Monday, 10 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 24

Farhana Fatin aka Pa'an
                                                          



Kepala yang sakit masih dirasakan berdenyut sehingga ke pagi ini tetapi tidaklah sampai memudaratkan dirinya.Setelah selesai Solat Subuh tadi,dia sibuk ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi sebelum yang lain turun dan setahunya keluarga mertuanya itu hanya akan bersarapan pada pukul lapan pagi jika hari ahad.Itupun setelah dia mendengar bebelan dari Hilman kelmarin.Mengingatkan suaminya itu,dia teringatkan kejadian malam tadi yang mana jelas terpampar wajah ambil berat suaminya itu kepadanya.Mengapa dia perlu berharap kasih pada yang tak sudi,bukannya tak ada lelaki lain yang cuba merapatinya namun hanya sebaris nama itu sahaja yang bertakhta di hatinya.Suami yang masih lagi lena bergolek diatas katil empuknya.Dia hanya memandang dari jauh sahaja,tidak mahu hatinya terjatuh cinta lagi dengan lelaki itu.
"Alangkah bagusnya semua ni kenyataan,bukannya lakonan semata-mata.."Dalam tak sedar Pa'an melepaskan keluhan bersama luahan hatinya.
"Ya Allah,sampai bila aku harus meneruskan perbohongan ini?Aku dah tak sanggup walaupun baru satu hari.Aku tak sanggup untuk menipu mereka yang sepertinya benar-benar menyayangi aku dan mengharapkan sesuatu yang aku permainkan.Aku mohon ya Allah..Kau berilah aku petunjuk-Mu.Amin.."Doanya hanya terluah di dalam hatinya sahaja,betapa dia tidak suka dengan keadaan sekarang ini.Jika benar Hilman mahu mengahwini Annisa,mengapa bukan sekarang dia dilepaskan.Mengapa perlu tunggu sehingga mereka berdua bernikah?
"Kau perlu ingat,kau sendiri yang memulakan permainan ini.Takkan kau dah lupa semua itu?"Seperti terdengar suara hatinya memarahi dirinya sendiri.Dia akui memang itu semua salahnya dan dia patut menanggung akibatnya.
"Kak Fatin...."Ketukan pintu oleh adik iparnya mematikan lamunan Pa'an.Terus sahaja dia mengemas bantal-bantalnya lalu diletakkan di sebelah Hilman yang sedang lena tidur itu.Dia memandang wajah suaminya sekilas sebelum menuju ke pintu bilik.
"Ya dik.."Pa'an membuka separuh pintu dan menjengukkan kepalanya ke luar.
"Mama ajak turun sarapan..abang tak bangun lagi ya kak?"Fariza tertoleh-toleh ke dalam mengintai abangnya itu yang masih lagi berlingkar di atas katil.
"Kejap lagi akak gerakkan abang bangun.Adik turun dulu, suruh mama dengan papa makan dulu."Pa'an membalas lembut.
"Okey kak...tapi kak Fatin kena berkeras sikit dengan abang tu,dia tu payah sikit nak bangun pagi,lagi-lagi pagi ahad.Liatnya lain macam sikit.
