"Ni yang aku malas nak keluar hari ahad macam ni,terlalu ramai sangat manusia yang keluar.Aku tak selesalah.."Pa'an merungut sambil membetulkan rambutnya.Tidak puas hatinya apabila dipaksa oleh Hartini dan Bazlaa Aina untuk keluar berjalan di Mid Valley.Dia tak suka dengan suasana yang penuh dengan orang ramai.Terlalu menyesakkan kepala.
"Alah kau ni...sekali-sekala kita keluar tenangkan fikiran apa salahnya.Lagipun ni kali pertama kita bawa Aina berjalan-jalan dekat sini.Kan Aina kan...."Hartini menyiku bahu Bazlaa Aina meminta persetujuan dari sahabat barunya itu.
"Betul tu..dah berapa lama dah aku tinggal kat sini,baru hari ni kita dapat keluar bersama...please Pa'an..."Bazlaa Aina membuat muka kasihan minta simpati.
"Ah banyaklah kau..bukan minggu lepas kita dah jalan dekat IOI Mall ke?"Pa'an mengeluh tanda tidak puas hati.Skirt labuh yang dipakai diangkatnya sedikit ketika melangkah menaiki tangga bergerak.Takut juga dia kalau skirtnya nanti tersepit,haru jadinya nanti.
"Kau berkira ya dengan aku?Tak apalah Tini..jomlah kita balik sekarang,aku dah tak ada mood langsung nak berjalan sekarang ni."Bazlaa Aina sengaja pura-pura menarik tangan Hartini untuk beredar dari situ.
"Kau tak payah nak buat drama dekat sini yeh.Dah,tak payah nak tacing-macing dengan aku.Bukannya aku tak kenal dengan perangai kau tu.Hari ni aku ikut je kau orang berdua nak pergi mana,yang penting aku nak kau orang belanja aku makan.Fullstop."Tersengih kedua sahabatnya itu.
"Okey..kau cakap je apa yang kau nak makan,aku belanja."Bazlaa Aina teruja sambil bertepuk tangan.
"Kalau iya pun janganlah perangai macam budak-budak.Malu aku."Pa'an terus berjalan mendahuluui mereka dan dengan tidak sengajanya dia telah melanggar seseorang.
"Ya Allah..."Terjatuh Pa'an dibuatnya dan dia tahu sememangnya itu salah dia kerana tidak melihat ke hadapan.
"Maafkan saya miss,are you okey?"Satu suara yang menyapanya membuatkan hati Pa'an berdetap laju.Apabila diangkat wajahnya terus sahaja dirasakan dunianya seakan gelap.Pucat lesi wajahnya disaat ini.Bazlaa Aina kini sudah berada disebelahnya dan mengenggam tangan Pa'an erat.Dia tahu sahabatnya itu masih terkejut manakala Hartini pula tidak tahu apa-apa.
"Are you okey miss?I'm really sorry..."Sekali lagi lelaki itu bertanya soalan yang sama.Bazlaa Aina dan Pa'an pelik melihat lelaki yang berdiri di hadapan mereka kini seakan tidak mengenali mereka langsung.
Hilman melambaikan tangannya di hadapan gadis yang dilanggarnya tadi.Salahnya juga yang tidak memandang sekeliling,terlalu sibuk membelek mesejnya menunggu Annisa keluar dari toilet.
"Ada cedera dekat mana-mana ke?"Hilman masih lagi bertanya namun masih lagi tiada jawapan dari gadis itu.Mungkin dia bisu kut.Pandai sahaja Hilman membuat andaian tapi pelik juga dia melihat gadis itu yang melihatnya seperti melihat hantu.Belum pernah lagi mana-mana gadis memandangnya sebegitu,selalunya mereka akan memandangnya dengan wajah yang penuh teruja.
"Maafkan kawan saya ni..dia terkejut agaknya."Hartini menjawab bagi belah Pa'an dan Bazlaa Aina.
"It's okey..."Hilman memandang si gadis yang dilanggarnya,dia terasa seakan pernah berjumpa dengan gadis itu tetapi dia tidak ingat dimana.Cantik.Itulah tanggapannya sambil mata tidak lepas dari memandang sepasang mata bundar itu yang sentiasa melarikan diri dari memandangnya.
"Abang...jom."Kemunculan Annisa membuatkan Pa'an bertambah terkejut dan sesungguhnya dia dapat mengagak bahawa mereka akan kembali berhubungan.Kali ini riak wajah Pa'an yang seakan kecewa dapat dibaca oleh Bazlaa Aina.
