Thursday 16 August 2012

sumpah tak sama 13

Pening kepala Hilman apabila mengingatkan panggilan telefon dari mamanya sebentar tadi.Kalau telefon sekadar untuk bertanya keadaan dirinya dia tidak kisah tetapi dia kalut dengan permintaan mamanya itu.
Apa yang patut dia buat sekarang ni?Wajahnya diraup berkali-kali sambil mengeluh berat.
"Mama nak beritahu kamu ni...minggu depan papa,mama dengan adik nak datang KL.Saja nak melawat kamu.."Puan Sri Faridah bersuara riang memberitahu tujuannya menelefon anaknya itu.
"Oh...baguslah tu mama...Man pun sibuk sangat ni sampaikan tak sempat nak balik kampung."Hilman pada mulanya gembira mendengar akan kedatangan keluarganya ke KL nanti tetapi selepas itu wajahnya terus berubah pucat.
"Mama nak ke sana pun sebab nak tengok-tengokkan menantu mama tu.Yelah sekarang ni kan dia dah nak masuk lapan bulan."
"Lapan bulan?"Hilman bertanya soalan bodoh kerana dia tidak faham.
"Lah kamu ni..dah nak jadi papa pun lupa lagi ke?Bukan ke si Fatin tu mengandungkan anak kamu?"Soalan mamanya membuatkan Hilman lagi bengong.
"Fatin mana ni mama?"
"Ya Allah budak ni...isteri kamulah,siapa lagi?"Terbuntang mata Hilman apabila baru dia teringatkan nama si Pa'an ialah Farhana Fatin.
"Oh...Man lupa pula..hehehe..."Hilman cuba menutupkan kegugupannya agar mamanya tidak mengesyaki apa-apa.
"Kamu ni...nama isteri pun lupa ke?Jangan muka isteri sendiri pun kamu lupa sudahlah."Terkejut Hilman dengan andaian mamanya itu.Sememangnya dia sudah melupai wajah isterinya yang kini.Apa yang dia ingat hanyalah wajah Pa'an si tomboy.Buktinya masa dekat Mid Valleylah.Bertentang mata pun dia tidak kenal dengan Pa'an.
"Ish..ada pula mama cakap macam tu.Bila mama nak datang dan berapa lama?"Hilman cuba mengubah topik,takut pula dia kalau terkantoi yang dia tidak tahu apa-apa pun tentang Pa'an.
"Sabtu depanlah...lama tak lamalah...dalam dua minggu kot.Lagipun papa kamu banyak hal nak diuruskan dekat syarikat baru dia tu.Kamu tahukan papa ada beli anak syarikat baru?"Hilman mengiakan sahaja dan sememangnya dia tahu papanya ada membeli anak syarikat baru yang mana tidak lagi mampu bertahan tetapi mempunyai potensi untuk berkembang maju.
"Tahu mama...okeylah kalau macam tu mama.Man banyak lagi kerja nak kena buat ni..mama ada apa-apa nak cakap lagi?"Hilman sememangnya banyak kerja namun itu bukanlah alasannya yang sebenarnya.
"Hurm..tak ada apalah kot agaknya,nanti kalau ada apa-apa hal mama telefon kamu semula."Puan Sri Faridah tahu anaknya itu memang sentiasa sibuk.
"Okey mama...eh mama.Boleh tak mama bagikan nombor telefon Nek Lang...Man punya hilanglah..."Hilman sengaja berdalih sedangkan dia mahu nombor Nek Lang sebab mahukan nombor telefon Pa'an.
"Minta sajalah dengan Fatin.."Hilman tak tahu nak bagi alasan apa lagi.
"Ala mama...alang-alang dah cakap dengan mama ni,mama bagi jelah..."Hilman merengek meminta simpati.
"Yelah-yelah...manja sangat kamu ni.Nanti mama mesej.Assalamualaikum..."Hilman tersengih kerana settle sudah masalahnya kini.Sekarang dia perlu bersoal jawab dengan Nek Lang sahaja.
