Pa'an memerhatikan sekeliling kawasan perumahan Hilman.Dia tidak
menyangka bahawa alamat rumah mereka berdekatan sahaja sebenarnya.Bukit
Jalil tidaklah terlalu jauh dengan rumahnya di Taman Kinrara.
"Betul
ke ni alamat dia?"Terjenguk-jenguk kepala kedua sahabatnya tatkala
melihat rumah mewah milik Hilman itu.Seakan tidak percaya mereka apabila
lelaki itu tinggal berseorangan di rumah mewah tersebut.
"Kalau ikutkan alamat ni betullah tu."Pa'an menelek kembali mesej yang diberikan Hilman kepadanya kelmarin.
"Kau nak kami temankan kau masuk sekali ke?"Hartini bertanya kepada Pa'an namun gelengan dari Pa'an difahami mereka.
"Aku
duduk dekat sini dua minggu tapi aku dapat cuti seminggu je.Nasib baik
En.Hairi benarkan.Dahlah company kita tu sekarang dah ada pembeli
baru.Siapa yang akan menggantikan Mr.Chua ya?"Pa'an baru teringat akan
perbualannya dengan En.Hairi tentang seorang usahawan telah membeli
syarikat mereka itu.
"Entah aku pun tak tahu.Tup-tup je dah ada
orang beli.Anak-anak dia dah tak nak teruskan perniagaan bapak
dorang.Masing-masing ada kerjaya sendiri."Hartini menguatkan radio yang
sedang memainkan lagu harapan daripada kumpulan Hyperact.Sungguh dia
sukakan lagu tu kerana lagu itu adalah lagu soundtrack cerita Seindah
Sakura.
"En.Hairi kata orang Melayu yang beli company kita
tu.Bangga aku bila orang Melayu kita berjaya dalam perniagaan ni."Pa'an
meluahkan rasa bangganya terhadap usahawan itu.
"Wah..hebatlah dia
kan..kalaulah dia ada anak lelaki aku nak tacklelah....senang hidup aku
nanti.Hehehehe..."Hartini mula memasang angan-angan untuk berkahwin
dengan lelaki kaya.
"Choi...matlamat tak menghalalkan cara."Bazlaa Aina mencubit lengan Hartini sehingga mengaduh rakannya itu.
"Aku main-main jelah...sakit tahu tak."Hartini menggosok bekas cubitan Bazlaa Aina dilengannya tadi.
"Apa-apa
ajelah korang berdua ni.Dahlah...aku turun sekarang.Lupa pula aku nak
cakap.Nanti lepas aku cuti seminggu kau tolong pick up aku dari rumah
ni.Mangkuk tu mana nak hantar aku ni."Ucap Pa'an dengan penuh emosi.
"Cis..aku
rasa macam nak karate je mangkuk tandas tu."Tergelak Pa'an dan Hartini
mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Bazlaa Aina tu.
"Pandai ke kau karate?Blah la...cakap je lebih."Hartini keluar dan membantu Pa'an mengeluarkan begnya.
"Uish...banyaknya
kau bawa baju.Macam nak pindah sini terus je.Hehe..jangan marah
ha."Hartini tersengih sahaja bila Pa'an melemparkan pandangan mautnya
itu.
"Kau cakap jangan sebarangan cakap.Nanti tak pasal-pasal
hari-hari sedut sup guna straw je."Tergelak Hartini mendengar amaran
Pa'an itu.Tiada dia takutnya,setakat ugutan Pa'an yang tak makan dek
saman itu apa dia takut.
"Main sebut aje kau ni kan.Dahlah...aku
wish kau berjaya dan lakonan tu kasi berkesan sikit.Biar berbekas kat
dalam hati suami kau tu.Kau buatlah romantik sikit,tunjukkan dekat dia
siapa kau yang sebenar.Tunjukkan yang kau bukan lagi si tomboy."Hartini
memegang bahu Pa'an dan mengucapkan ayat tersebut dengan wajah yang
serius.