"Ye ke..tak apa,akak ada cara yang lebih sesuai untuk kejutkan abang adik yang seorang tu."Rancangan nakal sudah menjelma di kepala otak Pa'an di saat ini.Tersengih-sengih dia mahu menjayakan rancangan itu.
"Baguslah tu...adik turun dulu ya kak.Good luck.."Fariza terus berlalu menuruni anak tangga untuk ke dapur manakala Pa'an menutup pintu biliknya sambil tersengih panjang.Tanduk dikepalanya seakan sudah tumbuh.Perlahan-lahan dia mendekati Hilman yang masih nyenyak tidur itu.Apabila dia sudah sampai kepada Hilman,terus sahaja dia menarik comforter Hilman dengan sekali rentapan tetapi langsung tiada tindak balas dari lelaki itu.Betul-betul tidur mati dia ni.Selepas itu Pa'an mencuba pula dengan menggeletek tapak kaki Hilman tetapi pelik kerana lelaki itu seperti tidak mempunyai perasaan geli disitu.Muncung sebentar Pa'an sebelum dia mengambil keputusan untuk duduk dekat di sebelah Hilman.
"Abang...."Perlahan sahaja dia berbisik di telinga suaminya dan kali ini ada respon.Pa'an tersenyum bila mengetahui kelemahan lelaki itu adalah telinganya.
"Abang bangun..."Pa'an mengawal intonasi suaranya daripada tergelak.Kelakar pula bila dia melihat suaminya itu menggaru telinganya tetapi sempat pula tu tersenyum.
"Awal lagi ni...please don't disturb me...penat sangat."Hilman bersuara mamai,langsung tidak mengendahkan siapa yang sedang berbisik untuknya disaat ini.
'Ooo penat ya..siapa suruh malam tadi bergayut dengan awek sampai pukul empat lima pagi.'Pa'an bercekak pinggang sebelum dia...
"Mohd Hilman Fariz...Bangun!!!!!!"Pa'an bertempik di tepi telinga Hilman sehingga lelaki itu benar-benar terjaga dan terduduk.Buntang matanya akibat terkejut dengan jeritan ikhlas isterinya itu.Terus sahaja dia memandang tajam ke arah Pa'an yang sedang sedap mentertawakannya itu.
"Kau dah tak ada kerja lain ke hah?Dah tak ada adab nak kejutkan orang macam mana?"Merah wajah Hilman mahu menyinga kepada Pa'an yang sentiasa bermuka selamba dengannya.
"Well..kau tu yang tidur macam mumia,memang patut pun aku gerak kau macam tu."Pa'an bangun dan berdiri sambil membetulkan perutnya yang terasa senget itu.
"Kau sengaja cari pasal dengan aku kan?Kalau bukan parent aku ada dalam rumah ni,dah lama muka cantik kau tu berparut."Tanpa sedar Hilman memuji isterinya itu.
"Wah..terima kasih,tak sangka pula pagi-pagi ni aku dapat pujian daripada suami yang tersayang.Terima kasih abang...Hahahaha.."Semakin galak Pa'an mengenakan Hilman di kala itu.Hilman pula yang sedang berang tidak dapat berbuat apa-apa lalu terus sahaja dia masuk ke dalam bilik air.
"Tak apa...ada lori ada bas...lain hari,berkali-kali aku balas.Huh."Hilman mengomel seorang diri dan Pa;a pula sudah keluar dari bilik itu dengan tawa riang.


