Bazlaa Aina membantah tindakan Pa'an yang mahu mengikut segala rancangan Hilman itu.Bengang habis dia bila mengetahui Pa'an mahu menipu sekali lagi.
"Berapa kali kau nak menipu ni Pa'an?Kau tak takut dosa ke?Dahlah kau menipu mertua kau..kau dengan mangkuk tu sama-sama gilalah.Sesuai sangat jadi korang berdua ni kahwin."Marah sungguh dia kali ini.
"Habis tu kau nak suruh aku buat macam mana lagi?"Pa'an duduk di sebelah Hartini.
"Terus-terangkan senang..tak payah kau nak menipu lagi."Hartini menyampuk dan dia juga tidak bersetuju dengan tindakan Pa'an itu.
"Korang tak faham..."Pa'an mahu membela dirinya.
"Apa yang kami tak faham?Cuba kau terangkan sikit dekat kami ni.."Bazlaa Aina memeluk tubuh sambil memandang wajah sahabat baiknya itu geram.
"Mama Hilman ada heart attack,kalau aku beritahu hal yang sebenar mahu orang tua tu kiok dekat situ juga."Pa'an menggunakan nama Puan Sri Faridah sebagai penyelamatnya.
"Lagipun kalau nenek aku tahu mesti dia kecewa dengan aku.Dahlah mak dengan abah aku dah tak terima aku."Pa'an membuat muka sedihnya dan sememangnya dia tengah bersedih.
"Tapi perkara akan jadi semakin teruk kalau kau terus menipu.Cuba bayangkan apa perasaan mereka bila tahu kau tak mengandung?Macam mana reaksi dorang bila tahu kau ni menipu bila dorang dah mula sukakan kau?Pernah tak kau terfikirkan semua tu sebelum kau bersetuju dengan cadangan mangkuk malaun tu?"Bazlaa Aina mendekati Pa'an dan dia berfikir tidak guna dia memarahi Pa'an dan sepatutnya dia menasihati sahabatnya itu.Pa'an terdiam memikirkan kebenaran kata-kata Bazlaa Aina.
"Aku setuju dengan Aina...walaupun aku tak kenal sangat siapa Hilman tu tapi dari cara korang bercerita pasal dia macam dia tu bagus sangat.Nanti bila semua dah tahu kebenarannya mereka takkan marahkan dia tapi kau,sebab kau yang menyebabkan semua ni berlaku."Hartini menambah apa yang patut dan Bazlaa Aina menganggukkan kepalanya tanda menyokong.
"Aku dah tak tahu nak buat apa sekarang ni.Memang aku menyesal dengan apa yang aku buat dulu dan aku tak sangka benda ni semakin teruk."Pa'an memain-mainkan jari-jemarinya.
"Ini dah takdir kau dan kau kena terima,bukan saja-saja kau kena kahwin dengan dia.Mungkin ini jodoh kau?Siapa tahu cuma kau kena kuat berhadapan dengan kebenaran.Pa'an yang aku kenal selama ni seorang perempuan yang kuat semangat.Aku tahu kau boleh."Bazlaa Aina mengenggam tangan Pa'an memberinya sedikit kekuatan.
"Tapi aku terpaksa ikut rancangan dia,aku dah tak ada pilihan."Pa'an menarik nafasnya panjang.Bazlaa Aina melepaskan tangan Pa'an kasar.
"Siapa kata kau tak ada pilihan?"Hartini hanya memandang Bazlaa Aina yang sedang kembali marah itu,dia ingatkan Pa'an mendengar katanya namun sebaliknya.
"Kau takkan faham Aina..."Air matanya hampir bergenang.Tidak pernah dia merasa selemah ini.
"Dari tadi aku tak kan faham...apa yang aku tak faham sekarang ni kenapa kepala otak kau ni degil sangat?"Bagaikan sudah tertukar watak Bazlaa Aina apabila menyerang Pa'an dengan soalan yang amat kasar.Dia terlalu sayangkan Pa'an sebagai sahabatnya.Dia tidak mahu Pa'an disakiti lagi oleh orang yang sama.Bazlaa Aina melangkah mahu meninggalkan Hartini dengan Pa'an,dia mahu menenangkan hatinya pada ketika ini dan dia rasakan seperti tiada gunanya dia menasihati orang degil seperti Pa'an.