"Aku setuju dengan Tini.Tak payah lagi kau nak menyamar
tomboy macam ni depan dia.Biar dia tahu kau yang sekarang ni lagi
umph,lagi cantik dan semestinya kau buat sampai dia menyesal nak
ceraikan kau."Bazlaa Aina memberikan cadangannya kepada Pa'an.
"Aku
tahu semua tu.Korang berdua jangan risau nanti aku akan update selalu
dengan korang berdua.Okey?"Pa'an tersenyum berwajah ceria namun dia
berhati walang apabila terpaksa tinggal bersama suaminya nanti.
"Okey
set...eh,mangkuk tu dah tahu ke kau dah sampai ni?Jangan dia biarkan
kau berdiri lama-lama depan rumah dia ni sudahlah,aku fire dia
nanti."Bazlaa Aina terteleng-teleng cuba mengintai di dalam rumah
Hilman.Kereta ada tapi tak bererti tuan rumahnya ada.
"Ish..tak
payahlah kau nak telek rumah dia sampai macam tu sekali.Aku dah mesej
dia tadi,sekejap lagi dia baliklah.Dahlah..korang berdua baliklah
dulu.Mesti korang penatkan?"Pa'an meletakkan begnya dihadapan pagar
rumah Hilman.
"Yelah...kitorang balik sekarang..eh Tini,malam ni
kita tengok movie nak?Aku belanja,jimat sikit duit aku bila aku dengan
kau je tinggal."Terbeliak biji mata Pa'an bila Bazlaa Aina sengaja
menyakatnya.
"Woi mana aci..aku nak pergi juga."Hartini dan Bazlaa Aina tergelak melihat Pa'an yang cuba membuat muka merajuknya.
"Hahaha...kau
kan dah ada suami,lepaklah dengan dia.Ajak dia tengok movie
berdua,confirm romantik habis."Geli geleman Pa'an bila mendengar Hartini
mengatakan mereka berdua pasangan yang romantik.
"Romantik kucing kau...dahlah pergilah,aku tak kisah."Mereka berdua masih mentertawakannya namun Pa'an tidak ambil hati.
"Yelah...kitorang
balik dulu tau.Jangan lupa update cerita kau nanti.Bye and
Assalamualaikum.."Akhirnya mereka berdua hilang dari pandangan
matanya.Kini Pa'an bersendirian di hadapan rumah Hilman.Jiran-jiran
disekitarnya memandangnya seperti tidak pernah tengok orang.Memanglah
tidak pernah tengok kerana ini kali pertama dia berada disini.Jam sudah
menunjukkan pukul enam empat puluh lima petang.Nasib baik dia sudah
Solat Asar tadi,kalau tidak kena Qadha' lah dia jawabnya.
PIN!!!!
Bunyi
hon kereta yang kuat memeranjatkan Pa'an lalu dia ketepi bila melihat
pemandu itu adalah Hilman.Pintu pagar rumah terbuka dan Hilman memandu
masuk ke garaj.Setelah lelaki itu keluar dari keretanya barulah Pa'an
memasuki kawasan rumah.Terpegun dia sekejap dengan landskap rumah Hilman
itu.Rumahnya benar-benar cantik dan mendamaikan,itu belum dia masuk ke
dalam rumah lagi tu.
"Assalamualaikum...'Terus sahaja Pa'an
memberi salam bila Hilman berdiri tegak di samping keretanya sambil
tangan diseluk ke saku seluarnya.Handsome....
"Waalaikummussalam..dah
sekarang bawa barang-barang kau masuk.Nanti aku tunjukkan bilik."Hilman
terus berlalu tanpa menghulurkan sedikit bantuan kepada isterinya.Pa'an
mencebirkan bibirnya dan berkata'Macamlah bagus sangat.'Dia mengangkat
begnya yang berat dan mengikuti langkah Hilman yang sudah membuka pintu
rumah itu.Rumah dua tingkat itu sememangnya cantik dan menarik pandangan
Pa'an.Kalau tadi dia terpersona dengan landskap luar rumah Hilman,kali
ini dia memuji kecantikan dalaman ruamh Hilman yang bercorakkan moden
itu.Luas dan menenangkan hati.
