Thursday 18 February 2016

assalam too all..maaf sebab da terlampau lama saye x update ape2 pon dlm blog ni...insya allah after this saye akn teruskan sambungan sumpah tak sama...almost a year terbengkalai...maaf....

Tuesday 7 April 2015

sumpah tak sama 35



 sambungan buat semue.....




Sesampai sahaja di rumah,mereka berdua memapah Pa’an ke ruang tamu.Hartini pula mencari first aid yang disimpan di almari dapur rumah mereka manakala Bazlaa Aina membelek bahagian tubuh Pa’an yang lain.Manalah tahu ada luka yang tidak mereka nampak.
“Nah…”Hartini menghulurkan first aid itu kepada Bazlaa Aina.Kelam-kabut sahabatnya ini membuka bekas first aid itu.Pa’an masih mendiamkan diri,sudah tiada esak tangis darinya cuma air matanya masih belum berhenti mengalir.
“Pa’an….”Hartini menyentuh bahu Pa’an.Rakannya itu hanya membiarkan Bazlaa Aina menyentuh bibirnya yang luka tanpa perasaan sedangkan Bazlaa Aina seakan-akan takut untuk menyentuh luka itu kerana dia takut ianya akan menyakiti Pa’an.
“Macam mana boleh sampai jadi macam ni sekali?”Sayu hati Bazlaa Aina melihat keadaan Pa’an yang sebegini rupa.Manusia apakah Hilman sehingga sanggup meninggalkan isterinya keseorangan.
“Kalau kau tak keberatan,ceritalah dengan kami…luahkan apa yang kau rasa,aku tak sanggup tengok kau membisu macam ni.”Hartini menunduk dan mengesat air mata Pa’an yang semakin deras mengalir.
“Tapi kalau kau rasa bukan malam ni masanya,kau rehatlah dulu…”Bahu sahabatnya dipegang kejap.Sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Nak marahkan si Hilman bukannya lelaki itu berada di depan mereka,buat habis air liur je nanti.
“Betul cakap Tini tu…kau masuk bilik ya berehat.Esok kau ambil MC…”Bazlaa Aina yang sudah siap merawat luka Pa’an memasukkan semula bbarang-barang yang dikeluarkannya daripada bekas first aid itu.Tangan Pa’an digenggam.Entah apa yang dilakukan oleh Hilman kepada sahabatnya ini menjadi pertanyaan kepada mereka.
“Aku nak berhenti…”Tiga patah ayat yang diungkapkan oleh Pa’an mengejutkan mereka berdua.Pasti sesuatu yang buruk telah berlaku sehingga Pa’an mahu berhenti kerja.
“Tapi kenapa?Mesti dia dah buat yang bukan-bukan dekat kau kan?”Bengang sungguh Hartini dengan boss mereka itu.Pa’an tertunduk lemah.Segala perbuatan dan tuduhan Hilman tadi berlegar-legar di kepalanya.Bazlaa Aina dan Hartini semakin gelisah melihat Pa’an yang tiba-tiba menggelengkan kepala sambil kedua tangannya menutupi telinganya.Pa’an kelihatan trauma dengan kejadian tadi.
“Pa’an…Pa’an…”Bazlaa Aina cuba menyedarkan Pa’an dari terus hanyut dengan bayangannya sendiri.
“Aku bukan pelacur…aku bukan pelacur!!!”Tempikan Pa’an menggamatkan ruang tamu rumah mereka.
“Astaghfirullahaladzim…bawa mengucap Pa’an.”Hartini bertindak menggoncang bahu Pa’an untuk menyedarkan sahabatnya ini.
“Aku bukan pelacur..”Tangisan Pa’an kedengaran sekali lagi dan kali ini dia jatuh dipelukkan Hartini yang menariknya.Hartini mengusap belakang Pa’an dengan penuh simpati.Pasti berat dugaan yang ditanggung sahabatnya ini sehingga boleh trauma sebegini sekali.
“Syyy…kau jangan pedulikan apa yang dia kata.Dia sebenarnya buta dalam menilai hati budi kau.Aku tahu sebenarnya ada lagi perkara yang korang berdua sembunyikan daripada aku tapi aku tak kisah kalau perkara tu boleh mengaibkan diri kau.”Hartini meluahkan rasa hatinya yang selama ini disembunyikan.Dia tahu pasti ada sesuatu yang Pa’an sembunyikan daripadanya dan hanya Bazlaa Aina yang mengetahuinya.Pada mulanya dia agak terasa namun dia beranggapan bahawa perkara itu mesti sesuatu yang penting buat Pa’an.Pa’an melepaskan pelukkan.Wajah Hartini dan Bazlaa Aina dipandang silih berganti.Luahan hati Hartini itu membuatkan dia rasa bersalah.
“Aku…aku akan cerita dengan kau.”Pa’an mengesat air matanya.Bazlaa Aina dipandang dan kekuatan diberikan oleh sahabatnya itu dengan sebuah senyuman yang ikhlas.
“Jangan paksa diri kau kalau benda tu mengaibkan diri kau…”Hartini serba-salah,kerana kata-katanya tadi Pa’an mahu membuka aibnya sendiri.
“Kau perlu tahu untuk mengetahui apa yang berlaku tadi..”Hartini terdiam.Pa’an cuba mengambil kekuatan dengan menarik nafas yang panjang.Perit untuk mengenangkan cerita lama yang berdarah itu tetapi dia merasa Hartini berhak untuk tahu.Disaat bicara dimulakan,wajah Hartini berkerut-kerut dan beristighfar panjang.Tidak dia menyangka perkara sebegitu akan berlaku.
“Ya Allah…aku..aku tak tahu sampai macam tu sekali masalah kau dengan Hilman.”Hartini menekup mulutnya selepas mendengar segala cerita dari Pa’an.
“Sumpah Tini..bukan aku yang bubuh ubat tidur dalam air kitorang.Lagipun takkanlah aku bodoh sangat sampai nak jerat diri sendiri.Aku masih ada agama..”Esakkannya kembali kedengaran.Hartini yang tadinya duduk di depan Pa’an bangun dan mengambil tempat di sebelah kanan Pa’an lalu mencapai tangan Pa’an yang sedari tadi dipegang oleh Bazlaa Aina.Kini tangan mereka berdua mengenggam tangan Pa’an untuk memberikannya semangat.
“Aku tahu…aku percayakan kau.Sudahlah…tak guna kau menangis sebab lelaki bodoh tu.Kalau kau nak berhenti,aku pun nak berhenti juga.Tak sanggup aku nak mengadap muka lelaki tu selama lapan jam.Aku takut aku termeletup depan dia je nanti.Kita cari kerja sama-sama ya.”Pa’an pantas menggelengkan kepalanya tidak bersetuju dengan cadangan Hartini.
“Jangan…tak payahlah.Bukan senang nak cari kerja sekarang ni lagipun cik abang kau tu mesti takkan bagi kau berhenti tanpa sebab yang munasabah.”Hartini mengeluh berat.
“Betul tu Tini…kau tak payahlah berhenti.Aku rasa biar si Pa’an je yang berhenti dulu.Kalau kau dah kahwin nanti kau nak berhenti pun tak apa.”Bazlaa Aina bersuara dengan menyakat Hartini,niatnya untuk menghidupkan suasana ceria setelah bersedih mendengar cerita Pa’an sebentar tadi.Dia tidak menyangka Hilman akan meninggalkan Pa’an keseorangan di tempat gelap macam tu sahaja.Bayangkan jikalau Pa’an diculik,dirogol dan dibunuh?Nama dia juga yang akan naik sebagai suspek.Bodoh,mangkuk yang bernama Hilman itu memang bodoh.Hanya semata-mata kerana tuduhan yang tiada bukti itu Hilman sanggup menyakiti kawannya ini.Dia hanya memandang Pa’an dari tepi yang sedang pilu dipujuk Hartini.
“Kalau macam tu,kau masuk berehat je.Biar aku je yang buat resign letter kau.Esok kau tak payah datang kerja dah.Resign twenty four hours terus,tak payah pergi menghadap muka lahabau tu dengan keadaan kau yang macam ni.Ikut hati aku yang panas ni,mahu je aku report polis suruh tangkap dia tapi tak sampai hati sebab gaji aku dia yang bayar.Huhu..”Pa’an tersenyum sumbing,dia tahu sangat dengan perangai Hartini ni.Mana dia berani nak buat semua tu,cakap je kadang-kadang terlebih.
“Yelah…kau pergilah masuk dalam berehat.Tidur je..tak payah fikirkan si mangkuk hayun tu.Lepas ni kau dah takkan ada apa-apa hubungan dah dengan dia.Kau masuk,salin baju sebab seluar kau ni dah koyak…kau terus tidur.Tenangkan fikiran kau..”Bazlaa Aina menepuk belakang Pa’an perlahan.
“Thanks korang…aku rasa kalau korang berdua tak ada mesti aku lagi lemah…”Dah tak larat sebenarnya untuk dia mengalirkan air mata tetapi dia berasa terlalu sensitive pada hari ini.Kepalanya juga bertambah sakit kerana sedari dua jam lepas dia asyik menangis.Otaknya sudah penat.
“Apa gunanya kitorang ni sebagai kawan kalau tak menolong kau.Dahlah…lupakan je lahabau tu,jom aku bawa kau masuk bilik.”Hartini bangun untuk memapah Pa’an.Dia cuba untuk bangun namun lututnya yang luka terasa tegang setelah disapu ubat iodin oleh Bazlaa Aina.Dia terjerit kecil.
“Sakit ke?”Bazlaa Aina bertanya.
“Sikit..”Pa’an memegang bahu Hartini dan dia bersedia untuk bangun tetapi tindakannya terbantut bila mana handsetnya berbunyi nyaring.
“Kak Farah…”Bazlaa Aina menolong Pa’an mengambil phone yang diletakkan di atas meja,berkerut dahinya melihat nama Farah yang keluar.Apa yang perempuan tu nak?Dia tahu sangat yang si Farah tu tak sukakan Pa’an sedari kecil lagi.Tak pernah-pernah telefon Pa’an.Phone dihulurkan kepada Pa’an.
“Hello kak…”Pa’an kembali duduk.
“Aku nak bagitahu kau ni..Nek Lang sakit.Dia asyik meracau sebut nama kau je..”Terkejut Pa’an mendengar berita yang disampaikan oleh kakaknya itu.
“Ya Allah kak…Nek Lang sakit apa?”Bazlaa Aina dan Hartini bertaut pandangan.Mereka juga terkejut mendengar yang Nek Lang sedang sakit.
“Orang tua tu jatuh bilik air pagi tadi…mak dengan abah baru je sampai pagi tadi.”Farah Fariha bersuara selamba,langsung tiada kedengaran riak kesedihan.
“Aku balik pagi esok juga kak…Nek Lang dekat rumah ke hospital?”Berdebar jantung Pa’an disaat ini.
“Dekat rumah..orang tua tu mana nak pergi hospital.Betul kau balik pagi esok ni?”Farah Fariha sudah tersenyum suka.
“Ya kak…aku naik bas pukul lapan.Nek Lang ada?Aku nak cakap dengan dia kejap..”Pinta Pa’an yang sedang keresahan selagi tak dengar suara nenek kesayangannya itu.
“Orang tua tu dah tidurlah…dahlah,esok jumpa juga kau dengan dia..aku tak ada kredit ni.Bye…”Terus panggilan dimatikan.
“Kak…kak…ish.Ya Allah..”
“Sabarlah Pa’an…baik kau tidur sekarang.Esok pagi-pagi aku hantar kau ke terminal.”Hartini yang mendengar perbualan antara Pa’an dan kakaknya itu menghulurkan bantuan.
“Hurm…tak dapatlah aku balik sekali dengan kau ya.Tak apalah…kau pergilah tidur dulu.Betul cakap Tini tu..Insya-Allah Nek Lang tak apa-apa.”Pa’an menganggukkan kepalanya lalu kembali bangun dan masuk ke bilik dipimpin Hartini.Harap-harap lukanya esok akan sembuh sedikit kerana agak payah untuk dia bergerak tanpa bantuan orang lain.Wajah Nek Lang terbayang-bayang kini di ingatannya.Memang sudah lama dia tidak menghubungi orang tua itu,bukan dia sudah lupakan orang tua itu cuma dia tidak sanggup berbohong setiap kali menghubungi Nek Lang.


“Jadi budak tu balik kampung?”Farah Fariha yang baru lepas menelefon adiknya itu ditegur oleh Che Abdullah.
“Jadi bah…esok pagi-pagi juga dia balik.”Farah Fariha tersenyum kesukaan.
“Hurm..”Che Abdullah berlalu meninggalkan anak sulongnya yang masih duduk di beranda rumah ibunya.
“Kau tunggulah esok…”Dia tersenyum jahat memikirkan perkara besar yang bakal berlaku esok.Handset di tangan terus membalas mesej daripada buah hatinya Zack yang menghantar mesej-mesej rindu kepadanya.Makin bertambah riang hatinya saat ini padahal dia tidak tahu yang sekarang ini Zack sedang berkepit dengan perempuan lain.


Wajahnya yang membiru sedikit di hujung bibirnya ditatap.Lidahnya menolak dinding pipi kanannya.Suaranya sedikit berdecit kerana kepedihan melanda di tempat yang luka itu.Disentuhnya dengan lembut dan kemudian itu dia menelek luka di siku dan akhirnya dilutut.Sudah berapa banyak keluhan yang dilepaskannya saat ini.Dia tidak menyalahkan Hilman seratus peratus cuma dia agak kecewa bilamana Hilman menuduhnya melulu sedangkan sebelum ini dia pernah memberitahu Hilman bahawa bukan dia yang melakukan perbuatan tersebut.Segala perkara yang baru terjadi tadi berputar-putar dikepalanya.Lengan yang terdedah diusap kasar,terasa meremang bulu romanya memikirkan betapa selama ini banyak dosa yang dilakukannya.Setiap bait patah kata Hilman yang mencaci dan menghinanya menjadikan dia semakin takut akan dosanya.
“Ya Allah...betapa sebelum ni aku terlalu jahil dan leka tentang auratku.Ya Allah...walaupun aku benci dengan tindakan Hilman yang berbuat jahat kepadaku tetapi aku bersyukur kerana melalui dia Engkau berikan aku petunjuk.Ya Allah...ampunilah dosaku.”Sekali lagi Pa’an menangis menggogoi tetapi kali ini dia menangis bukan kerana lelaki itu tapi kerana dosanya selama ini.
“Nek Lang...”Baru kini dia teringatkan panggilan Farah yang memberitahun perkara buruk itu kepadanya.Rasanya memang patut dia berhenti kerja dan pulang ke kampung menjaga neneknya sahaja.Pasti orang kampung akan tertanya-tanya dan lebih-lebih lagi ibu dan bapa mertuanya.Ah,itu satu hal lagi yang perlu dia settlekan.Dia harus memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka.





“Pa’an...kau dah siap ke belum?”Hartini menjerit dari dalam dengan kepala terjulur di depan pintu bilik supaya suaranya dapat didengari oleh Pa’an.
“Sekejap!”Jerit Pa’an dengan lantang.Terasa serba tidak kena dirinya saat ini.Terasa hatinya juga tidak berapa sedap,adakah kerana dia risaukan keselamatan Nek Langnya atau ada benda lain yang akan berlaku.
“Mak cik...kau buat apa lambat sangat ni?”Bazlaa Aina yang sudah siap berpakaian formal untuk ke kerja mengetuk pintu bilik Pa’an.Mereka tidak mahu terlambat untuk menghantar Pa’an ke Pekeliling kerana takut nanti jalan jem.Pintu bilik di buka sedikit oleh Pa’an.
“Alah....benda alah ni ha,macam mana aku nak pakai.”Pa’an berlalu semula ke cermin meja soleknya sambil muka sudah memuncung.Nasib baiklah lebam dibibirnya tidak ketara sangat nampaknya.Kalau tidak jenuh dia nak bersoal jawab dengan Nek Langnya nanti.
“Wah.......Tini.Sini cepat.”Terjerit-jerit Bazlaa Aina kerana teruja melihat sahabatnya ini manakala Hartini bergegas berlari menuju ke bilik Pa’an.Mahu mengah juga dia walaupun bilik dia dan Pa’an tidaklah jauh manapun.
“Apa dia?Wah....”Hartini sudah bertepuk tangan kesukaan.
“Tak payah nak wah-wahlah..bukannya korang tak pernah tengok aku pakai tudung.Dah,mari sini tolong aku lilitkan shawl ni.Lambat dah ni...”Pa’an sudah merengek kepada mereka berdua.
“Memanglah dah biasa tapi.....”Balas Bazlaa Aina pendek,tidak jadi untuk menyambung ayat seterusnya kerana bimbang Pa’an akan terasa dengannya.
“Insya-Allah...buat selamanya.”Sebak di dadanya saat ini.Ya,ini merupakan satu penghijrahan pertamanya untuk menjadi yang lebih baik.Bergenang air mata ketiga-tiga mereka saat ini.
“Alhamdulillah...aku nak peluk kau boleh?Huhuhu...”Hartini sudah meluru ke arah Pa’an dan pantas memeluk Pa’an dengan erat.
“Weh...dahlah tu.Aduh....sakit luka aku ni.”Pa’an terpaksa menepis pelukan Hartini yang terlalu kemas sehingga terkena ke sikunya yang luka malam tadi.
“Ops...sorry.”Hartini menjauhkan dirinya.Ditelek wajah sahabatnya itu dengan pandangan penuh kesyukuran,begitu juga dengan Bazlaa Aina.Hampir menitis air matanya di saat ini.
“Aku gembira dengar kau nak berubah.Huhuhu..”Pa’an hanya tersenyum memandang Hartini dan Bazlaa Aina.Dia tahu sudah lama mereka berdua menyuruhnya berubah tetapi dia belum bersedia katanya.
“Kau cantik...”Thumb up diberi kepada Pa’an.
“Aku tahu...”Dengan penuh lagak Pa’an keluar dari bilik.Dia sebenarnya mahu mengelak dari bersedih-sedih lagi,cukuplah malam tadi dia menangis sampai bengkak matanya dan terasa agak sepet untuk dibuka.
“Yelah..kau yang paling cantik.Dah siap ke?”Kedua mereka mengikutnya dari belakang.Beg baju yang diletakkan di atas meja ruang tamu di ambil.Sekilas dia menelek penampilannya di cermin besar di ruang tamu.Agak yakin dengan penampilannya kini dia melangkah keluar.Sandal berwarna coklat berbunga besar di capai lalu disarungkan ke kakinya dan kemudiannya dia menarik grill pintu lalu menutupnya.Dengan lafaz Bismillah dia memulakan langkah menyaingi sahabat-sahabatnya yang sudah berada di dalam kereta.Sesudah pagar rumah dikunci hatinya yang tadinya tenang menjadi tidak sedap bagai ada sesuatu yang bakal berlaku nanti.Dipegang dadanya sekejap.
“Pa’an..kau okey tak?”Dilihat Bazlaa Aina menjulurkan kepalanya bertanya mengapa Pa’an termenung.Tanpa jawapan dia terus menyusup masuk ke dalam kereta.Ditenangkan hati dengan mengandaikan itu hanyalah mainan syaitan semata-mata yang mahu menggodanya.



