Wednesday, 19 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 25


Bazlaa Aina with Farhana Fatin @ Pa'an
                                               





Pa'an hanya memerhatikan sang suami yang sedang bersiap untuk pergi bekerja.Wajahnya berkerut-kerut melihat Hilman yang sedang mengenakan tali lehernya itu.Dalam fikirannya banyak perkara yang ingin dia soalkan kepada Hilman.Perkara yang pertama adalah mengenai pekerjaan suaminya itu.
"Kau kenapa pandang aku sampai macam tu sekali?"Hilman sememangnya sudah perasan dengan pandangan Pa'an yang sedari tadi asyik memandangnya sampaikan kekok dirasakan setiap pergerakkannya.
"Ah..um..apa ni..um.."Terkulat-kulat Pa'an untuk menjawab persoalan Hilman yang senang itu.Suaminya hanya menggelengkan kepala bila mendengar jawapan yang agak comel dari isterinya itu.
"Gagap dah ke kau ni?"Hilman mengalihkan pandangannya tepat ke arah si isteri yang sedang duduk di sofa biliknya.
"Um...ha.."Pa'an menjerit kuat dan semestinya dia telah memeranjatkan Hilman.
"Astaghfirullahaladzim...kau ni kenapa pagi-pagi menjerit?Sewel ke?"Pa'an menjeling suaminya geram.
"Aku nak tanyalah..kau kerja apa ek?Kau doktor kan?"Pa'an bertanya dengan wajah yang teruja,manalah tahu memang betul suaminya itu seorang doktor.Senang dia bila sakit nanti,itupun kalau Hilman mahu merawatnya.Namun melihatkan Hilman yang tiba-tiba ketawa itu membuatkan Pa'an menjadi blurr dan ternganga.Ini kali pertama setelah bertahun mereka tidak berjumpa dia melihat lelaki itu ketawa sehingga menekan perutnya.Lawak sangatlah tu.Dia suka melihat wajah suaminya yang putih itu bertukar kemerahan kerana ketawa dan yang penting telinganya yang sensitif itu  merah menyala.
"Doktor?Dari mana kau dapat info ni hah?Kalau mama dengan papa dengar mampus kau."Pa'an menggaru-garu pipinya sambil membuat muka pelik kepada Hilman.Tercuit juga hati Hilman dengan tingkah isterinya yang dirasakan semakin comel itu.
"Betullah kau ni doktor kan?"Pa'an masih tidak berpuas hati dan dia ingin mendapatkan kepastian kepada Hilman.
"A'ah...doktor sawan.Adoi,buat lawaklah pulak kau pagi ni.Sakit perut aku ni tahu tak?"Hilman mendekati laci pakaiannya dan mengeluarkan sepasang stokin yang akan dipakainya nanti.
"Kau tipu aku kan?"Pa'an berpeluk tubuh tanda geram.
"Aku cakap je,kau yang tanya,sumber manalah kau dapat ni ha?"Hilman menggelengkan kepalanya,dia semakin hairan dengan sikapnya yang sekarang ini langsung tiada rasa marah kepada Pa'an sebaliknya dia mahu mengenali isterinya itu dengan lebih dekat.
"Aina..."Perlahan sahaja Pa'an bersuara dan dalam masa yang sama dia menyumpah seranah kepada sahabatnya itu kerana telah memberitahu sesuatu yang membuatkan dia mendapat malu.
'Nasib aku tak tanya mama,kalau tak mampus aku nanti.'Pa'an mengeluh berat.
"Dari kau merepek ada baiknya kau tolong ambilkan briefcase aku kat dalam bilik study tu."Pa'an yang mendengar arahan suaminya itu memandang Hilman tajam.Dia tidak mahu menolong lelaki itu,macam dia isteri pada makna yang sebenar kepada lelaki itu sedangkan dia dianggap tak lebih dari itu.
"Kau ada kaki..pergilah ambil sendiri."Tanpa sedar Pa'an mengucapkan ayat tersebut sehingga Hilman memandangnya dengan pandangan yang tidak diketahui maksudnya.Ketelanjuran kata membuatkan Pa'an menepuk mulutnya berkali-kali lantas bangun dan menuju ke bilik study mengikut arahan suaminya.Saat itu barulah dia teringat yang dia telah meingkari perintah suaminya dan gerun pula dia bila mengenangkan azab membuatkan suami terasa dengannya.Hilman pula bagaikan terasa dengan penolakan isterinya itu sehingga dia rasa mahu merajuk dengan Pa'an namun bila mengingatkan tiada guna dia berbuat sedemikian terus sahaja dilupakan perasaannya itu.Hilman melihat isterinya kembali sambil memegang briefcasenya sekali.Pa'an tertunduk rasa bersalah manakala Hilman mengunjukkan tangannya meminta Pa'an memberikan briefcase kepadanya.Tiada kata yang terucap dari mereka.
"Aku minta maaf."Perlahan tetapi dapat didengar oleh Hilman sehingga membuatkan dia tersenyum sumbing dan tidak dapat dilihat oleh Pa'an yang sedang menunduk itu.Satu sikap Pa'an yang dia baru tahu setelah isterinya itu berubah.'Satu perubahan yang baik.'Bisik hatinya.
"Aku maafkan..dah jom turun.Nanti mama dengan papa bising pula."Hilman mendahului Pa'an sambil membuat muka serius walhal hatinya berbunga riang.Teringat dia pagi tadi selepas dia keluar mandi,dilihatnya pakaian kerjanya sudah siap digosok sedangkan sebelum itu dia hanya lepekkan di atas katil sahaja.
"Kau gosok baju aku ke?"Hilman bertanya kepada si isteri yang sedang mengemas katil itu.
"Taklah...baju tu iron sendiri.Dia ada kaki kot."Balas Pa'an bersahaja.'Dah tahu tanya juga.Kau ingat ada orang lain ke dalam bilik ni?'Langsung tidak dipandang si suami yang hanya bertuala itu.Jantungnya berdegup kencang melihat si suami yang tanpa malu berdiri tanpa baju di hadapannya.Hilman tersengih tetapi tidak mengucapkan terima kasih kepada Pa'an.
"Terima kasih..."Pa'an sengaja mengucapkan ayat tersebut namun Hilman berlagak selamba.

