Sunday 18 August 2013

SUMPAH TAK SAMA 32

assalamualaikum n selamat hari raye...
rase cam x smpai hati nk biarkan blog ni kosong je kan...
hurm....moh la bace yg seterusnye...korang mesti tertanye2kan...
watak yg muncul lepas ni akan buatkan korang lagi tak sabar nak tahu or may be ade yg da boleh expect jlan cite ni...
so...enjoy la entry kali ni ya..mungkin sye akn buat mcm ni je kot...
create next entry dlam lappy je dlu then bile da rase mcam pnjang berjele baru upload kat sini ya...

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''




Nasibnya agak baik kerana sampai di rumah sebeum pukul tujuh malam.Eleh..awal lima minit je.Yang paling dia tidak terduga apabila suaminya berdiri di pagar rumah dengan tangan yang bercekak di pinggang beserta wajah yang memerah.Barangkali gunung berapi mahu meletup agaknya.Sudahlah dia.
“Weh..apasal suami kau tu berdiri kat depan tu?Sejak bila dia jadi security guard kat rumah sendiri?”Hartini bertanya dengan loya buruknya.
“Banyaklah kau security guard..itu maknanya dia nak marahkan akulah tu sebab yang dia tercegat je dekat situ.Okaylah korang,aku turun dulu..thanks tau sebab temankan aku jogging.Tak sabarnya nak balik rumah..hurm.”Pa’an membuka pintu kereta selepas bersalam dengan kedua sahabatnya itu.
“Kitorang tunggu sampai kau masuk,ya.”Bazlaa Aina risaukan keselamatan Pa’an.Ditundukkan sedikit badannya untuk bercakap dengan mereka berdua.Hartini menurunkan cermin keretanya.
“Ala..tak payah risaulah.Mamat tu bukan boleh buat apa-apanya dekat aku.Setakat tengking-mengking dia tu,aku tahankan je.Korang balik je eh…dah lambat ni,nanti nak mandi lagi,Maghrib lagi..”Pada hakikatnya,Pa’an tidak mahu mereka berdua mendengar apa yang bakal ditengking oleh Hilman kepadanya nanti.
“Yelah..kau hati-hati ya.”Bazlaa Aina memegang tangan sahabatnya sambil mata sempat lagi menjeling ke arah Hilman.Akhirnya Hartini meneruskan pemanduannya dengan hati yang sangat gusau.Melihat muka singa Hilman itu membuatkan mereka berdua semakin menyampah dengan lelaki yang tidak sedar diuntung itu.
“Bye…nanti kita jogging lagi ya.”Pa’an melambai-lambai kepada mereka berdua yang sudah semakin jauh darinya.Saja dia mahu menutup gentar dihatinya.
“Dah..tak payah nak memekik terlolong dekat situ.Diorang dah jauh pun.”Menyampah pula dia tengok.
“Heee…awal kau balik?”Perlahan-lahan Pa’an menghampiri Hilman dengan kepalanya terdongak-dongak mencari kereta mertuanya.
“Yang kau balik lambat tu kenapa?Bukan aku kata sebelum pukul tujuh ke?”
“Bila masa kau cakap..kau hantar mesej je.”Alah..aku sampai lima minit sebelum pukul tujuh,okaylah tu.”Malas sebenarnya Pa’an mahu bertekak dengan Hilman pada masa ini,badannya terasa melekit-lekit dan dia perlu mandi dengan kadar yang segera.
“Ada je jawab kau ya..kenapa aku telefon kau tak angkat?”Pa’an memandang Hilman pelik.’Mangkuk ni ada call aku ke tadi?’Dengan pantasnya Pa’an mencari phonenya dan dilihat ada lima missed called dari Hilman.’uit..apasalah banyak sangat missed called ni?’
“Kenapa kau buat panggilan rindu dekat aku?”Dia masih tertunduk memeriksa handphonenya.Berkerut-kerut kening Hilman cuba memahami patah perkataan isterinya itu.Panggilan rindu?
“Bila masa aku rindukan kau ni?”Makin geram Hilman dibuatnya,sudahlah dia tidak faham perempuan ni buat main-main pula.
“Lah..yang kau MISSED CALLED aku ni apa?Bukan panggilan rindu ke namanya?”Ditunjukkan skrin handphonenya kepada Hilman.’Argh!!!Perempuan ni memang tak betul agaknya.
“Kau ni sekolah ke tak?Sakit hati aku bercakap dengan kau nilah..”Hilman masih lagi tidak mahu membenarkan Pa’an masuk ke dalam rumah.
“Lah..betullah aku cakap.Kau nak aku tolong translatekan ke?”Kalau ikutkan hati dia yang lagi sakit,sakit dengan segala penipuan ini dan sakit dengan kejadian malam tadi.
“Kau kalau setakat nak cakap benda ni je,lebih baik bagi aku masuk dulu.Kita bergaduh malam karang,boleh?Aku nak mandi ni..badan dah melekit-lekit.Tak selesa.”Hilman pula berasa tidak selesa dengan mood Pa’an yang berubah menjadi serius itu.Serius dia tidak suka pula dengan perubahan itu.Tiada jawapan dari Hilman membuatkan Pa’an terus mahu berlalu.
“Aku call kau tadi sebab nak beritahu yang mama dengan papa dah balik kampung.”Mati terus langkah Pa’an.Dia terkejut dengan berita dari suaminya itu.
“Hah?Bukan lusa ke dorang nak balik?”Pa’an kelihatan keliru,saat ini Hilman merasakan Pa’an tersangat comel dengan membuat muka pening itu.
“Mama dengan papa ada hal penting dekat kampung,just Fariza je yang tinggal dekat sini.Lusa baru dia balik.”Pa’an terdiam,fikirnya kalau keluarga mertuanya sudah balik,bolehlah dia call Hartini suruh patah semula dan mengambil dia pulang tetapi kenapa pula Fariza yang tinggal.
“Mama dengan papa tak cakap apa-apa pun.”Terus dia terfikir akan perkara yang mereka bincangkan malam tadi,mungkinkah ibu mertuanya terasa hati dengan mereka?
“Aku rasa lebih baik macam tu,lagi senang kerja aku.”Berasap telinga Pa’an mendengar ayat tersebut.
“Kau ni memang tak ada hati perut langsung,kau tahu tak yang mama terasa hati dengan kita.Dahlah kita menipu dorang,lepas tu kau sakitkan lagi hati dia.Kalau macam nilah rancangan kau dulu,mati hidup semula pun aku tak nak ikut.Menyesal aku ikut rancangan bodoh kau ni.”Pa’an yang tadinya mahu masuk kembali mendekati Hilman.
“Siapa yang bodoh?Aku ke kau?Kau dengar sini ya..kalau bukan sebab rancangan BODOH kau yang rosakkan perkahwinan aku dengan Nisa dulu,tak mungkin aku akan buat perkara yang macam ni.Kau ingat aku suka nak menipu mama dengan papa?”Hilman menuding jari ke arah wajah bersih Pa’an.Nasiblah tiada orang yang lalu-lalang di depan rumah mereka.Budak-budak yang berada di taman permainan pun sudah beransur pulang.Kalau yang ada pun tak mungkin akan dengar sebab apa mereka peduli kalau laki bini bergaduh.
“Kau ingat aku pun suka ke semua ni?Hei mangkuk!!Kalau betul kau bencikan aku,kenapa kau tak ceraikan aku dari dulu lagi?Kenapa kau tak terus-terang dengan family kau pasal rancangan BODOH aku tu?Ya..aku memang bodoh,bodoh sebab kenal dengan kau.Aku menyesal tahu tak?”Bergenang tubir mata Pa’an kerana tidak dapat menahan amarahnya kepada Hilman.Hilman tiada jawapan untuk segala soalan Pa’an itu,apa yang dia tahu dia hanya kasihankan isterinya itu.
“Pleaselah…aku dah malas nak bertekak dengan kau pasal benda ni.Lepas Fariza balik ke kampung,aku nak balik rumah aku.After that,we are over until you married with Annisa.Aku dah penat.Masa tu,kita hanya akan berjumpa di office je hanya sebagai bos dan pekerja.No more than that dan apa yang penting kita buat-buat tak kenal je lepas ni.Aku masuk dulu.”Dengan suara yang lemah,Pa’an mengorak langkah meninggalkan Hilman yang terkesima di luar.Hilman memegang dadanya,mengapa dirasakan jantungnya berdetap tidak normal bila mendengar ayat terakhir dari Pa’an itu.Pura-pura tidak kenal?Macam mana dia mahu berpura-pura sedangkan di office mereka masih akan berjumpa setiap hari.Apa dah jadi dengan dirinya,kenapa hati dia meruntun sedih mendengar suara pilu dari isterinya itu.Sebelum mama dan papanya pulang,papanya itu sempat lagi memberinya nasihat agar berfikir dengan sebaik-baiknya tentang penceraian mereka nanti.Akan tetapi mamanya hanya mendiamkan diri seolah-olah terasa hati dengannya.Betullah apa yang dikatakan oleh Pa’an yang mamanya marahkan mereka.’Kenapa semua orang sukakan dia tapi aku tak boleh?Apa yang istimewanya dia?’Setelah agak lama dia berdiri di luar,dia masuk dan terus menutup pintu pagar rumahnya.’Kau tak payah nak pening-pening fikirkan dia,apa yang penting lepas ni kau akan berkahwin dengan Annisa,buah hati kau.Biarkan dia..’Suara hatinya berbisik untuk menyedapkan hati yang sedang gundah itu.     