"Hoi...kau tengok apa tu?"Hilman menghentikan langkahnya namun Pa'an tidak sempat brek lalu terlanggar tubuh Hilman.
"Aduh..."Rupa-rupanya Pa'an terlepas beg bajunya ke atas kaki Hilman akibat terkejut dengan perlanggaran tadi.
"Alamak..sorry aku tak sengaja."Pa'an menggelabah apabila dilihatnya Hilman terkinja-kinja kesakitan.
"Argh..kau
ni memang saja nak cari gaduh dengan aku.Hish.."Hilman menggosok-gosok
kakinya yang sakit itu manakala Pa'an masih terbau wangian Hilman yang
dihidunya sebentar tadi.
"Aku minta maaflah...tak sengaja.Siapa
suruh kau berhenti tiba-tiba tadi.Brek aku tak makanlah tadi sebab perut
aku kosong ni."Sambil memegang perutnya,Pa'an membuat muka tidak malu
di depan Hilman dan ternyata lelaki itu meluat melihatnya.
"Banyaklah
kau brek tak makan.Sudah,sekarang ni aku tunjukkan kau bilik untuk kau
malam ni.Lepas solat Maghrib aku tunjukkan dekat kau seluruh kawasan
rumah ni."Hilman berpaling untuk menaiki anak tangga.
"Kenapa bilik aku untuk malam ni je?Habis nanti aku nak tidur dekat mana?"Dengan lurusnya Pa'an menyoal lelaki itu.
"Kau pindah masuk bilik aku."Terus berubah merah wajah Pa'an tatkala mendengar jawapan dari Hilman itu.
"A..apasal pula aku kena pindah masuk bilik kau?"Tergagap-gagap Pa'an untuk bertanya.
"Kau
nak mama,papa and adik tahu yang kita tidur berasingan?Jangan kau nak
double-minded pula sekarang ni.Ikut je arahan aku."Hilman terus naik dan
menunjukkan bilik tamu kepada Pa'an.
"Ni bilik kau..for your
information,petang esok dorang akan sampai.So,malam ni aku nak kau
bersiap-sedia.Faham?"Pa'an hanya mengangguk dan yang sangat penting
sekarang ni adalah untuk dia mandi.
"I got it...aku masuk
dulu.Nanti kau ketuk je pintu bilik aku kalau kau nak mulakan tour dalam
rumah kau ni."Pa'an terus menutup pintu tanpa sempat Hilman bersuara.
"Macam manalah aku boleh terjebak dengan si tomboy ni."Hilman berpusing dan masuk ke dalam biliknya.
Setelah habis lawatan didalam rumahnya,Hilman menyuruh Pa'an mengeluarkan baju mengandung yang disuruh belinya itu.
"Aku
suruh kau beli dua tiga helai,yang kau beli satu je kenapa?"Hilman
bertanya kepada Pa'an yang hanya tersengih itu.Dia mana ada duit lagi
sekarang ni dan buat apa dia nak beli banyak-banyak,membazir je.Lebih
baik dia pakai baju t-shirt yang besar-besar.
"T-shirt besar
banyak.Tak payahlah nak membazir beli banyak-banyak,aku bukan ada duit
pun."Hilman mendengus dan kemudiannya menghilang ke dalam biliknya.Pa'an
gelisah menanti apa tindakan Hilman yang seterusnya namun dia terkejut
apabila Hilman menghulurkan satu beg pakaian yang tertulis maternity
itu.Dikeluarkan sepuluh helai baju mengandung didalamnya.Mahu terbeliak
dia melihat harga baju itu dan dipandangnya Hilman sambil menelan air
liur.