Disebabkan rasa bosan yang teramat,Pa'an mengajak adik iparnya untuk keluar bershopping namun ditegah ibu mertuanya kerana dia sedang sarat mengandung.Muncung sedepa mulutnya dan dia cuba juga dengan mengajak Puan Seri Faridah mengikuti mereka.Mendapat sahaja persetujuan dari mertuanya,Pa'an hampir sahaja melompat kegembiraan tetapi dikawalnya agar tidak terover.
Disaat ini,penyesalan muncul dibenak Pa'an kerana mengajak ibu mertuanya sekali.Mana taknya bila ibu mertuanya sanggup menghabiskan wang sehingga mencecah ribuan ringgit semata-mata mahu membeli barang keperluan cucunya nanti.Dari pakaian baby sehinggalah barang mainan semua di beli dan di order untuk dihantar ke rumah Hilman.Pa'an sudah cuak dengan apa yang berlaku kerana dia tidak tahu bagaimana mahu diterangkan kepada Hilman nanti.
"Mama...please stop.Dah banyak dah kita beli ni.Tak payahlah beli banyak sangat,membazir je."Pa'an akhirnya terpaksa bersuara.
"Alah kak..biarlah mama belikan untuk baby akak ni.Sekali-sekala apa salahnya."Fariza menyampuk sambil dia sibuk memilih baju untuk 'baby' Pa'an.
"A'ah..biarlah mama belikan atau kamu tak suka mama belikan baju untuk anak kamu?"Wajah ibu mertuanya bertukar sayu,hatinya terasa dengan penolakan Pa'an itu.Sudahlah semalam Pa'an tidak memberi dia menyentuh perutnya itu,hari ini menolak pemberiannya pula.
"Bukan macam tu mama...dah banyak sangat mama belikan ni.Lagipun mama beli sampai dua sekali.Kita tak tahu baby boy or girl yang keluar.Membazir je mama..."Pa'an masih mencuba memujuk mamanya yang capat sensitif itu.Dipeluk lengan tua itu erat.
"Tak apalah...kan senang kalau beli dua-dua.Kalau keluar girl yang boy punya barang kita simpan.Manalah tahu next baby is coming?"Terkedu Pa'an dengan alasan mamanya itu.
"Okey..reason accepted.Tapi mama please..dah ek?Baby kan cepat membesar,nanti mama boleh beli lain kali."Pa'an mencuba juga sehingga mertuanya itu bersetuju.
"Hurm...betul juga tu,mama ni sebenarnya excited sangat nak timang cucu.Lagi-lagi yang kamu kandungkan ni cucu sulung mama.Tu yang terover sangat tu."Pa'an menunduk pedih,tidak sanggup menatap wajah mengharap mertua dan adik iparnya itu.Tanpa sedar dia mengusap perut kosongnya perlahan.Alangkah gembiranya dia kalau benar-benar dia sedang mengandungkan zuriat Hilman disaat ini,pasti dia sendiri yang lebih teruja untuk membeli barangan untuk anaknya itu.
"Okey..ni last mama beli.Mama suka betul dengan baju ni.Comel.Boleh ya?"Pa'an mengangguk sahaja dan yang pasti barang itu semua akan dia simpan untuk bakal anak Hilman yang sebenarnya nanti.Apa yang pasti bukanlah anak dia dengan Hilman tetapi Annisa,kekasih hati Hilman.Terbit keluhan berat dari bibir comelnya.
"Kenapa kak?Penat ya?"Fariza bertanya bila mendengar keluhan daripada kakak iparnya itu.
"Bolehlah...akak duduk kat depan sekejap ya.Mama dengan adik pilihlah dulu..."Pa'an terus berlalu bila diizinkan mamanya.Dia duduk termenung mengenangkan bilakah semua pembohongan ini bakal berakhir.Tidak sanggup lagi dia untuk menanggung beban yang diciptanya ini.Handphone dikeluarkan dan dicari nama Bazlaa Aina untuk menghantar mesej namun dimatikan hasratnya bila moodnya tiba-tiba hilang untuk bercerita dengan sahabatnya itu.Dalam dia sedang membelek mesej di handphonenya dia melihat sepasang suami isteri sedang berjalan melintasinya.Dan si isteri sedang sarat mengandung sepertinya.Bahagia dirasakan bila melihat si suami dengan romantiknya memimpin tangan isteri yang sedang makan ice-cream itu.Terbayang di ruangan matanya dia dan Hilman sedang berjalan berpegangan tangan.'Seronoknya...ya Allah.Bilakah semua ini bakal menjadi kenyataan?'Suara hati seakan tidak sabar dengan semua dugaan Allah ini.Tatkala ini ingatannya kuat terkenangkan Nek Lang di kampung dan juga mak abah yang masih memarahinya.



p/s : ish....tak boley la stop...idea dtg je tibe2...ni last la kot.hehehe...sementare studi weeks ni insya-Allah ade lagi kot entri bru....jgn mrah rrrr..

2 comments:

  1. Hehe...
    ada pun entri baru...
    Bila hilman dgn pa'an nak ada baby sendiri ni?

    ReplyDelete
  2. haah, tak sabar nak tunggu Hilman dengan paan ada baby. baru best

    ReplyDelete