Ruang tamu hanya diduduki oleh Hilman dan adiknya Fariza sahaja,kosong.Itulah yang dirasakan oleh Hilman di saat ini.Hanya suara tv sahaja yang kedengaran.Hidupnya terasa bosan tiba-tiba kerana dia tidak lagi mendengar hilai tawa mama dan isterinya.Mengenangkan si isteri,Pa’an masih mengurungkan dirinya di dalam bilik mereka.Terdengar keluhannya yang berat,terasa seakan bersalah dengan apa yang berlaku tadi.Tidak sepatutnya mereka bertengkar.
“Abang ni kenapa?Dari tadi adik tengok asyik mengeluh je.Abang ada masalah ya?”Fariza yang tadinya khusyuk menonton samarinda hilang fokusnya kerana asyik terdengar Hilman mengeluh.
“Tak ada apa-apalah..”Hilman menggosok kepala adik perempuannya itu.
“Takkanlah tak ada apa-apa..adik tengok abang ni macam orang dalam kesusahan je.”Volume tv diperlahankan oleh Fariza,dia mahu mendengar apa masalah abangnya ini dan dia juga tahu tentang tindakan abangnya yang mahu mengahwini Annisa itu.
“ Betul..abang okay je.”Hilman tersenyum kelat tatkala melihat muka si adik yang sudah tertanya-tanya itu.
“Abang jangan nak tipu dengan adik,adik tahu yang abang ada masalah dan adik tahu abang juga nak kahwin dengan kak Nisa kan?”Terkedu Hilman mendengar ayat daripada adiknya itu.Pasti dia mengetahuinya daripada mama sendiri.Hilman terdiam tidak tahu untuk berkata apa.
“Abang tak sukakan kak Fatin ya?Kalau abang tak sukakan dia kenapa abang layan dia mesra?Adik kesiankan kak Fatin kalau-kalau dengan perbuatan abang ni buatkan dia menaruh hati dengan abang.Orang perempuan bang,walau sedikitpun abang tunjukkan keperihatinan abang terhadap mereka,pasti ada satu rasa yang bercambah di dalam hati mereka.Adik sayangkan kak Fatin macam kakak adik sendiri,adik sukakan dia tapi macam apa yang papa cakap,adik tak boleh masuk campur antara abang dengan kak Fatin sebab itu hak abang.Adik faham abang sayangkan kak Nisa tapi kak fatin lagi berhak untuk mendapatkan kasih sayang abang sebab dia isteri abang,bukannya orang lain.Adik faham abang tak sukakan kak Fatin sebab dia musnahkan perkahwinan abang dengan kak Nisa tapi dia buat macam tu bersebab bang,sebab dia mengandungkan zuriat abang.Abang ingat ada ke perempuan yang sanggup permainkan maruah sendiri dan orang lain.Jujur adik cakap yang adik lebih sukakan kak Fatin daripada kak Nisa.Bagi adik,kak Fatin lagi baik daripada kak Nisa yang entahlah..adik susah nak cakap.”Panjang lebar kata-kata Fariza sehingga membuatkan Hilman terbungkam diam.Fariza tidak tahu apa-apa,kalaulah Fariza tahu yang Pa’an adalah seorang perempuan yang sanggup menggadaikan dirinya semata-mata demi dendam dan dialah manusia yang menjadi mangsa keadaan.Mahu sahaja dia memekik kepada adiknya itu tetapi apalah gunanya dia menerangkan perkara tersebut kerana jika hal lama itu diungkit pasti dia turut dipersalahkan.
“Abang tak kesiankan anak abang ke?”Fariza masih lagi mendesak abangnya untuk menjawab segala persoalannya.
“Adik…abang rasa adik tak payah nak sibuk-sibukkan diri adik dengan masalah abang ni sebab abang takut nanti adik yang menyesal sebab cakap macam ni.Abang buat semuanya ni bersebab,bukan saja-saja abang nak kahwin dengan kak Nisa.Adik sendiri pun tahu yang abang dengan kak Nisa dah nak dekat tiga belas tahun bercinta,adik ingat senang ke abang nak lupakan dia?”Hilman juga tidak mahu mengalah.Bengang juga dia bila dibebelkan oleh si adik yang lagi muda darinya.
“Tapi bang…semua ni kan takdir Allah.Abang beria sibuk bercinta dengan kak Nisa bertahun-tahun tapi last-last abang berkahwin dengan kak Fatin.Itu bukan jodoh ke bang?Abang pun ingat Allah saja-saja je ke jodohkan abang dengan kak Fatin?”Terdiam Hilman mendengar hujah adiknya yang menggunakan takdir Allah sebagai ayat pengukuh.
“Stop it..abang dah tak nak dengar lagi semua ni,keputusan abang muktamad.Adik cakaplah apapun abang tetap akan berkahwin dengan kak Nisa.Masa tu nanti kita tengok siapa yang akan menghalang hubungan kami.”Seperti tiada agama,Hilman seolah-olah mempertikaikan takdir Allah.Mengucap panjang si adik mendengarnya,dia tidak boleh berbuat apa-apa.Pesanan si ibu yang menyuruhnya memujuk si abang tidak berjaya dan dia kecewa dengan Hilman.
“Kalau iya pun abang nak sangat kahwin dengan kak Nisa,tak payahlah abang sampai nak cakap macam ni,adik takut nanti abang sendiri yang menyesal.Sudahlah…kalau macam ni dah tak guna adik nak tunggu dekat sini lama-lama..esok petang adik nak balik.Abang tak payah hantar,adik balik sendiri naik bas.Assalamualaikum…”Fariza bangun dan meninggalkan si abang dengan rasa yang sangat-sangat geram dan kecewa.’Mama,papa..adik dah gagal.’Sebak hatinya di saat ini.Hilman langsung tiada tanda mahu memujuknya,dia sukakan Annisa tetapi dia lebih sukakan Pa’an yang sikapnya lebih sempoi dan selamba.Kalau dengan Annisa segala yang dilakukannya serba tidak kena,ada saja yang Annisa akan tegur dan kadang-kadang tegurannya itu langsung tidak masuk akal.Sepanjang tempoh abangnya bercinta dengan Annisa,tidak pernah wanita itu cuba mengambil hati bakal mertuanya walaupun mereka sudah bertunang.Itu yang paling Fariza pelikkan,kenapa wanita sebaik dia menyombong seperti itu?Nak kata malu padahal mereka juga jiran tetangga,bercinta dengan abangnya dah bertahun takkan malu lagi.Kalau Pa’an pula,memang dia tahu yang kakak iparnya itu dulu tomboy tetapi dia senang dengan cara Pa’an yang peramah,lagi pula sekarang dia dah cantik dan feminin,mungkin yang kurangnya Pa’an itu hanyalah auratnya tapi sebagai suami sepatutnya Hilmanlah yang kena menyuruh si isteri menutup aurat,demi kebaikkan dia juga.Pening kepala Fariza memikirkan masalah abangnya ini.



