Wednesday 25 September 2013

sumpah tak sama 33


Matanya terkebil-kebil memandang siling biliknya.Tidak enak berbaring terlentang,dia mengiring ke kiri,selepas itu dia akan berpusing ke sebelah kanan pula.Sudahnya dia bangun dan mendengus kuat.Hatinya runsing dan tidak tenang.Sekeliling bilik diperhatikan tanpa minat.Kenapa dia merasakan separuh jiwanya pergi bersama dengan isterinya itu.
“Apa dah kena dengan aku ni?Ish…serabut-serabut..”Terus dia bangun dari pembaringannya dan menyerabaikan rambutnya sendiri.Selepas itu dia meniup rambut yang menutupi dahinya kasar.
“Perempuan tu dah jampi aku agaknya.Haih..”Kali ini lengan kanannya diletakkan ke atas peha sebagai penongkat dagunya.
“Sepatutnya aku kena gembira sebab dia dah berambus dari rumah aku..lagipun lepas ni aku boleh kahwin dengan Annisa.Apa lagi yang aku nak?”Dia memang tidak faham dengan kehendak hatinya sekarang ini.Sejak kejadian petang tadi,dia terlalu teringatkan si isteri yang bagaikan sedang menari tango di hadapannya.
“Aku kena buat sesuatu ni,tak boleh jadi macam ni.”Dari menongkat dagu,tangan kanannya menumbuk tangan kirinya pula.Hilman macam orang sasau dan yang paling penting dia asyik terbayangkan kejadian petang tadi.Serentak dengan itu bibirnya diusap-usap berulang kali.
“Apa aku buat ni?Ya Allah…”Mulutnya ditampar pula berkali-kali marahkan diri sendiri yang begitu asyik mengingatkan kehangatan bibir Pa’an di saat menyentuh bibirnya.
“Asyik kau je yang muncul dalam kepala aku sekarang ni kenapa?Hailah otak…kenapalah sekarang ni kau dah mereng sangat,hah?Tolonglah keluarkan perempuan tu dari kepala otak aku ni.” Bentaknya lagi dengan mengetuk kepala pula.Sampai bila dia nak jadi angau macam ni pun dia tidak tahu.Sungguh,masa ni kepalanya lebih banyak teringatkan Pa’an daripada Annisa.Mengenangkan kekasih hatinya itu,dia terus mendail nombor telefon Annisa tetapi tidak berangkat.Bila dilihat jam di handphonenya barulah dia tahu yang Annisa sudah tidur masa ni.Mana tak tidurnya dah pukul dua setengah pagi.Dia je yang berjaga kerana angau.Esok tak tahulah macam mana dia mahu mengadap wajah si isteri.
“Ni semua kerja setanlah ni..menghasut kepala otak aku yang bukan-bukan.Astaghfirullahaladzim…syuh-syuh..nyah kau dari aku.”Lantas comforter ditarik menutupi seluruh badannya dan dia memaksa agar dirinya tidur.Esok nak kerja wei…



Pagi ini,Pa’an terasa sedikit tenang daripada semalam walaupun hakikatnya hari ini mesti dia akan berjumpa lagi dengan suaminya itu.Tetapi seperti yang dia katakana semalam,selepas ini hubungan mereka hanya sekadar bos dan pekerja sahaja.Tiada yang lebih.
“Fuh..aku boleh.Fighting!!”Terikut-ikut dengan drama korea,Pa’an memberikan semangat kepada dirinya sendiri,peristiwa semalam langsung dia tidak beritahu kepada sesiapa hatta Bazlaa Aina sekalipun.Hari ini dia menggayakan baju blouse labuh berwarna hitam bercorak bunga matahari kecil dan dipadankan dengan skirt kembang berwarna kuning plain.Setelah agak puas dengan penampilannya dia keluar dari bilik menuju ke dapur.Dilihatnya Bazlaa Aina sedang menyediakan roti bakar buat mereka.
“Roti je?”Sungutannya membuatkan Bazlaa Aina berpaling.
“Bersyukurlah dengan apa yang ada…”Balas Bazlaa Aina dengan geram.Memilih sangat.
“Memang aku bersyukur dengan apa yang ada tapi mana cukup aku breakfast banyak macam ni..tak kenyanglah.Kau pernah dengar tak tentang cara permakanan kita yang sepatutnya.Breakfast like a queen,lunch like a princess and dinner like a pauper.So…kita kena makan banyak waktu pagi untuk mulakan hari kita.”Diambilnya sekeping roti yang siap dibakar,lalu disapukan planta dan disalutkan pula dengan kaya di atasnya.
“Yelah aku tahu…tapi mana sempat nak masak.Kalau kau  nak sangat nanti kita stop kejap dekat gerai mek tu..beli nasi lemak dia.Aku pun teringin nak makan nasi dagang ni.”Bazlaa Aina menghulurkan secawan Milo kepada Pa’an.
“Cantik…thanks…Tini mana?”Dicari kelibat sahabatnya seorang lagi tetapi tiada pula.
“Dia memerut dalam tandaslah…biasalah dia pagi-pagi ni.”Tersengih Pa’an mendengarnya.
“Eh..awal lagi ni,aku pergi beli sendirilah nasi lemak tu.Sempat lagi kalau nak makan kat rumah ni.Kau nak nasi dagangkan?Nanti bila si Tini tu dah siap memerut,kau tanya dia nak makan apa,lepas tu teks aku ya.Aku bawa phone ni…”Bergegas dia bangun dan masuk ke dalam bilik untuk mencari pursenya.Seketika dia keluar terdengar Bazlaa Aina memanggilnya.
“Hati-hati Pa’an…”Dia mengangkat tangan sahaja,perut dia mana boleh tahan makan pagi dengan roti sahaja.
“Pa’an mana?”Dalam lapan minit Pa’an pergi,Hartini sudah keluar dari toilet.
“Dia pergi beli nasi lemak.Ha..dia tanya kau nak makan apa?”Bazlaa Aina memegang handphonenya bersedia untuk menghantar mesej kepada Pa’an.
“Kau suruh dia beli mee gorenglah..tambah sambal tau.Aku nak pakai tudung kejap..”Pantas sahaja Bazlaa Aina menghantar mesej kepada sahabatnya itu.



“Assalamualaikum mek…”Ramah sahaja Pa’an menegur mak cik yang menjual nasi lemak itu.Nasi lemak mek ni memang sedap,ramai customer yang datang beli dengan dia tidak kira bangsa,semua ada.
“Waalaikumsalam…hah Pa’an.Dah lama tak datang gerai mek ni..mek ingat Pa’an dah tak suka nasi lemak mek ni.”Tertawa Pa’an mendengarnya.
“Tak adalah mek…sebelum-sebelum ni Pa’an selalu masak dekat rumah je.”Pa’an menjawab dengan berlapik,takkan dia nak beritahu mek yang dia bersarapan di rumah suaminya sedangkan mek tahu yang dia masih belum berkahwin,sibuk sangat nak kenenkan dia dengan anak bujangnya yang kerja di Sarawak tu.
“Yelah tu…Pa’an nak apa?Macam biasalah ya..buat sendiri,mek sorang je hari ni.Milah sakit pula.”Terang mek yang kelam-kabut melayan customer tetapnya yang lain.
“Alah kesiannya mek..yelah.Pa’an buat sendiri ya.Nak tolong mek pun Pa’an nak kena cepat ni..”Sambil bercakap,tangannya sibuk mencari polisterin dan mencedok nasi lemak ke dalamnya.
“Alah…mek tak suruh Pa’an tolong pun.Tolong diri sendiri sudah…”Tertawa Pa’an dengan telatah mek yang menghiburkan itu.Orangnya terlalu ramah dan baik hati.
“Ada-ada je mek ni…”Dia menggelengkan kepala,setelah itu diambilnya kertas pembungkus makanan untuk membungkus mee goreng yang dipesan oleh Hartini.
“Nasi lemak ni satu ya cik…”Kedengaran satu suara menyeru ke arahnya.’Dia ni ingat aku ni jual nasi lemak dekat sini ke?Tak nampak ke orang dah pakai cantik-cantik ni?Agak-agaklah…’Sewaktu dia mengangkat wajahnya,pemilik suara itu bagaikan terkedu dan ralit memandangnya.
“Mek…semua ni berapa?”Pa’an menjeling lelaki tersebut dan mencuit bahu mek.Dia mahu cepat.
“Tujuh ringgit je..”Pa’an menghulurkan not sepuluh ringgit dan diserahkan kepada mek.Baki yang mahu dipulangkan ditolaknya.
“Takpe mek…sedekah.Ni mek…ada customer nak nasi lemak.Balik dulu ye mek..”Selepas menerima anggukan dari mek yang tengah sibuk itu,terus sahaja Pa’an berlalu pergi.Ikutkan hati mahu sahaja dia menolong mek membungkuskan nasi lemak untuk lelaki itu.Setakat satu je tak susah manapun,cuma apa yang dia tidak sukakan bila lelaki itu ralit merenungnya tanpa kelip.Lemas dan rimas dibuatnya.



Ilham terkedu seketika melihat wajah yang dipanggilnya itu.Wajah itulah yang telah menganggu lenanya malam tadi.Ralitnya dia memandang sehingga tidak sedar yang si gadis sudah tiada lagi di situ.
“Adik ni nak apa?”Bagai tersentak dari lamunan,Ilham tercari-cari si gadis itu.
“Cari siapa?”Wanita tua itu bertanya lagi.
“Eh..tak ada apalah…nasi lemak satu ya mak cik.Nak ayam masak merah bahagian peha ya.”Dia menggarukan kepalanya,sekilas dia berpaling ke belakang dan dilihatnya si gadis berbaju kuning itu sudah menjauh darinya.Tak ada rezekilah untuk dia berjumpa lagi dengan gadis berani itu sebab lepas ni dia akan terus balik ke Kuantan.



Hilman bagaikan cacing kepanasan di dalam officenya.Segala tingkahnya bagaikan serba tidak kena pagi ini selagi dia tidak melihat kelibat Pa’an di companynya.
“Leeya…please bring me a cup of coffee.”Dia menjengulkan kepalanya di muka pintu bukanlah hanya semata-mata untuk menyuruh Aleeya Nasuha buatkannya kopi.Niatnya hanya untuk melihat si isteri samada sudah masuk kerja atau belum.
“Now?”Aleeya Nasuha bertanya pula barangkali pelik dengan sikap bosnya yang lain macam ini.Selalunya kalau di company lama mereka,Hilman hanya memanggilnya dengan menggunakan intercom sahaja.Tak pernah dia buang tabiat keluar macam tu sekali.
“Yup..by the way,lepas ni you tolong panggilkan Mr.Kumar ya,ada benda yang I nak discuss dengan dia.”Sambil bercakap,matanya melilau mencari Pa’an dan hatinya kelegaan tatkala melihat Pa’an sudah masuk bersama dengan Hartini.Isterinya itu riang bergelak ketawa dengan Hartini namun ketawa Pa’an mati bila mana mereka bertentang mata.
“Ehem..tolong cepat sikit ya.”Tidak tahan dengan panahan mata Pa’an yang tajam disertakan dengan bayangan bibir Pa’an itu,Hilman terus menutup pintu biliknya sehingga mengundang kehairanan di wajah Aleeya Nasuha.
“Pervert!!!”Bentak Pa’an dalam diam.Dia cuba berlagak biasa,pagi tadi elok sahaja moodnya untuk bekerja namun moodnya menjadi terbalik pula setelah orang pertama yang dia nampak di company ini ialah Hilman.Macam manalah dia nak bekerja dengan lebih lama di sini sedangkan baru sehari pun dia dah tak boleh tahan.
“Farhana…”Pa’an pantas berpaling memandang orang yang sedang memanggilnya itu,terus sahaja senyumannya terukir melihat susuk tubuh lelaki itu.Nampak sangat mulut panggil namanya tapi mata pandang kawan sebelahnya ini.Hartini pula buat-buat tak tahu.’Eleh…dua-dua dah suka sama suka tapi tak nak mengaku…aku jugak yang jadi mangsa.’Pa’an sudah tersengih-sengih melihat gelagat keduanya itu.
“Ada apa En.Hairi?Ni nak tegur saya ke member sebelah saya ni?”Satu cubitan hinggap di lengannya membuatkan dia bertambah galak tersengih.Hairi pula sudah terpegang-pegang lehernya.Malu agaknya sebab Pa’an tengok mukanya pun dah kemerahan sedikit.
“Ish..apa pula.Kan En.Hairi panggil nama kau tadi.Merepek jelah kau ni…dahlah aku nak buat kerja aku.Bye..”Hartini berlalu pergi,malu dengan usikan Pa’an yang entah betul atau tidak itu.Sememangnya dia ada perasaan suka kepada Hairi namun dia sedar siapa dirinya ini dan lagipun Hairi langsung tak tunjuk minat kepadanya sebaliknya Hairi selalu bertanyakan tentang Pa’an.Terlihat oleh Pa’an sedikit kekecewaan di muka Hairi.
“Suka cakap suka En.Hairi..jangan main tarik tali macam ni.Bertanyakan tentang saya tapi sebenarnya sukakan orang lain.Stop playing others feeling En.Hairi..saya tahu En.Hairi sukakan kawan saya tu.Tak salah kalau En.Hairi berterus-terang dengan dia..”Pa’an berpeluk tubuh dan berwajah serius membuatkan Hairi tidak tertelan air liur dibuatnya.Bagi Pa’an pula mahu tergelak dia melihat wajah takut ketuanya ini.
“Erk..nampak sangat ke?”Tergaru-garu pula Hairi ini.
“Lah…memang terlebih nampak En.Hairi..saya ni tak buta lagi.Please..terus-terang okay..”Pa’an berusaha lagi untuk mengetahui perasaan sebenar ketuanya itu.
“Tapi saya takut dia tolak…”Perlahan sahaja Hairi berbisik dekat dengan Pa’an.Kata-kata itu mengundang tawa kecil oleh Pa’an.’Yes..dia dah mengaku..kalaulah Tini ada ni mesti blushing gila dia.Hahaha…aku boleh jadi matchmaker ni..lepas ni Aina pula..hehehe’Girang benar hati Pa’an di saat ini.
“Don’t worry En.Hairi…saya tahu mesti dia suka punya.Believe me…”Pa’an menepuk dadanya tanda dia bersungguh.
“Itu yang saya takutkan tu.”Berkerut dahi Pa’an mendengarnya.
“Hah…apa maksud En.Hairi?”
“Yelah…susah saya nak percayakan awak ni.”Geram pula Pa’an melihat Hairi tersengih mengenakan dia.
“Ceh..ingatkan apalah tadi..kali ni betul punya…cayalah..”Bukan main bersungguh lagi Pa’an mahu mendekatkan lagi hubungan antara Hartini dan Hairi.Yang penting kali ni,jangan gunakan nama dia sebagai alasan untuk bercakap dengan Hartini lagi.Dia dah naik menyampah pula bila Hartini tak habis-habis kata Hairi sukakan dia padahal sebaliknya.
“Okay…kalau macam tu nanti awak tolong saya ya..saya sebenarnya segan.Hehe..saya pergi dulu ya.Sebelum tu nah..ni usul awak semalam,baiki yang mana saya dah tandakan tu..lepas tu terus submit dekat bos besar ya.Good luck..”Mencuka wajah Pa’an di saat Hairi menyerahkan fail biru itu ditangannya.Bengang bukan sebab dia kena betulkan semula usul tu tetapi dia bengang sebab nak kena mengadap muka suaminya nanti.
“Huh..yelah..yelah…”Pa’an berlalu ke tempat duduknya dengan wajah membengis,takut pula Emy dan Naim nak menegurnya.

