macam nak cari gaduh...dahlah,baik kau pergi market sekarang sebelum mood aku hilang,dari nak masak ayam berempah kau tu jadi sampah je nanti."Pa'an bangun lalu meninggalkan Hilman yang termangu-mangu itu.
"Entah apa-apa entah perempuan ni..mereng agaknya marah tak tentu pasal."Hilman juga berlalu dan mengambil kunci keretanya dan keluar.

Bau tempoyak membuatkan Puan Sri Faridah tertarik untuk turun ke dapur,setibanya didapur dia terkejut melihat menantunya keseorangan berperang dengan periuk belanga.
"Ya Allah mak buyung ni..degilnya Nauzubillah..."Pa'an tersengih sahaja bila disergah oleh ibu mertuanya.
"La...kenapa mama bangun,berehatlah lama sikit.Lambat lagi nak makan tengahari ni.."Pa'an tidak menghiraukan bebelan ibu mertuanya kerana dia sibuk mahu menyiapkan makan tengahari mereka nanti.
"Mama tak mengantuk pun,lagipun tadi dah tidur dalam kereta sepanjang jalan.Papa yang drive,mama tidur je."Puan Sri Faridah duduk di meja makan yang disediakan,dia mahu membantu menantunya namun ditegah oleh Pa'an.Katanya mama adalah tetamu special jadi biar dia sahaja yang memasak.
"Yelah...biar mama buat air ya?"Pa'an hanya mengangguk bila mamanya berdegil juga untuk membantu.Mak borek anak rintik,sama je perangai dengan anaknya.Degil!!
"Adik kamu tu mana?"Puan Sri Faridah bertanya kepada Pa'an bila sedari tadi dia tidak nampak kelibat anak daranya itu.
"Ooo..abang bawa adik keluar kejap tadi.Dia nak pergi beli pad...dia terlupa nak bawa.Fatin pula memang tak ada stock sekarang ni."Pa'an membasuh tangannya.Kejap lagi dia mahu menggoreng ayam berempah permintaan Hilman itu.
"Itulah dia..diri sendiri punya kitaran pun tak ingat.Apa nak jadilah dengan anak dara sorang tu.Tak tahulah mama nak cakap macam mana.Gatalnya bukan main,mama suruh kahwin tak nak."Tergelak Pa'an mendengar bebelan ibu mertuanya kepada anak daranya sorang tu.
"Tak apalah mama...Fatin pun kadang-kadang macam tu juga,selalu tak ingat sebab kitaran haid Fatin tak menentu."Pa'an membela adik iparnya itu.
"Hurm..kamu lain,dia  ni lain Fatin..nyanyuknya mengalahkan mama."Sedap sahaja Puan Sri Faridah mengutuk anak daranya itu.
"Kamu tahu Fatin...ayam goreng berempah ni lauk kegemaran Hilman."Pa'an memandang wajah ibu mertuanya dengan penuh teruja.Sinar matanya jelas menunjukkan dia suka bila mengetahui salah satu perkara tentang suaminya itu.
"Ye ke mama?Fatin tak tahu pun,selama ni abang makan je apa yang Fatin masak."Pa'an menggigit bibirnya bila dia menipu.
"Man tu memang macam tu,dia susah sikit nak tunjukkan yang dia sayangkan seseorang.Cuma dengan Nisa je dulu mama tengok dia beria-ia tapi yelah dah bukan jodoh mereka.Alhamdulillah..mama suka tengok kalian bahagia walaupun dengan cara yang tak betul..."Berubah terus air muka Pa'an bila ibu mertuany mengungkit tentang Annisa dan perkara lama mereka.Nasib baik dia membelakangkan ibu mertuanya,jika tidak pasti Puan Sri Faridah dapat melihat  reaksi Pa'an.
"Dah takdir kami mama..."Pa'an menjawab perlahan.
"Yelah...mama pun bersyukur sangat sebab tak lama lagi mama akan dapat cucu."ujar Puan Sri Faridah dengan penuh teruja manakala Pa'an tersenyum kelat.
"Assalamualaikum...."Laungan salam dari Luar oleh Fariza mematikan perbualan mereka berdua.
"Adik masuk dulu ye mama,Kak Fatin...kejap lagi adik turun."Laju sahaja si gadis meninggalkan mereka.puan Sri Faridah hanya menggelengkan kepalanya.