Ketenangan di wajahnya membuatkan si anak semakin menyayanginya,betapa bertuahnya dia kerana memiliki seorang ibu yang terbaik seperti wanita di hadapannya ini.Walaupun dia hanya menumpang kasih namun dia bersyukur kerana Allah mengurniakan dia seorang ibu yang baik hati dan penyayang.Kasih sayangnya tidak berbelah bahagi samada dia dan anak-anaknya.Ilham mendekati si ibu yang sedang sibuk membaca majalah itu.
“Assalamualaikum umi…”Ilham memeluk ibunya dari belakang,satu kucupan hinggap di pipinya.
“Waalaikumsalam…anak umi wangi-wangi ni nak pergi mana?”Si ibu bertanya.
“Umi ni lupalah ni..kan along dah cakap dekat umi semalam yang along nak pergi Puchong hari ni,nak melawat kawan along si Norman tu,dia baru dapat baby girl.Along kenalah datang umi sebab masa dia kahwin dulu along tak ada dekat sini.”Ilham melepaskan pelukannya dan duduk di sebelah si ibu.
“Yelah umi lupa pula.”Tersengih si ibu tatkala anaknya itu pernah memberitahunya sebelum ini.Wajah kacak si anak dipandangnya,dalam fikirannya teringatkan anaknya yang sekarang ini mungkin muda dua tahun dari anak tirinya ini.
“Baba mana umi?”Ilham tercari-cari kelibat ayahnya yang tidak kelihatan.
“Baba pergi kedai kejap dengan adik-adik..kejap lagi baliklah tu.Tunggu baba balik dulu baru pergi ya..”Ilham menganggukkan kepalanya.
“Along nak air?Umi pergi buatkan.”
“Tak payahlah umi..kalau along nak,along pergi buat sendiri.”Si ibu kembali menyambung pembacaannya tadi.
“Umi tak pergi melawat anak-anak umi ke?”Ilham bertanyakan tentang rumah anak-anak yatim uminya.
“Umi pergi petang sikit kot..nak pergi dengan baba sekali.”Tanpa mengalihkan pandangan matanya,dia menjawab.Tidak lama menunggu,ayah dan adik-adiknya sudah pulang.
“Assalamualaikum…”Jerit si bongsu yang bernama Munawwarah berusia enam belas tahun.Yang seorang lagi bernama Aidid berusia lapan belas tahun.Dua-dua perangai masih kebudak-budakkan,manja terutama sekali dengan dirinya.
“Waalaikumsalam..amboilah anak dara umi ni,bagi salam macam nak pecah rumah.”Ilham menyakat adiknya ini.
“Alah along ni,adik jerit kuat-kuat sebab takut along tu tak dengar,maklumlah along adik ni kan sound trouble sikit.”Terbeliak biji mata Ilham mendengar si adik mengatanya.
“Apa adik cakap?Sound trouble?Angah..kau pegang dia.”Ilham sudah bangun dan mahu mengejar si adik.
“Angah nak tolong baba angkat barang,sorry..”Aidid mengangkat tangannya tanda tidak mahu masuk campur.
“Banyak ke?”Tidak jadi dia mahu mengejar si adik bila melihat macam banyak je barang yang dibeli oleh babanya.
“Macam biasalah long,barang anak-anak angkat umi yang banyak.”Ilham keluar untuk membantu mereka bertiga.
“Ada lagi ke baba?”Si ayah yang sudah menutup bonet kereta dihampiri.
“Dah habis dah..yang kat dalam tu semua nak bawa pergi Taufiq,Hidayah dengan Sumayyah.”Dia meminta plastik beg yang berada di tangan ayahnya itu.
“Along dah nak pergi ke ni?”Hassan bertanya kepada si anak setelah melihat Ilham sudah bersiap dengan begnya sekali.
“Dah baba…tunggu baba balik baru along pergi.”Terangguk-angguk si ayah mendengarnya,kunci kereta diletakkan di belakang pintu rumahnya.
“Nanti dah sampai sana,kirim salam baba untuk Norman sekeluarga ya.Ah,satu lagi..nah,ni je yang baba boleh berikan kepada anak dia.”Hassan menghulurkan sekeping sampul duit lalu diserahkan kepada anaknya itu.
“Along..kalau pergi sana jangan lupa cari calon isteri dekat sana ya?Manalah tahu along adik yang handsome ni ada orang Puchong yang berkenan.”Munawwarah menyakat si abang,belum sempat dijawabnya,si ibu sudah menyampuk.
“Betul apa yang adik cakap tu..umi pun teringin nak bermenantu ni.Bawalah balik seorang dua.”Munawwarah menunjuk thumbs up kepada uminya.
“Amboi umi…umi ingat nak cari calon isteri macam cari baju dekat pasar malam?Kalau senang macam tu umi,dah lama dah along cari umi.Siap boleh ganti-ganti lagi..”Tersengih uminya mendengar ayat sarkastik si anak.
“Along nak umi carikan ke?”Si ibu masih berusaha memujuk anak bujangnya itu.Umur sudah dua puluh enam dan semestinya dia layak untuk berkahwin.
“Umi…kalau boleh biarlah along cari sendiri ya umi.nanti,kalau along dah memang tak ada yang berkenan dekat hati,along minta tolong dengan umi ya.”Walaupun sudah jemu dia mendengar tentang perkahwinannya tetapi dia perlu menjaga hati ibu yang disayanginya ini.
“Kalau boleh…along nak cari calon isteri yang cantik macam umi dan penyayang macam umi..”Ilham memeluk ibunya lalu menghadiahkan sebuah kucupan di pipi tua itu.