Dalam bilik pula,Hilman bagaikan mahu meletup melihat aksi gelak ketawa antara Pa’an dengan Hairi tadi,selepas dia meminta kopi dari Aleeya Nasuha sebentar tadi,dia mengintai isterinya itu di sebalik langsir tingkap biliknya dan ternyata,hatinya menjadi panas melihat Pa’an yang gembira bergelak ketawa di samping lelaki lain sedangkan dengan dia bukan main masam lagi.
“Hai Man..your coffe here..anything else?”Aleeya Nasuha bertanya kepada bosnya yang masih membisu itu.
“Nothing..Leeya,you may go know..”Aleeya patuh dengan arahan bosnya itu.Tanpa menunggu lama,Aleeya Nasuha terus keluar dari meihat lelaki idamannya itu terus termenung,buang masa dia je.Dalam asyik dia termenung,handphonenya berbunyi dan nama Annisa naik.
“Assalamualaikum abang..”Begitu lunak suara Annisa memberi salam namun ianya bagai sudah tiada makna buat diri Hilman lagi sekarang.Dia rasa hatinya semacam sudah hilang.
“Waalaikumsalam…ada apa Nisa call abang ni?”Hilman membetulkan duduknya.
“Amboi..macam tak bagi Nisa call je ni?Sebenarnya Nisa nak beritahu abang sesuatu ni…semalam mama abang ada call Nisa tanya betul ke Nisa sanggup kahwin dengan abang?”Terbeliak biji mata Hilman mendengar ayat yang diungkapkan oleh kekasih kesayangannya itu.
“So..mama cakap apa dengan sayang?Mama marah-marah ke?”Nak juga Hilman tahu apa yang mamanya cakapkan kepada Annisa.
“Tak ada apalah bang…mama cuma tanya je.Dia kata kalau boleh biarlah Nisa bermadu je dengan Pa’an dari abang bercerai dengan dia..tapi nak buat macam mana,abang dah lafaz cerai taklik dekat dia..mama abang redha katanya.Nampak sangat mama abang sayangkan Pa’an tu lebih dari Nisa kan?Dengan Nisa dulu tak ada pun mama abang beria macam tu.”Suara Annisa kedengaran seperti merajuk.
“Mama cakap macam tu?”Sungguh Hilman tidak sangka mamanya akan menelefon Annisa,itu belum papanya masuk campur lagi.
“A’ah…mama abang cakap kalau boleh biarlah sampai Pa’an tu bersalin dulu..nak je Nisa cakap dekat mama abang hal yang sebenarnya tapi Nisa ingat janji Nisa dengan abang dulu..”Terdengar keluhan Hilman di telinga Annisa,dia pasti yang kekasihnya itu sedang marah walhal hati kekasihnya ini sedang berbelah bahagi antara dia dan isterinya.
“Nisa jangan beritahu mama…biar mama sendiri yang tahu hal ni…”Agak pelik Annisa dengan sikap Hilman sekarang ini dan dia sebenarnya ingin tahu kenapa Hilman beria-ia sangat merahsiakan perkara ini dari keluarganya.
“Ikut suka abanglah…Nisa nak beritahu ni yang family Nisa dah tahu yang kita nak kahwin..diorang nak jumpa abang dulu..abang bersedialah menjawab dengan ayah dan mak..”Kusut Hilman dibuatnya,satu hal lagi yang mana dia perlu menjawab dengan keluarga Annisa membuatkan dia hilang arah.
“Okaylah bang…Nisa banyak kerja ni..assalamualaikum…”Annisa seakan berjauh hati dengan kekasih hatinya itu manakala Hilman pula pening memikirkan apa yang patut dia buat selepas ini.Hendak meyakinkan keluarga Annisa teramatlah payah kerana ayah Annisa tu merupakan guru silat di kampung mereka.Maunya dia patah riuk dikerjakan oleh ayah Annisa nanti.


Bagaikan orang yang tak pernah masuk Bandar,Farah Fariha seperti mengalami kejutan budaya di Kuala Lumpur ini.Sejak dia lari dari kampung Nek Langnya tempoh hari,pemakaiannya semakin berubah.Kalau dulu dia hanya berani berpakaian ketat-ketat sahaja,sekarang ini dia sudah berani memakai skirt pendek paras peha dan tiub sahaja.Kalau ada Nek Lang yang menegurnya namun di sini dia bebas melakukan apa yang dia suka.
Dia memerhatikan manusia-manusia di sekelilingnya yang sedang asyik berpesta dan bersuka ria.Kelihatan Zura bahagia bergelak tawa dipeluk oleh seorang lelaki tua yang berperut boroi dan berkepala botak.Sesaat dia mencebirkan bibirnya,bukan dia meluat tetapi dia tahu Zura berpura-pura hanya untuk mendapatkan tips yang lebih.Air coke ditangan diminumnya seteguk,malam ini entah kenapa dia tidak teringin untuk meneguk air kencing syaitan itu sedangkan seminggu sebelum ini,itulah minuman yang menjadi kesukaannya ketika sedang bekerja.Masih terbayang di matanya sewaktu kali pertama dia menjejakkan kakinya di pub itu,terbeliak biji matanya dan segala maki hamun keluar memarahi Zura yang menipu dirinya.Dia tiada pilihan lain melainkan mengikuti Zura kerana sahabatnya itu telah mengugut untuk membocorkan rahsianya dengan bekas kekasihnya dahulu yang mereka sudah banyak kali terlanjur tanpa pengetahuan orang tua mereka.Sungguh pandai Zura menghasut dan mengugutnya,dan sekarang dia tersepit samada mahu pulang ke kampung dengan maki hamun oleh Nek Lang,abah dan emaknya ataupun kerja sahaja di pub ini asalkan rahsianya terselamat.Seketika lamunannya terhenti bila merasakan lengannya yang terdedah di pegang oleh seseorang yang bertangan kasar.
“Hai sayang..why are you here?”Lelaki tersebut bertanya kepada Farah Fariha lalu duduk di sebelah wanita cantik itu.
“Saja…bosan.”Moodnya yang hilang tadi kembali bersemangat bila mana lelaki yang menegurnya ini sangat kacak dan kelihatan kaya.Terkebil-kebil biji matanya memandang lelaki yang sedang tersenyum di hadapannya ini.
“Ooo..hai…I’m Zack..you?”Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Farah Fariha.Sudah lama dia memerhatikan wanita cantik disebelahnya ini.Sengaja dia menunggu masa yang sesuai untuk menegur.
“Hai…Farah..”Farah Fariha menyahut tangan itu.
“Sorry..again!”Akibat bunyi muzik yang kuat di dalam pub itu membuatkan Zack tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Farah Fariha.Wanita cantik itu tersenyum dan itu membuatkan Zack merasa bangga bila ramai lelaki yang melihatnya,cemburu.
“I’m Farah…”Kali ini dikuatkan sedikit suaranya,Farah Fariha agak tergedik sedikit bila melihat lelaki kacak didepannya.mana tidaknya,sepanjang seminggu dia bekerja sebelum ini,dia terpaksa melayan lelaki-lelaki tua dan mamat-mamat cikai sahaja.Bosan.
“Nice name..you pun cantik.”Tangan Farah tidak dilepaskannya,sengaja dia mahu menggenggam tangan itu lama-lama dan Farah pun tidak berniat untuk melepaskan tangannya.
“Thanks…”Tersipu-sipu Farah kerana malu.Pandangan mata Zack sudah meliar ke segenap badan Farah yang terdedah itu.Asyik benar matanya menatap ke arah lurah dada Farah yang terdedah luas.Mahu tak tertelan air liurnya melihat kulit gebu itu.
“Jom menari?”Zack mencuba nasib.
“Sorry…I tak ada mood nak menari.”Wajah cantiknya berubah keruh tiba-tiba.
“Why?Syok apa dapat menari,boleh peluk-peluk..”Tanpa berselindung,Zack menyuarakan suara hatinya manakala Farah hanya tersenyum kerana dia sudah biasa dengan semua itu.
“Not now…”Farah sebenarnya mahu menari dengan lelaki kacak seperti Zack namun dia benar-benar tiada mood hari ini.
“Okay..you period ya?”Tembakan Zack sememangnya tepat,hari ini merupakan hari pertamanya,sebab itulah dia tiada mood untuk berbuat apa-apa.Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya.
“Ah…rugilah I..”Berkerut dahi Farah cuba memahami maksud tersirat Zack itu.
“Excuse me…”Zack tersengih miang dan Farah sudah boleh mengagak maksud sengihan itu.
“Lelaki…tak pernah fikir benda lain kalau jumpa dengan perempuan.”Farah menjeling manja,kalau dengan lelaki lain sudah pasti dimakinya kaw-kaw tetapi dengan Zack,seperti tidak mampu untuk dia menolaknya.Dan sedikit kekesalan dalam dirinya kerana period pada hari ini.Bodohkan manusia bernama Farah Fariha ni.
“Nak buat macam mana…you ni hot sangat..sampai I pun naik hot.”Zack mencuit pipi Farah selamba membuatkan dia tersipu-sipu sekali lagi.Ah..hatinya seakan-akan jatuh cinta dengan lelaki yang baru dikenalinya tak sampai sepuluh minit ini.Agaknya lelaki di Kuala Lumpur ni semuanya bermulut manis,pandai mengayat perempuan.
“Sudahlah you…”Farah meneguk lagi air cokenya.
“Betul..youlah perempuan yang paling cantik yang pernah I jumpa dekat pub ni.”Memang betul,sepanjang Zack bertandang di pub ini,inilah kali pertama dia berjumpa dengan wanita secantik Farah.
“Tipulah..”Digoncang-goncangkan gelasnya manakala Zack sudah tahu perangkapnya mengena.
“Betul..kalau you tak percaya,jom tanya kawan-kawan I..tu mereka kat sana.”Zack menuding jarinya ke arah sahabat-sahabatnya yang sedang bergembira itu.Farah berpaling dan melihat teman-teman Zack sedang melambai kepadanya.Ada dua orang lelaki dan empat orang perempuan.Dibalasnya lambaian itu dengan rendah dan senyuman.
“Tak payahlah…segan.”Zack tertawa kecil dan itu membuatkan Farah terkesima memerhatikan wajah kacak ini.Sungguh,lelaki ini lebih handsome dari bekas-bekas kekasihnya dan yang semestinya lagi handsome daripada Hilman.Terus senyumannya mati bila teringatkan lelaki itu,langsung dia tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Zack sekarang ini.
“Look…you termenung lagi.Hallo si cantik…”Dengan selambanya Zack mencium pipi Farah untuk mematikan lamunannya.Terkejut Farah tatkala menerima ciuman dari lelaki yang baru dikenalinya itu namun tidak pula dia marah.
“Lembutnya pipi you..gebu,,nak sekali lagi boleh?”Kali ini Farah menepis muka Zack yang mendekat.
“Lagi sekali you mengelamun..dekat tempat lain pula I kiss..”Tersengih-sengih Zack melihat Farah yang menjengilkan matanya.
“Gatal..”Bukannya marah tetapi Farah turut ketawa bersama Zack.Sungguh seronok mereka berborak sampaikan akhirnya Farah bersetuju untuk menari dengan Zack.Alangkah gembira dan bangganya Zack bila dapat menari dan memeluk wanita tercantik seperti Farah di pub itu.Dari jauh,Zura memandang menyampah dengan Farah.Dia membawa Farah ke pub itu kerana telah berjanji untuk membawa seseorang sebagai ganti hutangnya dan dia memilih Farah kerana kawannya itu senang terpengaruh.Dia sudah lama meminati Zack dan banyak kali cuba menawan hati lelaki itu namun Zack hanya melayannya biasa-biasa sahaja,tiada lebih seperti Farah.Sedikit sebanyak api cemburu menguasai dirinya.