"Tak payah nak pandang aku sampai macam tu sekali.Kalau kau
pakai t-shirt biasa nanti mama kata aku ni tak mampu nak belikan kau
baju.Aku bukan suruh kau ambil pun baju tu,kau pakai untuk dua minggu ni
je."Pa'an menjeling Hilman tajam,kata-katanya tidak pernah tak
menyakitkan hati.Selalu sangat cuba cari gaduh.
"Aku pun tak
hadaplah...setakat baju mengandung ni buat apa.Lainlah kalau kau bagi
aku dress ke,baju kurung ke barulah terliur juga aku nak songlap."Pa'an
melipat semula baju-baju tersebut dan memasukkannya semula ke dalam beg
tadi.
"Kau pakai dress?Buang duit je kalau belikan kau
dress,balik-balik t-shirt gedabak ni juga yang kau pakai."Pa'an terpaksa
bersabar dengan kerenah Hilman.'Kau tunggu esok,jangan sampai kau
mengigaukan aku sudah lepas ni.'Bicara Pa'an di dalam hati dengan
geramnya.
"One more thing..aku nak kau cuba benda ni
sekarang."Hilman mencampakkan satu objek yang menyerupai bantal tetapi
mempunyai baju dan selepas meneleknya barulah dia tahu.
"Bila kau cari benda ni?"Pa'an menyoal sambil bangun dan cuba menyarungkan benda tersebut ke badannya.
"Alamak,aku
tak sampailah nak pinkan benda ni kat belakang.Kau tolong aku
boleh?"Pa'an tergagau-gagau kerana tangannya pendek.Hilman bangun malas
sambil mulutnya membebel serba tidak kena.Tatkala dia sedang memasangkan
pin di belakang Pa'an,matanya tertancap ke leher isterinya yang putih
dan jinjang itu.Tak tertelan air liurnya melihat kemulusan kulit
isterinya itu.Tangannya tiba-tiba terangkat dan mahu menyentuh leher itu
namun dia dikejutkan dengan deringan handphonenya.Hilman pantas
menjawab panggilan tersebut dan terus menghilangkan diri.
"Apa kena dengan dia ni?"Pa'an akhirnya buat tidak tahu dengan Hilman dan berlalu ke biliknya sambil mengusap perut tipunya itu.
Hilman
duduk di gazebo yang ada di hadapan rumahnya.Setelah menjawab panggilan
telefon dari mamanya tadi dia terus termenung di situ.Dia teringatkan
kejadian tadi,sungguh dia tidak tahu kenapa dia berperasaan seolah-olah
teruja untuk menyentuh Pa'an.Otaknya sudah tidak betul apabila asyik
teringatkan kemulusan leher Pa'an itu.
"Baru berapa jam dia masuk
rumah ni aku dah boleh jadi gila.Itu semua hanya nafsu semata-mata.Aku
kena tahan sepanjang dia berada di dalam rumah ni.Pasti..."Hilman
akhirnya nekad tidak mahu melayan nafsu jahatnya itu dengan menelefon
kekasih hatinya.
p/s : hehehe..mesti korang
da suke kan sebab dorng da duduk same..2 minggu je tapinye...tggu ek
gelagat dorang mase parent hilman ade...papai n slam merdeka!!!
hahaha..pgi2 lyan cite tmboy nih..smpat kgu sblum nk pjam mte..paan cpat2 la tar chracter..biar si hilman gila byang..huhuhu
ReplyDeletespesial 4 u...kate t x dpt da nk bce kan??mesti smbung dgree ni...tanx coz suke cite ni...
Deletehehe.. cik mah ni mmg suka bg surprise la kat akak pg2 ni.baru x smpai 3,jam dah otak mereng suku.2 minggu?:)
ReplyDeletehehehe k.shaf..boley plak smpai jd mereng..jap ag kite smbung entry bru...tggu sat na...relaxjap bru blek klas...
Deletetime family hilman dtg t, hope paan jd diri die sendiri, biar terjojol biji mata hilman tengok yg paan ni setanding dgn kekasih hati die tuh.
ReplyDeleteyes she will..haha..tanx coz selalu bg komen kat cite ni...tggu entry seterusnye ye...
Delete