“Janganlah kamu marahkan budak tu nanti..kesian dengan dia.”Si anak yang tercegat di depan pintu rumah sambil bercekak pinggang menanti kepulangan seseorang dengan wajah yang membengis menggusarkan hati tua Nek Lang.
“Mak jangan nak menangkan budak sial tu...mak tahu tak yang dia dah menipu kita hidup-hidup..malu muka saya ni mak.”Seperti biasa Che Abdullah menempik kuat tanpa menghiraukan siapa yang sedang dia berbicara sekarang ini.Sedikit tersentak orang tua itu dibuatnya namun langsung dia tidak hiraukan perasaan ibu tuanya itu.Wajah uzur Nek Lang semakin mengendur dan muram.Cucu kesayangannya bakal dimarahi sekali lagi dan kali ini dia tidak berupaya lagi untuk menghalang anaknya.
“Farah!!!Farah!!!”Farah Fariha yang sibuk berangankan adiknya bakal dimalukan sebentar lagi tersentak lantas berdiri dari duduknya.
“Kenapa abah?”
“Kamu dah panggil Tan Sri Zakaria dengan bini dia datang sini belum?”Soalan yang ditanya tidaklah sesukar mana tetapi agak sukar bagi Farah Fariha untuk menjawabnya kerana dia terlupa menelefon besan ayahnya itu.
“Aaaa..Farah lupalah abah.”Wajah Che Abdullah yang garang itu membuatkan Farah Fariha menikus di belakang Fatimah.Walaupun dia anak manja Che Abdullah tetapi dia masih takut bila melihat wajah bengis ayahnya itu.
“Apa yang kamu ingat?Dah..telefon Tan Sri sekarang...cakap abah suruh dia datang rumah kita sekarang juga.”Pantas telefon rumahnya dicapai dan mencari nama Tan Sri Zakaria yang ditampal di dinding rumah oleh Nek Langnya.Selang beberapa saat kedengaran ada suara menjawab panggilannya.



“Kenapa balik pagi ni?Semalam kata nak balik lepas Solat Jumaat?”Annisa yang duduk di sebelah Hilman agak tertanya-tanya dengan keputusan Hilman yang tiba-tiba berubah.
“Lagi cepat kita balik lagi cepat kita kahwin.”Berdesup telinga Annisa mendengar ayat yang diungkap oleh Hilman yang seakan-akan memerlinya.
“ Abang ni kenapa?Saja nak perli Nisa ke?”Dia bercekak pinggang tidak berpuas hati dengan Hilman yang dirasakan tersangat berlainan hari ini.Adakah hanya hati dia sahaja yang berasa sedemikian ataupun memang benar Hilman semakin berubah.Keluhan berat dilepaskan oleh Hilman.Bukan niat dia untuk memerli Annisa tetapi dia seakan-akan terbawa-bawa dengan kemarahannya terhadap Pa’an malam tadi.Hatinya sakit dengan segala penipuan isterinya itu.
"Pleaselah Nisa...abang tak ada mood nak gaduh dengan Nisa pagi-pagi ni.Please...lagipun ini yang Nisa mahukan selama ini kan?So...please!!"Tangan sebelah kirinya diangkat menandakan dia tidak mahu mendengar sebarang perbualan yang seterusnya daripada Annisa.Kepalanya masih lagi berserabut memikirkan hal malam tadi.Memang pada mulanya dia mahu pulang selepas Solat Jumaat nanti tetapi hatinya tidak tenang dan beranggapan pasti ada sesuatu yang bakal berlaku dikampungnya tetapi dia tidak tahu apa.Agak terasa dengan sikap Hilman yang kasar itu,Annisa memusingkan badannya menghadap keluar tingkap.Tidak dapat menahan perasaannya yang terasa dengan Hilman membuatkan air matanya mengalir secara spontan.Dibiarkannya sahaja tanpa sedikit niat pun untuk menahannya kerana dia tidak mahu Hilman menyedari yang dia sedang menangis sekarang ini.

Tambang teksi dibayar dengan agak tergesa-gesa kerana sebentar tadi Farah telah menelefonnya dan mengatakan Nek Lang semakin tenat.Memang teruk betul perangai si Farah ni.Nek Lang yang dengar dibelakang hanya mampu menggelengkan kepalanya bila mana mendengar cucu sendiri mendoakan dia sakit tenat.Semakin tidak keruan jadinya Paán sehingga dia meminta pak cik teksi itu memecut kenderaannya.
"Terima kasih pak cik...baki pak cik simpanlah."Ucap Paán tanpa berlengah lagi.Tidak mengapalah,baki wang itu dikira sedekah darinya buat keluarga pak cik teksi yang terpinga-pinga itu.Dari tangga rumah Nek Langnya itu kelihatan banyak sekali selipar dan kasut berselerakan.Ianya semakin menggusarkan hati Paán kerana sekarang ini dia menggambarkan orang yang datang itu sedang membacakan Yassin untuk nenek kesayangannya itu padahal langsung tiada suara yang kedengaran.
"Assalamualaikum...Nek Lang...Nek Lang..Fatin dah balik ni."Tangga rumah dipanjat tetapi langkahnya terhenti bila melihat wajah abahnya yang tersembul di depan muka pintu rumah.Terus dia terkaku di anak tangga batu yang kedua kerana sudah lama dia tidak bersua muka dengan abahnya semenjak kejadian lalu.
"Aaa..abah..."Tangan dihulurkan kepada Che Abdullah yang mencerlung matanya memandang ke segenap tubuhnya.Huluran salam tidak bersambut ditangan sebaliknya hinggap di pipi kanannya.Terkedu dan terkejut dia menerima tamparan yang maha hebat dari abahnya itu.Mengenangkan dirinya dalam keadaan yang tidak bersedia,tubuhnya jatuh terduduk di beranda rumah.
"Astaghfirullahaladzim....Dolah,kamu nak bunuh anak sendiri ke?Ya Allah.."Bingung Paán dibuatnya tatkala melihat Nek Lang meluru dan memeluknya erat.Tidak dihiraukan dirinya yang terjatuh terus ditarik dan ditelek wajah kesayangannya itu dengan riak yang risau.
"Nek Lang sihat?Nek Lang tak apa-apa?"Tangan kanannya memegang pipi tua itu,bertambah bingung pabila melihat wajah tua itu mengalirkan air mata.
"Kenapa ni Nek Lang?"Belum dapat jawapan yang dikehendakinya dari Nek Langnya ditangannya ditarik kuat oleh Che Abdullah.
"Kau tak payah nak tanya kenapa...sekarang ni aku nak kau bangun dan beritahu perkara yang sebenar kepada semua orang!!"Lengan kirinya digenggam kejap oleh abahnya sehingga menyakitkan dirinya.
"Beritahu apa ni bah?”Pa’an sudah semakin keliru dengan pertanyaan Che Abdullah.
“Kau tak payah nak berlakon lagilah Pa’an…rahsia kau dah lama terbongkar.”Farah Fariha yang tadinya hanya tersenyum kemenangan di belakang abahnya bertindak keluar dan menyemburkan kata-kata yang masih tidak dapat ditangkap oleh Pa’an.
“Rahsia apa ni kak?Aku tak fahamlah…”Dia cuba bangkit namun pergerakannya terhenti tatkala sentuhan lembut Nek Lang di perutnya seakan menyedarkan dia ke alam nyata.
“Ya Allah…”Menggeleng kepala orang tua itu tatkala dapat menangkap kebenaran bahawa memang cucu kesayangannya itu berbohong.Air mata bergenang tidak percaya tapi dalam masa yang sama bersyukur kerana cucunya itu tidak buat perkara terkutuk itu.
“Abah…Pa’an boleh terangkan..”Bergetar suaranya di saat ini.Wajah bengis Che Abdullah memang digeruninya.
“Kau nak cakap apa?Tu perut tu kempis kau nak cakap kandungan kau tu kena culik dek bunian?Macam tu?”Situasi sekarang ini sememangnya tersangat tegang.
“Dari hari tu lagi Pa’an dah mengaku yang Pa’an tak mengandung tapi tak ada siapa pun yang dengar..”Pa’an membela dirinya.Sekarang ini dia mengharapkan kehadiran Hilman di sini namun dia tahu yang lelaki itu tidak mungkin akan membantunya kerana semua ini berpunca dari dia juga.
“Tapi kenapa Fatin buat kecoh dekat majlis nikah Hilman?”Wajah sendu si nenek ditatap serba-salah.Tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu.Jika diberitahu perkara yang sebenar adakah mereka semua akan percaya lagi dengan dia?
“Fatin…..”Lidah terkelu lalu tertunduk.
“Kau nak cakap apa lagi?Sekarang kau beritahu aku kenapa kau cakap kau mengandung?Kau tahu tak kau dah malukan nama aku?Kau ni memang anak pembawa sial!Memalukan aku depan keluarga Tan Sri…”Hancur luluh hati tatkala dilabelkan anak pembawa sial oleh bapanya sendiri.
“Pa’an minta maaf abah,Nek Lang…Pa’an tak berniat pun nak menipu semua orang.Memang Pa’an bercadang nak beritahu semua orang perkara yang sebenarnya.”Pa’an berusaha untuk meraih tangan Che Abdullah tetapi pantas ditepis oleh oang tua itu.Malu benar dia mempunyai anak seperti ini.Sebaiknya dibuang sahaja anaknya ini sedari bekas isterinya meninggalkan kampung ini.
“Sampai bila?Kau nak tunggu sampai aku mati baru kau nak beritahu perkara yang sebenar?”Terpejam matanya di saat ini.
“Sampai hati Fatin buat mama macam ni…”Disaat telinga di sapa suara seseorang yang dihormati,matanya kembali terbuka.Pintanya ianya hanyalah igauan namun tatkala mata dibuka,terlihat wajah lemah dan sayu Puan Sri Faridah berhadapan dengannya sambil dipaut oleh bapa mertuanya.
“Mama…”
“Sekarang cuba Fatin beritahu kami kenapa Fatin tipu kami?”Soalan yang ditujukan oleh Tan Sri Zakaria langsung tidak dapat dia jawab.Takkanlah dia perlu membuka rahsia yang selama ini dia simpan.Takkanlah dia mahu memberitahu kepada mereka semua yang dia sudah tidak suci lagi.
“Fatin minta maaf…”
“Aku tak tahulah apa nak jadi dengan kau ni…hidup menyusahkan orang.Kau ingat semua ni main-main ke hah?Kau dengan mak kau sama je..”Kali ini dia tidak terkejut tetapi keliru,mengapa dia disamakan dengan emaknya pula.Apa salah emaknya sebelum ini?Matanya dikalih kepada Aminah yang hanya membisu di sebelah Farah Fariha yang tersengih gembira.Sememangnya emaknya itu seperti tidak mempunyai perasaan dan hanya tahu berdiam diri sahaja.Apatah lagi bila suaminya sedang marah.
“Astaghfirullah…jangan diungkit lagi benda lama tu.Sekurang-kurangnya budak yang dikandung tu tak ada…”Che Abdullah dan yang lain-lain sememangnya memahami maksud Nek Lang itu melainkan Pa’an yang terpinga-pinga.
“Mak jangan nak sebut benda tu…”Merah muka Che Abdullah di saat ini Menandakan dia malu atau marah telah bergabung.
“Hilman tahu benda ni?”Suara serak si mertua yang bertanya membuatkan Pa’an mengangguk perlahan.
“Ya Allah….”Terasa darah tingginya semakin naik bila mendengar anak lelakinya itu turut berkomplot.Kalut sekejap Tan Sri Zakaria memegang si isteri yang mahu tumbang itu.Fariza yang berada di belakang sekali hanya memandang wajah kakak iparnya sayu.Serasa dia tahu wanita itu mempunyai alasan yang kukuh dan dia tahu Pa’an terpaksa.
“Jadi kamu dengan Hilman sama-samalah tipu kami?”Semakin membara Che Abdullah dibuatnya tatkala mengetahui menantunya turut serta.
“Man tak salah…”Tiba-tiba mereka mendengar suara seseorang yang memekik dari laman rumah Nek Lang.Rupa-rupanya Hilman sudah pulang dan laju sahaja dia bergerak menaiki tangga rumah.Wajah si isteri dijeling tajam,sungguh dia sakit hati dan bencikan perempuan itu.Setibanya dia di rumah tadi,dia pelik kerana tiada seorang pun ahli keluarganya berada di rumah dan setelah bertanya kepada pembantu rumahnya,terus dia bergegas pergi ke rumah Nek Lang bertemankan Annisa.Dia hanya berjalan kaki kerana dalam keadaan marah ini dia tidak berasa untuk membawa kereta.Pa’an yang bertembung dengan Hilman tidak berani mengangkat wajahnya.Pedih dibibir,lengan dan lutut seakan-akan berdenyut merasai kehadiran si suami.
“Apa maksud kamu tak salah?”Wajah si menantu di pandang dengan tidak puas hati.
“Dia yang menipu..dia cakap dia mengandung sedangkan Man tak pernah ‘sentuh’ pun dia.”Perkataan sentuh itu ditekannya kuat.Sengaja memberi tekanan lagi kepada Pa’an dan jelas menunjukkan yang dia masih lagi tidak berpuas hati dengan isterinya itu.Terbuntang biji mata semua yang ada disitu tatkala mendengar pengakuan daripada Hilman itu manakala Pa’an pula hanya mampu menggelengkan kepalanya berkali-kali.Untuk menafikan menggunakan mulutnya dia tidak mampu,sudahnya dia hanya membiarkan sahaja orang mencemuhnya.Entah sejak bila dia menjadi selemah ini sedangkan sebelum ini pantang baginya untuk orang menuduh sesuatu yang bukan dia lakukan.
“Apa yang korang berdua sorokkan dari kami semua ni ha?Kalau Man tak pernah sentuh kamu,macam mana pula kamu kata kamu mengandungkan anak si Man?”Tan Sri Zakaria yang tadinya hanya berdiam diri,bersuara kebingungan.
“Kalau semua nak tahu….”Pekikan suara Hilman serta tudingan jari kearahnya membuatkan Pa’an ketakutan hingga dia tidak mampu lagi menggelengkan kepalanya tetapi suara bantahan keras yang tiba-tiba keluar dari mulutnya tatkala dapat mengetahui apa yang bakal dikeluarkan oleh mulut Hilman.
“Jangan!!!”
“Kamu diam.Biar Man yang cakap,dari tadi aku tanya kamu hanya tahu menangis je…cepat kamu beritahu aku apa yang kamu nak beritahu tadi.Jangan sampai aku bunuh kamu berdua.”Gertakan daripada Che Abdullah memeranjatkan semua orang.Beristighfar panjang Nek Lang dan yang lain-lainnya tetapi tidak si Farah Fariha yang tersengih kesukaan.
“Please….i’m begging you.Jangan beritahu semua orang..aku berani sumpah yang aku takkan tunjukkan muka aku depan kau lagi.”Atas nama maruah dan kehormatan dirinya,dia sanggup merayu kepada si suami yang turut sama membengis.Tangannya yang memegang lengan Hilman direntap kasar oleh bapanya.Che Abdullah yang tidak lagi dapat bertahan dengan drama sebabak Pa’an itu seperti sudah hilang akal.
“Abang nak buat apa ni?”Fatimah yang dari tadi berdiam diri bertanya dengan penuh debaran,seperti dia tahu akan apa yang bakal dilakukan oleh suaminya kepada anaknya itu.Che Abdullah tidak menghiraukan pandangan keluarga Tan Sri Zakaria dan orang kampung,apa yang penting sekarang ini anak yang banyak buat masalah kepadanya ini perlu diajar.Mati pun tidak mengapa baginya.Diheret Pa’an menuruni anak tangga rumah ibunya tanpa sempat dihalang oleh Nek Lang.Terjerit-jerit orang tua itu memanggil namanya agar tidak bertindak bodoh tetapi tidak diendahkannya bila mana kuasa jahat sudah menular dikepalanya.
“Ya Allah…”Segarang-garang Tan Sri Zakaria,dia tidak pernah mengajar Hilman dan Fariza sedemikian rupa.Si isteri sudah terduduk di anjung pintu,dikipaskan oleh si anak.Mudah sangat lemah semangat jika mendengar perkara yang di luar jangkaannya.Belum sempat kaki kanan Pa’an mencecah tangga terakhir rumahnya,tubuhnya sudah terhumban ke tanah,tubuh yang sakit terpaksa ditahan,malu yang diterima terpaksa ditelan kerana dia sedar semua itu berpunca dari diri dia sendiri.
“Aku nak kau berambus dari rumah mak aku..aku dah tak nak tengok muka kau lagi.Dari dulu lagi aku benci kau dengan mak kau.”Terjahan tersebut membuatkan Pa’an terpinga-pinga,apa kaitannya dia dengan mak dia dibenci.Kenapa Fatimah dicemuh sedangkan sebelum ini Pa’an tahu ayahnya terlalu menyayangi emaknya itu.
“Apa hak kamu nak halau cucu aku?”Nek Lang yang kehabisan tenaga tadi turun ke tanah tatkala mendengar Che Abdullah menghalau cucu kesayangannya dengan sewenang-wenangnya sedangkan rumah itu adalah rumah dia.Memanglah bila dia mati nanti rumah itu akan bertukar milik kepada Che Abdullah tetapi masalahnya sekarang ini dia masih lagi hidup.Sedih hati memikirkan sikap panas baran anaknya ini.
“Mak tak payah nak masuk campur..ni urusan kami anak-beranak?”Tersentak dan hancur hati Nek Lang mendengar ayat bangkangan anak lelakinya itu.Malu dia apabila melihat jiran-jiran berbisik sesama sendiri.Dengan kudrat yang ada,dia melangkah laju menghampiri si anak yang durhaka.





 p/s: hanye ni je yang sempat sambung dlm mase due tahun...maaf ye...