 Annisa merengus geram tatkala teringatkan perbualan telefon antara dia dan buah hatinya sebentar tadi,geram dengan sikap Hilman yang sekarang ini seperti berdolak-dalik dengannya.Kata mahu berkahwin dengannya tetapi bila dia menyuruh Hilman berjumpa dengan kedua orang tuanya dan berterus-terang tentang apa yang telah terjadi,Hilman menyuruhnya menunggu.
“Nak kena tunggu sampai bila bang?Sampai si Pa’an tu bersalin?Abang juga yang cakap dia tak mengandung,jadi macam mana nak kena tunggu dia bersalin pula?Abang jangan main-main bang..”Berasap telinga Annisa di saat itu.Patung teddy bear yang dihadiahi oleh Hilman itu dipeluknya kemas.
“Bukan macam tu maksud abang…”Suara Hilman kedengaran agak serabut bagi Annisa tetapi dia tidak peduli,yang penting Hilman kena berjumpa dengan keluarganya.Bukannya jauh pun,berjiran je dekat kampung tu.
“Habis tu macam mana?Abang juga yang cakap nak bercerai dengan dia bila kita dah nikah.Selagi kita tak bernikah macam mana abang nak ceraikan dia?”Kadang-kala Hilman merasakan Annisa ni mendesak juga orangnya namun dulu tidak pula gadis kesayangannya seperti ini.Mungkin faktor usia agaknya.
“Memang..tapi kita tunggu masa yang sesuai ya..”Hilman mencari alasan,kalau dulu dia terasa beria-ia mahu berpisah dengan Pa’an tetapi sekarang ini bagai ada sesuatu yang menghalangnya,mungkin kisah lama mereka yang menjadikan dia takut untuk bercerai.Mungkin.
“Masa?Sampai bila bang?Kalau ikut jangkaan,bulan depan sepatutnya si Pa’an tu bersalin.Abang nak menipu lagi ke?Abang dah tak sayangkan Nisa lagi ya?”Mendengar suara lirih Annisa itu membuatkan Hilman serba-salah dan hilang arah.Sungguh dia sayangkan perempuan itu tetapi dirasakan sayang itu semakin lama semakin pudar.
“Macam nilah…minggu depan abang balik kampung.Kita settlekan masalah ni…tapi kalau boleh abang nak Nisa rahsiakan dulu perkara ni dari mak abah Nisa ya..biar abang yang beritahu.”Akhirnya barulah Annisa berpuas hati walaupun dirasakannya Hilman bukan seperti dahulu.
“Okay…minggu depan kita jumpa dekat kampung.”Tanpa menunggu lama,Annisa mematikan panggilan telefonnya.Puas hati dia bila dapat memaksa Hilman sebegitu,semenjak perkahwinan mereka tidak jadi enam bulan yang lalu,hidupnya semakin tertekan.Terpaksa hidup mendengar cemuhan dan umpatan orang ramai walaupun dirinya tidak bersalah.Atas perbuatan Pa’an itu seluruh keluarganya mendapat malu dan yang paling menyedihkan abahnya terus jatuh sakit sehari selepas itu.Nasib baiklah tidak teruk sampai memudaratkan,barangkali terkejut dengan berita bakal menantu kesayangannya buat hal.


Kepalanya dipanggung,apa yang perlu dia buat sekarang ni.Jika dulu dia seakan yakin untuk bertemu dengan kedua ibu bapa Annisa tetapi sekarang dia tidak pasti.Apa yang penting hatinya menjadi tidak sedap untuk menghadapi semua ini.
“Kenapa aku perlu rasa macam ni hah?Bukan ke ini yang aku nak?Aku cintakan Annisa tapi kenapa sekarang ni mesti perempuan tu yang muncul dalam kepala otak aku?”Semenjak kes tempoh hari,beginilah keadaan dia sehingga dia terpaksa minta cuti supaya tidak melihat wajah Pa’an buat sementara waktu tetapi sebaliknya yang terjadi,jiwanya meronta-ronta untuk berjumpa dengan Pa’an.Dalam dia sibuk mengelamun,handpphonenya berbunyi hebat.
“Ah..bisinglah,siapa yang sibuk mengacau aku ni?”Dengan malasnya Hilman mengambil phonenya tanpa melihat siapa pemanggil tersebut.
“Hello…”Kasar sahaja bahasa yang digunakan.
“Hello bro..amboi garang nampak.”Berkerut dahi Hilman mendengar suara yang menegurnya itu.Sekilas dia melihat skrin telefonnya.Kali ini senyuman terbit di bibirnya.
“Woi…sorry bro aku tak tengok nama kau tadi.”Hilman bangun dari duduknya dan menuju ke dapur.Peti ais dibuka dan dikeluarkan fresh orange marigold.Dicapainya pula gelas yang berada di sebelah peti ais lalu menuangkan air itu.Diteguknya seteguk.
“Tension je aku dengar suara kau tadi.Aku ingat kau marahkan aku.”Hilman meletakkan semula fresh orange itu dan kembali ke ruang tamu.
“Sorrylah..kepala aku tengah berserabut sekarang ni.Kau dekat mana ni Han?”Hilman bertanya kepada kawan sekolahnya dahulu,Raihan.Antara Faiq,Raihan dan Zamil,Raihanlah sahabat yang paling rapat dengannya.
“Aku tengah lepak dengan Zamil dan Faiq..jomlah bro,lepak sekali dengan kitorang.”Raihan mengajak sahabatnya itu untuk berjumpa.Sudah lama mereka tidak berjumpa,kali terakhir mereka bertemu adalah semasa dia berkahwin dahulu.Masing-masing bekerja di tempat lain.Raihan bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat besar di Melaka.Faiq pula sebagai inspector polis yang bertugas di Kemaman,Terengganu dan Zamil usahawan muda yang baru nak naik.
“Woi…nak gather-gather tak nak beritahu aku.Bila korang naik KL ni hah?”Bersemangat pula Hilman untuk bertemu dengan mereka bertiga.
“Alah..kitorang baru sampai petang tadi.Sekarang ni kitorang lepak dekat Sunway bro..jomlah.”Kedengaran Suara Faiq memekik dari belakang.Hilman melihat jam ditangannya sudah menunjukkan pukul sembilan setengah malam,terasa malas pula untuk dia keluar.
“Alah..malaslah aku nak keluar.Korang stay mana malam ni?”Hilman bertanya kepada mereka.Difikirkan dia bekerja esok terpaksalah dia membatalkan hasratnya itu.
“Ingat nak sewa hotel je dekat sini.”
“Tak payah…apa kata korang datang rumah aku.Tidur sini..boleh kita borak panjang-panjang.”Hilman memberikan cadangan.Lagipun dia terasa rumahnya ini kosong.
“Ha..bini kau tak marah ke bro?”Faiq bertanya sambil mengekeh ketawa.Sejenak Hilman terdiam.
“Ah..dia bukannya ada dekat rumah ni.”
“Wow…dia pergi mana bro?Ni cerita menarik ni..kena dengar ni.Confirm kitorang pergi rumah kau.”Laju sahaja Faiq bersetuju.Teruja benar dia mahu mendengar cerita tentang Hilman dan Pa’an.
“Kira jadilah ni..kalau jadi aku nak keluar kejap ni.Nak beli jajan-jajan untuk kita mengunyah malam ni.Amacam,okay?”Soal Hilman girang.
“Cantik….”Terdengar pekikan ketiga sahabatnya itu sehingga dia terpaksa menjauhkan handphonenya dari telinga.Habis berborak,pantas sahaja dia naik ke bilik untuk menukar seluar.Sempat rasanya untuk dia pergi ke Mymydin untuk membeli jajan.Selalunya kedai itu tutup dalam pukul sebelas.Sekarang baru pukul sembilan empat puluh malam.
 Gembira bukan main Hilman menyambut kedatangan ketiga-tiga sahabatnya itu.Seronok bila dapat berjumpa dan bercerita sehingga pukul empat pagi.
“Korang ni apa cerita datang KL mengejut macam ni?”Dia mencampakkan sehelai tuala mandi kepada Raihan.
“Bukan mengejutlah..kitorang dah lama merancang nak turun KL ni.Saja nak bagi kejutan dekat kau.”Faiq mengangkat keningnya kepada Zamil yang tersenyum panjang itu.
“Kejutan hotak kau…haha..”
“Aku ada seminar keusahawanan esok dekat Hotel Shangri-La..dah alang-alang tukan,aku saja ajak budak dua orang ni.Tak sangka pulak diorang nak join datang KL ni.”Zamil bercerita perkara yang sebenar.
“Okay..kau memang aku faham sangatlah,ada seminar.Ni yang akauntan kita dengan abang polis kita ni tak kerja ke esok?”Segelas air pepsi diteguknya rakus.Bersepah kulit kacang dimakan mereka.Seketika dia tersenyum tatkala teringatkan isterinya yang pernah membebel jika dia membuat sepah diruangan tamu mereka.’Ah..kenapa pula aku teringatkan dia sekarang ni?’
“Aku apply cutilah…bosan dah aku hari-hari nak kena mengadap nombor je.Serabut kepala otak aku ni.Lagipun apa salahnyakan minta cuti emergency macam ni.Hahahaha…”Suka sangat Raihan bercerita.
“Aku pula kena tukar cawangan dekat Bukit Aman Rabu ni.Saja je aku datang awal.”
“Serius?Wah..naik pangkat ke ni?”Hilman menepuk bahu sahabatnya itu.
“Naik pangkat apanya,aku kena tukar sebab kena gantikan orang lainlah.Tapi aku no hal je sebab bosanlah dekat Kemaman tu.Apa yang ada?Hurm..”Terkekeh Hilman mengetawakan Faiq,tahu sangat dengan sikap Faiq yang suka berhibur itu.
“Yalah kau tu..aku tahu sangat perangai kau.Ni mesti ada sebab lain kenapa kau kena transfer kan?”Menyengih sahaja Faiq bila tebakan Zamil mengena.Mana dia boleh beritahu mereka bertiga atas sebab apa dia kena ditukarkan.
“Haha..pandai-pandai je kau.”Kulit kacang dibaling kepada Zamil.
“Hah..mana bini kau?Dari tadi kitorang tak nampak pun.”Meliar mata ketiga mereka bila mendengar Zamil bertanyakan tentang Pa’an.Teruja juga untuk mereka berjumpa dengan isteri kawan mereka itu.
“Kau lupa ke?Kan aku dah cakap tadi yang dia tak ada.”Wajah ceria Hilman semakin mengendur bila Zamil bertanya pasal isterinya itu.
“Haha…ye ke?Aku lupalah..teruja sangat nak jumpa dengan dia ni.Dah lama tak jumpa kan…”Melihat wajah Hilman yang serius membuatkan Zamil seakan kaget.
“Kau jangan cakap yang kau dengan dia dah berpisah?”Raihan menunding jari kepada Hilman.Lambat-lambat Hilman mengeluarkan sebuat keluhan yang membuatkan mereka bertiga tidak sabar untuk mendengar.
“Not yet but soon..”
“Apa maksud kau tu?”Faiq mendekatkan dirinya kepada Hilman.Tidak sabar untuk mendengar cerita selanjutnya.
“Aku akan bercerai dengan dia lepas aku bernikah dengan Annisa.”Terkejut ketiga mereka dan yang paling terkejut adalah Raihan sendiri.
“Weh…kau masih berhubungan dengan Annisa lagi ke?”Geram sungguh dia melihat anggukan kepala Hilman yang agak lambat itu.Entah kenapa dia terasa bengang.Ada sesuatu yang dirahsiakannya.
“Yup..”
“Kenapa kau buat macam tu?”Tanya Raihan lagi.
“Because I love her.She is my first love and the only one that I should married.”Tegas ayat yang dituturkannya di saat mendengar suara Raihan yang semakin meninggi.
“Isteri kau?”Pandangannya terarah kepada Zamil yang bertanya.
“Lantak dialah..”
“Tapi kau tahu tak kesian dekat Pa’an tu..”Belum habis ayat yang diucapkan Faiq,Hilman membantah.
“Kenapa nak kesiankan dia pula?Sepatutnya korang bertiga kena kesiankan aku sebab jadi mangsa keadaan dia.Sepatutnya aku dengan Annisa dah bahagia sekarang ni.memang patut pun aku buat dia macam tu..”Terasa puas Hilman disaat meluahkan hatinya yang membengkak selama ini.
“Aku percaya dia takkan buat semua ni kalau bukan kejadian dekat rumah kau dulu.”Terasa mahu ditumbuk sahaja muka Raihan yang sedang memandangnya itu.Dirasakan Raihan beria-ia memarahinya sekarang ini.
“Kau kenapa nak sebelahkan perempuan tu hah?Bukan aku yang buat semua tu.Dia yang bubuh ubat tidur dalam air sunquick tu.Kau jangan nak salahkan aku kalau kau sendiri tak ada bukti.”Terus dia bangun dari duduknya.Faiq dan Zamil sudah sama berdiri dan cuba menenangkan Hilman dari terus mengamuk.
“Sorry bro..aku tak bermaksud nak buat kau marah.Sorry okay…”Raihan berusaha untuk mengawal emosinya kerana dia tahu jika Hilman mengamuk,teruk nanti dia akan dikerjakan.
“Lagi sekali kau ungkit pasal benda tu,aku tak teragak-agak nak tumbuk kau walaupun kau kawan baik aku sendiri.Ingat tu?”Melihat anggukan Raihan dan wajah pucat ketiga mereka,terus sahaja dia beristighfar dan kembali duduk.Suasana senyap seketika.Masing-masing takut untuk menegur.
“Aku minta maaf..”Raihan memberanikan dirinya untuk bersuara.
“Dahlah…aku malas nak ingat benda tu.Kita jumpa ni nak bergembira,bukannya nak bergaduh pasal perempuan tak siap tu.Dahlah..dah pukul empat dah ni,aku nak tidur dulu.Esok aku kerja.”Hilman bangun dan diikuti oleh mereka bertiga.
“Korang tidurlah dekat bilik tamu yang ada.Kalau nak tidur dengan aku pun boleh.Haha..”Tersengih mereka bertiga mendengar lawak Hilman itu.
“Tak naklah aku..aku lebih rela tidur dekat ruang tamu ni dari tidur dengan kau.Bahaya…”Meledak kembali ketawa mereka berempat.
“Siot…aku naik dulu.Nanti kalau korang dah nak tidur,tutup lampu depan ni tahu.”Hilman berlalu meninggalkan mereka bertiga yang masih tidak mahu tidur itu.Tidak lama itu Zamil pula yang naik.
“Kenapa kau beria sangat marahkan Hilman tu tadi?”Soalan Faiq itu dibiarkannya tanpa jawapan lantas dia berlalu meninggalkan sahabatnya itu keseorangan.Buat masa sekarang ini tiada jawapan yang tepat untuk dia berikan kepada Faiq akan soalannya itu.