"Kamu ni buat apa pula dekat dapur ni?Pergilah lepak dekat ruang tamu tu.Selalunya menyampah benar kamu nak masuk ke dapur ni."Teguran mamanya dibalas sengihan oleh Hilman.Dia sendiri tidak tahu mengapa kakinya melangkah ke dapur.Bau dan perutnya yang lapar yang menariknya ke situ.Agaknyalahkan....
"Hehe..bosanlah mama...mama pun dekat dapur,bolehlah Man berborak dengan mama sekali dekat sini."Selepas itu banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berdua.Kadang-kala Pa'an perasan mata Hilman sesekali menoleh kearahnya.Pening pula dia dengan tingkah Hilman yang tiba-tiba bertukar menjadi ulat bulu ini.Pandangannya kadang-kadang seperti mahu menelannya.Dia lebih rela mereka bergaduh daripada Hilman melawan mata dengannya.
"Mama..Fatin naik atas sekejap ya.Nak tukar baju...kejap lagi kita makan."Puan Sri Faridah mengangguk dan dia juga selepas itu mahu ke atas untuk menggerakkan suaminya.Pintu bilik dibuka dari luar.Hilman masuk dan melihat sekeliling namun tiada kelibat Pa'an di mana-mana.Selepas itu kedengaran pintu bilik air dibuka pula.
"Astaghfirullahaladzim..."Pa'an mengurut dadanya bila melihat Hilman berada di dalam bilik yang sama dengannya.
"Kenapa kau terkejut?"Soal Hilman tidak berpuas hati.
"Yang kau tercegat macam hantu pocong tu kenapa?Huh..."Pa'an bergerak ke kiri Hilman untuk keluar.
"Hantu pocong kau panggil aku?"Hilman menarik tangan Pa'an tiba-tiba.
"Aduh...yang kau tarik tangan aku ni kenapa pulak?"Pa'an merentap tangannya kasar.
"Suka hati akulah..."jawab Hilman selamba.
"Hah..suka hati aku jugalah nak panggil kau hantu pocong pun..kau peduli apa?"Semakin membulat mata Hilman bila mendengar jawapan berani Pa'an itu.Boleh sakit jiwa jika dia tinggal lama-lama dengan gadis ini.
"Ada je jawapan kau kan?"Hilman masih tidak berpuas hati.Dia sendiri tidak tahu kenapa mereka memang tidak boleh langsung berbaik dan pantang dekat sahaja pasti ada perkara yang menjadi bahan untuk mereka bergaduh.
"Lalalalala..."Pa'an menutup telinganya dengan kedua belah tangannya.Lagaknya seperti budak kecil yang sedang bergaduh.Hilman menahan hatinya yang sedang membara itu.
"Kau.."Hilman menundingkan jarinya kearah Pa'an.
"Wek...."Kali ini Pa'an menjelirkan lidahnya pula.
"Ya Allah..sabar jelah."Hilman cuba menyabarkan hatinya dikala ini.Waktu ini Pa'an sedang tersengih dan mahu keluar dari bilik itu,dia mahu ketawa bila melihat Hilman yang sedang menahan geram itu.
"Mak!!!!"Hampir terjatuh Pa'an dibuatnya bila rambut panjangnya ditarik oleh Hilman tanpa amaran.
"Wei..kau ni apasal?Sakit tahu tak..."Pa'an mendengus sambil mengusap kepalanya yang terasa perit itu.Tanpa jawapan,Hilman berlalu meninggalkan Pa'an yang sedang memarahinya itu namun terukir senyuman di bibir Hilman setelah rambut panjang Pa'an dilepaskan kerana dia sudah mendapat jawapan dari persoalannya pagi tadi.'Rambut tu memang rambut betul dan lembut...'Terbit satu suara halus dihatinya memuji kecantikan Pa'an yang satu itu.


p/s : sorry sangat2..bkan xnak upload tpi byak sgat test minggu ni n esok plak ade kuiz...ahad test..then mggu seterusnye lg lah pack...ini je yg termampu utk mlm ni...t ade mse Insya-Allah ad yg bru..mne tau esok terase nk smbung,sye smbung..ok...thanx...

3 comments:

  1. best Cik AZ...hari-hari tunggu sambungan cerita ni. nampaknya hari ni n3 memang tak menghampakan.

    ReplyDelete
  2. sweet kapel..klu bole kurangkan lah gaduh..

    ReplyDelete
  3. ok ler tu... Hilman dah start gila bayang kat isterinya Paan... Padan muka, selama ni langsung tak suka kat Paan, jual mahal.... Tak lama lagi, turunlah harga ego dia tu dan terus angau... Hihihi....

    ReplyDelete