“Iyalah tu…nak bodek umilah tu.”Munawwarah bersuara mengejek,dia yang baru sahaja mencabut tudungnya duduk di sebelah Hassan manakala Aidid pula hanya bersandar di bahu sofa.
“Mana ada…betullah along cakap.Kalau nak cari isteri kena cari yang elok agamanya..itu yang penting.Penyayang macam umi…itu pun penting.Betul tak baba?”Si ayah hanya mampu mengangguk kerana dia faham akan perasaan anak sulongnya itu.
“Alah long..semua orang nak perempuan yang macam tu.Angah pun nak tapi kita ni tak boleh nak memilih sangat long,kalaulah Allah bagi kita jodoh tak sama dengan apa yang kita mahukan,kita sebagai lelakilah yang kena bimbing dia long…”Aidid berhujah.
“Amboilah dia…pandai naa bercakap pasal kahwin ni..apa kata angah yang kahwin dulu?”Tersengih-sengih Aidid bila dikenakan oleh babanya pula.
“Angah on je baba…heee…”Terbeliak biji mata Hassan mendengar jawapan anaknya ini.
“Hah..dah ada calon ke?Gatalnya anak baba ni..Lia,Lia tengoklah anak kita ni.”Hassan menepuk peha si anak kuat.
“Hurm..kerja pun belum lagi ada hati nak tanggung anak orang,angah tu baru habis sekolah tahu..umi nak angah ambil degree dulu,lepas tu kerja dua atau tiga tahun,baru boleh fikir pasal kahwin.Umi tak nak nanti bakal bini angah tu makan pasir.”Terkekeh-kekeh Munawwarah mentertawakan angahnya ini.Bukan uminya tidak tahu siapa awek si Aidid tetapi uminya hanya mahukan yang terbaik untuk mereka.
“Alah umi…angah bergurau je.”Ilham dan Hassan tersenyum.
“Gurau tak apa..kalau betul-betul siap.”Uminya memberi amaran.
“Angah takkan kahwin selagi along tak kahwin umi…percayalah.”Terasa lucu pula bila melihat Aidid mengangkat tangan berikrar tidak akan mengingkar janjinya.
“Dahlah tu Lia..Hah along..baba rasa baik kamu berangkat sekarang,nanti lambat pula kamu sampai sana.”Hassan mengingatkan si anak sambil matanya memandang ke jam dinding rumah mereka.
“Yelah baba…along lupa pula,sibuk sangat berborak..hurm.”Ilham bangun dan membetulkan t-shirtnya.Dia terus menuju ke keretanya untuk memanaskan enjin kereta,selepas itu dia masuk semula.
“Along hati-hati memandu tu nanti..”Si ibu berasa gusau dengan pemergian anaknya ini,macam tak pernah berpisah je sebelum ini.
“Iya umi…nanti bila along dah sampai dekat rumah Norman,along telefon umi ya.Along pergi dulu umi,baba…”Tangan kedua orang tuanya dikucup hormat.Selepas itu giliran kedua beradiknya pula yang  bersalam dengannya.
“Along nanti jangan lupa hadiah adik dengan angah tahu..”Munawwarah berpesan mengingatkan alongnya itu.
“Apalah adik ni..macamlah along tu nak pergi vacation jauh-jauh,setakat KL tu apa yang ada?”Aidid mengepit kepala adiknya dengan kuat.
“Ah…umi,baba…tengok angah ni,aduh angah..ketiak angah tu dahlah busuk,lemas adik tahu.”Munawwarah membetulkan tudungnya yang sudah senget-benget dikerjakan angahnya,kelibat Ilham sudah menjauh tetapi mereka masih berdiri di luar rumah.
“Angah..apa buat adik macam tu?Tak baik..”Hassan menegur sambil tersenyum melihat telatah manja anak-anaknya.
“Ala baba…sekali-sekala menyakat adik ni apa salahnya..”Menggeleng sahaja si ibu melihat kerenah mereka berdua.
“Angah…sudah-sudahlah tu,pening kepala umi tengok korang berdua ni.Perangai macam budak kecil.”Aidid tersengih dan masih sempat menarik hujung tudung Munawwarah sehingga senget kepala adiknya itu,hampir sahaja dia menangis tetapi ditahannya.
“Umi tengoklah angah ni…huhu..”Munawwarah berlari berselindung dibelakang uminya manakala Aidid tidak berani untuk mendekati si ibu,takut dipulas telinganya nanti.
“Alah adik ni,manja terlajak..angah main-main sikit pun nak menangis,nanti bila angah dah masuk u baru adik rindukan angah.”
“Adik ikut umi masuk dalam,kejap lagi umi  nak pergi rumah anak-anak umi..banyak yang nak kena buat.Jom..”Si ibu memujuk anak bongsunya yang terlajak manja itu.Yelah,dah dia seorang je perempuan,memanglah terlajak manja.Aidid pula diceramah oleh babanya agar tidak selalu mengusik adiknya itu,mahu dia tidak mengusik adiknya,dalam sehari tidak sah untuk dia tidak mengusik Munawwarah,keadaan semakin gamat apabila alongnya turut sama mengusik si adik,pernah Munawwarah merajuk dengan mereka selama seminggu.Semua ini gara-gara mereka berdua menyorokkan hamster kesayangan Munawwarah sehingga mati,bukan berniat untuk membunuh binatang tersebut tetapi mereka terlupa tentang binatang itu selepas disorokkannya.Mahu seminggu bernanah telinga mereka dibebel oleh umi dan baba.Yang paling teruk kena marah adalah dia kerana dialah kepala rancangan jahat itu.’Hurm,rindunya kenangan masa kecil…’Hati kecilnya berdetak.