 Hari ini Hilman terlambat ke tempat kerjanya gara-gara tidur lambat malam tadi dan juga menunggu kawan-kawannya beransur pergi.Agak selekeh jugalah penampilan dia pada hari ini,baju tidak sempat di iron,tie pula tidak sempat diikat dan juga rambut yang berserabai menunjukkan dia seperti baru bangun dari tidur.
“Good morning Man…Oh my god,kenapa you selekeh sangat ni hari ni?”Aleeya Nasuha menegur bossnya itu dengan pandangan atas bawah atas bawah je.Selekeh pun still handsome what.
“I terlambat bangun hari ni…anything schedule for me this morning?”Hilman melihat jam di tangannya sudah pukul sebelas tengah hari.Untunglah dia bos,suka hati je nak masuk lambat ke atau tak.
“Hurm…let me see.Oo ya…you have outside meeting with Mr.Kumaran about our latest design,meeting sekali dengan team marketer tapi En.Hairi minta Farhana tu yang jadi wakil team dia.”Aleeya Nasuha membelek Ipadnya mencari schedule Hilman yang lain pula.
“Farhana?Farhana mana ni?”Hilman bertanya kerana setahu dia team marketer hanya ada empat orang.Hairi,Pa’an,Emy dan Hartini.Ada orang baru masuk ke?Takkan dia tak tahu.
“Alah..perempuan yang berlagak dengan I tempoh hari tulah…yang baru kerja setahun dah apply cuti seminggu.Ingat ni company laki dia ke.”Terkebil-kebil biji mata Hilman mendengar ayat setiausahanya itu.Memang company laki dia pun.
“Oh..dah tak ada orang lain ya?”Hilman bertanya kerana dia segan untuk bersua muka dengan isterinya itu.
“Nope..En.Hairi dengan yang lain semua banyak kerja.Minah tu je yang free,lagipun..ini bukan I yang cakap tapi En.Hairi yang cakap kerja-kerja luar untuk convince customer beli produk kita ni selalunya minah tu.Maklumlah minah kepoh..”Nampaknya memang dia terpaksa jugalah pergi bersama isterinya dan yang pasti mereka akan menaiki satu kereta.
“Where and when?”Wajah setiausahanya dipandang.
“KGC pukul dua setengah petang.After lunch hour.”Baru Hilman perasan yang setiausahanya hari ini memakai bulu mata palsu yang teramat panjang.Eee..tak berat ke mata tu nak buka?Dia yang pandang pun terasa menyemak,tak kuasa dia nak pandang mata setiausahanya itu lama-lama.
“What?GSC?Apa dia gila nak meeting dekat GSC tengahari macam tu?”Akibat mengutuk bulu mata palsu Aleeya Nasuha itu,Hilman tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh setiausahanya tadi dengan tepat.
“Bukan GSC lah Hilman…KGC.”Aleeya Nasuha mengerdipkan matanya beberapa kali,terasa berat untuk membuka mata.Nak lawa punya pasal,sanggup dia memakainya walaupun tidak kena dengan tempat.
“KGC tu binatang apa pula?”Sungguh bengap Hilman pada pagi ini.Gara-gara tak cukup tidur.
“Hilman,are you kidding me?KGC?Takkan tak tahu…Kinrara Golf Club?”Terkebil-kebil biji mata Aleeya Nasuha menerangkan kepada Hilman.Pelik juga dia dengan perangai boss dia ni,dah tersampuk kea pa.
“Are you okay Hilman?”Aleeya Nasuha melambai-lambai tangannya di hadapan Hilman yang sedang termenung itu.
“I’m okay..lain kali jangan beritahu saya shortform-shortform macam tu…straight to the point.”Mencebir Aleeya Nasuha bila ditegur oleh boss kesayangannya itu.Baru dia nak tunjuk protes Hilman sudah masuk ke dalam biliknya tanpa berkata apa-apa.Lagilah dia nak merajuk.


“What?Come on En.Hairi…takkan saya nak kena pergi dengan dia?Dah tak ada orang lain ke nak pergi?Saya dengan Tini ke..takpun dengan En.Hairi ke Emy ke..saya tak naklah pergi dengan boss kerek kita tu.”Hairi tersenyum mendengar rungutan Pa’an itu.
“Nak buat macam mana,awak juga yang beri cadangan suruh saya straight to the pointkan?”Berkerut dahinya tidak faham.
“Straight to the point apa pula ni En.Hairi?”Hairi yang tersengih-sengih di hadapannya itu dirasakannya teramatlah menjengkelkan.
“Hari tu awak juga yang suruh saya pikat Hartini secara terang-terangan.And now I wanna be a gentleman,so you have to support me.”Mahu ternganga Pa’an mendengarnya,sungguh dia gembira dengan semangat Hairi itu tetapi kenapa mesti hari ni.
“Alaaa…dah tak ada hari lain ke?”Semak kepala otak Pa’an sekarang ini.Macam mana dia nak buat bodoh di hadapan Hilman nanti.Malu yang hari tu belum hilang lagi.
“Aik…bunyi macam tak suka je saya nak mengorat kawan awak tu.”
“Bukan macam tulah…maksud saya kenapa mesti hari ni and why me?”Tepat di batang hidungnya,dia menunjuk kepada dirinya sendiri.
“Because only you je yang boleh deal dengan Mr.Kumaran tu,Emy kena uruskan kerja di office.Saya pula ada meeting baik punya dengan kawan baik awak tu.”
“Meeting apa?”Malas-malas pa’an bertanya jua.
“Meeting nak confess depan dia yang saya sukakan dia.”Membulat biji mata Pa’an.Dah tak punya masa lain ke nak confess?Takkan masa bekerja kot.
“Hello En.Hairi..punyalah banyak masa yang lain,takkanlah masa tu juga yang En.Hairi plan nak confess dengan dia?Pilihlah candle light dinner ke apa ke.Tak romantik langsunglah…”Pa’an menghempas fail yang dipegangnya sedari tadi.Fail yang diberi oleh Hairi untuk dibawanya semasa berjumpa dengan Mr.Kumaran nanti.
“Ini je masa yang saya ada,lagipun lepas balik kerja ni saya terus fly ke Sabah,nak melawat adik saya dekat sana.Parents saya semua pergi.Konvokesyen day dia…memang saya kena pergi.”Pa’an terdiam,terlupa pula dia yang sebelum ini Hairi sudah memberitahunya.
“Ooo..memang kena pergi jugalah ni ya?”Lambat-lambat Pa’an terpaksa juga akur dengan kehendak Hairi yang tidak dapat dielakkan.
“Tak apalah..demi kebahagiaan En.Hairi dan kawan baik saya tu,saya rela mengorbankan diri.Hehehe..”Tertawa Hairi mendengar ayat tak boleh blah Pa’an itu.
“Thanks…by the way,kenapa awak beria sangat tak nak pergi dengan boss kita tu ya?Sebelum ni dengan siapa-siapa pun awak tak pernah kisah.”Tak tahu bagaimana untuk Pa’an memberitahu ketuanya itu,takkanlah nak beritahu yang lelaki itu adalah suaminya,mampus nanti dia kena buang kerja.
“Hah..alah,saya tak sukalah dengan boss baru kita tu.Cerewet nak mampus…”Menjeling Pa’an tatkala mengingatkan perangai suaminya itu.
“Ye ke?Jangan-jangan awak suka dekat dia tak?”Serkap jarang Hairi itu membuatkan Pa’an hampir tercekik air liurnya sendiri.Pergh..mengena sungguh tembakan dia.’Terasa macam kena dass je dekat dada ni.’
“Apa kehalnya saya nak suka dekat dia..eiuww…tak hingin saya.Dia tu sesuai sangat dengan perempuan gedik tu.Siapa nama dia?Ah…perempuan yang pakai bulu mata palsu tu..yang make-up tebal sepuluh inci tu.”Meledak ketawa Hairi kerana dia tahu yang dimaksudkan Pa’an itu ialah Aleeya Nasuha,setiausaha Hilman.
“Cantik apa?”Saja je Hairi mahu melayan umpatan  Pa’an ini.
“Wek..ayam dekat reban nenek saya lagi cantiklah dari dia tu.”Tergeleng-geleng kepala Hairi mendengar perumpamaan yang diberikan Pa’an kepada Aleeya Nasuha.
“Ehem…amboi..sedapnya ketawa.Dah tak ada kerja ke?”Seseorang menegur mereka dari belakang.Hairi yang berpaling dan melihat kelibat itu hampir menghaburkan ketawanya kerana terus dia membayangkan ayam yang sedang berdiri di hadapannya.
“See..datang dah,panjang umur kau.Kau nak apa?”Dia yang tadinya sedang duduk,bangun bercekak pinggang melihat gadis yang kurang sopan ini berdiri di mejanya.
“Kau tak payah nak bless-bless aku..”Berkerut-kerut dahi Pa’an tidak memahami apa yang diperkatakan oleh perempuan ini manakala Hairi sudah menutup mulutnya.Tidak pula dia mahu beransur dari situ.Dia mahu melihat dan mendengar apa lagi yang bakal diperkatakan oleh Pa’an selepas ini.
“Sedap je mulut kau mengata aku kan?”Matanya yang sarat dengan bulu mata palsu yang panjang itu dikecilkannya,gaya dah nak tertutup pun ada.Silap hari bulan orang cakap yang dia ni tengah tidur.Sleep walking.
“Mulut aku,lantak akulah..kau nak apa?”Sekali lagi Pa’an bertanya kasar,entah kenapa dia langsung tidak boleh berlembut dengan perempuan di hadapannya ini.Perangai sebiji berlagak macam Hilman.
“Bitch!”Keluar perkataan kesat dari mulut Aleeya Nasuha.Pa’an yang sememangnya sudah panas itu masih boleh menyabarkan dirinya,jika mereka bukan berada di dalam office sekarang ini sudah lama perempuan ni dimaki dan dibelasahnya.
“Weh kau..mulut tu jaga sikit.Kau kalau aku jumpa dekat luar,memang tak selamat hidup kau.”Dengan hati yang panas,Pa’an mula mahu menyinsingkan lengan baju kurung yang dipakainya,sebenarnya dia hanya mahu menakut-nakutkan perempuan di hadapannya ini dan ternyata Aleeya Nasuh menjadi takut.Nampak sangat muka takut dia.Hairi pula bimbang jika benar-benar Pa’an mahu memukul gadis ini.Haru nanti satu office,orang ramai sudah memandang-mandang ke arah mereka.Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.
“Farhana..”Hairi cuba menegur dan matanya sibuk mencari di mana Hartini,dia mahu Hartini membantunya menyelesaikan masalah ini.Panggilan Hairi tidak didengarinya,mahu dia tergelak melihat wajah kedua mereka ini.Sengaja digertaknya Aleeya Nasuha.Suka-suka hati mulut dia je nak cakap yang bukan-bukan.
“Hilman suruh kau tunggu dekat parking lepas lunch nanti…huh..”Dengan wajah yang takut-takut,Aleeya Nasuha memberanikan diri dengan menjeling kepada Pa’an lalu melarikan dirinya cepat-cepat.Takut pula muka cantiknya bengkak ditumbuk Pa’an.Belum sempat kelibat Aleeya Nasuh menghilang,Pa’an menghamburkan tawanya membuatkan staff yang lain turut ketawa tetapi tidak kepada Hairi.
“Kenapa awak ketawa?”Soal Hairi bingung.
“Adeh…En.Hairi tak rasa kelakar ke tengok muka perempuan tu?Hahaha…sakit perut saya ni.”Hairi memandang gadis yang pada mulanya pernah dia suka ini,rasanya dahulu dia tidak pernah melihat perangai lepas Pa’an yang sebegini.
“Saya rasa tak pun..and one more thing,kenapa awak buat macam tu?”Sungguh Hairi tidak faham dengan gadis ini.Nasib baik perasaannya sudah berubah kini,kalau tidak jenuh juga untuk dia memahami perangai Pa’an yang semacam ini.
“Alah En.Hairi ni..tadi tak dengar ke dia panggil saya apa?Saya ni pantang tau orang mengata saya yang bukan-bukan…lagi pun tadi saja je saya nak gertak dia,takkanlah saya nak tumbuk dia pula kan.”Pa’an kembali duduk.Seketika dia terfikir,apa motif perempuan tu datang ke mejanya sedangkan dia boleh menghubunginya sahaja melalui telefon.Bukannya susah pun.Ah,perempuan tu memang sengaja nak cari pasal dengannya.
“Saya ingat awak betul-betu nak tumbuk dia,risau juga saya ni.”Pa’an tersenyum sahaja.
“Okaylah..saya nak masuk bilik saya dulu.Nanti bila kawan awak tu dah balik semula tempat dia,beritahu saya nak jumpa dia ya.”Pa’an menganggukkan kepalanya.Dia tersenyum senang melihat perubahan Hairi dan juga merasa happy untuk Hartini.’Dah tak lama dah tu..hehehe..’Hatinya berbisik nakal.
Selepas sepuluh minit Hairi berlalu,Hartini kembali semula ke mejanya,Pa’an terus memanggil sahabatnya itu.
“Lama betul kau memerut ya?”Tersengih-sengih Pa’an berbisik kepada Hartini.
“Kau diam..ni semua kau punya pasal.”Pa’an tersengih lagi.Memang salah dia pun.
“Rugi kau tak ada tadi Tini…ada drama sebabak sekejap tadi.”Emy memanjangkan lehernya memandang Hartini.
“Drama apa?”Laju sahaja Hartini bertanya,terasa rugi pula dia terlepas tengok drama tu.Ni semua gara-gara makan mee goreng terlebih pedas Pa’anlah ni semalam.Mesti Bazlaa Aina pun sama macam dia,kawan dia yang seorang tu dahlah tak tahan makan pedas,memang dasar nak membunuh kawan.
“Alah…secretary Hilman tu tadi sibuk je datang sini.Datang nak cari pasal dengan aku memang kenalah..”Sakit pula hati Pa’an bila teringatkan perempuan tu.
“Dia buat apa dengan kau?”Seronok pula Hartini  nak mendengarnya.
“Dia panggil Farhana bitch..”Suka benar si Emy ni mengadu kepada Hartini.
“Serius weh?Kau tak buat apa-apa ke dengan dia?”
“Gila kau..ni office okay,otak aku ni masih waras.Dahlah tak nak cerita pasal dia…aku ada benda penting yang nak diberitahu ni.”Emy sudah tersenyum tatkala Pa’an memandangnya sekilas,dia sudah tahu apa yang mahu diberitahu oleh Pa’an itu.
“Apa dia?”
“En.Hairi ajak kau keluar lunch sama-sama hari ni.”Terbeliak mata Hartini mendengarnya.Pelik,selalunya dia yang menjadi pengantara Hairi untuk Pa’an,kini Pa’an pula yang menjadi pengantara.Hatinya berdebar tiba-tiba.
“Ye ke ni?Bukan dia ajak kau ke?”Hartini masih lagi tidak boleh percaya.
“Dia ajak kaulah…aku ada kerja dekat luar hari ni.”Balas Pa’an malas.
“Farhana kena jumpa Mr.Kumaran dengan boss kita.Sweet ah..dapat keluar dengan boss handsome kita tu,nasib baik dia dah kahwin.Hehehe..”Hartini bagai mahu melopong mendengarnya.
“Biar betul?”Perlahan sahaja Hartini bertanya namun melihatkan wajah cemberut Pa’an itu,memang betullah tu.
“Sabar ya…”Hartini memegang tangan Pa’an memberinya kekuatan.Sedikit senyuman diberikan oleh Pa’an untuk Hartini,dia tahu sahabatnya itu risaukan dirinya.
“Aku okay.”Selepas memberi isyarat yang dia okay menggunakan mulut,Pa’an kembali ke mejanya.Di situ,dia tidak buat apa-apapun melainkan termenung sahaja.Bingung memikirkan apa yang perlu dia buat nanti.Pura-pura tak kisah ataupun kisah.Sungguh hatinya berdebar-debar setelah dua hari tidak bertemu muka.
  