"Waalaikummussalam...kirim salam dekat papa dengan adik."Panggilan dimatikan.Runsing kepalanya untuk mencari musuhnya itu.Bagaimana dia harus bercakap dengan Nek Lang dan apa pula caranya untuk dia memberitahu dengan Pa'an tentang kedatangan keluarganya nanti.Sesudah itu mesej dari mamanya masuk memberi nombor telefon Nek Lang.
"Man..you tak nak keluar lunch ke?"Tiba-tiba Aleeya Nasuha muncul di depan pintu biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
"No Leeya...you pergilah dengan yang lain.I tak ada mood nak lunch."Aleeya Nasuha hanya membuat muka tidak puas hati,walaupun Hilman baik dengannya namun dia tidak akan sekali-kali membantahi arahan Hilman itu.
"Okey..I pergi dulu and if you want anything just SMS me...okey?"Melihat anggukan dari Hilman terus sahaja Aleeya Nasuha meninggalkan bosnya itu.Hilman berkira-kira mahu menghubungi Nek Lang,akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon sahaja.
"Assalamualaikum nek..."Salamnya dijawab oleh Nek Lang perlahan.
"Ni siapa?"Nek Lang bertanya kerana pelik pula ada lelaki yang menghubunginya.Takkan ada yang mahu mengoratnya pula.'Aish..mengarut je otak aku ni.Siapalah yang nakkan aku yang dah tua ni?'Nek Lang tersengih sorang-sorang.
"Nek...ni Man nek."Hilman terpaksa berlembut dengan orang tua itu.
"Man mana?Maaflah nenek ni dah tua,dah tak berapa nak ingat sangat."Nek Lang menggarukan kepalanya tanda dia tidak kenal dengan sesiapa yang bernama Man itu.
"Hilman nek.."Terus sahaja orang tua itu menjawab Ooooo...'Hilman cucu menantu aku rupanya.'
"Hilman...nenek lupa.Ada apa ya Man?Tak pernah-pernah kamu telefon nenek,baru hari ni dengar suara kamu.Selalunya Fatin yang telefon,cakap kamu sibuk.Ni kamu dah tak sibuk dah ke?"Nek Lang ternyata gembira dengan panggilan daripada suami cucunya itu.
"Memang Man sibuk nek.Maafkan Man ya nek..."Walaupun dia tidak menyukai Pa'an namun dia masih menghormati orang tua itu kerana Nek Lang terlalu baik dengannya.
"Tak apalah..ni dah dengar suara kamu pun nenek dah syukur sangat."Terharu sebentar Hilman mendengarnya.
"Ada apa kamu telefon nenek ni Man?"Hilman berdehem sebelum meneruskan hajatnya.
"Macam ni nek...Man nak minta nombor telefon Pa'an dari nenek."Dia menggigit lidahnya takut.
"Aik...kenapa pula kamu minta dengan nenek?Takkan kamu tak ada nombor telefon dia?"Nek Lang mula curiga dengan Hilman.Menggelabah Hilman walaupun dia menjangkakan soalan dari Nek Lang itu.
"Aaa..macam  ni nek..sebenarnya handphone Man baru je hilang tadi.Lepas tu Man tak ingat nombor telefon Pa'an.Man ada hal penting nak beritahu dia ni sampai tak sempat nak tunggu balik rumah nanti."Hilman terpaksa meminta perbohongan lagi sekali.
"Oo..nenek ingatkan apa tadi..nanti nenek SMS kamu."Nek Lang terasa lega apabila merasakan andaiannya itu salah.
"Terima kasih nek..."Selepas itu panggilan dimatikan dan tak lama selepas itu mesej masuk dan dia hanya melihat sahaja nombor Pa'an yang dihantar oleh Nek Lang.'Aku nak kena  telefon dia ni ke?'Hilman berkira-kira untuk mendail.
"Argh!!!Serabutnya aku....kenapalah perempuan tu perlu hadir dalam hidup aku."Hilman menghentak tangannya di meja.Walaupun sakit tetapi hatinya lagi sakit.

p/s : another entry for raye ni....kena buat juga untok top up yang lama tinggal dulu...enjoy it...

1 comment:

  1. nti hilman dah jmp paan, terlopng terus mulut bile tengok paan damn cute!!

    ReplyDelete