Suara riuh rendah dibawah mendebarkan hati Pa'an yang masih lagi teragak-agak untuk turun.Dia tidak yakin dengan penampilannya,dibelek tubuhnya di hadapan cermin dan dengan tiba-tibanya dia mengusap perutnya yang membukit.Perasaan bersalah kembali menerpa kerana sebentar lagi dia bakal meneruskan penipuannya.Rambutnya yang panjang disikat rapi dan dibiarnya lepas bebas.Selepas itu dia mengambil salah satu koleksi pin rambutnya yang bewarna hitam.
Hilman gembira tatkala keluarganya sudah sampai.Dipeluk tubuh mama dan papanya erat manakala dia mencubit pipi adik perempuannya kuat.
"Auch abang ni...sakit adik tau."Fariza Haimi mengaduh manja apabila dicubit oleh abangnya.
"Adik ni makin tembam tau tak,geram abang tengok."Hilman semakin galak meyakat adiknya itu.
"Mama..tengoklah abang ni,mengada je tau."Fariza melarikan dirinya dibelakang mamanya mahu berlindung.
"Dahlah Hilman,kesian adik kamu tu."Tan Sri Zakaria pula yang menyampuk.Hilman tersengih sahaja dan ditolong kedua orang tuanya mengangkat beg masuk ke dalam rumah.
"Dari tadi kamu je yang ada dekat sini,isteri kamu mana?"Riak wajah Hilman terus berubah,baru dia teringat isterinya itu tidak turut serta dengannya.
"Kejap lagi dia turunlah tu mama...baru lepas mandi tu,lagipun sarat sangat dah."Main bantai sahaja ayat yang direka oleh Hilman walhal dia terlupa sebenarnya semalam isterinya itu sudah berada di rumah itu.
"Hurm...dah scan dah ke bang?"Fariza bertanya dengan penuh teruja,anak sedara sulunglah katakan.
"Hah..tak scan pun,kami nak kasi suprise sikit lagipun abang tak kisah lelaki atau perempuan,semua tu rezeki Allah."Pandai sungguh Hilman berbohong.Pa'an yang baru keluar dari biliknya itu terdengar mereka yang sedang berborak.Dia menarik nafas panjang.
"Assalamualaikum..."Pa'an memberi salam sambil dia berhati-hati menuruni tangga.Perut yang dipakainya itu terasa berat seolah-olah memang ada bayi didalamnya.Semua mata kini memandang ke arahnya kecuali Hilman.Dia tidak terasa ada yang istimewa dengan perempuan itu.
"Wah besarnya perut kakak ma...kembar ke ni?"Fariza pantas berdiri dan menghampiri kakak iparnya untuk memberi bantuan.Puan Sri Faridah tersenyum melihat menantunya itu.Walaupun dia tidak sukakan perbuatan Pa'an yang merosakkan perkahwinan Hilman namun dia terpaksa menerimanya apabila Pa'an sedang mengandungkan waris keturunannya.
"Cantik menantu papa.."Terluah pujian yang tiba-tiba dari papanya membuatkan Hilman pelik.Susah untuk dia mendengar papanya itu memuji seseorang.Keinginannya untuk berpaling semakin kuat dan bila dia berpaling mulutnya hampir terlopong melihat kecantikan Pa'an yang selama ini diperkotak-katikkannya.Tiada lagi baju t-shirt besar,tiada lagi cap dan yang penting ini kali pertama dia melihat isterinya itu berambut panjang.Dek terlalu terpukau dengan kecantikan Pa'an,dia langsung tidak menyedari isterinya itu sudah berada disebelahnya.Pa'an tersenyum penuh sopan di hadapan ibu bapa mertuanya,dan dia perasan Hilman memandangnya tanpa kelip.'Hah..baru kau tahu siapa aku.Biar terbuka sikit mata kau tengok aku ni.'Pa'an menghadiahkan senyuman sinis kepada Hilman namun lelaki itu merasakan itulah senyuman yang paling terindah yang pernah dia lihat.Sudah gila bayangkah Hilman sekarang ni?
p:s : sekejap je ek...ade klas pkol 4...hehe...sbar skit je yek...
Hahaha.... Hilman dah TERangau kat Pa'an... Tulah, jgn terlalu membenci, bila TERcinta, hah ambik kau.... hahahaha
ReplyDeletehehehe betol padan muka si hilman tu... tu la benci sgt, siap sumpah bagai. hah skrg dah dimkn sumpah sendiri... muahahahah * cik penulis ku syg cpt sambung yek...
ReplyDeletehaha...best sangat AZ. tak sabar nak tunggu Hilman memuji kecantikan paan. kesian paan asyik kena keji dengan suami sendiri. tahniah Azmah.
ReplyDeletemuahahaha..padan muka hilman.
ReplyDeletealamak,akak tlewat arini cik mah oiii...tahu2 dsh ada entri baru.best tp pendek,cik mah nk kena piat telinga ni bust pendek2 ni.sengaja tau nk dera ht nursni akak.miahahaha.
ReplyDeletehehe kak...da ade yg baru ni..bru je post td...t ptg smbung ag...x biase smbung entry dlm tab..susah...
DeleteOnline Gambling - DrmCD
ReplyDeleteOnline gambling has exploded in the past few years, 경상북도 출장안마 but there are many 울산광역 출장마사지 and 남원 출장안마 when you have 원주 출장마사지 access to casino sites online, you can use 세종특별자치 출장안마 casino games to win