 
 Telefon yang berdering dibiarkan sahaja tanpa diangkat.Akhirnya selepas selesai semua kerjanya baruladia memerhatikan skrin handphhonenya yang sedari tadi memekik minta diangkat.Nasib baiklah handphonenya itu dalam keaadan silent mode,kalau tidak pasti dia dimaki hamun oleh bossnya.Dipandang sahaja skrin Samsung Galaxy Y nya itu,tidak pernah dia melihat nombor ini sebelum ni.Stranger mana pula yang menelefonnya sampai berbelas-belas kali.Penting sangat ke?Setelah ditimbang-timbang banyak kali,akhirnya dia menelefon stranger tersebut.
“Assalamualaikum..siapa ni ya?”Tanpa sempat stranger itu menjawab panggilannya,dia yang pantas terlebih dahulu bertanya soalan.
“Waalaikumsalam…amboi,tak sabarnya dia.”Berkerut keningnya mendengar suara stranger tersebut adalah seorang lelaki.
“Siapa ni?”Geram pula dia bila si lelaki bermain-main dengannya.
“Kau ni dari dulu memang tak pernah berubah kan?Garang bukan main kalau bercakap dengan aku.”Bertambah peliklah dia bila lelaki ini mengenalinya sedangkan dia tidak cam siapa yang bercakap sekarang ini.
“Siapa kau hah?Aku tak pernah kenal kaulah…kalau kau nak main-main macam ni,menyesal aku telefon baliklah.Huh..”Sakitlah pula hatinya disaat mendengar suara ketawa lelaki itu yang terlalu kuat.Disebabkan dia bengang dan malas nak layan lelaki gila itu,terus dimatikan phonenya.
“Ambik kau..gila!”Diletakkan phonenya diatas meja.Baru sahaja dia mahu bangun ke pantry,handphonenya sekali lagi bergegar.
“Ish…orang gila ni nak apa?Ah..lantak kaulah…”Tanpa menghiraukan panggilan tersebut dia terus berlalu,malas nak layan.Tidak lama selepas dia siap membancuh secawan nescafe,dia kembali semula ke mejanya.Dilihat ada lima missed called dan satu mesej masuk.Dibuka inbox mesejnya.Berkerut dahinya tatkala membaca mesej tersebut.

Assalamualaikum..sorry Aina kalau aku buat kau takut,ni akulah Azman..hehehe…

Membulat biji matanya teringatkan Pa’an yang pernah memberi nombornya kepada Azman dahulu.Mahu menggelabah dia di saat handphonenya bergetar lagi dan pemanggilnya adalah Azman,lambat-lambat dia angkat.
“Hai..”
“Aa..Hai..”Berpeluh dia masa ini walhal baru je bercakap dalam phone,belum lagi bersua muka macam tempoh hari.Entah kenapa dia merasakan lain macam dengan Azman sekarang.’Ah..aku nak cakap apa dengan dia ni?’Kuku ibu jarinya digigit,habit bila bercakap dengan seseorang yang dia terasa gabra.
“Busy ke?”Pantas Bazlaa Aina mengangguk.Macamlah si Azman tu nampak.
“Busy sangat ke?”Sekali lagi Azman bertanya dan sekali lagi jugalah Bazlaa Aina mengangguk dan kemudian baru dia tersedar yang dia sedang bercakap di dalam phone bukannya berhadapan dengan lelaki itu.Ditarik nafasnya panjang.
“Hello?”Azman pelik kerana yang dia hanya dengar hanyalah deru nafas gadis pujaannya itu.
“Sorry…busy jugalah sekarang ni.Kau nak apa?Kalau nak bercakap dengan Pa’an,nanti aku mesej nombor dia dekat kau.”Senafas sahaja Bazlaa Aina menuturkan kata-katanya sehingga mengundang ketawa kecil oleh Azman.
“Kau ni…langsung tak pernah berubah kan?Anyway…aku tak nak cakap dengan Pa’an,aku nak bercakap dengan kau sebab tulah aku telefon kau.”Tidak terkata Bazlaa Aina dibuatnya.
“Kau…kau nak apa?”
“Aku nak kau.”Akibat dijerkah oleh Bazlaa Aina,Azman termelatah pula.Dua-dua terdiam.
“Erk..bukan tu maksud aku,aku sebenarnya nak ajak kau keluar.Tak kisahlah bila..ajak si Pa’an tu sekali,dah lama kita tak jumpa kan.”Bazlaa Aina menarik nafas lega.
“Fuh..gila kau.Okay..bila tu?”Bila dengar si Azman tu mengajak Pa’an sekali,barulah dia bersetuju untuk keluar bersama,jika tidak jangan haraplah.
“Dekat mana?”Bazlaa Aina cuba mendengar setiap bait perkataan Azman dengan teliti,bukan apa dia takut jikalau dia tersalah dengar je,lain yang Azman cakap lain pula yang dia dengar.
“Urm…kita jumpa dekat Giant Bandar Kinrara nak?Aku belanja korang KFC?Amacam?”Mencebir Bazlaa Aina dibuatnya.’Aku ingat nak bawa makan dekat tempat mahal-mahal.Ini,KFC je?Hurm..bolehlah.’
“Kalau keluar aku dengan kau je,aku bawalah kau makan kat tempat grand-grand sikit.Kalau bawa Pa’an pokai pula aku nanti..Heheh..kau tau-tau jelah yang kawan kau tu kuat melantak walaupun badan cekeding.”Gurauan Azman membuatkan Bazlaa Aina hampir tercekik air yang diminumnya.Azman seolah-olah mengetahui isi hatinya sebentar tadi.
“Ada-ada jelah kau..nak pergi pukul berapa ni?”Untuk menutup gusar dihati,dia bertanya dengan penuh lagaknya.
“Hurm…lepas Isya’lah,kau ajaklah kawan kau yang sorang lagi tu.Kita jumpa dekat sana dalam pukul sembilan.Boleh?”
“Insya-Allah,aku tak janji..aku kena tanya diorang dulu,takut masing-masing ada hal.”Dalam kepala dia sudah setkan agar tidak terlupa dengan ajakan Azman ini.Kalau dia pergi sekurang-kurangnya save budget untuk dia makan malam ni.
“Alah..kalau diorang ada hal,kita keluar berdua jelah.Aku ambil kau.Amacam?”Sekali lagi dan kali ini gurauan Azman memang membuatkan Bazlaa Aina tercekik air minumannya sendiri.Tersedak dan habis tersembur air terkena kertas kerjanya.Nasib baik sedikit sahaja.Pantas dia mengambil kotak tisu yang tersedia di belakang mejanya dan mengelap mulutnya dahulu.
“Hello…Aina..sorry,aku tak sengaja.”Serba salah Azman bila mendengar semburan dari hujung talian.Dia boleh mengagak yang gadis itu tersembur sesuatu.Sedang minum airlah tu.
“Kau nak cakap pun,agak-agaklah…dahlah,aku banyak kerja ni.Nanti kalau jadi aku mesej kau.Okay bye…assalamualaikum.”Akibat malu,pantas sahaja Bazlaa Aina mematikan panggilan telefon.Kertas yang tersembur tadi dilapnya sedikit.kemudian dia menyandar di kerusi sambil memegang hatinya yang berdetap hebat.’Ah..perasaan apakah ini?Dia kembali lagi setelah berbelas tahun menghilang.’Dipejam rapat matanya menghapus kenangan lama.


Lagu Angin Syurga nyanyian Misha Omar berkumandang sayup di telinga Pa’an.Dia cuba menangkap setiap bait-bait ayat yang dinyanyikan oleh Misha Omar itu.Sedap pula dia dengar lagi ni sedangkan selama ni si Hartini tu terpekik menyanyi lagu ni dimarahinya kerana bising tapi sekarang dirasakannya lagi ini seolah-olah berhantu.Macam lagu pertama Misha Omar dulu,Bunga-bunga Cinta benar-benar berhantu.Langsung dia tidak menghiraukan seseorang yang sesekali menjeling ke arahnya itu.
“Mata kau sakit ke terjeling-jeling ni?”Hilman yang asyik memerhatikannya sedari tadi berdehem.
“Perasan…aku tengok cermin sisilah.”Untuk cover malu,Hilman berkali-kali memandang cermin sisi di sebelah Pa’an.
“Cover…huh.”Lagu sudah habis,kini hanya celoteh dj radio sahaja yang berkumandang,akibat kebosanan dengan jalan yang jem,Pa’an mengiring sedikit ke tepi.Lebih baik dia tengok pokok-pokok di sebelah tepi dia daripada bertekak dengan Hilman.Selepas kejadian tempoh hari,baru hari ini mereka bersua muka.Dan kejadian seperti tempoh hari hampir terjadi lagi sekali tadi,syukurlah dia tersedar.Nak tahu apa yang terjadi…