Nombor telefon Norman dihubunginya setelah dia sampai di Tol Kesas,dia berhenti di perhentian Awan Besar.
“Hello bro…aku dah sampai awan besar dah ni..”Ilham menelefon Norman mengikut pesanan sahabatnya bahawa dia mestilah berhenti di perhentian tersebut terlebih dahulu.
“Okay..bagus-bagus,kau dah dekat dah tu..nanti kau terus je then kau akan nampak signboard ke Klang Lama tapi kau jangan terus,kau ambik side kiri terus ke Kinrara.Kau terus lagi then kau belok dekat traffic light belah kanan kau,kat situ kau nampak Caltex kau turn kanan.Lepas tu kau tunggu aku dekat Caltex je…aku pick up kau dekat sana,dah dekat sangat dah tu.”Ilham terangguk-angguk memahami arahan yang diberikan oleh Norman itu.
“Okay bro..aku gerak sekarang.”Panggilan dimatikan dan Ilham masuk ke dalam kereta,bungkusan hadiah dibaiki kedudukannya yang sudah senget itu.Bimbang terjatuh pula buah tangannya untuk isteri dan anak baru Norman itu.


         Pa’an duduk termenung di hadapan tv,siaran di tv langsung tiada yang menarik minatnya sekarang ini,rasa nak hempas-hempas je tv ni.Pada hakikatnya dia masih marahkan Hilman tentang perkara tadi.Sudahlah ibu dan bapa mertuanya balik kampung dia tidak tahu,adik iparnya balik pun dia tidak diberitahu juga. Mahu sahaja dia menyerang Hilman di pejabat tadi tetapi dia masih waras walaupun telinganya terasa berasap dengan sindiran daripada Hilman yang memang menyakitkan hati itu.
“Apasal kau tak beritahu aku yang adik dah balik?”Pa’an menerjah masuk ke dalam bilik pejabat Hilman dengan hati yang mendongkol marah.Baru je tadi dia plan nak ajak adik iparnya keluar berjalan-jalan selepas dia balik nanti tetapi harapannya musnah bila menerima mesej bahawa adik iparnya sudah dalam perjalanan pulang ke kampung.Terpaksa dia berbohong mengatakan Hilman terlupa memberitahunya.
“So?”
“So kau cakap?Eeii..geramnya aku,kalau ikutkan hati aku yang tengah panas ni,aku patah-patahkan kau lepas tu aku lipat kau masuk dalam tong buang dekat sungai Pahang.Huh..”Hilman mencebirkan bibirnya dan itu menaikkan lagi darah Pa’an yang sudah menggelegak.
“Kau ni memang kepala batukan..asyik nak kena ikut kepala kau je.”
“Watch your mouth..we are now in office.Aku tak nak staff lain dengar..adik aku dah balik kampung apa kena-mengena dengan kau?”Berdesup rasa jantung Pa’an mendengar ayat yang baru dituturkan oleh Hilman.Penumbuknya dikepal menahan marah,wajahnya sudah kemerahan dan dia betul-betul bengang kali ini.
“Apa kena-mengena dengan aku?Sedap mulut kau bercakap kan?Aku ingat bila dah besar ni,perangai kau berubah tapi aku silap.Kau memang tak akan pernah berubah.”Suara yang keluar agak kuat dan menderam.Hilman yang tadinya menyibukkan diri menyusun kertas-kertas kerjanya,menghempaskan kertas-kertas tersebut hingga berterabur ke lantai.Buat sia-sia dia kemas je tadi.Hati panas yang tadinya ditahan semakin mengelegak.
“Hei tomboy…kau jangan lupa yang aku ni bos kau dekat sini.Kalau kau nak tunjuk perangai gangster kau tu dekat sini,baik kau blah..berambus kau dari bilik aku.”
“Itu je yang kau boleh cakap kan?Kau ingat sebab kau bos kau boleh buat semua benda sendiri?Hei blahlah dengan pangkat kau tu..aku tak heranlah..”Hilman menghampiri si isteri yang membuat muka bengang dan dia juga tidak kurang hebatnya sehingga terbit urat-urat hijau di mukanya.
“Kau tak payah nak pusing sana sini.From now on,kau boleh balik semula dekat rumah kau.Bawa barang-barang kau berambus dari rumah aku.Aku dah tak nak tengok muka kau dah dekat rumah tu.”Terjegil biji mata Pa’an mendengarnya.
“Kau ingat aku teringin sangat ke duduk rumah kau tu?Aku tak hadaplah..”Bentak Pa’an kuat.
“Kau tak boleh cakap elok-elok sikit ke hah?Kau tu dahlah perempuan..perempuan buatlah cara perempuan.”Tanpa sengaja,Hilman menolak bahu Pa’an sehingga terdorong wanita itu ke belakang.
“Woi..apa ni main tolak-tolak.Main kasar nampak.”Pa’an menyinsingkan lengan baju kurungnya,dia mahu bersiap sedia untuk membelasah Hilman.
“Suka hati akulah nak tolak kau ke tak.Hah..”Kali ini bahunya ditolak berkali-kali oleh Hilman,Pa’an yang tidak bersedia dengan keadaan itu terjatuh ke belakang namun dia sempat menarik sesuatu.
“Fuh..nasib tak jatuh.”Pa’an berpaut kepada tali itu dan sekali dia berpusing,dia terkejut lalu terlepas tali tersebut dan jatuh.Apa dah jadi ni?Tanpa berkata apa-apa,Pa’an meninggalkan Hilman yang dalam kebingungan sebentar tadi.Dadanya dipegang,terasa senak di situ.Sesuatu telah terjadi di antara mereka berdua.Sebenarnya tali yang dipegang oleh Pa’an itu ialah tali leher Hilman.Pautannya itu hampir membuatkan Hilman tercekik dan terpaksalah lelaki itu membongkokkan badannya mengikuti tubuh Pa’an yang hampir jatuh.Hilman asyik menatap wajah si isteri dari belah tepi manakala Pa’an masih memejamkan matanya dan memandang ke tepi.Disaat Pa’an membuka mata dan berpusing memandangnya,jarak yang terlalu dekat di antara mereka telah membuatkan masing-masing terkedu dan terpana sehingga pautan Pa’an terlepas dan terjatuh.Bibir masing-masing masih terasa kehangatannya.Ya,tanpa sengaja,mereka telah berkucupan seketika.Membulat mata Hilman dan Pa’an sewaktu itu.Sungguh tidak disangka perkara itu berlaku di dalam keadaan mereka berdua sedang marah.Hilman bangun dan membetulkan tali lehernya dan berdehem beberapa kali.Telinganya memerah hebat manakala Pa’an yang jatuh terduduk itu terus bangun dan keluar tanpa berkata apa-apa.
“Argh!!!Macam mana boleh jadi macam tu.”Pa’an menjerit dan menyerabutkan rambut lurusnya,keadaannya dah serupa orang gila pula.Nasib baiklah kedua sahabatnya itu keluar membeli barang dapur.Kalau tidak,macam mana dia nak ceritakan perkara tersebut kepada mereka berdua.Pasti dia malu nanti.
“Ni semua salah mangkuk tu,siapa suruh dia tolak-tolak aku.Dasar lelaki pervert..memang suka cari kesempatan.Argh…”Kali ini tubuhnya dihumban ke sofa dan menutup mukanya dengan bantal kecil dan kakinya menendang-nendang ke udara.