Monday 9 March 2015

assalam to all readers..maafkan saye sebab hampir due tahun dah tak aktif blog ni,,,sambungan sumpah tak same masih ade tapi ade banyak masalah yang berlaku menyebabkan blog ni bersarang dan bersawang....

Saturday 19 October 2013

sumpah tak sama 34



“Dia dah datang tu..syyy..”Senyap terus Azman waktu itu,tersenyum-senyum memandang wajah gadis yang sudah lama bertakhta dihatinya ini.Tak sabar rasanya nak mengikat gadis itu menjadi miliknya buat selama-lamanya.
“Sorry lambat..”Tunduk sahaja lagak si Bazlaa Aina ini,masih lagi malu barangkali.
“Kau berak batu ya..”Mulut Pa’an memang cakap main lepas je,kalaulah dia sekarang duduk di sebelah sahabatnya itu mahu berbekas lengannya.Azman tersengih,malas nak masuk campur antara dua sahabat ini.Matanya meliar melihat gelagat pengunjung-pengunjung yang lain sibuk bershopping.Dalam ralitnya dia memandang,matanya tertangkap kepada satu pasangan yang berlalu jauh di hadapannya.Rasanya dia kenal dengan pasangan tersebut,langsung tidak dihirau tiga wanita itu bertekak di hadapannya.
“Kau pandang siapa tu weh?”Pa’an bertanya setelah kata-katanya tadi tidak dilayan oleh Azman.Pa’an pun mencari apa yang dipandang oleh Azman.Hartini dan Bazlaa Aina serentak berpaling ke tepi.Setelah dapat menangkap apa yang dipandang oleh Azman itu,Pa’an terus terdiam dan duduk menunduk.Mata yang hampir bergenang dilarikan dari sesiapapun agar tidak kelihatan.Hartini dan Bazlaa Aina pula berpandangan sesama sendiri sebelum mencari wajah Pa’an yang tertunduk itu.
“Eh..tu senior kita kan?Hilman kalau tak salah aku,dia yang selalu cari gaduh dengan kau dulu tu.Sebelah dia Annisa kan?Wah..lama diorang couple ya.Aku nak jumpa dengan dialah..”Azman yang mahu bangun dihalang serentak oleh Bazlaa Aina dan Hartini.
“Kenapa?”Pelik dia melihat mereka bertiga ini.
“Jangan…please,kita balik.”Rayuan mendayu Pa’an menjadikan Azman semakin tertanya-tanya apatah lagi dia melihat wajah ceria sahabat lamanya ini bertukar mendung dan matanya seakan-akan dilinangi air.’Apa kaitan Pa’an dengan Hilman?Kenapa dia terkejut sangat?Aku mesti terlepas sesuatu ni..tak apa,nanti aku boleh tahu juga.’
“Yalah…jom kita balik.”Hartini menyokong ayat Pa’an itu,tidak sanggup rasanya dia melihat sandiwara Hilman bersama Annisa sedangkan sahabatnya ini terluka.
“Okay…betul tak nak beli apa-apa dah ni?”Azman bertanya lagi,sebenarnya belum puas lagi untuk dia berborak dengan mereka,apatah lagi menatap wajah buah hatinya ini namun terpaksa jua dia ikutkan permintaan Pa’an itu.Hanya gelengan yang dibalas oleh ketiga mereka akan soalannya tadi.Pelik.
“Kalau macam tu..aku hantar korang sampai dekat parking jelah ya.Aku ada benda yang nak dibeli nanti.”Azman melihat jam ditangannya baru pukul sembilan empat puluh lapan malam.Sempat lagi untuk dia shopping barang dapur rumahnya sekejap lagi.
“Sorry..”
“It’s okay..”Maaf Bazlaa Aina dibalas semula oleh Azman,yang pasti dia mesti korek cerita dari kekasih barunya ini.
“Careful..assalamualaikum.”Lambaian Azman hanya dibalas oleh Bazlaa Aina sahaja.Pa’an pula masih mendiamkan diri,langsung tidak bersuara.Sesungguhnya ingatannya kembali kepada perbualan mereka petang tadi.Pasti mereka berdua sedang mencari barang persiapan perkahwinan mereka nanti.Sebuah keluhan berat dilepaskannya.Hartini yang sedang memandu menjelingnya kehairanan.Dalam hatinya tertanya-tanya adakah Pa’an mencintai Hilman manakala Bazlaa Aina sudah dapat tangkap maksud keluhan Pa’an itu.Dia sebenarnya kecewa kerana cintanya yang terlalu lama kepada Hilman tidak berbalas.Kenangan hitam itu membuatkan Pa’an seboleh-bolehnya membuang perasaan yang dinamakan CINTA kepada mana-mana lelaki.Dan sekarang perasaan itu kembali wujud buat orang yang sama.Mana mungkin dia boleh menjadi sekuat dulu,dirinya ditimpa pelbagai masalah yang direkanya sendiri.Selepas ini dia tidak tahu apa nasib sahabatnya ini.



Azman mengekori langkah kedua pasangan yang dia kenal itu.Hilman kelihatan gembira di samping kekasihnya itu.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan senior dia ini.Kalau masa kecil dulu dia selalu takut dengan lelaki ini sehinggalah kedatangan Pa’an ke sekolahnya barulah dia mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan seniornya ini.Perkara sudah lama berlalu,takkanlah mereka masih bermusuh lagikan.Tak salah agaknya kalau dia bertegur sapa dengan bekas musuh mereka ini.
“Assalamualaikum…”Azman menegur mereka yang sedang sibuk memilih ais-krim.Serentak keduanya berpaling.
“Hai..remember me?”Masing-masing berpandangan sesama sendiri dan tertanya-tanya siapa lelaki ini.
“Sorry…who are you?”Hilman masih menyambut huluran salam lelaki yang tiba-tiba menegur mereka itu.
“Bro…tak ingat aku ke?”Tersengih-sengih Azman dihadapan Hilman,berharap musuhnya itu mengenalinya.Lama wajah Hilman berkerut melihat lelaki dihadapannya ini lantas bila dia langsung tidak mendapat clue siapa lelaki ini terus dia menggelengkan kepalanya.
“Aku tak ingat.Sayang ingat siapa dia ni?”Annisa turut menggeleng.
“Ni akulah Azman…satu sekolah dengan kau dulu.”Hilman cuba mengingat lagi,seingatnya mana ada budak kelasnya yang bernama Azman.
“Kau satu kelas dengan aku ke?”Jarinya dituding kepada Azman tetapi Azman menggeleng.
“Bukanlah…aku muda sikit dari kau.Takkan kau tak ingat aku,aku kan geng dengan Pa’an budak tomboy tu..dululah,sekarang dah tak tomboy dah..”Tersengih-sengih Azman melihat reaksi Hilman yang sudah dapat mengingat itu tetapi dia pelik dengan reaksi Annisa yang semacam benci tatkala dia menyebut nama Pa’an.
“Seriously kau ni Azman?Wah…katang kau sekarang ya..”Ditepuk bahu Azman dengan kuatnya.Dulu,budak lelaki inilah yang selalu menjadi mangsa bulinya jika dia tidak dapat membuli si Pa’an.
“Biasa bro…haha.Ni kak Nisa kan?”Azman beralih kepada Annisa pula.
“Dialah ni..kau tak payah nak berkakak-kakaklah dengan dia..geli pula aku dengar.”Annisa tersenyum malas.Rasa cemburu membuak-buak dalam dirinya saat ini.
“Betullah..dia kan lagi tua dari aku.”
“Woi..dia sama umur dengan aku jelah.”Hilman tergelak,tidak sangka si Azman ni tak berdendam langsung dengannya.Ada setengah junior yang dia terjumpa di kampung pasti lari tatkala melihat dia.Semuanya takut sedangkan dia hanya mampu tergelak sahaja.Banyak betul dosa dia masa kecil-kecil dulu.
“Haha..kau lain.Kau taiko sekolah,kak Nisa ni budak baik.Aku salutelah korang boleh couple lama-lama.Bila nak kahwin?”Soalan Azman menyebabkan air muka Hilman yang tadi gembira berubah sedikit demi sedikit.
“Tak lama lagi..insya-Allah nanti aku jemput kau.”Sementara itu mereka saling bertukar-tukar nombor telefon,senang katanya si Azman untuk Hilman menjemputnya ke kenduri kahwin mereka.
“Kau datang seorang je ke?Mana wife?”
“Aku mana kahwin lagi…baru nak mencari.Hahaha…tadi lepak dengan Pa’an kejap.Lama dah tak jumpa dia,baru sekarang contact balik dengan dia.”Berubah terus air muka Hilman tatkala Azman menyebut nama Pa’an.Matanya terus tercari-cari kelibat isterinya itu,manalah tahu ada.Annisa mula perasan Hilman bagaikan mencari bayang Pa’an,wajah yang berkerut bertambah masam.Bengang dengan Hilman yang semakin hari semakin berubah.
“Dia dah baliklah bro…katanya ada emergency.Lawa dia sekarang bro..dah tak macam dulu.Nasib baik aku dah ada buah hati,kalau tak mahu juga aku buat awek tu.”Hilman tersenyum kelat padahal dalam hati cemburu bila mengetahui isterinya keluar bersama lelaki lain tanpa pengetahuannya.
“Abang..Nisa nak balik…”Terkejut Azman mendengar suara Annisa yang mengatasi suara dj yang berkumandang di Giant itu.
“Lah..tadi kata nak shopping barang rumah.Belum beli apa-apa lagi ni.”Agak terkejut juga Hilman dengan sikap si kekasih yang tiba-tiba berubah itu.
“Tak jadilah…panaslah dekat sini.”Tanpa pamitan,Annisa beredar meninggalkan kedua lelaki itu.
“Sorry bro,aku pergi dulu.Entah angin apa yang melanda sekarang ni.Assalamualaikum…”Hilman pantas menyaingi langkah kekasihnya yang sudah melepasi counter cashier itu.’Ish..lajunya macam pelesit.’
“Apahal dengan kak Nisa tu?Muka monyok je dari tadi.Asal aku sebut nama Pa’an je muka macam tapai basi.Takkan cemburu kot?”Dengan penuh pertanyaan di dalam kepalanya,Azman berlalu untuk membeli barangan keperluannya.Buat sesak kepala je memikirkan masalah orang lain.


“Nisa…Nisa wait…kenapa laju sangat ni?”Setelah penat berkejaran,akhirnya dapat juga Hilman memintas langkah si Annisa.Nasib mereka sudah berada di luar,kalau tidak pasti ramai yang bakal melihat drama swasta sebentar sahaja lagi.
“Kenapa marah sangat ni?”Annisa berpeluk tubuh dan menjeling kekasihnya itu.
“Abang tanya kenapa Nisa marah?Abang…kenapa abang selama ni tak pernah beritahu Nisa yang si Pa’an tu dah berubah?Dah tak tomboy macam dulu lagi?Kenapa bang?Abang tak nak beritahu Nisa sebab abang dah syok dekat dia kan?Patutlah selama ni bila Nisa call abang suruh abang cepat-cepat jumpa mak dengan ayah,banyak je alasan abang kan..”Mencerlung biji mata Annisa memandang Hilman.Keluhan berat dikeluarkan oleh Hilman.Sesaat tiada kedengaran jawapan dari Hilman.
“Kenapa tak jawab?Betulkan abang dah mula sukakan dia?”Sayu hati Hilman pabila melihat di bening mata Annisa terbit satu cairan yang bakal mengalir tidak lama lagi.
“Buat apa abang nak jawab sedangkan abang tak sukakan dia?”Hilman cuba menidakkan perasaannya.Dia yakin perasaannya terhadap Pa’an itu hanyalah kasihan semata-mata dan bersifat sementara.Kasihnya yang sejati adalah Annisa,gadis yang sudah bertahun menyulam cinta bersamanya.
“Abang tak payah nak tipu Nisa..Nisa nampak dalam mata abang bersinar-sinar bila si Azman tu bercakap tentang Pa’an.Mesti dia dah lawa sekarang kan?Maklumlah dah tak tomboy macam dulu…”Air mata yang bertakung akhirnya tumpah jua.Langkahnya diatur menuju ke kereta.
“Nisa…wait.Abang tak tipu Nisa,abang langsung tak ada perasaan dengan dia.Yang ada cuma belas kasihan je.Betul..abang kasihankan dia sebab mak dan abah dia dah buang dia sebagai seorang anak.”Annisa tidak mahu mendengar sebarang alasan dari Hilman lagi.
“Hantar Nisa balik..”Dia menunggu sehingga Hilman unlock keretanya.
“Please Nisa..believe me.Hanya Nisa je yang abang sayang..”Hilman masih merayu walaupun hatinya ragu-ragu dengan tindakannya sendiri.
“Then..prove it.”Lama Hilman terpaku dan terdiam.Hanya satu sahaja cara untuk dia buktikan cintanya kepada Annisa.
“Hujung minggu ni abang masuk meminang.”Fullstop.Tiada rungutan dari Annisa melainkan kelegaan.Kata-kata itulah yang dia mahu dengarkan daripada Hilman.
“Seminggu lepas tu kita nikah.”Kali ini Annisa terkedu,hatinya menjadi tidak sedap tiba-tiba bila mendengar ayat nikah dari Hilman itu.Jika tadi dia gembira Hilman mahu meminangnya namun sekarang hatinya menjadi gundah gulana.Dirasakan hujung-hujung ayat Hilman itu tidak ikhlas di pendengarannya,tidak seperti kali pertama Hilman melamarnya dahulu.Jiwa Hilman meracau mengingatkan dia yang baru terlepas cakap sebentar tadi.Minggu depan dia akan menikah dengan Annisa,ini bermakna hanya seminggu sahaja lagi sebelum dia bercerai dengan Pa’an.Keputusan yang dibuat terburu-buru itu benar-benar membuatnya serabut dan hilang arah.Jika dulu inilah impian yang dia mahukan tetapi sekarang mengapa seakan susah untuk dia melepaskan isterinya itu.Mereka hanya mendiamkan diri sahaja sehinggalah Hilman menghantar Annisa pulang.
“Jumaat ni kita balik kampung sama-sama.”Annisa memandang wajah Hilman tidak percaya.
“Abang betul-betul ke..”
“Nisa ingat abang main-main ke?Ini soal hidup abang..abang tak ada masa nak main-main pula.Dah..abang nak balik dulu.Jumaat ni tunggu abang ambil Nisa pukul enam petang…abang balik dulu.Assalamualaikum..”Hilman menghilang dari pandangan matanya.Sedetik hatinya bagai terasa dengan kekasaran Hilman sebentar tadi.Dirasakannya kasih Hilman semakin pudar buatnya.Wajah bengis dan kusut Hilman tidak pernah ditunjukkan kepadanya selama ini.Selalunya Hilman pasti bersikap baik dan melayannya sehemah mungkin.Tidak pernah menengking dan meninggi suara kepadanya.Air mata kembali mengalir di saat memikirkan kasih Hilman semakin hilang buat dirinya.