Pa’an menunggu di sebelah kereta Vios milik Hilman.Dahlah panas,boleh pula suaminya itu lambat turun.Dilihat jam ditangannya hampir menunjukkan pukul dua petang,sudahlah tadi lunchnya tergesa-gesa.Dia hanya sempat menjamah roti dan air mineral sahaja,selepas itu dia naik ke surau untuk tunggu solat Zuhur.
“Ish..mana malaun ni…lambat betul.”Dia berpeluk tubuh dan cuba bersandar ke kereta Hilman.
“Aduh..panasnya…”Semacam terkena renjatan elektrik,tubuh Pa’an terkedepan kerana terkejut dengan bahang panas kereta Hilman.
“Aduh…nasib baik pakai baju,kalau tak melecur kulit aku.”Belakangnya yang terkena panas itu diusap-usapnya kasar.
“Ehem..”Deheman seseorang itu teramatlah dia kenal,pantas sahaja dia berkalih pandangan namun matanya hampir terbeliak melihat penampilan lelaki itu yang berserabut.
“Lambat..”Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Pa’an.Tanpa menegur atau mengucap walau sepatah kata pun,Hilman terus masuk ke dalam kereta.Tak mungkin untuk Pa’an menunggu lama,terus sahaja dia masuk dan buat muka selamba bila Hilman memandangnya tidak puas hati.
“Kuatkan sikit aircond tu..panas..”Dikipas-kipaskan mukanya,Hilman menurut kerana dia turut merasa bahang terik panas matahari hari ini.
“Kau tak iron baju ke?Serabai semacam je aku tengok.”Pa’an menelek seketika wajah serabai suaminya ini.’Aik…minah ni dah lupa ke?Relax je aku tengok dia?Aku pulak yang menggelabah dari tadi..’Hilman pelik dengan sikap Pa’an yang bersahaja,bukankah isterinya ini masih memarahinya sebab kejadian tempoh hari?
“Aku tak sempat nak iron..”Keluar juga suara dari mulut Hilman.Dia mengetap bibirnya geram bila melihat Pa’an seolah-olah mengejeknya dengan mencebirkan bibirnya.Sememangnya dia tak sempat dan lagipun sepanjang tempoh dua minggu Pa’an duduk di rumahnya,dia dah terbiasa ada orang yang tolong gosokkan baju kerjanya.
“Kau jangan buat muka macam tu boleh tak?Menyampah aku tengok.”Menjeling Pa’an meluat.
“Daripada kau menjeling aku macam tu,baik kau tolong ambilkan t-shirt aku dekat belakang tu.”Hilman belum ada tanda-tanda mahu memulakan perjalanannya,mahu panaskan enjin yang sudah tersedia panas agaknya.
“Kenapa pula aku yang nak kena ambil?”Sungguh tidak puas hati dengan arahan Hilman yang tiba-tiba itu.
“Aku suruh buat tu buat jelah..takkan kau nak jalan dengan aku pakai baju selekeh macam ni?”Serentak Pa’an memandang baju Hilman yang berkedut seribu itu,ada benarnya kata-kata Hilman itu.Takkanlah pula dia nak pergi meeting dengan pakai baju macam tu.Tanpa banyak kata,Pa’an berpusing untuk mencapai baju Hilman yang tersangkut di belakang kerusinya.Tangannya yang terlalu pendek menjadikan dia agak susah untuk mengagau baju Hilman yang disangkut hanger itu.
“Ish..susahlah nak ambil..”Pa’an mendengus geram.Dia mencuba sekali lagi dengan mengenjakkan badannya kebelakang.Badannya kini berpusing sembilan puluh darjah namun masih lagi tidak sampai.Hilman yang sedang membuka butang baju kemejanya turut mendengus.
“Kau ni aku minta tolong sikit pun tak boleh nak harap.Benda senang macam tu pun susah sangat ke nak buat?”Hilman sedia untuk berpaling.
“I got it…”Akhirnya dapat juga dia mencapai t-shirt berwarna merah Hilman itu.Disaat Pa’an mahu berpaling ke hadapan semula,wajah Hilman berada hampir dengannya.Mata bertentang mata,desah nafas seakan senada membuatkan mereka masing-masing terpana.Hilman yang hatinya sudah semakin goyah di masa ini merasakan inilah detik dan peluang yang terindah buatnya untuk menatap wajah yang hampir setiap malam menganggu tidurnya.Tangan kanannya diangkat dan dibawa ke pipi Pa’an yang mulus.Pantas sahaja tangannya itu mengusap pipi gebu milik isterinya itu.Mata Pa’an pula sudah berkalih menjadi juling dan hanya mampu melihat ke mana tangan milik suaminya itu pergi.Dia seakan-akan terkaku tidak boleh bergerak.Keadaan mereka yang terlalu rapat membuatkan dia tidak sanggup bergerak,takut kejadian tempoh hari berulang lagi.’Apa dia buat ni?Dah buang tebiat ke apa?’Hanya hatinya sahaja yang boleh berbicara.Sesaat kemudian matanya hampir terbeliak melihat Hilman semakin mendekatkan wajahnya sambil mata terpejam rapat.’Wait…dia nak buat apa ni?No….’Dia harus bertindak sebelum sesuatu terjadi.Renungan mata,bibir yang mungil itu membuatkan naluri Hilman mendesak-desaknya agar mengulangi peristiwa tempoh hari.Kali ini bukan kebetulan tetapi dengan kehendak hatinya yang tiba-tiba.Dia semakin mendekat,mata dipejam untuk menghayati keindahan itu.Dan..
Kuk!!!!
“Adoi….Ah…”Hilman menggosok-gosok dahinya yang kesakitan.Mata yang terpejam dibuka,dilihatnya Pa’an bersedia untuk memekik.
“Kau apasal hah?Aduh…biol kepala otak aku.”Dahi yang merah digosok-gosoknya lagi.
“Padan muka…yang kau gatal sangat tu kenapa?Pervert.”Sudah berapa kali Pa’an memanggilnya sebegitu,merah seluruh wajahnya menahan malu.Memang salah dia pun.
“Nah..ambil ni.Huh…”Baju t-shirt Hilman tadi dibaling tepat ke wajah suaminya,dia juga malu namun pura-pura marah.Hilman merentap baju yang menutupi wajahnya kasar.’Huh…buat malu je,macam manalah aku boleh bertindak macam tu sekali.Mental ke apa aku ni?’Wajah mencuka isterinya dikerling sedikit.Kuat juga kepala isterinya ini,pasti benjol sekejap lagi.Terus sahaja dia menilik dahinya di cermin pandang belakang.Nasib baik merah sahaja,kalau tidak macam mana dia mahu berjumpa dengan Mr.Kumaran nanti.Malulah dia.
“Kepala kau ni memang kepala batukan.”Sambil menyindir,Hilman membuka baju kemejanya.Dibiarkan tubuhnya terdedah tanpa sedikit rasa malupun dengan isterinya itu.Alah,bukan orang lain pun,isteri dia juga lagipun bukannya auratpun.
“What???Woi…kau agak-agaklah nak tukar bajupun,dah tak ada tempat lain ke nak tukar?”Pa’an yang tadinya mahu membalas kata-kata Hilman berpaling ke tepi setelah ternampak tubuh terdedah suaminya itu yang seakan mahu menggoda imannya.
“Apa salahnya,kereta aku lantak akulah nak salin dekat mana pun.Dah..tak payah nak buat muka innocent sangatlah.Macam kau tak pernah tengok badan lelaki…”Sengaja je Hilman mahu membangkitkan api kemarahan Pa’an.Terasa comel pula dia melihat wajah isterinya yang sedang malu-malu itu.Kalau dulu jangan haraplah dia dapat lihat.Dulu,isteri dia nilah hantu yang suka menyakat budak-budak lelaki lain.Pernah semasa mereka bergaduh dahulu,isterinya mengambil baju sekolah dia dan rakan-rakannya sewaktu mereka sedang mandi sungai.Apa lagi,terpaksalah mereka balik ke rumah masing-masing dengan hanya memakai seluar pendek sahaja,teruk dia dimarahi oleh papanya sendiri.Teringat akan kenangan itu,Hilman tersenyum.Banyak betul isterinya ini berubah,langsung tak sama seperti dahulu.
Usai memakai t-shirtnya,dia sudah bersedia untuk bergerak ke destinasi mereka.


Pa’an berjalan mendahului Hilman,tak sanggup rasanya dia berjalan dengan suaminya itu mengenangkan perkara yang memalukan tadi.Elok sahaja Hilman masuk parking,terus dia mengambil beg tangan dan fail yang tersedia ada di pehanya dan keluar meninggalkan Hilman yang terpinga-pinga.
“Woi..tunggu akulah.”Kelam-kabut Hilman cuba mengejar si isteri yang sudah jauh ke depan.Dia mana kenal dengan Mr.Kumaran,inilah kali pertama mereka akan berjumpa kerana sebelum ini bos lama yang berurusan dengan usahawan India itu.
“Laju sangat..perlahanlah sikit.”Entah hantu mana yang merasuk dirinya,dia merentap tangan Pa’an sehingga membuatkan si isteri terhenti langkahnya.Debaran di dada semakin kencang dirasakannya,Pa’an tidak suka dengan perasaan ini.Sebolehnya sebelum dia dan Hilman berpisah,dia tidak mahu apa-apa perasaan bercambah di dalam hatinya,takut dia akan terluka dan susah untuk meninggalkan suaminya ini.Wajah Hilman dipandang sejenak sebelum tangannya direntap.
“We are now in public…no one knows that we are married.Please behave yourselves Mr.Hilman.”Terkejut Hilman dengan ayat sinis Pa’an itu.Dia sendiri tidak sedar yang dia sedang menarik tangan isterinya itu.Kini mereka sudah berada di dalam cafe tersebut,hanya mencari kelibat Mr.Kumaran sahaja.
“Wait…Kalau kau tak nak aku tarik tangan kau lagi,jalan sama dengan aku.”Hanya itu yang mampu membuatkan Pa’an mendengar katanya.Terdengar dengusan isterinya namun apa dia kisah,yang penting masa ini dia terasa seperti mahu bersama dengan Pa’an sahaja.Hilman hanya mengikut sahaja langkah isterinya itu dan dilihat ada seorang lelaki India dan seorang wanita Melayu yang sedang duduk membelakangi mereka.
“Hello Mr.Kumaran…”Tekaan Hilman tepat bila mana isterinya itu menegur lelaki India yang sedang sibuk berborak dengan wanita Melayu itu.
“Hai..Farhana,long time no see you.Baru sekarang nampak,you banyak busy ke sekarang ni.Eh..duduk-duduk.”Mr.Kumaran mempelawa mereka duduk setelah dia berjabat tangan dengan Hilman.
“Alah Mr.Kumaran,saya ada je dekat-dekat sini,tak sibuk manapun.Isteri Mr.Kumaran apa khabar?Sihat?”Hilman memandang isterinya itu.’Wah..sampai ke isteri India ni pun dia tahu,patutlah si Hairi suruh dia je yang pergi.
“Sihat..dia ada di rumah,penat baru balik dari UK semalam,melawat anak dekat sana.Ini dia ada kasi you present dari sana.”Belum apa-apa lagi,Pa’an sudah mendapat hadiah dari lelaki India ini.Hebat.
“Oh..thanks Mr.Kumaran,say thanks to your wife and send my regard to her.”Pa’an menerima huluran beg kertas yang mengandungi kotak kecil di dalamnya.
“Never mind,my wife suka sama you…dia selalu ingatkan you.Nasib kami tak ada anak lelaki..hahaha..”Gurauan lelaki India itu mengundang tawa Pa’an,tahu sangat Mr.Kumaran ni memang jenis yang suka bergurau,kalau iya pun Mr.Kumaran ada anak lelaki,tak sanggup dia.Satu hal nak ajar lelaki itu mendalami Islam sedangkan dia pun tidak berapa pandai.Hilman pula terasa tercabar dengan gurauan Mr.Kumaran itu,tak nampak ke dia ada di depan mereka sekarang ini.Sedari tadi,hanya wanita melayu di sebelah Mr.Kumaran itu sahaja yang asyik memandangnya.Akhirnya dia berdehem.
“Opss…ini mesti En.Hilman right?Your new boss..betul tak?”Baru Mr.Kumaran teringatkan lelaki di depannya ini.
“Ya right…”Perlahan sahaja Pa’an menjawab seolah-olah tiada mood.
“Nice meeting you…tak sangka boss you ni kacak orangnya,muda lagi.”Baru sekarang Hilman tersenyum,bangga barangkali dipuji sebegitu.Pa’an pula hampir termuntah mendengar pujian Mr.Kumaran itu.
“Sesuai juga dengan you…hahaha…”Meletus ketawa Mr.Kumaran tatkala melihat wajah kelat dan terkejut Pa’an itu.Hilman pula terus tersenyum suka.
“By the way,this is my secretary,Sheila.”Mr.Kumaran memperkenalkan wanita melayu yang asyik memandangnya itu.Tersengih Sheila bila Mr.Kumaran memperkenalkannya kepada lelaki kacak di depannya ini.
“So…Mr.Kumaran,dari rekod kami yang pernah ada,Mr.Kumaran merupakan customer tetap syarikat kami yang paling banyak membuat tempahan dengan kami.Jadi kali ini Insya-Allah saya akan berikan diskaun kepada Mr.Kumaran jika Mr.Kumaran bersetuju dengan design kami yang terbaru.”Hilman memulakan perbincangan mereka.
“Wah..it’s sound good.Tapi ianya bergantung kepada you berdua untuk meyakinkan I why should I choose this new design.And you Farhana,macam biasa I nak dengar speech you dulu.”Pa’an menganggukkan kepalanya lantas membuka fail yang menunjukkan segala design terbaru syarikat mereka.Syarikat mereka menawarkan dekorasi hiasan dalaman rumah,pejabat,hotel dan juga restaurant.Kali ini Mr.Kumaran memerlukan design terbaru untuk rumah anak perempuannya yang bakal berkahwin empat bulan lagi sebagai hadiah perkahwinan mereka.Hilman hanya menyampuk sekali sekala jika perlu,dia cukup yakin dengan penerangan yang diberikan oleh isterinya itu sehingga membuatkan dia berasa kagum.
“Okay…I think I’ll choose modern concept because my daughter like it.Hurm…which one suitable?”Mr.Kumaran menunjukkan dua design modern yang diminatinya,design yang pertama berwarna putih dan silver,nampak ringkas tetapi menenangkan dan design yang kedua pula bermain dengan warna-warna yang terang.
“Anak you suka warna terang?”Pa’an bertanya pula,kalau dia diberi pilihan,dia lebih sukakan warna-warna terang.
“Not really..tu yang buat I susah nak memilih ni.What do you think Sheila?”Mr.Kumaran bertanya pula kepada setiausahanya itu.
“Putih silver ni cantik sir…”Mr.Kumaran menganggukkan kepala.
“Susah juga ya kalau macam ni..”Pa’an menggaru kepalanya.
“Apa kata kita combine kedua-dua design ni?”Tiga pasanga nak mata memandang ke arah orang yang bersuara itu.Siapa lagi kalau bukan Hilman.
“Maksud you?”Mr.Kumaran teruja untuk mengetahui pendapat boss muda ini yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati.
“Okay macam ni…ruang tamu kita gunakan warna putih dan silver.Warna-warna terang pula kita gunakan untuk master bedroom,bilik tamu dan juga dapur.Sebelum itu Mr.Kumaran kenalah tanya anak perempuan Mr.Kumaran dulu warna apa yang dia dan suaminya suka.Takut nanti dia tidak suka dengan warna yang kita gunakan dalam master bedroom dia.”
“Brilliant…kenapalah I tak terfikir tadi.Bagus-bagus…hahaha..”Tersengih-sengih Hilman manakala Pa’an terasa menyampah melihat muka perasan bagus Hilman itu.Setelah hampir sejam perbincangan mereka,Mr.Kumaran meminta diri untuk pulang kerana selepas ini dia ada meeting di tempat lain pula.
“Okay..kalau macam tu,kita akan suruh Interior designer kita,Miss Fong untuk berjumpa dengan Mr.Kumaran for the next meeting.Macam biasalah procedure dia ya..”Pa’an memberitahu kepada Mr.Kumaran.
“Okay..lagipun I dah biasa sangat dengan dia.Nanti apa-apa hal I akan contact dia terus,senang I boleh beri alamat rumah tu.Okaylah…I terpaksa gerak dulu,takut lambat pula nanti.En.Hilman…nice meeting you again.”Mr.Kumaran dan Hilman bersalaman sesama mereka manakala Pa’an pula bersalam dengan Sheila.Puas hati Pa’an kerana dapat berurusan dengan customer tetapnya ini.’Dapat buat sale,dapat komisen lebih..yeayy…’Pa’an sudah berkemas dan bersiap-siap untuk balik tetapi tidak Hilman,dilihatnya lelaki itu masih duduk menikmati air minumannya.
“Tak nak balik ke?”Soal Pa’an.
“Nanti dulu..ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau..”Berubah terus wajah Pa’an disaat mendengar ayat serius dari Hilman itu,terus dia kembali duduk dikerusinya.
“Apa dia?”Lama juga Pa’an terpaksa menunggu Hilman membuka mulutnya.Terasa agak bosan,Pa’an mula bangun tetapi ditegah dengan suara Hilman.
“Kau okay?”Pa’an cuba mencari wajah Hilman yang sedang berkata-kata itu,wajah suaminya itu menunduk muram.Tidak pernah dia melihat Hilman sebegini dan belum pernah dia melihat Hilman muram seperti ini.Apa yang sedang merasuk fikiran suaminya  itu agaknya ya.
“Kalau kau setakat nak tanya benda tu je,baik kita borak dalam kereta.Aku nak balik ni,banyak lagi kerja yang kena aku buat.”Hilman tersandar,wajah si isteri dipandang serentak dengan keluhan terbit dari bibirnya,sebenarnya sekarang ini dia keliru dengan perasaannya.
“Aku akan berjumpa dengan keluarga Annisa..kau fahamkan maksud aku?”Dengar sahaja ayat Hilman yang seterusnya itu membuatkan Pa’an terbungkam.Kelu lidahnya kerana dia tahu jika itu berlaku maknanya tidak lama lagi dia bakal diceraikan.Sejenak matanya dipejamkan untuk mencari kekuatan.
“Great…tahniah untuk kau berdua.”Pa’an tersenyum kelat.
“Kau macam mana?”Teringin juga Hilman mengetahui apa perancangan isterinya selepas mereka bercerai nanti kerana dia tahu pastinya Pa’an akan dicemuh namun Pa’an hanya tersenyum.
“Itu kau tak perlu tahu,aku tahu apa yang patut aku lakukan.”Dalam perkiraan Pa’an,jangkaan yang dia bakal ‘bersalin’ hanya tinggal dua minggu dari sekarang.
“Aku akan berterus-terang dengan semua orang.”Pa’an menunduk.
“Perlu ke kau buat macam tu?Aku rasa biarlah kita rahsiakan perkara ni dulu.”Pandangan yang tadinya tertunduk diangkat mencari wajah suaminya.Berkerut mukanya,tidak faham apa yang difikirkan oleh suaminya sekarang ini.
“Sampai bila?Sampai bila kau nak aku terus menipu?Aku tahu semua ni salah aku tapi lagi dua minggu Hilman..dua minggu.Mana aku nak cari baby?Kau nak aku terus menipu sampai aku mati sedangkan kau bahagia dengan Annisa?”Sinis sahaja kata-kata Pa’an dikala ini,dia tahu pastinya Hilman akan melenting memarahinya kerana semua ini adalah kerja bodohnya dahulu.Tetapi semuanya tidak seperti yang dia sangkakan,Hilman tidak marah sebaliknya mengasihaninya.
“Aku tak nak abah dengan mak kau semakin membenci kau.Aku tahu diorang marahkan kau..”Pa’an menutup rasa sedihnya dengan tertawa kecil.
“Sejak bila kau perihatin dengan aku ni?Bukan selama ni kau benci aku?Marahkan aku?Sudahlah Hilman..aku dah biasa dengan semua tu,kau tak payahlah nak kesiankan aku.”Sebak sungguh hati Pa’an disaat ini bila Hilman mengungkit tentang abah dan emaknya,bukan dia tidak mencuba untuk menghubungi abahnya namun orang tua itu langsung tidak mahu mengangkat panggilannya.Terkilan rasa dihati hanya ditahan seorang diri.Hilman nampak wajah comel isterinya itu mendung.
“Sebelum aku berterus-terang dengan semua orang,aku nak minta maaf dengan kau terlebih dahulu sebab musnahkan impian kau dan Annisa untuk bersama.Disebabkan idea bodoh aku tu kau terpaksa kahwin dengan aku.Huh..bodohkan aku ni,haih..haha.”Tawa yang sengaja dibuat-buat untuk menutup kesedihan dihatinya,sungguh dia menyesal dengan apa yang telah terjadi.Hilman diam tidak terkata apa,separuh dari hatinya terasa berat untuk membiarkan Pa’an menanggung semua kesalahan dan separuh lagi mendambakan kebebasan itu tetapi ada satu yang membuatkan dia rasa terhalang.
“Kau masih ingat dengan perkara dulu?”Pantas Pa’an mengalihkan pandangannya,sesungguhnya dia tidak mahu membincangkan lagi perkara tersebut.Disebabkan perkara itulah dia membuat tindakan bodoh sebegini.
“Sumpah demi Allah bukan aku yang masukkan ubat tidur tu..”Hilman terdiam,kalau sebelum ini dia terlupa dengan peristiwa hitam itu tetapi sekarang perkara itulah yang menghantuinya semenjak Pa’an tinggal bersamanya.Dia sendiri tidak mengingati perkara hitam tersebut.
“Please don’t talk about that anymore…”Hanya itu pinta Pa’an.
“Satu je aku nak tanya…kenapa masa tu kau tak buat report sedangkan kau betul-betul marahkan aku masa tu?”Bergenang air mata Pa’an,sedaya-upaya dia mahu melupakan perkara yang hampir membuatkan dia hilang pertimbangan diri.Bayangkan umur baru sahaja belasan tahun dia telah kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya sebagai seorang wanita.
“Aku malu…malu sebab aku yang tomboy boleh hilang sesuatu yang dinamakan dara.Kau ingat kalau aku canang cerita tu semua orang akan percayakan aku?”Kali ini air matanya menitis jua.Sudah lama dia pendamkan perkara tersebut,betapa lamanya dia menjadi seorang yang  pendiam dan terpaksa tinggal bersama emak dan abah yang hari-hari mencari kesalahan dirinya.Kalau hatinya tidak cukup kuat pada masa itu sudah lama dia menjadi gila.Serba-salah Hilman melihat isterinya yang sedang mengelap air matanya dengan hujung lengan bajunya itu.Wajah yang putih gebu itu bertukar pink kemerahan menahan tangisan.
“Aku…”
“Stop right here..please,aku nak balik.”Laju sahaja dia bangun sebelum sempat Hilman bersuara,dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari mulut Hilman.Hatinya kini terasa sakit dan sedih.Lantas dia meninggalkan Hilman yang masih terpaku di tempat duduknya.Hatinya berkecamuk antara kasihan dan juga dendam.Kasihan dengan nasib isterinya selepas ini dan juga dendam yang terlalu lama terjadi antara mereka.Akan tetapi dendam itu rasanya sudah lama terkubur ditutupi rasa bersalahnya.Hatinya merasa lega sedikit kerana dapat berbincang mengenai perkara tersebut dengan isterinya.Selepas ini tak perlulah lagi dia merasa bersalah dengan Pa’an.