Bibirnya dikemam tetapi bila teringatkan kejadian sebelum pulang tadi,dia terus ke bilik air dan membersihkannya.Ditonyoh-tonyoh bibir itu dengan kuat namun selepas itu diusapnya pula.Pelbagai perkara yang bermain dimindanya saat ini.Masih terasa betapa lembutnya bibir Pa’an bertemu dengan bibirnya ini.Kali ini dia tersenyum dan terasa amat bertuah sekali.Tapi selepas itu kepalanya digeleng-gelengkan.Apa yang dia fikirkan ni?Bukan ke dia tidak sukakan Pa’an,mengapa dia perlu suka dengan perkara yang berlaku petang tadi?Ini tidak boleh jadi,dia perlu buat sesuatu yang boleh melupakan Pa’an dan bibirnya.



Si kecil Danisya terlena di dakapan Ilham,selesa agaknya dipeluk oleh badan sasa Ilham.Ilham pula seronok mendodoikan Danisya,terasa best pula memeluk dan mencium baby ni,bau mereka wangi.
“Seronok betul kau cium anak aku ya.Tulah,orang suruh kahwin tak nak…dah kahwin boleh dapat anak sendiri,tak payah dah nak peluk cium anak orang.”Norman hadir bersama isterinya yang  baru selesai mandi.
“Syy..ish kau ni,cakap tak boleh perlahan.Terjaga anak buah aku nanti.”Ilham menghulurkan Danisya kepada Kila setelah si ibu meminta untuk meletakkan anaknya di tilam.
“Eleh…kau tak payah nak tukar topiklah Am…macam aku tak kenal kau je.”Ilham mengekori Norman duduk di luar rumahnya.
“Sampai bila kau nak macam ni Am”Norman menepuk bahu sahabatnya itu.Malam ini,dia mengajak Ilham tidur di rumah mereka tetapi Ilham menolaknya kerana dia takut Kila tidak selesa dengannya walaupun Kila sebenarnya tidak kisah.Dan dia memutuskan untuk mencari hotel sahaja nanti.Esok dia akan balik semula ke Kuantan.
“Sampai bila apa?”Soalnya dengan main-main.
“Sampai bila kau nak kecewa macam ni?Aku tahu kau masih rindukan arwah Zila kan?”Ilham menundukkan pandangannya di saat Norman menyebut nama bekas kekasihnya yang sudah lama meninggalkan mereka semua.Zila,kembar kepada Kila merupakan kekasih hatinya yang pertama,dan kerana dia dan Zilalah Norman dapat berkenalan dengan Kila.Sebab itu jugalah dia menolak pelawaan Norman mengajaknya tinggal di rumah mereka,ini kerana setiap kali dia terpandangkan wajah Kila,dia akan teringatkan arwah Zila yang meninggal sewaktu dalam perjalanan beraya ke kampungnya.Hampir setahun dia hilang arah,nasib baik umi,baba dan adik-adiknya sama-sama berusaha untuk mengembalikan semangatnya.
“Susah aku nak cakap Man…”Luah Ilham perlahan,sudah lama dia pendamkan perasaan itu dan sudah lama juga tiada siapa yang berani menyebut nama arwah kekasihnya itu melainkan Norman.
“Aku tahu kau masih cintakan dia Am..tapi sampai bila kau nak seksa hidup kau macam ni.Kau langsung tak ada feeling dekat mana-mana perempuan ke?”Norman menyatakan keperihatinannya terhadap sahabatnya itu.
“Entah..buat masa sekarang ni aku tak ada hard feeling pun dengan mana-mana perempuan.Perasaan aku kosong..”Terdengar keluhan terbit dari bibir Ilham membuatkan simpati Norman semakin menggebu.
“Sabarlah Am…Insya-Allah satu hari nanti Allah akan bukakan pintu hati kau.”Norman menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu dan dia mengeluarkan kotak rokoknya.Berkerut dahi Ilham melihat Norman dengan selambanya menarik sebatang rokok dan diletakkan ke bibirnya dan mencari mancisnya pula.
“Weh Man…kau ni dah ada anak pun tak berubah-ubah juga ya?Ni mesti masa Kila tu mengandung kau selamba je merokok depan dia kan?”Ilham memarahi Norman yang selamba mahu merokok itu.Ditariknya puntung rokok dan kotaknya sekali lalu dibuangnya ke dalam tong sampah yang berhampiran,nasib baik masuk.
“Woi…apa kes kau buang rokok aku tu.Mahal tu..”Norman hanya mampu memerhatikan kotak rokoknya yang sudah direnyuk oleh Ilham dan dicampak ke dalam tong sampah dengan hati yang pilu.
“Tahu pun kau mahal.Dah tahu mahal,berhentilah merokok.Duit beli rokok tu kau simpan..tak pun boleh beli keperluan anak bini kau tu.Ingat-ingatlah sikit,kau tu dah ada anak..kau tak sayangkan diorang ke?”Ini yang dia tidak suka bila Ilham dah mula membebel,bebelnya mengalahkan mak nenek.Kenapalah dia mengeluarkan kotak rokok tersebut di hadapan Ilham.Sebelum ini jenuh juga dia dimarahi oleh Kila tetapi dipekakkan telinganya tetapi kalau dengan Ilham dia tidak boleh buat tidak tahu,nanti habis diberitahu umi dan babanya,dia juga yang teruk kena marah dengan umi dan baba Ilham.
“Alah..aku merokok dekat luar je..bukannya aku merokok depan diorang.”Norman masih membela dirinya.Terasa nak tercekik lehernya melihat wajah kelat Ilham.
“Banyaklah kau…luar ke dalam ke sama je merbahaya.Kalau bukan bahayakan anak dan bini kau,rokok tu tetap memudaratkan diri kau juga.Kau sanggup tengok Danisya membesar tanpa kau?”Laju sahaja Norman menggelengkan kepalanya,ini juga salah satu kelebihan Ilham yang pandai menakut-nakutkan orang.
“Yelah-yelah…aku ikut cakap kau.”Dengan berat hati,Norman menurut juga kata-kata Ilham demi kepentingan keluarganya.Saat ini,barulah Ilham tersenyum puas hati.
“Bagus-bagus…dengar juga kau cakap aku.”
“Memanglah aku kena dengar cakap kau..kalau aku tak dengar cakap kau sekarang ni,nanti umi kau pula yang marahkan aku.Aku bukannya tak tahu perangai kau tu..suka sangat report dekat umi.”Ilham sudah tertawa kecil mendengarkan ketidakpuasan hati Norman itu.
“Kita keluar lepas Maghrib ni nak?Lepak dekat kedai mamak depan sana tu.”Norman menunding jarinya menunjuk ke arah kedai mamak tersebut.
“Okay juga tu..bolehlah kita borak panjang-panjang.Kalau dekat rumah kau ni takut anak kau terganggu pula.”Ilham bersetuju dengan cadangan sahabatnya itu.Apa sahaja dia ikutkan,maklumlah sekarang ni dia di tempat orang.Ikutkan sahaja.
“Cantik ah..nanti aku telefon Duan dengan Ikram sekali..”Makin lebar senyuman Ilham tatkala mendengar kedua nama sahabat di universitinya dahulu.