  
Dua pasang mata melirik kepadanya yang masih membeku selepas pulang dari bertemu dengan Azman.Kelu lidah untuk bertanya kepada sahabatnya yang sedang monyok ini.
“Kau apasal monyok je dari tadi?Kau sedih ya?”Hartini yang tidak tahan melihat itu terus bertanya.Wajah monyok si Pa’an dah serupa ikan perkasam dah gayanya.
“Kau ada masalahkan dengan Hilman?Sejak dari kau balik semula ke rumah ni lagi aku dah tahu kau ada masalahkan?Cuba cerita dengan kami,manalah tahu kami berdua boleh tolong.Selama ni asyik kau je yang tolong kami.”Bazlaa Aina mengenggam tangan Pa’an yang tadinya sibuk memintal bucu bantal.
“Aku tak tahu nak cerita macam mana dengan korang.”Wajah yang monyok bertambah keruh,kali ini tubir matanya bergenang.Cuak kedua sahabatnya ini.
“Weh..kau nak menangis ke?Alamak…”Hartini sudah menggelabah.
“Aku…tak menangislah.Aku terharu je sebab korang berdua care dengan aku.Huhu..”Air mata yang hampir tumpah dilapnya kasar.Bencilah bila terlalu melayan perasaan ni.
“Aku tahu kau still sukakan dia kan?”Soalan dari Bazlaa Aina tidak dijawab sebaliknya dia memandang sahabatnya itu dalam-dalam.
“Aku tahu betapa seksanya memendam perasaan kepada seseorang tanpa pengetahuan dia.”Hartini bercakap melalui pengalamannya sebelum ini.
“Sumpah…aku dah buang perasaan suka dekat dia sebelum aku pindah lagi.”Dia berhenti seketika dan memandang Bazlaa Aina.Hanya dia dan Bazlaa Aina yang faham maksud pandangan itu.Bukan dia tidak percayakan Hartini tetapi dia malu untuk membuka aibnya sendiri.Biarlah perkara itu dirahsiakan.
“Tapi aku tak sangka perasaan tu wujud kembali setelah kitorang kahwin.Hilman cintakan Annisa dari dulu lagi,hati dia bukan untuk aku.Buat apa aku nak menagih kasih kepada dia kan?Bodoh betul aku ni..”Sekali lagi air mata dilap.
“Kau tak bodoh Pa’an..perasaan suka,kasih dan cinta tu datangnya dari hati.Setiap manusia dianugerahkan perasaan cinta cuma kau tersalah beri hati kau kepada dia.”Genggaman semakin dieratkan.Kekuatan disalurkan kepada sahabat yang sedang patah hati itu.
“Kau tahu tak?Kadang-kadang aku berdoa supaya Allah bukakan hati dia untuk terima aku.Tinggalkan Annisa dan teruskan perkahwinan kami ni.Sepanjang aku berpura-pura mengandung dua minggu lepas..serius hati aku sebak sebab menipu orang tua dia tetapi aku selalu bayangkan andai kandungan itu benar-benar wujud.”Sesaat dia mengusap perutnya yang kosong.Yang ada hanyalah KFC yang baru ditelannya tadi.
“Apa aku nak buat Aina..Tini?Pagi tadi dia beritahu aku yang dia akan berkahwin dengan Annisa tak lama je lagi..aku akan ditinggalkan macam tu je.Sebelum dia berkahwin dengan Annisa,aku akan berterus-terang dengan semua orang.”Dicekalkan hatinya.
“Hah!Kau biar betul Pa’an?Kau nak berterus-terang macam mana?”
“Aku akan beritahu semua orang yang aku hanya menipu.Aku tak mengandung dan akulah penyebab mereka berdua tak jadi berkahwin.Aku yang bersalah..”Kali ini tangisan kecil mula kedengaran.Tangan yang digenggam Bazlaa Aina ditarik dan ditekup mukanya.Malu pabila mereka berdua melihatnya menangis.Tidak pernah dia menangis sebegini hatta dulu lagi teruk dia kena marah dengan abahnya pun dia masih mampu bertahan.
“Hish…bukan ke aku dah cakap dengan kau dulu supaya berterus-terang.Bila keadaan dah jadi macam ni takkanlah dia nak letakkan kesalahan tu kepada kau je.Dia pun bersalah juga.”Bengang pula Bazlaa Aina memikirkan perangai Hilman.
“Memang ni yang dia nak..dia nak aku malu sebagaimana aku malukan dia dulu.”Hartini beralih tempat duduk.Dia merapati Pa’an dan mengusap belakang sahabatnya itu.
“Tapi dia yang mulakan dulu..”Wajah berang Bazlaa Aina ditatap pelik oleh Hartini.Dia pelik kenapa Bazlaa Aina mengatakan Hilman yang mulakan dulu sedangkan apa yang dia tahu Pa’anlah yang memulakan permainan ini.
“Tak mengapalah..aku dah bersedia nak hadapi semua ni.Aku harap korang berdua doakan aku ya.”Cepat-cepat Pa’an memintas percakapan Bazlaa Aina itu,bimbang jikalau sahabatnya yang seorang ini terlepas cakap.
“Bersedia kau cakap?Aku tak fahamlah kenapa kau jadi selemah ni Pa’an?Dulu kau tak macam ni?Dulu kau kuat..semua orang kau tentang sekali dengan mangkuk tu kau hayun..tapi sekarang kenapa kau lemah sampai macam ni sekali.Biarkan kesalahan tu kau yang tanggung seorang?”Bazlaa Aina bangun dan bercekak pinggang.Dia berdiri di hadapan Pa’an dengan muka yang membengis.Hartini mendiamkan diri,dia sebenarnya tidak suka memujuk orang yang sedang bersedih tetapi sebaliknya dia mahu memberi Pa’an peluang untuk bertenang.Memang dia mahu mencelah agar Bazlaa Aina tidak menambahkan beban yang sedang ditanggung Pa’an itu namun dia tahu ada sesuatu yang mereka sembunyikan dari dia dan dia berniat mahu menunggu.Manalah tahu jika terlepas sesuatu dari mereka berdua sebab itu dia diam sahaja.
“Aku lemah sebab cinta.Cinta yang melemahkan aku..apa yang perlu aku buat Aina?Apa yang perlu aku buat untuk buang perasaan ni jauh-jauh?Betul kata kau..aku dah tak sekuat dulu.Aku dah tak seperti dulu…aku lemah.”Pandangan sayu diberikan kepada Bazlaa Aina yang sedang marah itu.Sayu hati Bazlaa Aina disaat ini,dari berdiri terus dia terduduk lesu.
“Aku tak tahu nak cakap apa dah dengan kau.Nasihat aku dulu kau tak nak dengar dan sekarang yang tanggungnnya kau.Kau pernah tak fikir tentang perasaan Nek Lang dekat kampung tu?Perasaan mertua kau?Mak abah kau?Kalau dulu kau malukan diorang dengan perbuatan tak matured kau tu dengan  mengganggu perkahwinan orang.Sekarang kau nak cakap macam mana depan diorang semua?Aku tahu kau ganggu perkahwinan Hilman dengan Annisa bukan sebab dendam tapi sebab kau cintakan diakan?Kau tak sanggup Hilman berkahwin dengan perempuan lain..sebab tulah kau buat macam tu.Iya kan?”Kepalanya diangkat.Tuduhan Bazlaa Aina itu langsung tidak dapat diterima akalnya.
“Tak…sumpah tak..”Dia menjerit lantang.
“Tengok…kau menjerit kuat macam ni,menafikan apa yang aku cakap sedangkan semuanya tu betulkan?Sudahlah Pa’an…aku tahu semuanya.”Segala yang terpendam diluahkan Bazlaa Aina,sudah lama dia mahu melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya ini.Dia sayangkan Pa’an dan dia mahu Pa’an sedar yang selama ini dia sudah bermain dengan api.
“Dahlah tu Aina…takut pula aku tengok korang berdua bertekak macam ni.”Hartini menyampuk bila dirasakan suasana semakin tegang.
“No..aku nak settle malam ni juga.Aku dah ingatkan kau,jangan teruskan permainan tu tapi kau degil.Degil sebab kau memang cintakan dia.”Terbungkam Pa’an dengan kenyataan Bazlaa Aina itu,dirinya sendiri tertanya-tanya samada betulkah dia bertindak sedemikian semata-mata demi cinta bukannya dendam.
“Habis kau nak aku buat apa?Dia akan ceraikan aku tak lama lagi.Aku nak berterus-terang tu pun kau nak marah ke?”Pa’an berdebat dengan Bazlaa Aina.Kepalanya tiba-tiba menjadi sakit akibat menangis.
“Aku tak marah kau nak berterus-terang tapi aku marah sebab kau seorang je yang kena tanggung akibatnya sedangkan dia…”
“Cukup Aina..cukup..aku tahu kau concern tentang aku.Thanks tapi please…jangan ungkit benda tu lagi.Biarlah aku yang tanggung malu tu seorang…stop it here okay.Aku masuk bilik dulu…”Pa’an terus meninggalkan Hartini dan Bazlaa Aina yang terpinga-pinga itu.
“Ungkit benda apa?”Hartini cuba mengorek rahsia daripada Bazlaa Aina.
“Kau tanyalah dia sendiri..aku tak nak masuk campur.Kau dengar sini Pa’an..mulai saat ni,aku takkan ambil tahu dah tentang masalah kau ni.Serabut tahu tak?Serabut..”Tidak Hartini sangka Bazlaa Aina akan menjerit sebegitu sekali.Serentak dengan itu pintu bilik Pa’an terbuka sedikit.
“Terima kasih Aina..terima kasih sebab selama ni setia menjadi kawan aku..tapi aku tak sangka masalah aku ni buat kau serabut.Aku janji lepas ni kau dah takkan terlibat lagi dalam masalah aku.”Pintu bilik ditutup dan dikunci.Hartini bertindak mengetuk pintu bilik Pa’an namun hampa,terus matanya berkalih kepada Bazlaa Aina.
“Yang kau marah sangat dengan dia tu kenapa?Bukan kau tak tahu yang dia tengah bersedih?Aku tak fahamlah dengan korang berdua ni…”Bazlaa Aina menjeling Hartini.’Aish..macam nak korek je biji mata tu.’Bisik hati jahat Hartini.
“Aku tak marahkan dia tapi aku marahkan si Hilman tu…sedap-sedap dia je lepas tangan.”Hartini menggelengkan kepalanya.
“Lah…kau marahkan Hilman tapi kau tempik dekat dia.Kau ni emo terlebihlah…kau tahu tak yang kau dah lukakan hati dia?Dia tu kawan baik kau dari kecil lagi tau?Aku ingat kau betul-betul faham perasaan dia tapi…aish,susahlah aku nak cakap.Dah…aku nak tidur.”Bazlaa Aina terdiam memikirkan kata-kata Hartini itu.Baru dia terfikir yang dia telah menambah kelukaan di hati Pa’an.’Ya Allah..apa aku dah buat ni?’Tudung yang masih tersarung di kepala ditanggalkannya.Diserabutkan rambut yang masih berikat.Menyesal kerana dia telah memarahi Pa’an sedangkan dia sebenarnya meluahkan perasaannya itu untuk Hilman.


Sepanjang malam,Bazlaa AIna tidak senang tidur.Dirinya asyik memikirkan kekasarannya kepada Pa’an sebentar tadi.Bukan niatnya untuk memarahi Pa’an tetapi dia bengang dengan tindakan Pa’an yang mahu menanggung semua itu seorang diri.Kalau ikutkan hati dia yang sedang marah tadi,mahu sahaja terkeluar cerita lama Pa’an.Kisah hitam yang membuatkan Pa’an berubah dan menjadi selemah ini.Keluhan dikeluarkannya entah yang keberapa kali.Pelik dia dengan kes si Pa’an ini kerana kebanyakan kes mangsa yang dirogol dari kecil selalunya akan berubah dari seorang yang feminine kepada tomboy kerana berdendam dengan lelaki dan benci menjadi perempuan yang lemah tetapi tidak Pa’an.Tapi ada hikmahnya Pa’an tidak menjadi lebih teruk dari tomboy.Nauzubillah…Teringat dia betapa serabutnya kawan Pa’an sewaktu kejadian itu terjadi.Nasib baiklah masa tu sekolahnya tengah cuti seminggu.Kepada dialah Pa’an mengadu nasib.

Flashback….

“Aku malu Aina…mana aku nak letak muka aku ni?Kalau abah,mak dengan Nek Lang tahu abis aku.”Mukanya diraup berkali-kali.Air mata tidak usahlah dikira banyak mana yang tumpah.Kalau boleh ditadah mahu penuh satu kolah rumahnya.
“Kau takkan tak tahu siapa yang taruk ubat tidur tu dalam air korang berdua?”Pelik juga Bazlaa Aina bila mengetahui berita mengejutkan ini.Hanya gelengan yang diberikan oleh Pa’an.
“Sumpah aku tak tahu…yang aku ingat,lepas kitorang minum air tu terus je aku tak sedarkan diri..lepas tu…”
“Syyy….relax Pa’an.Kawal diri kau tu..bertenang okay.”Bazlaa Aina mengusap belakang sahabatnya itu.
“Macam mana aku nak relax?Maruah aku dah tercemar..daripada aku hidup macam ni lebih baik aku mati je.”Bentak Pa’an dengan kuat sekali.Rambutnya diramas kasar.
“Astaghfirullahaladzim…tak baik kau cakap macam tu.Kau ingat dengan membunuh diri semua masalah ni akan selesai?Come on Pa’an…istighfar banyak-banyak.Aku rasa kau kena buat report polis.”Mencerlung mata Pa’an mendengar cadangan Bazlaa Aina itu.
“Buang masa je..kau ingat polis nak percaya ke aku kena rogol?Aku yang datang rumah dia Aina,mesti pihak polis tuduh aku macam-macam.”Tisu yang dihulurkan sahabatnya itu langsung tidak diambil sebaliknya dia hanya mengesat cecair yang keluar dari hidungnya dengan tangan.Pengotor ke apa ke,apa dia kisah.Yang dia kisahkan sekarang ni adalah maruah dirinya sendiri.
“Habis tu takkan kau nak berdiam diri je?”Sebagai remaja yang masih di bawah umur,apalah yang mereka tahu sangat tentang undang-undang Negara.
“Aku buntu sekarang ni…”Mereka berdua terdiam untuk beberapa minit,yang kedengaran hanyalah tangisan sendu Pa’an yang tidak akan berhenti.Tidak pernah Bazlaa Aina melihat sahabatnya ini menangis,ini baru kali pertama.’Kesian kau…jatuh cinta dengan orang yang salah.’Bisik hati Bazlaa Aina yang mengasihani kisah hidup rakannya ini.
“Aku kena pindah dari sini…”Sudahnya Pa’an bersuara jua.
“Kenapa sampai nak kena pindah?”Muka Pa’an dipandang tidak puas hati.
“Aku dah tak sanggup nak tinggal dekat kampung ni lagi.Aku tak sanggup nak pandang muka setan tu.”Beritahu Pa’an dengan penuh emosi.
“Dulu,Azman pindah.Sekarang kau pula nak pindah tinggalkan aku sorang-sorang dekat kampung ni.Hurm..tak apalah,aku faham.”Terharu Pa’an mendengar kesabaran sahabatnya ini,lantas dipeluk tubuh kecil Bazlaa Aina erat.
“Maafkan aku..aku rasa ni je cara untuk aku lupakan dia dan peristiwa hitam tu.Maafkan aku…”Tangisan Pa’an semakin deras mengalir,dia tidak suka menangis tetapi hari ini dia benar-benar memerlukan sebuah tangisan itu.Harapannya agar tangisan ini dapat menghapus kenangan pahitnya di kampung ini.
Imbasan kenangan lama Bazlaa Aina terhapus dek kedengaran bunyi pintu bilik dibuka.Dia cuba mengintai dari celah pintu biliknya melihat siapa yang keluar.Dari belakang dia boleh nampak kelibat Pa’an yang sedang ke dapur walau dalam gelap.Keputusan di ambil olehnya untuk meminta maaf kepada Pa’an malam itu juga.Selagi dia tidak meminta maaf dengan sahabatnya ini,selagi itulah tidur malamnya tak tenang.
“Pa’an…”Perlahan dia memanggil Pa’an yang sedang menadah air dalam cerek untuk dimasak.Sahabatnya ini tidak berpaling,terasa sedikit seram di dalam hati Bazlaa Aina kerana manalah tahu yang membelakanginya ini bukanlah Pa’an tetapi jelmaan yang menyerupai Pa’an.Dahlah rambut panjang dibiarkan lepas bebas.Meremang habis bulu romanya.
“Aku…aku..Mak!!!!!!”Jeritan Bazlaa Aina bergegar di ruang dapur rumah mereka.Tak sampai satu saat dia sudah rebah di lantai dapur.Pa’an yang sedang menadah air dalam cerek berpaling kepada Bazlaa Aina dan betapa terkejutnya dia bila sahabatnya itu menjerit lalu rebah.’Dia ni nampak apa?’Cerek dilepaskan,paip ditutup lalu bergegas dia mendapatkan Bazlaa Aina yang sudah tidak sedarkan diri itu.
“Ya Allah..apa yang bising-bising ni?”Hartini yang sedap-sedap tidur bermimpikan pelamin indah bersama Hairi terkejut dengan jeritan nyaring Bazlaa Aina.Dah pukul dua pagi,apa yang dia buat sampai menjerit sebegitu sekali?Fikirannya dah fikirkan yang bukan-bukan.Manalah tahu ada orang pecah masuk rumah mereka sebab tulah Bazlaa Aina menjerit.Nauzubillah…Setibanya di dapur dia melihat susuk Bazlaa Aina yang sudah rebah dan seorang wanita sedang menggoncang tubuh sahabatnya itu.Dia tahu yang itu mesti Pa’an kerana sebentar tadi dia melihat pintu bilik sahabatnya ini terbuka.
“Kenapa dengan Aina ni?Buat apa dia tidur sini?”Hartini bertanya kepada Pa’an.
“Astaghfirullahaladzim…Pa’an,terkejut aku.Yang kau pakai masker pagi-pagi buta ni kenapa?Tak reti-reti nak cabut ke?Patutlah minah sorang ni pengsan.Kalau aku tak fikir kau tadi,mau aku juga pengsan dekat sini.”Bengang sahaja wajah Hartini kerana terkejut disaat Pa’an berpaling kepadanya dengan muka putih melepak bersalut masker.Pa’an bersuara namun tidak difahami oleh Hartini.
“Aku tak fahamlah..buka jelah masker tu.”Dia sudah bertinggung di sebelah Pa’an.
“Huh…angkat dialah.Bawa ke depan.”Dengan suara yang sengau,dapat juga Pa’an memberitahu Hartini.Sama-sama mereka memapah tubuh kecil Bazlaa Aina ke ruang tamu mereka.Tubuh Bazlaa Aina direbahkan ke sofa panjang.Selepas itu Pa’an terus berlalu.
“Weh..kau nak pergi mana tu?Takkan nak tinggalkan dia macam ni je?”Hartini memanggil Pa’an tetapi tidak diendahkan panggilannya itu.
“Merajuk lagilah tu..Aina..”Hartini cuba menampar sedikit wajah Bazlaa Aina supaya sahabatnya ini sedar.Lemah semangat betul perempuan ni.
“Nah…ambil tuala ni sapu dekat muka dia.”Hartini berpaling kepada tangan yang menghulurkan tuala kecil itu.Dilihatnya Pa’an sudah menanggalkan masker tersebut.Tanpa menunggu lama,dia mengambil tuala itu dan disapukan ke wajah Bazlaa Aina sambil membacakan beberapa surah al-quran untuk mengembalikan semangat Bazlaa Aina.Pa’an pula hanya memerhatikan tingkah Hartini yang sedang mengelap wajah Bazlaa Aina.Dengan beberapa kali usapan,Alhamdulillah Bazlaa Aina kembali sedar.
“Alhamdulillah kau dah sedar.”Dah macam ayat seorang doktor pula ucapan si Hartini itu.
“Aku kat mana ni?”Pa’an mencebir bibirnya,bukan dia menyampah tetapi asyik ayat tu ke yang diguna kalau seseorang itu baru sedar dari pengsannya.’Gunalah ayat lain macam aku dekat rumah ke?Aku dalam bas ke?Barulah best dengar.’
“Kau tak payah nak berdramalah dekat sini.Baru pengsan lima minit dah tak ingat dekat mana.Kau dalam rumah lagilah..Aduh..sakitlah.”Pa’an mengaduh bila terasa tangan Hartini mencubit pehanya.
“Kau cakap berlapik sikit boleh tak?”Marah Hartini.
“Apanya?Betullah aku cakap.”Pa’an membuat muka tidak puas hati kepada Hartini namun pandangannya berubah menjadi bulat kerana terkejut tatkala merasakan tubuhnya dipeluk seseorang.
“Pa’an..aku minta maaf dengan kau.Aku tak patut cakap macam tu dengan kau..aku tak marahkan kau tapi aku bengang kenapa kau je yang kena tanggung semua tu sedangkan Hilman lepas bebas.”Tangisan Bazlaa Aina bergema.Hartini sebak manakala Pa’an kelu,dia tidak ambil hati langsung dengan kata-kata Bazlaa Aina malam tadi walaupun dia agak terasa juga tetapi ditelannya sahaja.
“Syy…kau tak payah minta maaf dengan aku.Kau tak buat salahpun dekat aku sampai nak kena minta maaf bagai.Aku tahu kau cuma care tentang aku dan takut aku semakin bersedihkan?Percayalah..aku dah bersedia nak tanggung semua ni.Aku hanya mengharapkan kepercayaan korang berdua je sekarang ni.Berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua orang yang aku dah tipu selama ni.”Pa’an merenggangkan pelukan.Bazlaa Aina masih lagi merembeskan air mata.
“Dahlah…buruk ah kau menangis.”Pa’an menyakat Bazlaa Aina.Sedaya-upaya dia menahan air matanya dari tumpah.Tidak sanggup lagi dia untuk menangis.
“Aku takut kau tinggalkan aku macam dulu lagi…”Terkedu Pa’an dibuatnya.
“Ish..mana ada aku nak tinggalkan kau.Dahlah…nanti jiran-jiran dengar apa pula kata mereka.Jangan nangis ya..”Pa’an kembali memeluk Bazlaa Aina.
“Aku pun nak peluk juga…huhuhu..”Hartini bangkit dan terus memeluk mereka berdua.Pa’an tersepit namun dia membiarkan sahaja.Jika kasih sayang ibu dan ayah dia tidak dapat,tetapi kasih sayang dari Nek Lang dan kawan-kawan sudah mencukupi baginya.
“Kejap…tadi aku nampak han…”Bazlaa Aina mula teringatkan makhluk yang dipandangnya di dapur.Kembali tegak bulu romanya.
“Hurm..kau tak payah takutlah.Ni hah hantunya…keluar bilik pakai masker.Kalau aku lemah semangat juga tadi,dah tentu-tentu aku pengsan sebelah kau.”Hartini menepuk bahu Pa’an yang sedang tersengih itu.
“Hehehe..kau tu,aku belum sempat kata apa-apa lagi dah rebah.Terkejut beruk aku dibuatnya.”Pa’an merenggangkan pelukan mereka berdua dan duduk kembali ke sofa.
“Cis…lemah jantung aku ni tahu tak.Kau tu,aku panggil kenapa tak menyahut?Dahlah rambut mengerbang je.Takut aku tahu…”Bazlaa Aina duduk berhadapan dengan Hartini dan Pa’an.
“Macam mana nak menyahut kalau dah pakai masker…terbantut aku nak minum milo tau.”Bazlaa Aina sibuk mengelap saki-baki air matanya.Lega bila Pa’an tidak ambil hati dengan sikapnya malam tadi.
“Aku tolong buatkan..tapi malam ni aku nak tidur bilik kau sebab kau dah takutkan aku tadi.”Bazlaa Aina masih lagi takut sebab itulah jika dia takut dia akan tidur samada dengan Hartini atau Pa’an atau kedua-duanya sekali diajak tidur sebilik.
“Yelah…Tini kau tak nak join ke?”Pa’an bertanya kepada Hartini yang dilihatnya sudah menguap.
“Aku tak naklah..ngantuk sangat ni.Esok nak kerja…aku masuk tidur dulu ya.Jangan tidur lambat sangat korang…”Hartini sudah bangun dan menghilangkan diri ke dalam biliknya.
“Jom teman aku masak air.”Bazlaa Aina mengajak Pa’an menemaninya ke dapur.
“Tak naklah..dah terbantut dah.Jom tidurlah…ambil bantal dengan selimut kau,aku tunggu dalam bilik.”Bazlaa Aina terus bangun terlebih dahulu dari Pa’an.Lampu ruang tamu ditutup Pa’an dan membiarkan lampu dapur sahaja yang menyala,senang untuk mereka ke tandas.Tidak sempat Pa’an masuk ke bilik,Bazlaa Aina sudah mengambil bantal dan selimutnya.Ini dah penakut tahap apa dah ni.Pa’an hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