"Aina..Pa'an mesti ada alasan dia sendiri.Kau tak patut marahkan dia sampai macam ni sekali."Hartini yang tadinya berdiam diri bersuara kerana dia tidak pula sependapat dengan Bazlaa Aina.
"Alasan apa lagi yang dia ada?Aku dah tak mahu dengar."Bazlaa Aina berpaling dan melangkah pergi dan disaat itu juga air mata Pa'an yang tidak pernah gugur ,jatuh jua kerana sedih bila Bazlaa Aina tidak mempercayainya lagi.
"Dia akan berkahwin dengan Nisa...dia akan ceraikan aku..cuba kau beritahu aku apa yang aku perlu buat bila dia sendiri yang tak mahu berterus-terang?Kau sebagai teman baik aku semestinya kau tahukan perasaan aku yang sebenarnya?Aku ingat bila aku beritahu kau,kau akan sokong aku,sudahlah mak dan abah aku buang aku sekarang kawan baik aku sendiri pula yang mahu tinggalkan aku.Aku ni memang pembawa malang daripada dulu lagikan."Mati langkah Bazlaa Aina tatkala mendengar luahan hati Pa'an.Terkejut apabila mendengar Hilman akan menceraikan sahabatnya itu nanti.
"Astaghfirullah...."Hartini seakan tidak percaya dengan tindakan Hilman itu.
"Aku sedih bila kawan aku sendiri tak nak menyokong aku.Aku dah tak ada sesiapa selain korang berdua."Pa'an mengelap air matanya kasar.Benci betul dia bila terpaksa menangis macam ni,bukan jiwa dia untuk berjiwang namun dia tidak dapat menahan kesedihannya apabila Bazlaa Aina tidak bersetuju dengannya.Dia mahu berterus-terang namun memikirkan yang Hilman akan berkahwin dengan Annisa,dia merasakan biarlah perkara tersebut dirahsiakan dan selepas itu dia bercadang untuk menghilangkan diri.Bazlaa Aina serba-salah dan dia berpusing menghadap temannya yang sudah berlinangan air mata itu.
"Be..betul kau kata dia nak kahwin?"Pa'an mengangkat wajahnya.
"Kau kan dah tak percayakan aku,terpulang pada kau samada nak percaya atau tak."Pa'an seolah-olah sudah kehilangan semangat untuk bersuara.
"Aku tahu kau masih sayangkan dia kan?"Persoalan dari Bazlaa Aina membuatkan Hartini ternganga tidak menyangka Pa'an pernah menyukai lelaki itu manakala Pa'an hanya mendiamkan diri.Bazlaa Aina kembali mendekati Pa'an dan duduk disebelahnya semula.
"Pa'an...aku minta maaf dengan kau,aku terlalu emosional.Bukan niat aku nak memarahi kau tapi aku terlalu sayangkan kau sebagai seorang sahabat.Aku dah lama kenal kau,aku tahu apa yang kau rasa tapi maafkan aku sebab tuduh kau melulu.Aku tak tahu..."Air mata yang ditahan Bazlaa Aina mengalir jua bersimpati dengan jalan hidup Pa'an.
"Aku perlukan sokongan dari kau dan Tini.Please you two,hug me..."Pa'an mendepangkan tangannya dan serentak itu Bazlaa Aina dan Hartini memeluknya kuat.
"Maafkan aku.."Ucap Bazlaa Aina lagi.
"Aku tak pernah marahkan kau dan kita berkawan dah lama,tak payah nak minta maaf bagai."Pa'an mengeratkan pelukan mereka lagi.Hartini yang tadinya hanya mendengar terharu dengan persahabatan mereka berdua itu dan dia turut mengalirkan air matanya.
"Aku akan sokong kau kalau kau rasa itu yang terbaik buat kau..."Ujar Bazlaa Aina lagi.
"Aku pun sama..."Hartini melepaskan pelukan dan mengelap air matanya.
"Hahaha...buruklah muka kau bila menangis.."Pa'an sengaja menyakat Hartini sambil mencapai tisu yang berada di meja soleknya dan terus memberikan kepada mereka berdua.
"Kau pun samalah.."Akhirnya mereka sama-sama tertawa untuk menghilangkan kesedihan di hati.
p/s : sat mlam t smbung ag...mlm ni ade test..nak stadi jap....okey...
cepat sambung taw..
ReplyDeletesabtu n nak smbug stdy da..ntah bile lgi dpat hadap si tomboy ni..cdih3..cpat2 smbung taw
ReplyDelete