          “Aku malaslah nak masak hari ni,tu yang aku ajak korang berdua keluar makan ni.Korang nak makan dekat mamak Teluk Belanga ke Johan?Kalau aku,aku nak makan dekat Johan..”Pa’an bertanya kepada keduanya yang sedang sibuk menyarung selipar masing-masing.Bazlaa Aina mengunci pintu manakala Hartini sudah berada di samping Pa’an.
“Kau kata lagi dua hari nak balik sini..tup-tup hari ni kau dah balik..”Soalan daripada Hartini membuatkan Pa’an terdiam dan bengang tetapi bukan salah Hartini untuk bertanya soalan tersebut.
“Aku malas nak cakap pasal tu..buat sakit hati aku je.Nanti-nanti aku cerita dengan korang ya.Sekarang ni aku lapar sangat-sangat ni.Jom..”Pa’an mendahului mereka berdua dengan penuh semangat,Bazlaa Aina menggelengkan kepalanya kerana dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Pa’an.
“Kau rasa dia kenapa?”Hartini bertanya pula kepada Bazlaa Aina namun sahabatnya itu hanya membalas dengan menggeleng tidak tahu.
“Mesti ada sesuatu yang dia bengangkan dengan Hilman tu..dahlah jom,kebulur sangat kawan kita tu.”Bazlaa Aina menarik tangan Hartini untuk mengejar langkah Pa’an yang dah terlebih laju itu.



Gamat kedai mamak Teluk Belanga tu dengan hilai tawa mereka berempat.Sukanya dia bila dapat berjumpa dengan sahabat-sahabatnya ini.Antara mereka berempat,hanya dia dan Ikram sahaja yang belum berkahwin,yang bezanya Ikram sudah bertunang dan tunggu tahun je untuk berkahwin.
“Korang ingat lagi tak dengan Sulia?”Duan bertanya selepas lega menghirup air Milonya.
“Sulia budak hot course ENT tu?”Laju sahaja Norman mengingati nama tersebut,mau tak ingat dengan nama budak hot tersebut.
“Ha..dialah,kau tahu tak yang dia kahwin dengan siapa?”Teruja sungguh Duan mahu bergosip.
“Bukan dia kahwin dengan Tengku Emir ke?”Itu sahaja yang mereka ingat tentang Sulia selepas mereka grad.
“Itu masa dekat u..sebelum tu..kau ingat tak Sulaiman budak course kita tu?Alah…Sulaiman yang kurus-kurus pakai cermin mata tu.”Terangguk-angguk mereka bertiga tetapi masih tidak faham apa kaitannya Sulaiman dengan Sulia.
“Apa kaitan Sulaimannya pula?”Ilham memandang Duan yang sedang duduk di hadapannya sekarang ini.
“Ha..kalau korang nak tahu,memang si Sulia tu bercinta dengan Tengku Emir..bercinta bagai nak rak last-last kahwin dengan si Sulaiman tu.”Melopong ketiga-tiga mulut sahabatnya itu tidak percaya.
“Kau biar betul.”
“Serius?”
“Kau reka cerita je ni…”Tergelak Duan ketika mendengar segala respon dari sahabat-sahabatnya.Dia dah agak pasti tiada siapa yang percaya dengan cerita itu,iyalah..dulu punyalah Sulia mengutuk dan membenci Sulaiman sebab lelaki tu tak handsome dan kaya seperti Tengku Emir.
“Lah…betullah,takkan aku nak tipu korang pulak.Si Sulaiman tu dah lama sukakan si Sulia tapi Sulia bukannya nak dengan dia tapi…yalahkan,dah jodoh diorang Allah yang tentukan.Masa lepas si Sulia break up dengan Tengku Emir tu,si Sulaiman nilah yang tolong Sulia daripada kena jual dekat bapak ayam masa dia bercinta dengan lelaki lain.Memang kesianlah Sulia masa tu,trauma habis.Nasib baik Sulaiman setia beri kata-kata semangat dekat dia.Sejak tu yang Sulia mula sayangkan Sulaiman sebab dia rasa Sulaiman ni ikhlas dengan dia.”Seperti bercerita kepada kanak-kanak,ketiga temannya begitu tekun dan terangguk-angguk mendengar ceritanya.Dia pun sudah seperti si penglipur lara.
“Tulahkan…yang beria-ia kita tak nak,kita tolak..alih-alih dia yang jadi jodoh kita,hebat percaturan Allah buat kita sebagai hamba-Nya.”Norman bersetuju dengan hujah si Ikram.
“Kadang-kadang Allah tak bagi kita apa yang kita hendakkan kerana Dia tahu ada yang lebih baik menanti kita nanti…”Dalam benar kata-kata Norman itu,terusik sedikit hati Ilham mendengarnya,bukan dia terasa tetapi baginya ada benar kata-kata Norman itu.

“Tolong pencuri…”Sedang elok mereka berborak,tiba-tiba mereka berempat dikejutkan dengan bunyi suara seorang mak cik sedang meminta tolong.Alangkah tercemarnya pemandangan mereka bila melihat ada seorang lelaki sedang merampas beg tangan mak cik tersebut dan berlari meninggalkan orang tua itu.Semua yang berada di situ bangun cuba membantu dan sekali lagi pandangan mereka semua terpana melihat kejadian yang baru berlaku sekarang ini.