  
Sepanjang berada di At-Taufiq ini,Ilham sebenarnya lebih banyak termenung berbanding bermain dengan anak-anak yatim tersebut.Matanya menghala kepada kanak-kanak lelaki yang sedang bermain bola sesama mereka sedangkan hatinya melayang teringatkan benda lain.Langsung dia tidak sedar akan kehadiran uminya disisi.
“Amboi anak bujang umi ni,termenung je dari tadi.Teringatkan siapa ni hurm?”Rambut anak lelakinya yang sedang duduk diusap perlahan.Mereka melepak di kerusi batu yang disediakan di hadapan rumah anak yatim itu.Mudah untuk mereka memerhatikan anak-anak lelaki mereka bermain.
“Aiman…jangan main kasar sangat dengan Budin tu,Budin tak berapa sihat sangat tu.”Jeritan diberikan kepada si Aiman yang sedang mengusik Budin.
“Sorry umi…”Balas Aiman pula.Ilham tersenyum,kalau tidak ke At-Taufiq mesti dia akan ke Al-Hidayah dan sekali-sekala sahaja dia akan ke As-Sumayyah kerana As-Sumayyah asrama untuk anak-anak yatim perempuan jadi dia rasa tidak elok untuk dia yang bujang selalu ke sana.
“Tengok..dari tadi umi tanya dia termenung je.Ingatkan siapa ni?”Sekali lagi wanita yang dipanggil umi itu bertanya lantas dia tersenyum lagi.Antara dia dan umi tiada apa-apa rahsia yang perlu disimpan.Segala isi hati dan perasaannya akan diceritakan kepada uminya berbanding abinya.
“Entahlah umi…along pun tak tahu nak cerita macam mana dengan umi.”Jika di Al-Hidayah ada Mak Misah,Harlina dan Pak Ya’acob,di At-Taufiq ada Mak Kuntum,Muin dan Pak Leman.Manakala di As-Sumayyah ada Mak Jiha,Alisia dan juga Pak Syukor.Kedatangan Mak Kuntum menatang sedulang air dibalasnya dengan ucapan terima kasih.
“Lah..kenapa pula?Umi tengok anak umi ni macam dah jatuh cinta je?”Memerah muka anak bujangnya itu bila dia bertanyakan tentang cinta.Memang sah anak bujangnya ini jatuh cinta.
“Siapa dia?Umi kenal ke?”Dia cuba untuk mengorek rahsia anak bujangnya ini.Ini kali pertama dia melihat anaknya jatuh cinta dan dia pasti wanita yang berjaya mencuri hati anaknya ini sememangnya seorang wanita yang hebat.
“Ish umi ni..mana ada.Along tak kenal pun siapa dia.Tak sempat..”Ilham tersenyum menutup kekecewaannya ini.Kecewa sebab tidak sempat bertanya hatta nama perempuan itu sekalipun.
“Lah…kenapa boleh jadi macam tu?”Dari teruja untuk mendengar terus dia menjadi kecewa pula.
“Macam mana ya..sebenarnya along jumpa dia dekat Puchong…termakbul doa umi dengan adik.Masa tu…”Ilham menceritakan kembali bagaimana dia boleh terjatuh hati kepada perempuan itu.Sungguh dia telah jatuh cinta.
“Wah…hebatnya dia ya.Umi tak sabar nak jumpa dia.”
“Umi..nak jumpa macam mana,dia kerja dekat sana along dekat sini.”Jelas wajah kecewa terbit di wajah anaknya ini.
“Along…percaya dengan Allah.Kalau ada jodoh Insya-Allah akan bertemu juga,cuma lambat atau cepat je.Banyakkan berdoa..”Bahu anak lelakinya ditepuk.Lega rasa hatinya bila dapat berkongsi rasa hati dengan uminya ini.Seperti yang disarankan uminya,dia akan sentiasa berdoa untuk bertemu kembali dengan perempuan yang telah berjaya menambat hatinya dikala ini.Seraut wajah comel itu senantiasa tersemat dihatinya.
“Along…tengok tu termenung lagi,kemaruk sungguh anak umi ni.”Sekali lagi dirinya tertangkap oleh uminya.Hanya sengihan yang dapat diberikannya.
“Lia…bual apa dengan along tu?”Hassan yang tadinya ke tandas kembali menyertai perbualan kedua beranak itu.
“Tak ada apa bang..ni hah anak bujang abang ni dari tadi asyik termenung je.Sejak balik dari rumah Norman tempoh hari macam nilah keadaan dia.”Wanita yang dipanggil Lia itu menjelaskan kepada suaminya tetapi bukan perkara yang sebenar kerana dia tahu anaknya ini mahu berahsia dahulu dengan suaminya.Kalau boleh biarlah Ilham sendiri yang memberitahu Hassan.
“Kenapa termenung long?Along ada masalah ke?”Soal Hassan perihatin kepada anak bujangnya ini.Anak hasil dari perkahwinan pertamanya dengan seorang wanita muallaf.
“Nothinglah abi…saja cari hobi baru.”Tersengih Ilham bila melihat uminya hampir tergelakkannya.
“Takkanlah hobi baru pula?Ni mesti ada something yang disorokkan dari abi ni..abi tahulah abi tak pandai simpan rahsia macam umi..”Lirih suara Hassan membuatkan Ilham menggelabah,bukan niatnya untuk membuat abinya terasa hati cuma dia terlalu segan untuk bercerita soal cinta dengan abinya.Akan tetapi Hassan hampir tergelak melihat wajah serba-salah anak bujangnya ini,sekali-sekala menyakat apa salahnya.
“Ala abi…bukan macam tu.Abi tanya umi jelah ya…Along masuk dalam dulu..”Tanpa menunggu lama,Ilham berlalu masuk meninggalkan mereka suami isteri.Sebenarnya dia malu untuk berhadapan dengan abinya sendiri.
“Lah…sudah kenapa dengan along tu?Malu semacam je abang tengok.”Terkejut Hassan melihat tingkah anak bujangnya yang malu-malu kucing serupa anak dara itu.
“Anak abang tu dah jatuh cinta.Tu yang dia malu sangat tu..”Terang Lia kepada suaminya Hassan.
“Serius?”Terbeliak biji mata Hassan mendengar kata-kata isterinya.Selama ini jika ditanya tentang kekasih pasti sahaja banyak alasan yang diberikan oleh Ilham.Sebab itulah dia benar-benar terkejut.
“Betullah bang..takkan Lia nak tipu pula.”Tersenyum sahaja Lia memandang suami yang masih tidak percaya itu.
“Hah..kalau macam tu.Siapa nama budak perempuan tu?Tinggal dekat mana?Siapa mak bapa dia?Kerja apa?Single lagi ke?Dah berapa lama bercinta?Dah..”Nonstop pertanyaan yang keluar dari mulut Hassan sehingga terpaksa dihentikan oleh Lia.
“Abang…amboilah dia.Banyaknya soalan..”Lia menyentuh dada suaminya agar bersabar.
“Iyalah..abang nak tahu juga siapa dia..nanti senang kita nak masuk meminang.Abang excited ni nak dapat menantu.”Teruja benar wajah suaminya dikala ini.
“Hurm…memanglah,Lia pun excited juga bang tapi masalahnya sekarang ni,along tak tahu siapa nama perempuan tu,mana dia tinggal,siapa mak bapa dia..”Keterangan dari isterinya membuatkan Hassan menjadi pelik.
“Lah…habis tu macam mana boleh jatuh cinta?”Soal Hassan kebingungan.
“Love at the first sight bang…along jumpa perempuan tu masa lepak dekat rumah Norman..hurm..”Lia terseyum melihat keluhan yang terbit dari diri suaminya itu.
“Baru nak berangan dah musnah..”Hampa,dia benar-benar hampa tatkala mendengar berita dari isterinya itu.Baru nak pasang angan-angan dah musnah.
“Abang..abang..insya-Allah kalau ada jodoh budak berdua tu,cepat atau lambat jumpa juga.Lia tahu along memang betul-betul suka ke budak perempuan tu.Dari cara dia termenung,tersenyum,memang hati dia betul-betul terpaut dengan perempuan tu.Lia tak sabar nak jumpa dia bang..nak berterima kasih dengan dia sebab dah buka semula hati anak kita tu.”Hassan mengangguk kecil.Kata-kata isterinya mengingatkan kembali nostalgia lama,nostalgia di mana anaknya itu hampir berputus asa untuk hidup.Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini termasuklah anak lelakinya itu.Dulu,semasa masih belajar di sekolah menengah yang mana semuanya lelaki,dia dikejutkan dengan berita bahawa anaknya meminati seseorang.Niat dia menghantar anaknya ke sekolah menengah lelaki kerana mahu menjadikan anaknya itu seorang yang keras tetapi sebaliknya terjadi.Dia marah,dia kesal dan dia hampir sahaja bertindak membelasah anaknya ini.Masakan dia perlu marah jikalau yang disuka oleh anaknya itu adalah perempuan tetapi dia marah sebab anaknya menyukai kaum sejenis.Nauzubillah,dia tidak tahu macam mana anaknya boleh terpengaruh dengan wabak itu.Terus sahaja dia mengambil keputusan untuk menghantar anaknya ke sekolah lain dan juga memberi kaunseling kepada Ilham agar kembali ke pangkal jalan.Alhamdulillah,segala usaha dan penat lelah mereka suami isteri,akhirnya Ilham sudah berjaya dipulihkan sebab itulah bila isterinya mengatakan Ilham telah jatuh cinta,hatinya gembira bukan kepalang.
“Abang..”Lia perasan tubir mata suaminya bergenang dengan air mata.
“Abang bersyukur sangat Lia…perasaan abang jadi lega bila dengar yang along sukakan perempuan.Selama ni abang takut dia tak mahu kahwin sebab masih sukakan kaum sejenis,nampaknya abang ni paranoid.”Tubir matanya dikesat.
“Sudahlah bang…benda dah lama berlalu,kita doakan yang terbaik sahaja untuk along ya bang..”Lia turut berperasaan yang sama seperti suaminya.Ibu mana yang tidak sedih bila mendapat tahu yang anaknya berpemikiran songsang.Hancur hatinya masa itu pabila melihat betapa susahnya untuk memulihkan Ilham semula.Pelbagai inisiatif mereka gunakan untuk mengembalikan Ilham ke jalan yang benar.Hanya dengan bimbingan agama dan perhatian mereka sahaja yang mampu mengembalikan Ilham.Semuanya salah dia kerana terlalu manjakan Ilham dan melayan Ilham seperti anak perempuan kerana sewaktu itu dia asyik teringatkan anak perempuan yang ditinggalkannya.Sebab itulah masa itu jiwa dan perwatakan Ilham sedikit keperempuan dan kerana itulah perasaan Ilham mudah terusik dengan perhatian seorang lelaki.
“Lia yang bersalah bang..”Wajah mendung si isteri membuatkan Hassan merasa bersalah.
“Lia punca along jadi macam tu..maafkan Lia sebab gagal jadi ibu yang sempurna kepada along.”Tangan suaminya digenggam erat.
“Sy…sayang jangan cakap macam tu.Semua tu bukan salah sayang tapi takdir yang Allah berikan kepada kita untuk menguji sekuat mana ikhtiar kita untuk menyelamatkan along.Abang berterima kasih dengan Lia sebab sudi terima abang dengan along dalam hidup Lia malah sanggup melahirkan zuriat abang.”Hassan sedaya-upaya memujuk isterinya.
“Terima kasih juga dekat abang sebab sanggup terima janda seperti Lia.”Lia mengesat air matanya dengan hujung tudungnya.
“Dahlah..mari kita masuk.Sekejap lagi nak makan petang kan,Lia masuk dulu biar abang panggil budak-budak ni suruh pergi mandi.”Lia mengangguk dan terus bangun meninggalkan suaminya kesorangan.Dulang air yang dibawa oleh Mak Kuntum tadi dibawanya pula ke dapur.Air mata dikesat supaya tiada siapa yang melihat.