  Wajah muram sahabatnya ini membuatkan Bazlaa Aina dan Hartini tertanya-tanya sesama mereka apa yang telah terjadi dengan sahabat mereka ini.

“Kau menungkan apa tu beb?”Hartini memberanikan diri untuk bertanya kepada Pa’an yang sedang muram itu.Sekotak ais-krim walls yang menjadi kegemaran Pa’an selama ini langsung tidak dipandangnya.
“Nothing…opss,aku terlupalah orang tu ada datelah hari ni.”Baru Pa’an teringatkan perbualannya dengan Hairi pagi tadi.Sengaja dia tidak mahu menceritakan kepada mereka berdua apa yang menyebabkan dia bermuram durja pada hari ini.Merah padam muka Hartini bila Pa’an mengusiknya manakala Bazlaa Aina terkejut besar.
“Kau date dengan siapa weh?Tak beritahu aku pun..”Bazlaa Aina yang tadinya duduk di meja makan sambil menikmati yogurtnya bangun dan duduk di sebelah Hartini.
“Kau tahu ya Pa’an?Ni mesti kerja kau kan?”Hartini menuding jari ke arah sahabatnya itu.
“Wah….tengok ni,dah siap ada cincin lagi dekat jari dia.En.Hairi yang sarungkan ke?”Teruja benar Pa’an melihat jari Hartini yang terhias dengan sebentuk cincin.Malu-malu kucing Hartini,macam manalah dia boleh terlupa dengan cincin di jarinya ini.
“What?En.Hairi yang kau selalu cakap sukakan Pa’an tu ke?”Bazlaa Aina menginginkan kepastian kerana selama ini dia hanya mendengar dari Hartini yang Hairi menyukai Pa’an,macam mana pula boleh dating dengan Hartini pula.
“Alah..tu taktik dia nak rapat dengan member kita ni je.Wah…jealousnya aku,dia cakap nak confess je dengan kau tup-tup melamar terus.Hebat sunguh ketua kita tukan..tahniah-tahniah…”Pa’an menepuk-nepuk bahu Hartini.
“Woi..sakitlah.Aku pun terkejut juga bila dia cakap dia sukakan aku.”Hartini mula teringatkan kenangan terindahnya tadi.
“Fuyyooo…”Usik Pa’an lagi.
“Kau ni..kang aku malas nak cerita kang baru kau tahu.”Rajuk Hartini.
“Ish…diamlah Pa’an,teruja tahu aku nak dengar cerita bahagia member kita ni.”Bazlaa Aina menyampuk sambil tangannya laju memukul peha Pa’an.
“Yelah-yelah…usik sikit pun nak merajuk.”
“Aku mula-mula tak percaya,ingatkan dia nak main-mainkan aku.Yalah,dia tu siapa aku ni siapa?Dia tu anak dato’,aku ni…”
“Anak pak Yusuf.Aduh…”Sekali lagi pehanya ditepuk kuat oleh Bazlaa Aina yang marah kerana dia menyampuk.
“Kau ni…tapi aku nak ucap terima kasih dekat kau Pa’an sebab kalau bukan kau yang suruh dia berterus-terang,tak mungkin aku dapat cincin ni.Aku admit yang sepanjang dia bertanyakan tentang kau,aku cemburu sebab aku sukakan dia tapi disebabkan aku sayangkan persahabatan kita,aku pendamkan je perasaan tu.”Terharu Pa’an mendengarnya,dia mengenggam erat tangan Hartini.
“Dia cakap bulan depan dia nak hantar rombongan merisik..”Bertambah merah wajah Hartini.
“Wah…cepatnya,Alhamdulillah…”Bazlaa Aina menadah tangannya.
“Tahniah…kan aku dah cakap yang En.Hairi tu sukakan kau.Masinkan mulut aku ni..”Terkekeh Pa’an ketawa dengan lawaknya sendiri.
“Allah…”Bazlaa Aina menepuk dahinya membuatkan Hartini dan Pa’an tertanya-tanya.
“Kau ni dah kenapa?”Pelik Pa’an melihat Bazlaa Aina yang menepuk dahi sendiri.
“Aku lupa…sekarang ni dah pukul berapa?”Soal Bazlaa Aina sambil mata memandang jam yang tergantung didinding.Sudah pukul lapan malam.
“Ah mampus aku…”
“Apasal kau ni…cuba cakap dengan kitorang apa masalah kau?”Geram pula Pa’an bila Bazlaa Aina masih tidak mahu bercakap mengapa.
“Azman call aku tadi dia,dia nak belanja kita KFC malam ni…”Habis sahaja Bazlaa Aina berkata-kata,Pa’an sudah tersengih-sengih jahat.
“Nampak gayanya kawan kita yang seorang ni pun dah tak lamalah ni…”
“Kau jangan nak merepek..kalau kau tak nak biar aku mesej dia.”Bazlaa Aina bangun untuk mengambil handphonenya,malu sebenarnya bila diusik sebegitu oleh Pa’an.
“Woit..gila kau aku tak nak,makan free tu.Jimat sikit duit kita malam ni.Dah jom siap sekarang.”Laju sahaja Pa’an bangun menuju ke biliknya.
“Tahupun…lepas Isya’lah…”Jerit Bazlaa Aina pula.
“Alah…prepare awal-awal tak salahkan.Dah,korang berdua tunggu apa lagi tu,siap sekarang.”Tersembul muka Pa’an di muka pintu biliknya.
“Kau tengoklah kawan kau tu,asal sebut pasal makan free laju je dia…”Hartini tersenyum sambil tangannya menekan off remote tv.
“Kawan aku,kawan kau juga..”Satu yang Hartini tidak tahu apa yang dia tahu ialah dia tahu yang Pa’an sedang bersusah hati dengan perihal dirinya dan Hilman.Setiap kali sahabatnya itu termenung,pasti ianya ada kaitan dengan lelaki itu.Bukan dia tidak kenal dengan sikap Pa’an yang suka memendam perasaan seorang diri.Selalu sangat dia menasihati sahabatnya itu agar mencari penyelesaian dengan secepatnya supaya dirinya tidak lagi sakit.Apa yang dia boleh buat kini hanyalah mendoakan yang terbaik untuk sahabat kesayangannya itu.Amin.