“Weh..cepatlah,lambatlah korang berdua ni.Aku dah laparlah..”Pa’an bercekak pinggang berpusing ke belakang memandang Hartini dan Bazlaa Aina yang semacam mengah sedikit untuk berjalan.
“Sabarlah..tak kemananya kedai Johan tu..aku ajak naik kereta tak nak,cepat sikit sampai.”Hartini membebel memarahi Pa’an yang tidak penyabar itu.
“Weh..buang minyak je naik kereta,baik jalan kaki boleh buang lemak.Cepatlah…kang aku tak jadi makan nasi aku makan korang berdua kang.”Pa’an ke belakang semula dan menarik tangan Hartini supaya cepat.Rumah mereka hanya perlu melalui satu simpang sahaja untuk ke kedai makan Johan itu,tidaklah jauh mana sampai nak kena naik kereta.
“Yelah-yelah…kalau iya pun sabarlah sikit,kereta lalu-lalang tu.Kang tak dapat makan,sakit yang dapat.”Hartini menjeling Pa’an geram.
“Okay-okay..dah jom,Aina cepatlah…”Akhirnya Pa’an menarik tangan Bazlaa Aina juga untuk melintas jalan.Kini mereka telah selamat menyeberang dan di hadapan mereka terdapat satu gerai nasi lemak dan Char Kuew Tiaw.
“Hai..laju je jalan..meh la beli char kuew tiaw ni..”Ada satu suara menegur mereka bertiga.Tanpa berpaling Pa’an menjawab.
“Sorrylah bang..saya tak ada selera nak makan char kuew tiaw ni..tak ada mood.”
“Selera dia besar bang,setakat char kuew tiaw ni tak cukup…maklumlah selera lembu..”Sebijik Hartini mengenakan Pa’an sehingga mengundang tawa mereka yang berada di gerai itu.Alah,bukan mereka tidak biasa beli makanan di situ,kira mereka ni pelanggan tetap jugalah.
“Kau jangan nak buat hal ya Tini..kang selera lembu ni bertukar jadi selera dinosaur kang.Dah jom..”Geram Pa’an bila dimalukan oleh Hartini di depan abang-abang dan kakak-kakak di gerai kecil itu.Bazlaa Aina pula dari tadi hanya tumpang tengok dan gelak.Sepanjang masa Pa’an membebelkan Hartini,sekurang-kurangnya dia boleh lupakan perihal Hilman seketika.
“Kau suka sangat cari pasal dengan aku time-time aku tengah lapar kan?Aku…”
“Tolong pencuri..”Hilang rasa geramnya kepada Hartini bila mendengar ada suara yang menjerit meminta pertolongan.Meliar matanya mencari kelibat suara itu dan pabila jumpa,geramnya bertambah setelah melihat seorang wanita pertengahan usia sedang bergelut dengan seorang lelaki.
“Aku pantang betul tengok orang lelaki menindas kaum perempuan ni.Lagi-lagi peragut lahabau macam ni..tunggu kau.”Belum sempat Pa’an pergi ke arah mereka,lelaki itu telah berjaya menarik beg tangan mak cik tersebut dan berlari ke arahnya.’Peluang keemasan.’Detak hatinya sambil tersenyum sumbing.’Nak buat jahat sangatkan,depan-depan orang ramai pun kau berani.Siap kau..’Pa’an sudah menyinsingkan lengan bajunya sehingga paras siku.
“Weh..kau nak buat apa ni?”Bazlaa Aina sudah cuak melihat reaksi Pa’an,dia tahu pasti rakannya itu akan bertindak sesuatu.Memang Pa’an pantang tengok orang buat jahat ni.
“Kau tengok jelah..”Balasnya geram.
Satu..dua..tiga…
Bedebuk!!
“Hah..ambil kau..nak mencuri ya.Ini makan dia…”Pa’an menumbuk muka si peragut yang sudah terlentang di sebelah kakinya,nak tahu apa yang dia buat?Semasa peragut itu melarikan diri sambil melihat ke belakang,tanpa dia sedar Pa’an telah menghadang kakinya semasa dia lalu di sebelah Pa’an.Memang jatuh tersadunglah dia di sebelah gadis itu.Beg tangan yang dicurinya tercampak jauh ke depan.Orang ramai yang tadinya tercengang datang memberikan bantuan.Lelaki tersebut dipegang oleh dua tiga orang awam.
“Bawa je malaun ni pergi balai..”Seru yang lainnya manakala Pa’an ke belakang dan mengambil semula beg tangan dan diberikan kepada mak cik yang sudah berada dekat dengan mereka.
“Terima kasih nak..”Lega hati bila beg tangannya yang mengandungi sejumlah wang besar dapat diselamatkan.
“Tak apalah mak cik..hal kecil je ni.Lain kali hati-hati ya..”Pa’an berpusing menghadap lelaki yang dipukulnya tadi.Agak lebam jugalah wajahnya.Lelaki itu merayu kepadanya jangan dibawa kepada polis.
“Lelaki macam kau ni tak layak nak hidup atas dunia ni..buat malu kaum je.Anggota badan dah cukup lengkap tapi otak tak ada.Dah macam tak ada kerja lain dah kau nak buat selain meragut?Buatnya masa kau meragut tadi Allah tarik nyawa kau macam mana?Mati tak sempat bertaubatlah kau…lebih baik kau meringkuk kat dalam penjara tu ,boleh ajar sikit diri kau tu supaya insaf.Huh..”Pa’an berlalu pergi kerana dia benar-benar lapar sekarang ni.
“Cik…cik bertiga ikutlah kami ke balai,sebagai saksi mak cik ni.”Seorang lelaki bersuara dan mematikan langkahnya,tanpa melihat wajah tersebut Pa’an membalas.
“Nope…saya lapar lagipun ramai saksi yang melihat.Awak pun saksi kejadian juga,saya lebih pentingkan perut saya buat masa sekarang ni.Assalamualaikum…dah jom kita blah..perut aku dah berkeroncong hebat dah ni.”Tangan Bazlaa Aina dan Hartini ditarik sekali lagi,mereka tercengang seketika melihat aksi ganas Pa’an tadi.Didepan matanya kini hanya ternampak makanan sahaja dan hanya beberapa langkah lagi mereka akan sampai ke kedai Johan.



Ilham terkedu melihat tindakan pantas gadis tersebut,melihat sahaja aksi itu,dia dan rakan-rakannya dan beberapa orang lain lagi menghampiri tiga gadis itu.Tak berkelip matanya melihat si gadis berwajah comel itu memarahi peragut yang sudah dipegang oleh Norman dan Duan.Melihat sahaja si gadis mahu pergi,dia bersuara laju.jnhb rtfgrr
“Cik…cik bertiga ikutlah kami ke balai,sebagai saksi mak cik ni.”Entah kenapa,hatinya jadi penasaran untuk mengetahui siapa gadis ini.Kalau boleh tahu nama pun sudah cukup tetapi jawapan yang dibeikan oleh si gadis menghampakan dirinya apatah lagi wajahnya langsung tidak dipandang.’Aku ni tak handsome ke?’Dirinya tertanya sendiri.Dalam hati dia berharap akan bertemu lagi dengan si gadis comel ini.Agaknya hatinya sudah terbuka untuk sesuatu yang bernama cinta.
“Weh..kau menung apa tu?Jomlah kita bawa dia ni pergi balai.Am..kau pergi bayar dulu minum kita tu..nanti lupa pula.”Ikram pantas berlari semula ke kedai mamak tadi,orang ramai yang melihat kembali kurang.
“Mak cik ikut kami ya..kita buat report polis.”Terangguk-angguk kepala wanita tua itu manakala si peragut sudah resah gelisah menantikan apalah nasib dirinya selepas ini.