  
  
Rancangan yang difikirkannya selama ini akan diselesaikan minggu ini juga.Dia tidak boleh tunggu sehingga Hilman bernikah dengan Annisa,kalau boleh biarlah sewaktu mereka bernikah nanti dia tiada di situ dan dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
“Betul ke perancangan kau ni?”Berkerut dahi Hartini tatkala Pa’an memberitahunya yang dia akan berhenti kerja dari company mereka.
“Tak apalah..aku sokong kau Pa’an.Aku tahu kau nak berhenti kerja dari situ sebab kau tak sanggup nak menatap muka suami kau setiap harikan?”Bazlaa Aina menyokong tindakan Pa’an.
“Hurm…aku memang tak sanggup nak tengok muka dia lagi.Biarlah aku berhenti dari hati aku terus sakit tengok muka bahagia dia tu.Banyak lagi kerja yang aku boleh cari.kalau susah-susah sangat aku cari je sugar daddy taja aku.Habis cerita..”Tersengih Pa’an cuba menutup hatinya yang pilu itu.Tiada siapa pun yang tertawa melainkan dia seorang dan akhirnya tawa dia mati  begitu sahaja.
“Tak lawak ke?”Soalnya.
“Kau ingat sekarang ni masanya untuk buat lawak ke?”Perli Hartini yang sedikit bengang dengan sikap Pa’an yang tidak serius ini.Soal hidup dia sendiri pun dia masih boleh lagi gelak-gelak.
“Habis takkan kau nak suruh aku buat apa lagi?”Makanan yang berada di depan mata tidak disentuhnya.Malam ini Hartini membawa mereka keluar berjalan-jalan di Sunway Pyramid,baru dapat gajikan,memang syoklah berjalan.
“Aku tak suruh kau buat apa-apa tapi boleh tak kau serius bila kitorang tengah cakap pasal life kau ni.”Ice lemon teanya disedut rakus.
“Betul apa yang Tini cakapkan tu.Macam nilah,minggu ni kita sama-sama balik kampung.Aku temankan kau..lagipun aku dah lama tak balik kampung.Mak ayah aku dah membebel tanya bila nak balik.”Bazlaa Aina memberi cadangan kepada Pa’an.Seboleh dia,dia mahu pulang seorang diri sahaja namun apa yang dia boleh buat jika rumah Nek Lang bersebelahan je dengan rumah Bazlaa Aina.Memang dia tidak boleh larilah.
“Ikut suka kaulah…aku tak paksa.”Dia menunduk sahaja.
“Hurm…tinggallah aku sorang-sorang dekat sinikan.”Hartini buat-buat merajuk.
“Eleh…tak payah nak merajuk sangatlah Tini.Bukan aku tak tahu yang kau tu nak balik kampung.Yelah,orang tu nak balik kampung sebab nak beritahu mak ayah pasal En.Hairi dia tu nak masuk merisik bulan depan.”Terbeliak biji mata Hartini bila mendengar ayat Pa’an itu.
“Ni mesti abang yang beritahukan?”Hartini mengagak bahawa Hairi yang menceritakan kepada Pa’an.
“Wooooo…abang.Hot ni hot..”Pa’an yang tadinya bersedih menjadi riang tatkala mendengar cerita bahagia kawannya ini.Hartini sudah malu-malu alah kerana tersilap sebut.
“Hahahaha..practice make perfect Pa’an.Tahniah..”Bazlaa Aina mengucapkan tahniah kepada Hartini.
“Eleh…kau tu pun dah tak lama lagilah.”Kali ini ditujukan kepada Bazlaa Aina pula.
“Aku?Huh..lepas malam tu dia terus menyepi je kau tahu tak.Dah dua hari aku tunggu dia telefon aku tapi hampeh.”Merungut si Bazlaa Aina.Hartini hanya mampu tersengih manakala Pa’an mula membuat rancangan nakalnya.
“Kot-kot dia dah kahwin lari tak?”
“Choi….mulut tu jangan celupar sangat tau.”Marah Bazlaa Aina beria-ia,takut sebenarnya jika kata-kata Pa’an itu benar dan dia takut jika Azman hanya mempermainkan perasaannya sahaja.
“Kau jangan risaulah..esok telefonlah dia tu..dia kerja tu sebab tu tak dapat call kau.”Hartini cuba menenangkan Bazlaa Aina.Jika mengharapkan Pa’an,sampai kesudahlah dia asyik mengusik si Bazlaa Aina ini.
“Korang berdua tahu something ke tentang dia?Kerja dia?”Tertanya-tanya juga Bazlaa Aina akan pekerjaan si Azman itu.
“Nanti kau akan tahu juga…dahlah cepat makan.Lepas ni kita pergi survey handset baru pula.Handset aku dah rosak ni hah..”Hartini menunjukkan handsetnya yang sudah pecah skrinnya itu.
“Pergh!!Ganasnya kau..”Pa’an membelek Samsung Note yang telah rosak itu.Ingatkan dia seorang je yang ganas,rupanya ada yang lebih ganas daripadanya.
“Semalam..handset aku terjatuh dari dashboard kereta..aku lupa tingkap terbuka,masa nak turn right tu handset aku pun melayang ke jalan raya.Memang sadis sangat….huhuhu.”Teringat lagi dia bagaimana handsetnya itu terjatuh selepas digunakannya.Nasib baik ada satu lagi phone cikai,bolehlah dia bergayut dan mengadu kepada si abang.
“Adoilah kau…dahsyat sungguh.”Pa’an hanya mampu tertawa sahaja,dapat dibayangkannya bagaimana handset mahal Hartini ini tercampak.
“Hahaha…macam-macamlah kau ni Tini…”Bazlaa Aina turut mentertawakan Hartini.Memang teruk keadaan handset Hartini itu.Dah tak boleh diselamatkan lagi.



Hilai tawa tiga orang gadis yang berada berdekatan dengan mereka membuatkan dia naik angin.Dia tahu di foodcourt ini semua orang ada hak untuk bersuara bebas tetapi ini sudah melampau sebab hanya suara mereka yang kedengaran ditelinganya.Berasap sungguh dia.
“You ni kenapa muncung semacam je?Tak suka yang keluar dengan I?”Zack bertanya kepada Farah Fariha yang sudah tiga hari menjadi pasangan suka-sukanya tapi sampai sekarang dia belum dapat apa yang diingininya.
“Bisinglah perempuan-perempuan dekat belakang you tu..menyampah I tengok.”Farah Fariha menyedut saki-baki minumannya.Straw digoyang-goyangkan selepas minum.Tidak sanggup matanya menatap wajah perempuan yang agak chubby sedikit dan menghadapnya manakala dua orang gadis lagi duduk membelakanginya.Seorang pakai tudung dan seorang lagi free hair.Pakai tudung tapi gelak macam Pontianak.Itulah tafsirannya sekarang ini kepada setiap perempuan yang bertudung.
“Yang mana..”Zack mahu berpaling tetapi cepat-cepat dihalang Farah Fariha,dia tidak mahu lelaki itu berpusing ke belakang.Nanti buat kecoh je.
“Ish..tak payahlah you nak tengok diorang tu.Bukannya cantik pun.”Sela Farah Fariha sehingga mengundang tawa kecil Zack.
“You ni…cemburu ya?Okay ,I takkan pandang.I akan pandang muka you sorang je.”Zack menongkat dagu dan memusatkan pandangan matanya ke arah Farah Fariha.
“So sweet..comellah you buat muka macam ni.”Farah Fariha mencuit sedikit wajah lelaki yang berada dihadapannya ini.Sebatang fries dihulurkan ke mulut Zack.Dia mahu lupakan hilai ketawa gadis-gadis di belakang kekasih barunya itu.
Hartini perasan yang perempuan di belakang Pa’an dan Bazlaa Aina itu macam tidak berpuas hati dengan mereka dan sebenarnya dia naik meluat tengok gelagat minah Melayu yang seksi bagai nak rak bermanja-manja dengan lelaki bukan muhrim di tempat awam.
“Korang dah siap ke?Jomlah kita blah…aku menyampahlah tengok couple yang dekat belakang korang tu.Dari tadi pandang tak puas hati dekat kita,lepas tu berasmaradana pula dekat public macam ni.Meluat aku..”Hartini menyuarakan ketidakpuasan hatinya.Antara Bazlaa Aina dan Pa’an,kedua-duanya tidak berniat langsung untuk berpaling.Kalau dah Hartini menyampah tambah meluat,buat apa mereka nak tengok.Buat tambah dosa mereka je nanti.
“Jomlah..lepas ni aku nak ke toilet kejap.”Bazlaa Aina sudah bangun,begitu juga dengan Pa’an.Bazlaa Aina dan Pa’an jalan terlebih dahulu manakala Hartini masih terkial-kial untuk bangun.Makan terlalu banyak sangat sampai susah nak bangun.
“Pa’an…tunggulah aku.”Hartini menjerit memanggil Pa’an.
“Cepatlah…tadi kau juga yang nak cepat.”Pa’an berpaling sekilas kepada Hartini dan menunggu sehingga sahabatnya itu berdiri.


Farah Fariha merasa lega bila ketiga-tiga mereka sudah seperti mahu meninggalkan meja makan mereka.Tenang sedikit telinganya namun dia seakan tersentak bila mendengar gadis yang berhadapan dengannya itu memanggil nama seolah nama adiknya sendiri.
““Pa’an…tunggulah aku.”
“Cepatlah…tadi kau juga yang nak cepat.”Farah Fariha menggelabah dan riak wajahnya dapat dibaca oleh Zack.Dia berpaling jua untuk melihat apa yang membuatkan Farah Fariha menggelabah semacam.Gadis free hair yang comel plus cantik itu membuatkan dia tidak puas untuk memandang.Gadis itu lagi cantik dari Farah Fariha,lagi putih dari Farah Fariha yang berkulit kuning langsat ini.Kenalkah mereka berdua sampai muka si Farah ni pucat semacam.Sejenak dirinya terfikir akan kandungan Pa’an,terus matanya memerhatikan perut adiknya yang kelihatan kempis.Berkerut dahinya memikirkan bilakah adiknya ini bersalin?Dia pasti ada sesuatu yang disorokkan oleh adiknya ini.Dari pucat kini wajahnya berubah dengan sengihan yang jahat.Ada rencana yang akan digunakannya,jika benar Pa’an tidak mengandung maka mudahlah rancangan jahatnya ini.
“Farah..why you tersengih pula ni?You kenal ke dengan perempuan tadi?”Zack bertanya untuk mengetahui siapakah gadis itu.
“Hah…oh,dia adik I.”Jujur sahaja Farah Fariha menjawab manakala Zack teruja,tidak sangka perempuan cantik itu adalah adik Farah Fariha.
“Wow…adik you?Tak sangka...kenapa you tak tegur dengan dia?Tak nak kenalkan dengan I ke?”Soalan Zack mengundang dengusan Farah Fariha.
“Nak buat apa?Tak payahlah..I dengan dia kongsi ayah je,mak lain-lain…I tak suka dia.Mulut jahat..”Sedap sahaja Farah Fariha memberi tohmahan yang buruk tentang adiknya kepada Zack.Dia tidak suka bila Zack seolah-olah teruja untuk mengenali adiknya itu.Tahulah Pa’an lagi cantik darinya,lagi putih darinya.Tak payahlah tunjuk sangat yang dia suka nak kenal dengan Pa’an.
“Oo….patutlah.”Zack masih lagi memandang ke belakang melihat kelibat Pa’an yang sudah menghilang di sebalik orang yang ramai.
“You…amboi mata,pantang nampak perempuan cantikkan.”Farah Fariha mula merajuk.
“Bukanlah..I just make a comparison between you and her.Yes I admit adik you cantik tapi you seksi.I lagi suka you sebab you seksi…”Pujian Zack dapat mengembalikan senyuman manja di bibir Farah Fariha.Senang sangat untuk dia memujuknya.Dalam hati Zack,dia bagaikan sedang merencana sesuatu bagaimana caranya untuk dia mendapatkan adik Farah Fariha pula.Bagi Farah Fariha pula,kepalanya memikirkan cara bagaimana untuk dia mendapatkan cuti daripada tauke pubnya.Dia mahu pulang ke kampung untuk melancarkan serangannya kepada Pa’an.Rasanya dia ada cara untuk menipu tauke pubnya nanti.



Asap rokok yang berkepul-kepul dilepaskannya ke udara,disedut rokok itu berkali-kali.Semenjak tinggal bersama Zura dan berkenalan dengan si Zack,rokok sudah menjadi peneman hidupnya.Sebelum ini memang dia pernah merokok di kampung tetapi semuanya dilakukan secara sorok-sorok.Gila nak merokok depan Nek Lang dengan abah dia,mahu berbirat belakang dia kena tibai dengan abah nanti,Nek Lang pula tak habis-habis akan memberi ceramah free kepadanya.Bosan pula dia malam ini sebab Zura and the geng semua overnight dekat rumah pakwe masing-masing sedangkan dia terpaksa tinggal seorang diri.Bukan Zack tidak mengajaknya untuk tinggal bersama tetapi dia merasakan masih terlalu awal untuk dia bersedudukan dengan lelaki walaupun dia sudah tidak dara lagi.Biarlah dia tinggal disini buat sementara waktu.Agak-agak dia sudah tidak tahan tinggal dengan Zura,dia larilah tinggal dengan Zack.Sekarang ni pun Zura and the geng macam nak cari pasal dengan dia.Semuanya gara-gara dia dapat Zack sedangkan mereka yang kenal Zack dah lama pun tidak berpeluang untuk rapat dengan jantan kaya itu.Dalam sibuk dia melayan perasaan dengan merokok itu dia teringatkan adiknya yang dia jumpa malam tadi.
“Shit….macam manalah aku boleh lupa dengan cerita hot ni.Mana pula phone aku ni.”Tergagau-gagau tangannya mencari handphone yang berada di longgokan bajunya.
“Weh sial…time aku nak gunalah kau hilang.Bodoh betullah.”Farah Fariha memekik-mekik sambil menyepak longgokan bajunya itu.Rokok disedutnya lagi,kali ini lebih dalam.
“Hah jumpa pun kau…”Akhirnya jumpa juga dia dengan handset blackberrynya yang tersorok di bawah bantal.Simpan tempat lain cari kat tempat lain,manalah nak jumpa lepas tu terpekik-terlolong macam orang gila.Pantas tangannya mencari nombor phone abahnya.Nombor didail dan ditekap ke telinganya.
“Hah bah..telepon semula.Farah tak ada kredit ni.”Terus dimatikan panggilannya.Betapa kurang ajarnya dia,anak apalah dia ini.Tipu kredit tak ada sedangkan baru semalam Zack top upkan tiga puluh ringgit kepadanya.Memang anak tak kenang budi.Lama dia menunggu abahnya menelefon semula,mendengus-dengus sahaja kerjanya.Bukannya dia nak telefon semula.Dah dia yang sibuk nak bercerita tentang Pa’an,sepatutnya dialah yang telefon bukannya menyusahkan abahnya.Blackberrynya berdering dan laju sahaja dijawabnya.
“Hah bah…kenapa lambat sangat ni?”Rokok yang baru habis dihisapnya ditonyoh kasar di ashtraynya.
“Abah tak ada kredit tadi..abah keluar kejap pergi kedai beli top up.Ada apa Farah suruh abah telefon ni?”Kedengaran suara Che Abdullah yang lembut menyapa telinga anak kesayangannya ini.Dah lama dia tidak mendengar khabar berita tentang anaknya selepas Farah Fariha keluar dari rumah emaknya.Farah Fariha mendengus lagi kasar,Che Abdullah tidak terasa hati dengan kekasaran anak kesayangannya ini.Maklumlah,apa sahaja yang dibuat oleh Farah Fariha semuanya betul di mata dia tetapi tidak dengan Pa’an.Kalau Farah Fariha membuat salah tidak pernah dia memukul walau menjentik anaknya yang ini tetapi kalau dengan Pa’an walaupun bukan salahnya pasti dia akan memukul setidak-tidaknya dengan penyapu lidi.Beza benar kasih sayang yang diberikan antara Pa’an dan Farah Fariha.
“Apa-apa jelah abah..bah.Abah balik kampung tak minggu ni?”Farah Fariha memulakan rancangannya.Dia yang tadinya berwajah kerut kembali ceria.Tak sabar rasanya nak tengok abah dia membelasah si Pa’an nanti.
“Huh..buat apa abah nak balik sana.Bukannya Farah tak tahu Nek Lang tu..tak habis-habis sebut pasal anak kurang ajar tu.”Farah Fariha tersenyum kemenangan.Makin senang kerjanya untuk menghasut orang tuanya ini.
“Alah bah…abah balik ya.Farah pun nak balik juga,dah lama tak jumpa abah dengan mak..Farah rindulah..”Rindulah sangat padahal wajahnya mencebik tatkala mengungkapkan ayat tersebut.
“Abah pun rindu kamu juga…tak payahlah balik sana.Farah balik Perlis terus…abah dah tak sukalah balik kampung.Nak mengadap Nek Lang lagi..”Che Abdullah membuka tudung saji rumahnya.Kecur liur bila melihat sambal petai sudah siap terhidang.
“Ish..tak naklah Farah,abah ingat Farah suka ke balik rumah Nek Lang?Lagipun jauhlah bah nak balik Perlis.Kampung Nek Lang kan lagi dekat…bolehlah abah ya..lagipun Farah ada cerita nak beritahu abah ni.”Daripada berdiri,Farah Fariha sudah duduk di atas katilnya yang berselerak.
“Cerita apanya?Sekarang ni tak boleh cerita ke?”Che Abdullah sebenarnya sudah tidak sabar untuk makan nasi sambal petai isterinya ini.Dah tak senang duduk dibuatnya,kelibat isterinya juga tidak kelihatan keluar dari bilik.
“Ish abah ni…banyak hallah.Farah nak balik sebab nak beritahu abah sesuatu.Kalau abah tak nak balik kampung Nek Lang,sudah.Tapi jangan marahkah Farah kalau sampai bila-bila Farah takkan balik jenguk abah.”Berani sungguh Farah Fariha menggertak abahnya sebab dia tahu yang Che Abdullah langsung tidak boleh tidak berjumpa dengannya.
“Alah anak abah ni..merajuk pula dia.Yalah-yalah..abah balik petang esok lagipun hari Jumaat abah tak kerja.”Berjaya juga Farah Fariha membuatkan abahnya bersetuju.
“Okay bah…kita jumpa kat kampung ya.Farah nak pergi kerja ni.Kirim salam dekat mak ya.Bye..”Tanpa sempat Che Abdullah memberi salam terus sahaja panggilan telefon dimatikan.
“Eh budak ni..tak sempat aku nak beri salam.Apalah yang beria sangat dia nak cerita tu?Dah nak kahwin ke?”Che Abdullah tertanya-tanya kenapa anaknya beria-ia menyuruhnya pulang ke kampung sedangkan dia tahu Farah Fariha tak sukakan Nek Lang.
“Siapa bang?”Fatimah yang baru selesai solat Zuhur turun bertanyakan suaminya sebab dari tadi dia dengar suaminya sedang bercakap dengan seseorang.
“Siapa lagi..anak kesayangan kita tulah.”Tubuh yang semakin membuncit itu direbahkan ke atas kerusi.Tak sabar menunggu isterinya menghidang nasi untuknya.
“Nak apa dia telefon?”Tahu yang suaminya sudah lapar,Fatimah bergegas mengambil pinggan dan air basuh tangan dan dibawa kepada suaminya.Selepas itu dia mengambil bekas nasi dan disendukkan ke dalam pinggan suaminya.
“Dia suruh kita balik rumah mak minggu ni..”Selamba je Che Abdullah berkata-kata,tumpuannya kini lebih kepada sambal petai daripada perbualan antara dia dengan anaknya tadi.
“Habis..abang nak balik ke?”Fatimah sebenarnya tidak kisah samada suaminya mahu balik atau tidak cuma dia tidak berapa suka bila mendengar dan melihat suaminya bergaduh dengan ibu mertuanya.
“Baliklah..anak awak tu nanti merajuk kalau saya tak balik.Katanya dah tak nak balik jenguk kita dah..lagipun katanya ada hal penting nak beritahu.”Tangannya sudah dibasuh.
“Apa yang penting sangat tu?”Soal Fatimah lagi.
“Entah..dahlah,saya nak makan ni.Kalau awak nak berborak,pergi rumah Esah tu..ajak dia berborak puas-puas.”Menjeling Fatimah menerima sindiran suaminya itu.Kalau dah menghadap sambal petai,bini depan mata pun dah tak nampak.