"Berseri menantu mama pagi ni.Nak pergi mana-mana ke hari ni?Lawa semacam je mama tengok?Jadi ke nak makan rendang ayam hutan.Kalau nak,mama suruh Man carikan."Tidak tertelan nasi goreng yang dimakan Hilman bila teringatkan Pa'an ada mengenakannya semalam tentang rendang ayam hutan itu.Masaklah dia jika mamanya benar-benar mahu menyuruhnya mencari ayam hutan.Hutan mana pula yang dia kena masuk nanti.Dia membuat isyarat mata kepada Pa'an namun isterinya itu hanya buat endah tidak endah sahaja.
"Tak apalah mama...semalam Fatin sengaja je main-mainkan abang tu.Yelah,memang Fatin teringin nak makan satey kajang semalam tapi geram sangat dengan abang yang terlupa nak beli satey tu,tu yang Fatin main sebut je rendang ayam hutan tu.It's nothinglah mama..."Hilman mengurut dadanya lega dan dilihat oleh papanya pula.
"Hah...kenapa dengan kamu?Dah tak sanggup nak ikut kemahuan isteri kamu ni ke?Kamu jangan Man,orang mengandung ni dia sensitif sikit..."Tak pasal-pasal pagi-pagi lagi dia sudah dihidangkan dengan ceramah oleh papanya itu.Hilman yang sakit hati bertambah sakit bila melihat Pa'an membuat mimik muka yang menyampah kepadanya.Terasa mahu sahaja dia mencampakkan kuih karipap yang berada di depannya itu ke muka Pa'an.
"Semalam Fatin dengar papa ada beli company baru dekat sini?Company apa tu ya papa?"Pa'an yang kasihankan Hilman cuba mengalih topik perbualannya.
"Company kecil je...papa saja beli sebab yang jualnya pun kawan papa juga.Yelah,nak buat macam mana kalau dah anak-anaknya langsung tak mahu mengambil alih syarikat tu,terpaksalah dia jualkannya."Tan Sri Zakaria kemudiannya bercerita serba sedikit tentang syarikat yang bakal diambil alih itu.Pa'an pula dapat merasakan segala apa yang diceritakan oleh papanya ada kaitan dengan syarikat tempatnya bekerja dan bila Tan Sri Zakaria menyebut CBE Sdn.Bhd. terus sahaja dia ternganga.
"Hah..kenapa sampai ternganga ni?"Tergelak mereka semua dengan reaksi comel Pa'an itu.
"Eh..tak ada apa-apa...kawan Fatin kerja dekat sana."Pa'an sengaja tidak mahu memberitahu bahawa dia bekerja di company itu dan semestinya selepas mereka bercerai nanti dia akan berhenti kerja.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu rakan sekerjanya mengetahui dia sudah berkahwin dan bapa mertuanya pula mengambil alih company tersebut.Macam-macam fitnah yang boleh berlaku nanti.
"Mama teringin nak pegang perut Fatin..boleh?Besar sangat dah mama tengok,macam kembar je."Puan Sri Faridah sudah mengangkat tangannya dan sedikit lagi mahu menyentuh perut menantunya itu.Pa'an menggelabah seketika,tidak tahu hendak berbuat apa kerana takut pembohongan mereka akan terbongkar.Dia memandang ke arah Hilman yang waktu itu sudah selesai membasuh pinggannya di sinki.
"Aduh..."Akhirnya Pa'an menipu dengan menekan perutnya.
"Kenapa ni?Mama belum sentuh lagi ni..sakit dekat mana?"Menggelabah Puan Sri Faridah bila melihat kerutan di dahi menantunya itu.
"Sorry mama..perut isteri Man ni sensitif sikit,dia tak boleh orang lain sentuh.Hanya kami berdua je boleh,tu pun kadang-kadang kalau Man yang pegang macam nilah jadinya."Mati-mati orang tuanya ditipu lagi.Seperti yang dijangka,mereka percaya dengan alasan yang diberikan Hilman.Hilman sewaktu ini sudah berada di sebelah Pa'an dan menyentuh bahu isterinya lembut.
"Sorry mama..."Pa'an benar-benar memaksudkan ucapan maafnya itu.Maaf kerana telah menambah satu lagi penipuan yang besar.Air matanya bergenang dan disedari oleh Hilman.
"Hei...kenapa menangis ni?"Hilman mendongakkan dagu isterinya dan dipandang wajah itu tanpa ada reaksi.
"Nothing.."Terus dikesat air matanya,malu bila sekarang ini cepat pula perasaannya berubah.
"Mama yang patut minta maaf dengan menantu mama ni.Dah Man,pergi bawa bini kamu ni masuk bilik,biar dia berehat lagi.Penat sangat ni."Puan Sri Faridah yang tadinya terasa dengan tingkah menantunya yang seakan tidak memberinya memegang perutnya,mengalah bila melihat air mata kesakitan oleh menantunya itu.'Memang benarlah kot,perut si Fatin ni tak boleh disentuh orang.'Puan Sri Faridah cuba menyedapkan hatinya.Hilman mengikut arahan mamanya dan Pa'an pantas meminta maaf sekali lagi dan mengikuti langkah suaminya.
"Ada juga perempuan mengandung yang macam ni kan papa..adik tak pernah dengar lagi orang mengandung tak boleh disentuh perut dia."Fariza yang tadinya diam bersuara bila kakak iparnya sudah tiada.
"Biasalah tu dik...perempuan mengandung ni pe'el diorang ni lain sikit.Sama macam mama kamu dulu..."Jawab Tan Sri Zakaria selamba manakala isterinya tiada rasa untuk berbalah dengan suaminya didepan rezeki.


p/s : fuh...susah nk create part ni...ha..gmba kt ats tu gmba membe sye n nme tu memang tuan empunya diri yg sebenanye...ok x ni??mcm nk kene bambu je ni..hehe..len kali plak lah...papai....

3 comments:

  1. Kesian paan. Hilman asik buat dia mkn hati je tipon awek smpai pagi. Apakata buat hilman cemburu pula smpai dia rase kedudukan sbg suami tergugat

    ReplyDelete
  2. Lepas keluarga Hilman balik nanti, sure terangau2 ler Hilman bila Paan takder di sisi lagi....

    ReplyDelete
  3. aah la..setuju2..wat hilman jeles plk, smp x nak lepaskan paan,,

    ReplyDelete