“Seronok betul aku tengok kau makan Pa’an.Bab makan ni memang kau daripada dulu tak pernah berubah.Haha..”Azman yang sedang duduk di sebelahnya ketawa melihat betapa seleranya Pa’an menghabiskan coslow milik Hartini  itu.
“Well..you know me.”Diambil pula air pepsinya yang di order paling besar punya lalu disedut rakus.
“Burb..alhamdulillah..”Tergeleng-geleng kepala mereka bertiga melihat telatah Pa’an yang tidak tahu malu ini.
“We..senonohlah sikit perempuan.”Bazlaa Aina cuba menegur,malu dia dengan Azman meskipun Azman sudah biasa dengan sikap pelahap Pa’an ini.
“Alah…bukannya dengan orang lain pun,korang bertiga juga.Azman ni?Huh..dia ni lagi teruk tahu,kentut main lepas je dekat muka orang.Hahaha…”Merah padam muka Azman bila Pa’an mengungkit kisah lamanya.
“Woi..apa buka cerita aku pulak?Kau memang teruklah Pa’an.”Malu sebenarnya Azman dengan Bazlaa Aina dan Hartini.
“Kau nak malu apa..bukannya kau tak biasa dengan Aina ni?Dulu pun bukannya kau tak pernah kentut depan dia kan?Alah…kentut tu kan perkara normal,lagipun kalau ditahan-tahan nanti senak perut tu.Kau tak payah risaulah,kau kentut busuk macam manapun kawan aku ni tetap pilih kau juga.Percayalah cakap aku..”Kini Azman sudah mampu tersengih manakala Bazlaa Aina rasa mahu mencekik Pa’an yang becok bercakap.
“Makan jelah kau ni perempuan..ish,mulut dah mengalahkan bullet train.Bercakap je kerjanya.Tengah makan pun cerita pasal kentut.”Tidak senang duduk Bazlaa Aina bila Azman sekali-sekala menjelingnya yang duduk berhadapan dengan lelaki itu.Itupun dia terpaksa bila Hartini memaksanya duduk di situ.Hartini pula sudah mengekeh ketawa.
“Dia marah-marah sayang je tu…”Azman sudah ketawa pabila melihat wajah kelat Bazlaa Aina yang diusik oleh Pa’an itu.
“Ye aku sayang kau..”Balas Bazlaa Aina jujur.
“Aku?”
“Burr..”Habis tersembur air milo yang diminum oleh Bazlaa Aina.Meraban dia mencari tisu untuk mengelap mulutnya.Pa’an dan Hartini dah ketawa melihat Bazlaa Aina yang menggelabah manakala Azman sudah disimbahi air milo.Nasib baik kena mukanya sedikit sahaja.Kalau kena baju,habis dihurung semutlah dia nanti.’Ish…apalah aku ni,dah berapa kali asyik tersembur je hari ni.’
“Sorry…sorry..”Bazlaa Aina spontan menghulurkan tisu yang digunakan untuk mengelap mulutnya kepada Azman.Terpana sekejap lelaki itu,sekali lagi Bazlaa Aina mengunjurkan tisu itu.Lambat-lambat Azman mengambilnya sambil senyuman gembira.
“Weh…tisu kau buat lap mulut kau bagi dia?Gila romantik..”Saja Hartini mahu menambah malu Bazlaa Aina.’Erk…alamak,macam mana aku boleh tak perasan ni,patutlah dia tersengih je dari tadi.’Bazlaa Aina menundukkan kepalanya.Malu beb.
“Haha..kelakarlah kau ni Aina.Kau malu ya?Buat apa nak malu,Azman ni kan member kita masa kecil dulu..ke kau?”Sekali lagi Pa’an mengusik,terus sahaja Bazlaa Aina mengangkat kepalanya.
“Apa?Kau jangan nak macam-macam ya Pa’an…”Merah padam muka Bazlaa Aina masa ini.
“Dahlah tu..korang kan bestfriend..tak bestlah bergaduh macam ni.”Azman sudah gelisah melihat kedua sahabat itu bertekak.
“Alah Man..kau tak payah nak hairanlah.Aku ni hari-hari dengar diorang berdua ni bertekak tapi lepas tu,makan bersuap.”Selamba sahaja Hartini berkata-kata,lega sedikit hati Azman.Dia takut disebabkan dia mereka berdua bergaduh.
“Entah Man…biasalah,gaduh-gaduh manja.Suka aku menyakat si Aina ni,dari dulu lagi kan aku suka sakat dia.”Terangguk-angguk Azman mengia sahaja.
“Aku nak pergi toilet kejap.Tini,jom teman aku kejap.”Bangun sahaja dari duduknya,Pa’an terus membuat isyarat mata kepada Hartini.
“Ha..jom-jom…aku pun nak pergi toilet kejap.”Hartini turut bangun.
“Weh..aku pun nak pergi juga.”Bazlaa Aina mencari beg tangannya.
“Kau duduklah sini,temankan si Man ni.”Pa’an menghalang Bazlaa Aina daripada bangun.
“Eh..tak apa,aku boleh duduk sini sorang-sorang.”Sela Azman kemudiannya.
“No…kau jaga kawan aku ni.Faham?”Menjegil biji mata Pa’an kepada Azman.Dia sebenarnya sengaja memberi Azman peluang untuk mengorat sahabatnya itu.Sekali sekala mata Pa’an mengarahkan kepada Bazlaa Aina.Barulah Azman faham sehingga mulutnya berbentuk o.
“O…okay-okay.Pergilah…”Dalam diam sempat juga Azman menunjukkan thumb up kepada Pa’an.
“Korang jangan pergi lama-lama tau.”Dah macam budak kecil je lagaknya Bazlaa Aina ni.Tergelak kecil Azman dibuatnya.
“Kau ni macam budak kecil je kan?Tapi cute…”Terdiam Bazlaa Aina mendengarnya.’Kenapa aku malu sangat dengan mamat ni?Bukannya tak kenal dengan dia ni..dari kecil dulu selalu sangat aku bertekak dengan dia tapi sekarang kenapa nak angkat muka pandang wajah dia pun aku malu?’Bazlaa Aina berperang dengan dirinya sendiri.
“Kau apa khabar?Sihat?”Mahu sahaja Bazlaa Aina tergelak dengan soalan Azman yang entah apa-apa itu.Dah dia berada di depan matanya mahu ditanya lagi sihat atau tak.
“Sihat..”Sepatah sahaja jawapannya,semuanya kerana dia terlalu malu dengan lelaki di hadapannya ini.Siapa sangka Azman yang dulunya comot boleh jadi sekacak ini.Kurang sikitlah dari suami si Pa’an itu tetapi dimatanya Azman lagi handsome dari Hilman.
“Haih..berangan ya?Teringatkan pak we ya?”Sengaja Azman mengusik Bazlaa Aina,sengaja nak tau samada si gadis sudah berpunya atau belum.
“Mana ada…pak we pun tak ada macam mana nak teringatkan dia.”Nak je dia cakap yang dia teringatkan kenangan mereka semasa kecil.
“Ooo..kalau macam tu,single lagilah ni ya.Good..”Terangkat kepala Bazlaa Aina,pelik dengan ucapan Azman itu.Selepas itu mereka hanya membisu sehinggalah Pa’an dan Hartini kembali semula kepada mereka.
“So,macam mana?”Pa’an bertanya kepada Azman namun dibalas dengan gelengan oleh Azman.
“Haih..lembablah korang ni.”Geram pula Pa’an dengan mereka berdua ni.Dah terang-terang suka sama suka tapi masing-masing macam tak ada mulut nak bersuara.
“Kau ni suka ke tak dekat kawan aku ni Man?Kalau tak aku nak kenenkan dia dengan staff member aku dekat office tu.”Hartini dah tergelak kerana dia tahu Pa’an hanya menipu sahaja.Azman dah menggelabah dan begitu juga dengan Bazlaa Aina.
“Eh..janganlah,aku mengaku aku suka dia.”Hah ambik,keluar juga pengakuan dia.Nak kena gertak dengan Pa’an baru nak berjalan si Azman ni.
“Hah..kan senang macam ni.Ini tak,diam je.Kau Aina macam mana?”Dah macam match maker dah si Pa’an ini.Sebelum ini dia matchkan Hartini dengan Hairi dan sekarang Bazlaa Aina dengan Azman pula.Si sahabat hanya mendiamkan diri,masih terkejut dengan pengakuan drastik Azman itu.
“Aku nak balik.”Bazlaa Aina mahu bangun,jelas riak wajah Azman yang kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Bazlaa Aina itu.
“Kau…”Pa’an mahu membebel tetapi Azman menahannya.
“Biarlah..aku pun tak mengharap sangat,yelah..aku ni siapa.Budak comot,suka sakat dia..suka bergaduh dengan dia.Suka sakitkan hati dia,tapi sumpah Pa’an.Sumpah memang aku sukakan dia,dari dulu lagi aku sukakan dia.Sebab tulah aku selalu mengusik dia,sebelum kau datang sekolah tu lagi aku dah sukakan dia.”Bazlaa Aina terkedu,seketika suasana menyepi sebelum Azman menyambung kembali kata-katanya.
“Masa aku kena ikut bapa aku pindah,aku punyalah tak nak sebab tak sanggup nak berpisah dengan dia tapi aku terpaksa.Aku teringin nak tulis surat untuk dia tapi aku malu…aku tahankan perasaan aku ni sebab aku percaya kalau ada jodoh,aku akan berjumpa dengan dia semula.Hari tu,aku bersyukur sangat sebab Allah perkenankan doa aku untuk berjumpa dia.Masa aku jumpa korang dekat taman tempoh hari,hati aku gembira bukan kepalang.Kalau ikutkan hati aku ni Pa’an,dah lama aku suruh orang tua aku masuk merisik dia tapi aku sendiri nak tahu samada dia dah berpunya atau belum…”Luahan hati Azman membuatkan Hartini dan Pa’an terharu.Bazlaa Aina masih lagi terkedu,sungguh dia tidak sangka yang Azman mempunyai perasaan cinta yang lagi kuat darinya dan sesungguhnya mereka berkongsi perasaan yang sama setelah sekian lamanya.Bazlaa Aina memandang wajah lelaki ini.Azman hanya menunduk.
“Kenapa kau tak hantar je rombongan merisik tu?”Azman memandang Bazlaa Aina pelik manakala Pa’an sudah tersenyum.
“Kau…”
“Kau tahu tak yang aku pun hampir merana sebab rindukan kau.Lepas kau pergi aku rasa macam orang tak betul.Dahlah lepas tu,mangkuk sorang tu pula yang pergi.”Bazlaa Aina menjeling ke arah Pa’an.’Aku pun kena..hurm,diam jelah..’
“Kau…”
“Apa?Kau ingat aku ni lembu ke nak kau-kau…”Merah padam muka Bazlaa Aina bila Azman sudah dapat menangkap ayatnya itu.
“Aaa..aku tak tahu nak cakap apa tapi betul ke ni?”Gembira sungguh Azman,tak sia-sia dia meluahkan perasaannya tadi.Malu juga sebenarnya dia tadi tetapi kerana kecewa,habis terluah isi hatinya itu.
“Kalau nak tahu betul atau tak,hantar rombongan cepat.Tandas jap..”Laju sahaja dia menghilangkan diri.Malu sangat-sangatlah tu.Azman sudah tersenyum sampai ke telinga.
“Suka dia ya..”Pa’an bersyukur kerana Bazlaa Aina tidak terlalu bermain tarik tali dengan Azman.
“Pergh!!Lagi advance member kita tu…macam dah tak sabar je bunyinya.”Hartini tergelak melihat reaksi Azman yang serupa beruk dapat bunga itu.
“Dia tu bukannya apa,tak mahu bercinta lama-lama.Dia lebih suka bercinta lepas kahwin,lebih romantik katanya.”Hartini terangguk-angguk mendengar ayat Pa’an itu.Sudah diaa tahu tentang itu.
“Kau tunggu apa lagi Man?Dah dapat greenlight tu jangan pula kau sia-siakan kawan baik aku tu.Kalau tak,memang siap kau aku patah-patahkan.”Pa’an memberi amaran dalam gurauan.
“Insya-Allah..aku takkan sia-siakan dia.Aku sayangkan dia Pa’an.Terima kasih dekat korang berdua sebab beri peluang dekat aku.Kalau tak,aku rasa sampai bila-bila aku akan simpan je perasaan aku ni.”
“Alah…no big deal.Cuma lepas ni rajin-rajinkanlah diri kau belanja kitorang makan.Haha..”Suka Pa’an bila Azman mengangguk bersetuju.
“Jap..kau ni kerja apa ya?Dah lama aku nak tanya tapi lupa.”Soal Pa’an setelah terlintas soalan itu dihatinya.
“Pilot.”Ternganga Hartini dan Pa’an mendengarnya.
“Pergh…untungnya Aina.Weh..jadi juga pilot kau ya?Aku ingat kau main-main je dulu.”Pa’an teruja mendengar kerjaya sahabatnya ini yang terlalu gah untuk di dengar.
“Ni semua sebab dia…”Azman ingat lagi semasa kali pertama dia memberitahu cita-citanya yang mahu menjadi pilot ditertawakan oleh Bazlaa Aina sehingga dia nekad mahu menunjukkan cita-citanya bukan angan-angan yang kosong.Dia juga pernah berjanji dengan gadis itu bahawa dia akan menjadi seorang pilot.
“Gila gempaklah kau…hari ni tak fly ke?”Hartini menyoal berminat.
“Tak…”
“Ni mesti dah selalu fly ke luar Negara kan?Seronoknya..”Azman mengangguk sahaja dan tersenyum mendengar kata-kata Hartini itu.
“Tapi aku nak korang simpan dulu rahsia ni dari dia..aku nak buat surprise.”
“Lah…nanti kang merajuk pula minah tu.Dia bukan boleh orang berahsia sikit dengan  dia.”Pa’an agak tidak setuju dengan rancangan Azman itu.
“Alah kau ni..kan dia dah kata surprise..mesti ada yang dia rancangkan tu.”Hartini menyokong Azman.
‘Hurm..jangan lambat sangat beritahu dia.Nanti dari dia on terus off pula.”Gertak Pa’an.
“Ish..janganlah doakan macam tu.Aku janji lepas aku fly ke Paris minggu depan aku berterus-terang dengan dia.”Ucap Azman itu membuatkan Hartini ternganga.
“Wah..Paris..untunglah Aina.”Pa’an hanya menggelengkan kepalanya.Tahu sangat dengan perangai Hartini yang suka berjalan tu.Pantang dengar tempat pelancongan yang best,mulalah dia melopong.
“Dah berapa kali ke sana?”Hartini bertanya lagi dan kali ini matanya terbeliak melihat symbol peace yg dibuat oleh Azman yang bermaksud dua itu.



p/s : part pilot tu sye x confirm la had umur boleh bwak kpal terbang umur berape...sape2 yg tau boleh komen x bgtau..huhu...nanti senang nak edit..enjoy ye..