“Puas hati aku…kau tunggu jelah nasib kau Pa’an.Sebelum ni kau rampas Hilman daripada aku kan..tak lama je lagi nasib kau bakal berubah.Tak semua yang kau dapat tu akan kekal dengan kau.Hahahahahaha…”Habis sahaja berbicara dengan abahnya,Farah Fariha kembali menjadi orang gila.Mengilai seorang diri suka dengan rancangannya yang bakal terlaksana.
“Hai…tak sabar aku nak malukan kau depan-depan orang ramai…depan Nek Lang…mak bapak si Hilman tu dan yang paling puas bila dapat tengok kau kena balun dengan abah.”Tinggi angan-angannya dikala ini.


Pa’an yang sedang menyiapkan kerjanya berasa tidak sedap hati,jantungnya seakan berdetap pantas.Dia terasa bagai ada sesuatu yang bakal terjadi tidak lama lagi.Mungkinkah berkaitan dengan rancangannya untuk berterus-terang tentang ‘kandungannya’ nanti.Entahlah,dia hanya mampu berserah kepada Allah sahaja buat masa ini.
“Pa’an..jom kita lunch sekali.”Tidak sedar dia bila masa Emy terpacak di depan mejanya.
“Hah..aaaa…sekejap ya.”Tanpa menunggu lama,dia mencapai beg tangannya yang berada di belakang mejanya.
“Dah..jom.Tini mana?”Melilau dia mencari kelibat Hartini.
“Dia dengan En.Hairi tunggu kita depan lif..jomlah.”Emy menarik tangan Pa’an agar cepat berjalan.Tak suka lambat-lambat nanti kena tinggal.Itu pesan Hairi kepadanya tadi.Mendengar kata sungguh.


Raihan merasakan inilah masa yang sesuai untuk dia memberitahu perkara yang sebenar kepada Hilman.Sudah lama dia memendam perasaan,selama ini dia teragak-agak untuk memberitahu kepada Hilman namun sekarang dia terpaksa jua sebelum terlambat.
“Hello bro,aku nak jumpa kau malam ni..nanti aku SMS kau kita jumpa dekat mana.Okay..assalamualaikum.”Selepas ini selesai sudah beban yang ditanggungnya selama ini.
“Aku akan pastikan kau akan menyesal.”Tersenyum Raihan sambil tangannya laju menaip SMS tempat perjumpaan mereka nanti.


“Nak apa pula si Raihan ni jumpa aku dekat sini?”Hilman tertanya-tanya kenapa Raihan mengajaknya berjumpa di Oldtown berdekatan dengan tempat tinggalnya.Jam di tangan dilihat,masih ada sepuluh minit sebelum pukul lapan setengah malam.Sengaja dia keluar awal,bosan duduk sorang-sorang di rumah.
“Assalamualaikum bro…awal sampai.”Raihan berjabat tangan dengan Hilman.Mata Hilman cuba mencari kelibat teman-temannya yang lain.
“Waalaikumsalam…kau sorang je ke?Mana yang lain?”Soal Hilman kehairanan.Dia ingatkan Raihan mahu berkumpul macam hari tu tetapi bukan.
“Aku tak ajak orang lain..sebenarnya ada something yang aku nak beritahu kau.”Straight to the point,Raihan sudah tidak sabar untuk membocorkan rahsia yang disimpannya selama ini.
“Apa dia?”
“Kau masih ingat lagi tak kejadian dulu…yang masa kau dengan Pa’an ter…”Raihan sudah dapat membaca reaksi muka Hilman namun dia mesti beritahu juga.
“Kau nak cakap apa sebenarnya ni?”Bengang wajah Hilman bila mendengar Raihan cuba mengungkit kejadian yang tidak diingininya itu.
“Sorry bro..aku tahu kau marah bila aku sebut hal ni tapi aku dah tak ada cara lain.Aku kena beritahu kau juga.”Menggelabah Raihan bila melihat Hilman sedang menahan marah.
“Kau nak beritahu apa?”Hilman cuba mengawal intonasi suaranya agar tidak terlalu kuat.Tadipun sudah ada mata-mata yang memandang ke arahnya.
“Sebenarnya bro..aku tahu siapa yang masukkan ubat tidur dalam minuman korang berdua.”Terkejut Hilman tatkala mendengar ayat yang baru disebut oleh Raihan ini.
“Si..siapa?”Tidak sabar untuk dia mengetahui siapa dalang sebenar angkara ini.Mukanya berkerut-kerut,merah habis kerana marah.Segala cerita yang diberitahu oleh Raihan membuatkan dia tidak percaya dan bertambah marah.
“Aku beritahu kau apa yang berlaku…aku bukan nak porak-perandakan rumahtangga kau tapi….”
“Cukup…aku bersyukur sebab kau dah beritahu aku perkara yang sebenar sekarang ni.Dia memang nak mampus…aku balik dulu.Ada hal yang aku nak settle.”Hilman bangun dan terus meninggalkan Raihan keseorangan.Air yang di order sebentar tadi terpaksa dibayar oleh Raihan.
“Bang air bang…”Tegur seorang budak lelaki,pelayan di situ.
“Tak apa…kau minum je aku belanja.Nah..”Not sepuluh ringgit dihulurkan kepada budak lelaki itu lantas dia turut meninggalkan restaurant itu selepas mendapat baki wangnya.Misinya sudah lepas dan dia rasa beban yang ditanggung sudah hilang.Lega di dalam hati tiada siapa yang tahu.

“Kau keluar sekarang…Now!!”Pekik Hilman kuat membuatkan Pa’an terperanjat.Dia yang baru mengangkat panggilan suaminya itu terkejut dengan suara Hilman menjerit tiba-tiba sehinggakan Bazlaa Aina dan Hartini yang duduk jauh darinya pun boleh dengar.
“Pergh!!Kuatnya suara dia..dia nak apa tu?”Hartini bertanya namun di balas gelengan oleh Pa’an.
“Entah…dia suruh aku keluar.Keluar mana?”Soal Pa’an bingung.
“Kot-kot dia ada depan rumah kita tak?Aku dengar macam ada bunyi kereta je dekat luar.Cuba kau intai kejap Tini..”Hartini laju sahaja mengikut arahan Bazlaa Aina.
“A’ah lah beb..laki kau ada dekat luar tu.Muka ketat semacam je,baik kau keluar sekarang sebelum dia mengamuk dekat sini.Malu dengan jiran-jiran nanti.”Pa’an masih membuat muka tidak mahu keluar.
“Pergilah..mana tahu ada benda penting yang dia nak beritahu kau..”Kali ini Bazlaa Aina pula yang memujuknya.
“Yalah-yalah.”Dia terus bangun dan melangkah ke arah pintu rumah.
“Weh..kau nak keluar macam ni je ke?”Hartini menegur Pa’an yang hanya memakai legging dan t-shirt sleeveless labuhnya.
“Lah..nak jumpa depan ni je kot.Dahlah…”Tanpa menghiraukan teguran Hartini,Pa’an keluar begitu sahaja.Fikirnya buat apa dia menukar pakaian sedangkan hanya berjumpa dia depan rumah sahaja.Selipar disarung lambat-lambat,wajah bengis Hilman langsung tidak dihiraukannya saat ini.Kunci ditangan digunakan untuk membuka manga pagar rumahnya.Setelah itu dia berdiri betul-betul di hadapan Hilman.
“Kau nak apa?”Baru sahaja dia mahu berpeluk tubuh,Hilman menarik tangannya kasar dan menghumban dirinya ke dalam kereta.
“Woi sakitlah…kau nak bawa aku pergi mana ni?”Jeritan Pa’an langsung tidak dihiraukan Hilman.Hartini yang sibuk mengintai dari tingkap rumah mereka kelam-kabut memanggil Bazlaa Aina yang sedang menyiapkan kerjanya yang tertangguh.
“Apa dia kau ni?”Malas sungguh Bazlaa Aina untuk bangun.
“Boss aku bawa lari Pa’anlah…aku takut ada apa-apa yang terjadi dengan dia.Risaulah aku…dia bawa phone tak?”Hartini bertanya kepada Bazlaa Aina yang masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya.
“Alah..biarlah,diorang kan laki bini.Kalau kau nak buat report polis pun buang masa je.Aku rasa dia bawa phone dia tu…atas meja tu tak adapun.”Bazlaa Aina menjeling sekilas ke sofa yang Pa’an duduk tadi.
“Kalau dia bawa phone tak apalah..aku takut je kalau-kalau Hilman tinggalkan dia kat tepi jalan ke.Dahlah pakai macam tu..risau aku.”Terhenti jua kerja-kerja Bazlaa Aina bila mendengar kemungkinan yang diberikan oleh Hartini.
“Yalah..hurm..kalau macam tu kita tunggu je dulu.Kalau dalam masa dua jam dia tak balik lagi baru kita telefon dia.Okay?”Bazlaa Aina cuba menyedapkan hati dia dan Hartini.Hartini hanya mampu menganggukkan kepalanya dan berlalu duduk di sofa.Matanya mengerling ke arah jam yang baru menunjukkan pukul sembilan suku malam.Maknanya dia kena tunggu dua jam lagi untuk mengetahui keadaan Pa’an.Dia mengeluh berat.


“Kau nak bawa aku pergi mana ni?”Pa’an memandang sekeliling,apa yang dia tahu Hilman sudah membawanya jauh dari kawasan perumahannya.Dalam beraninya dia tetap terselit satu perasaan takut terhadap suaminya ini.Dilihatnya wajah ketat Hilman hanya memandu tanpa arah dan sekarang mereka sudah masuk ke dalam Kampung Medan.Nak buat apa dekat Kampung Medan ni malam-malam buta.
“Kau nak buat apa bawa aku pergi sini?”Semua pertanyaan Pa’an tidak berjawab sehinggalah Himan menghentikan keretanya di satu bangunan kedai yang mana kawasan di situ teramat sunyi,Hilman memandu keretanya ke satu jalan yang sudah ditutup.Gelap,yang dia nampak hanya lampu-lampu bangunan dari jauh sahaja.Walaupun dia mempunyai pelbagai jenis martial arts tetapi dia tidak boleh memandang rendah kepada Hilman yang sedang marah ini.
“Kau nak apa sebenarnya ni?”Pa’an berpeluk tubuh,dia nampak Hilman mencengkam stereng dengan kuatnya.Senyap,masih tiada respon dari Hilman membuatkan Pa’an bertindak memegang lengan lelaki itu namun alangkah terkejutnya dia bila Hilman berpusing dan menghentakkan dirinya sehingga kepalanya terhantuk sedikit ke tingkap kereta.Suasana agak gelap tetapi dia masih nampak wajah Hilman yang semakin membengis itu.
“Apasal kau ni?Sakitlah..”Pa’an sedaya-upaya untuk melawan tenaga Hilman yang seakan luar biasa itu.Dirasakan wajah Hilman semakin mendekat,dia menjadi takut bukan kerana berdebar-debar tetapi taku dengan sikap Hilman yang tiba-tiba menjadi raku situ.Entah setan apa yang merasuk suaminya itupun dia tidak tahu.Hilman tidak bersuara namun tindakannya yang ganas itu membuatkan Pa’an menjadi lebih takut.
“Lepaskan aku…apa yang kau buat ni?”Wajah Hilman yang sudah mencecah lehernya yang terdedah sedikit itu menjadikan Pa’an menggelabah.Tiada apa yang boleh dia lakukan masa ini melainkan berdoa kepada Allah sahaja.Segala pergerakannya mati,kedua tangannya telah dicekup oleh Hilman,hanya kepalanya sahaja yang boleh mengelak dari serangan seksual Hilman itu.Hilman yang terleka menggomol leher Pa’an itu tidak menyedari yang dia telah merenggangkan pegangan tangan Pa’an.Kesempatan itu diambil Pa’an dengan menolak tubuh Hilman menjauhi dirinya.
“Sial…setan apa yang dah merasuk kau ni hah?”Pekik Pa’an kuat.Selepas itu dia cuba membuka pintu keretanya namun hampa.Hilman yang bengang dengan tindakan Pa’an yang cuba melepaskan diri itu sekali lagi bertindak menarik tubuh isterinya itu berpaling dan kali ini bukan leher lagi sasarannya sebaliknya bibir comel isterinya itu.Perit bibirnya dirasakan saat ini.Hilman meragut bibirnya kasar.Dia tidak sanggup dirinya dipermainkan oleh Hilman sebegini,bukankah suaminya ini bakal berkahwin dengan Annisa dan berpisah dengannya.Buat apa mahu menuntut tuntutan batiniah ini walhal mereka tidak pernah membicarakannya.’Ya Allah..kenapalah lelaki ini mahu menyeksaku?Jika dia mahu menuntut hak dia,tidak sepatutnya dia membuat begini kepadaku.Apatah lagi dekat tempat yang macam ni.Dia membuat aku seolah-olah seperti pelacur.’Air mata bercucuran mengalir mengenangkan dirinya dilayan sebegitu rupa oleh suaminya.Satu kekuatan mengalir dalam tubuhnya dan dia bertindak menarik tubuhnya dari diteroka oleh Hilman.Tindakannya itu berjaya tetapi mengakibatkan di hujung bibirnya luka.

Pang!!!!

Satu tamparan hinggap di muka Hilman,dia terkejut dan suaminya turut terkejut.Dalam esakan tangisannya dia mengelap bibirnya yang berdarah.Pedih tapi hatinya lagi pedih dengan sikap Hilman ini.
“Kenapa?Kau tak suka ke?”Akhirnya Hilman bersuara jua,lelaki itu turut mengelap bibirnya.Perit juga ditampar oleh Pa’an namun dia mesti kena ego.Dalam kesamaran,Pa’an boleh nampak wajah suaminya yang tersenyum sinis itu.
“Gila!!Aku nak balik..”Air matanya mengalir dengan derasnya.
“Bukan ni ke yang kau nak daripada aku selama ni?”Berkerut dahi Pa’an mendengar soalan Hilman yang tidak masuk akal itu.
“Apa yang kau merepek ni?Please Hilman…aku nak balik.”Rayu si isteri yang nyata tidak diendahkannya.
“Kau cakap aku merepek?Kau jangan ingat kau buat muka naif macam ni aku akan maafkan kau.Never!!”Pekikan Hilman langsung tidak digeruninya lagi selagi dia tidak faham mengapa Hilman bertindak sedemikian rupa.
“Kau cakap pasal apa ni hah?Tolonglah cakap dengan aku,apa salah aku..”Rayu si isteri dengan penuh pertanyaan yang bersarang di kepala.
“Kau jangan ingat kau boleh terlepas,selama ni aku terpedaya dengan muka tak bersalah kau tu tapi sekarang aku takkan tertipu lagi.”Pa’an memalingkan wajahnya,tidak mengerti akan maksud ayat sindiran Hilman ini.
“Ya Allah..apa salah aku?”Dia menepuk dadanya kuat.
“Salah kau?Huh…kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat dua belas tahun lepas.Kau sengaja perangkap aku kan?Kau yang letak ubat tidur dalam air minuman aku kan?”Tempik Hilman dengan kuatnya,dia melampiaskan rasa marahnya pada malam ini.
“Astaghfirullahaladzim…berapa kali aku nak cakap bukan aku yang bubuh.Bukti apa lagi yang kau nak aku beri dekat kau?”Bibir yang sakit tidak dihiraukan dikala tuduhan yang tidak berasas dilemparkan oleh Hilman kepadanya.
“Bukti yang kau sudah hilang dara.Macam mana kau nak buktikan dekat aku?”Terdiam Pa’an mendengar permintaan Hilman itu.Bagaimana dia mahu membuktikannya kepada Hilman?Takkanlah dia mahu menyerahkan dirinya kepada Hilman semata-mata mahu memberi bukti kepada suaminya itu.
“So?Dah fikir habis-habis?Entah-entah kau trap aku,kau main dengan jantan lain tapi lepas tu kau suruh aku bertanggungjawab.Kau tuduh aku yang rogol kau!Shame on you…”Pa’an menutup telinganya disaat mendengar semakin banyak ayat tuduhan dari si suami kepadanya.
“Shut up!!
“Why?Memang betulkan kau projek dengan jantan lain tapi kau tuduh aku sebab kau sukakan aku.Betul Tak?”Matanya terbuntang melihat wajah Hilman di kesamaran malam.Macam mana rahsia yang selama ini disimpan terbongkar.
“Kenapa diam?Selama ni aku ingat kau berubah feminine macam ni perangai kau pun berubah sama tapi..macam pelacur!”Bergegar gegendang telinga Pa’an,sakitnya hati hanya Allah sahaja yang tahu.
“Memang..memang aku pernah sukakan kau tapi aku tak tergamak sampai nak perangkap kau macam tu sekali.Kalau betullah aku perangkap kau,buat apa aku tinggalkan kampung?Lebih baik aku suruh kau kahwin dengan aku masa tu.Kalau kau nak tahu,aku menyesa sebab pernah sukakan orang macam kau.Aku menyesal kenal dengan kau.Ceraikan aku!!”Bergegar tiang arasy tatkala seorang isteri meminta cerai dari suaminya.Akan tetapi kali ini dia tidak boleh  bersabar lagi,setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Hilman menghancurkan hatinya.Perasaan suka semakin lama semakin hilang dan yang timbul adalah benci yang mendalam.Terdiam Hilman seketika,tidak menyangka Pa’an akan meminta untuk bercerai walaupun memang itu yang akan dia lakukan nanti.
“Kau tak payah nak memekik macam tu.Kau ingat aku nak ke simpan kau ni lama-lama?Buat semak hidup aku je.Lagipun aku akan dapat Annisa yang jauh lebih baik dari kau,sedarlah diri tu sikit.Kau tu perempuan,kau keluar macam ni pun dah menambah dosa dekat aku tau.Terdedah sana sini…memang sama taraf dengan perempuan pelacur.”Betapa sinisnya ayat yang dituturkan oleh Hilman.Memang sengaja dia mahu menyakiti hati perempuan yang padahalnya sudah mula bertempat dihatinya.
“Enough!!Aku bencikan kau Hilman…sampai mati pun aku takkan lupakan kau.Aku nak balik.”Pa’an memegang lengannya yang tidak beralas,serba sedikit dia terasa dengan teguran sinis Hilman itu.Air mata sudah tumpah,dia tidak hairan samada Hilman perasan atau tidak.Hatinya sudah terluka.
“Siapa nak hantar kau?Keluar!!”Pa’an yang tadinya memandang ke sisi berpaling mencari wajah si suami di dalam sahaya bulan.
“Kau tak faham bahasa ke?Aku cakap keluar..keluarlah.Aku dah tak nak tengok muka kau lagi.Faham!!”Tersentak Pa’an,dia masih tidak berganjak.Fikirnya takkanlah Hilman tergamak mahu meninggalkan dia di tempat yang gelap macam ni.Tapi dia silap,Hilman boleh buat apa sahaja termasuklah turun dari kereta dan menariknya keluar dengan kasarnya.
“Kalau iya pun kau bencikan aku..takkan kau tak ada belas kasihan dekat aku?Sekurang-kurangnya hantar aku balik ke rumah semacam mana kau ambil aku tadi.”Pa’an merayu dengan esak tangisnya.Dia mengetuk tingkap kereta Hilman,tidak dihiraukan egonya yang tercalar,yang penting dia tidak ditinggalkan keseorangan di tempat yang gelap ini.Tanpa belas Hilman terus meninggalkan Pa’an keseorangan di situ.Dari cermin pandang belakangnya,dia nampak kelibat isterinya itu jatuh terjelopok di jalan.Mungkin terjatuh semasa mengejarnya.Hatinya sayu,sedih dan simpati terhadap Pa’an tetapi dia tidak dapat melupakan perbuatan Pa’an terhadapnya dahulu.Bukan senang untuk dia memaafkan Pa’an.

Jika tadi bibirnya yang pedih,kini lengannya yang terdedah menjadi mangsa dan juga lututnya.Sampai hati suaminya itu meninggalkan dia kesorangan di situ.Bagaimana jika dia diculik atau dibunuh?Lelaki itu jugalah yang akan menjadi suspek utama dalam kesnya.Esakan tangisannya semakin bergema,jika tiada siapa yang nampaknya disini pasti ada yang salah anggap dia sebagai hantu.Lengan yang luka dilihatnya tanpa minat kerana luka di hati laki terasa sakitnya.Dia cuba untuk bangun tetapi kakinya terasa sakit.Ya Allah,bukan hanya lengannya yang luka tetapi kedua belah lututnya juga berdarah dan leggingnya juga terkoyak.Perit untuk dia berjalan namun digagahinya jua.Baru beberapa langkah barulah dia teringat yang dia ada membawa handsetnya bersama.Gajet yang dipegang bersamanya itu langsung tidak diperasaankannya kewujudan benda itu.’Alhamdulillah ya Allah,Kau masih membantu aku.’Tanpa menunggu lama,Pa’an menghubungi nombor telefon Hartini.
“Harap maaf,baki kredit anda tidak mencukupi..sila tambah nilai..”Terus dimatikan panggilan tersebut.Macam manalah dia boleh terlupa yang dia belum sempat top-up handsetnya ini.’Ya Allah…apa yang perlu aku buat ni?Nak tunggu diorang telefon aku ataupun pergi beli top-up..masalahnya aku tak bawa wang.’Kusut fikirannya dikala ini.Kalau nak tunggu mereka berdua itu menelefonnya mahu dia mati kering sahaja di sini.Lebih baik dia pergi ke kedai seven eleven yang ada di bangunan belakang.Dia sebenarnya malu untuk pergi ke sana dalam keadaannya yang macam ini namun dia terpaksa juga.Kaki yang sakit dipaksa melangkah kerana dia tidak mahu tunggu lama-lama di tempat yang gelap itu.Kebarangkalian yang negative mungkin bakal berlaku kepadanya jika dia hanya menunggu.Dia sudah semakin dekat dengan bangunan tersebut dan diaa terpaksa melintas sebuah kedai makan yang penuh dengan orang.Ramai yang melihatnya dengan pelik,lengan yang terdedah diusapnya perlahan.Sejuk dan juga malu mengenangkan teguran Hilman tadi.Menyesal dia tidak mendengar teguran Hartini tadi yang menyuruhnya menukar pakaian dan sekarang dia yang terpaksa menanggung malu.Mereka melihat dia dengan pelbagai persepsi,langsung tiada yang mahu menolong.Mungkin mereka berfikir yang dia lari daripada rumah.Sampai di kedai serbaneka dua puluh empat jam itu,Pa’an berhenti seketika.Dia cuba mencari kekuatan dengan membaca nama Allah dengan yakinnya.
“Dik…akak nak minta tolong boleh?Akak tak bawa duit sekarang ni tapi akak terdesak sekarang ni.Boleh tak adik bagi akak top-up maxis lima ringgit.Akak nak telefon kawan akak,nanti akak suruh dia bawa duit.Tolong ya dik..”Pa’an cuba meminta simpati daripada cashier tersebut.Tangan dan bibirnya yang terluka tidak dihiraukan.
“Akak ingat kedai ni rumah kebajikan ke?”Balas budak perempuan itu dengan penuh lagaknya.Jika bukan kerana dia sedang sakit dan memerlukan pertolongan,sudah lama dia ganyang-ganyangkan mulut budak perempuan ini.
“Akak tahu tapi akak betul-betul minta tolong dengan adik…kalau adik tak percaya,akak akan stay sini sampai kawan akak datang.”Pa’an sekali lagi mencuba nasib.
“Ish..tak reti bahasa ke?Tak boleh!!Dah keluarlah..ni mesti baru lepas merempit ni.Menyusahkan orang betul…keluarlah,customer lain pun nak bayar ni.”Budak perempuan itu menghalaunya,dia melihat beberapa customer sedang beratur di belakangnya.
“Astaghfirullah dik…tak baik cakap macam tu.Beri akak top-up maxis lima ringgit.Bagi dekat adik ni…”Customer perempuan berbadan gempal yang berdiri di belakang Pa’an memarahi cashier kurang ajar itu.
“Lima ringgit tak ada kak…sepuluh adalah.”Budak perempuan itu menjeling Pa’an,kerana Pa’an dia kena marah.Bikin hati dia panas je.
“Tiga puluh pun akak boleh bayar..ingat,awak tu perempuan..jaga adab,jaga bahasa.Jangan main serbu orang macam tu aje.Lagipun akak dah lama perhatikan cara awak kerja,banyak berborak dari bekerja,lepas tu marah-marah customer.Awak jangan sampai kami report dekat manager awak.”Walaupun geram dirinya dimarahi,dia terpaksa berdiam diri kerana tidak mahu dirinya di report kepada manager.Pa’an berpaling dan ingin mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut.
“Terima kasih kak…”Alangkah terkejutnya wanita itu melihat bibir Pa’an yang luka,lengan dan lututnya yang berdarah.
“Astaghfirullahaladzim…adik ni luka ni.Ya Allah…adik ni baru lepas excident ya?Jom akak bawakan pergi klinik.”Wanita gempal itu cuba menarik tangan Pa’an.Si gadis cashier sudah mencebir menyampah.’Buat apa ditolong sampah masyarakat itu entah.’Bisik kepala jahatnya itu.Barang-barang customer selepas wanita gempal itu dihempasnya kasar.
“Dik..buat kerja tu biar ikhlas.Biar muka tak cantik tapi perangai tip top…ini..lu pikirlah sendiri.”Marah customer yang dihempas barangnya tadi.
“Tak apalah kak…sikit je ni,terima kasih ya kak.Akak tunggu ya,saya telefon kawan saya sekejap.Suruh dia bawa duit.”Top-up sudah digores,niatnya mahu menghubungi Hartini terhalang sekejap.
“Tak apalah…adik tak payah bayar.Akak sedekahkan dekat adik..betul ni tak nak ke klinik?”Pa’an mengangguk,terharu bila mana masih ada lagi insan yang sudi menolongnya.
“Kalau macam tu biar akak yang hantarkan adik balik.”Wanita itu masih menawarkan bantuannya.Segan pula Pa’an untuk menerimanya.
“Tak apalah kak…akak sudi belikan top-up untuk saya pun saya dah bersyukur sangat-sangat.Lagipun kawan saya boleh ambil.”Tubir matanya kembali bergenang,ditahannya supaya tidak gugur dilihat oleh wanita baik hati ini.
“Betul ni?Akak risau tengok adik ni macam ni…”Wanita itu masih memerhatikan tubuhnya yang luka.
“Tak apa kak…terima kasih.”
“Kalau macam tu…akak balik dulu ya.Lain kali hati-hati…assalamualaikum…”Akhirnya wanita gempal itu meninggalkannya keseorangan di luar kedai serbaneka dua puluh empat jam itu.Ah,lupa pula dia bertanyakan nama insan yang baik hati itu.Dia hanya mampu berdoa agar Allah murahkan rezeki wanita yang menolongnya itu.Tanpa menunggu lama,dia mendial nombor telefon Hartini.Air mata kembali berlinang mendengar pertanyaan rakannya yang terlalu risaukan dirinya itu.
“Korang…ambil aku..”Hanya itu yang termampu terluah dari bibirnya.Air mata mengalir lebat,langsung tidak terkeluar suaranya.
“Kau dekat mana ni?”Jelas kedengaran suara Hartini yang kerisauan tatkala telinganya disapa esak tangisan Pa’an.
“Aku..aku dekat depan seven eleven Kampung Medan…”Tidak dihiraukan pada mata-mata yang memandang dan ada juga remaja yang bersiul nakal mengusiknya.
“Hilman mana?Hilman?”Pelik juga Hartini bila Pa’an menyuruh mengambilnya di Kampung Medan sedangkan tadi Hilman yang membawa dia.Jangan-jangan…astaghfirullah…
“Dia tinggalkan kau kan?”Tangisan kecil Pa’an menguatkan lagi firasatnya.
“Ya Allah…okay,kau tunggu dekat situ.Aku dengan Aina ambil kau.Tunggu tau…jangan pergi mana-mana.”Pa’an hanya menjawab okay dan selepas panggilannya dimatikan,dia duduk di hadapan kedai serbaneka dua puluh empat jam itu dengan penuh rasa malu bila semua mata memandangnya dengan wajah yang pelbagai.Ada yang memandang kasihan,ada yang memandang pelik,dan ada juga yang cuba menggatal dengannya.Apa?Ingat dia minah rempit ke?Bila terpandangkan pakaiannya,dia menjadi malu.Lengannya yang terdedah cuba ditutup,rambut yang terurai bebas cuba di sorok namun tutup dan sorok macam manapun dilakukannya,ia tetap terdedah dan menjadi santapan setiap mata lelaki yang memandang.Dia malu,dia insaf dan dia mahu bertaubat.Kejadian hari ini benar-benar menyedarkan dia.


“Mana si Pa’an ni tak balik lagi ni…”Hartini ke hulu hilir di depan Bazlaa Aina dan sekali-sekala dia akan mengintai di tingkap rumahnya.Masa masih berbaki setengah jam lagi untuk dia menelefon Pa’an tapi dia tidak boleh bersabar lagi.
“Aku tak sedap hati ni..”Bisingnya lagi dan kali ini dia dapat menarik perhatian Bazlaa Aina.
“Hurm..kau telefonlah dia,aku pun risau juga ni.”Baru sahaja kakinya mahu melangkah ke almari,handphonenya sudah berdering.Laju sahaja dia menekan button hijau pabila melihat nama Pa’an yang tertera di skrin phone barunya itu.
“Korang…ambil aku..”Tidak sempat untuk dia memberi salam,dia sudah mendengar getaran sendu suara Pa’an yang meminta tolong.
“Kau dekat mana ni?”Menggelabah dibuatnya,dia memandang Bazlaa Aina yang sudah mula bangun dari duduknya,barangkali risau tatkala melihat wajah Hartini yang berkerut itu.
“Aku..aku dekat depan seven eleven Kampung Medan…”Wajahnya semakin berkerut,Kampung Medan?Dia buat apa dekat sana.
“Hilman mana?Hilman?”Pelik juga Hartini bila Pa’an menyuruh mengambilnya di Kampung Medan sedangkan tadi Hilman yang membawa dia.Jangan-jangan…astaghfirullah…
“Dia tinggalkan kau kan?”Tangisan kecil Pa’an menguatkan lagi firasatnya.
“Ya Allah…okay,kau tunggu dekat situ.Aku dengan Aina ambil kau.Tunggu tau…jangan pergi mana-mana.”Hartini bergegas masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan Bazlaa Aina yang tertanya-tanya.Dia juga masuk ke dalam bilik Bazlaa Aina dan mengambil tudung sahabatnya itu.Tiada masa untuk dia menerangkan kepada Bazlaa Aina.
“Nak pergi mana ni?Pa’an balik tak?”Tudung yang dihulurkan oleh Hartini membuatkan dia menjadi blurr,Hartini pula mencapai kunci keretanya yang disangkut di dinding belakang pintu rumah mereka.
“Boss aku tinggalkan Pa’an dekat Kampung Medan sorang-sorang..jom cepat.Aku dengar dia menangis tu,mesti something wrong happen dekat dia.Aku dah agak dah benda macam ni akan berlaku…dah jom.Kau kunci pintu rumah..cepat.”Tanpa berlengah,Bazlaa Aina turut bergegas mengikut arahan Hartini.Tidak dia menyangkakan yang Hilman akan bertindak sebegitu rupa.Bagaimanalah agaknya reaksi mereka bila melihat keadaan Pa’an sekarang ini,pasti mereka terkejut dan bertambah marah kepada Hilman.


Hartini meliarkan meluaskan pandangan matanya mencari kelibat Pa’an dari jauh.Signal diberikan ke sebelah kanan untuk memasuki bangunan itu.
“Tini..Tini…tu Pa’an…cepat-cepat.Ya Allah..”Bazlaa Aina sudah dapat melihat kelibat Pa’an yang terduduk di luar kedai itu dalam keadaan yang kesejukan.Dapat dia rasakan yang sahabatnya ini telah terluka hati dan perasaannya.
“Ye..ye..aku nampak.Sabar,ada motor melintas dekat depan tu.Takkan aku nak langgar je dia.”Hartini juga tidak sabar untuk menemui Pa’an tetapi dia harus mengikut undang-undang jalan raya demi keselamatan orang lain.Sesampai sahaja di depan kedai serbaneka dua puluh empat jam itu,Bazlaa Aina terus meluru keluar mendahului Hartini.
“Pa’an..”Nama sahabatnya itu dipanggil bila dia melihat Pa’an masih menunduk memeluk lutut tidak sedarkan kedatangan mereka.
“Aina…”Kepala diangkat,air mata tidak usah dikira berapa banyak yang mengalir.Beristighfar panjang Bazlaa Aina dan Hartini bila melihat keadaan Pa’an yang tidak sempurna seperti mula-mula dia keluar tadi.Lengannya luka,bibirnya pun luka manakala seluar leggingnya terkoyak dan lututnya turut luka.
“Ya Allah…apa dah jadi dengan kau ni?Siapa yang buat kau macam ni?”Hartini menghampiri Pa’an yang masih memeluk Bazlaa Aina,dia menmbaluti tubuh Pa’an menggunakan selendang yang ada didalam keretanya itu.Nasib baik petang tadi dia terlupa untuk membawa selendang itu masuk,rupa-rupanya ada sebab mengapa dia meninggalkan selendang tersebut.
“Aku tak syak orang lain Tini…ni mesti kerja si mangkuk tu.Huh…memang minta kakilah dia ni.”Wajah manis Bazlaa Aina sudah berubah merah.Bengang sungguh dia dengan sikap Hilman yang kurang ajar itu.
“Huh…dia tu manusia apa entah.Tak ada belas kasihan langsung.”Hartini bercekak pinggang di depan mereka berdua.
“Dahlah…jom kita balik dulu..”Bazlaa Aina memandang Hartini dan memberi isyarat mata kepada Pa’an dan Hartini memahami isyarat tersebut.
“Jom…”Mereka berdua memapah Pa’an yang sudah tidak bertenaga untuk berdiri itu bangun menuju ke kereta.Kebisuan Pa’an mengesahkan tekaan mereka berdua.Tak mengapa,balik nanti akan mereka korek cerita daripada Pa’an.Mereka takkan biarkan Pa’an berkurung sendirian.






p/s : ok..ni yg termampu ye...sambungan seterusnye da ade tp saje xnak upload ag..kasi gempak sikit yg ni ya.... yang next n3 lagi gempak...hahaha...rasenye2 korg boley agak kot...to readers,sorry la ye kalau masuk2 dekat blog ni still xde n3 baru..sye mmg akan upload jike cite tu da sye rase pnjang...lagipun ni pon gune wifi jiran sebelah rumah...hahaha...