"Oh,dah yeh.Jomlah kita...sorry again."Hilman berlalu meninggalkan mereka yang masih tercengang sambil menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh Annisa.
"Pa'an...kau okey?"Baru Bazlaa Aina bersuara dan melihatkan anggukan Pa'an,dia tahu sebenarnya Pa'an tidak okey.
"Kenapa ni?"Hartini semakin keliru melihat kedua sahabatnya seperti menyembunyikan sesuatu dan yang pastinya pasti ada kaitan dengan lelaki tadi.
"Kita duduk dulu..."Pa'an pantas berlalu dan duduk di kerusi yang ada di sepanjang Mall itu.Terus dia mengipas mukanya,terasa panas ya amat sedangkan Mall itu sejuk.Matanya meliar melihat tanpa arah.
"Kau okey tak ni atau kita balik je?"Soalan dari Bazlaa Aina itu membuatkan Hartini bengang kerana dia tidak tahu apa-apa.
"Dari tadi aku dengar asyik kau okey?Kau okey?Cuba cerita sikit dekat aku pasal apa yang korang sembunyikan ni?Peninglah aku dari tadi tertanya-tanya.Apa?"Hartini menyoal geram apabila Bazlaa Aina memarahinya dengan mimik muka menyuruhnya diam.
"Dia...."Hartini diam apabila Pa'an bersuara.
"Siapa dia?"Hartini bertinggung di hadapan Pa'an.Lantaklah apa orang nak kata apa,anak dara tak senonoh ke apa yang penting dia nak tahu kenapa Pa'an tiba-tiba pucat lesi seakan ternampak hantu.
"Hilman.."Mendengarkan sebaris nama itu membuatkan Hartini yang tadinya bertinggung jatuh terduduk terkejut.
"Biar betik.Handsomenya..."Pantas ditutup mulutnya tanda dia terlepas cakap.Takut Pa'an terasa hati.
"Handsome je tak guna kalau mulut macam longkang."Terus bersemangat Pa'an mengutuk lelaki itu.Dia tidak akan lupa dengan apa yang pernah diucapkan Hilman kepadanya dahulu.
"Dahlah cakap pasal mangkuk tu,buat spoilkan mood aku je nanti."Pa'an terus berdiri dan membetulkan kedudukan bajunya yang terangkat sedikit itu.
"Aik...kau dah cool ke?"Bazlaa Aina bertanya.
"Cool jelah..nak buat apa lagi?"Pa'an menarik tangan keduanya supaya berdiri dan memulakan langkah.
"Yelah tadi aku tengok kau pucat gila bila jumpa dengan Hilman.eh..tapi kenapa dia tak kenal dengan kau ek?Kalau tak selalunya dia kalau jumpa kau mesti tune suara dia tak pernah slow,tapi tadi macam dia langsung tak kenal kau.Ni yang aku pelik ni."Bazlaa Aina mengeluarkan andaiannya yang sedari tadi dia mahu tanyakan kepada Pa'an.
"Nak pelik apa?Dah sememangnya dia tak kenal dengan aku yang sekarang ni.Dia kenal aku yang tomboy dulu je."Malas sebenarnya dia mahu bercakap tentang Hilman lagi.Buat sakit hati sahaja.
"Baru aku teringat..hurm..tadi tu..."
"Dahlah Aina...aku malas nak cakap pasal mangkuk tu.Terserempak dengan dia tadi pun dah dikira bala untuk aku tahu.Dah jom blah sebelum aku tukar fikiran.Hope tak jumpa lagi dengan mangkuk tu nanti."Pa'an menonong sahaja jalannya dan dia tidak mahu ambil tahu sejak bila Hilman dengan Annisa kembali berbaik.Bagi dia selagi dia boleh bertahan,dia akan bertahan dan dia hanya mengikut sahaja rentak Hilman yang menggantungkan perhubungan mereka.
"Ish dia ni..menonong je.Ni kawan kaulah ni..."Bazlaa Aina membebel kepada Hartini yang semakin tidak faham dengan cerita Pa'an itu.Balik nanti dia perlukan penjelasan yang lebih terang daripada Pa'an dan juga Bazlaa Aina.
"Aku juga yang kena..."Mereka akhirnya membuat keputusan untuk menonton wayang dahulu.Sepanjang cerita diputarkan,minda Pa'an langsung tiada disitu.Hanya matanya sahaja ke skrin wayang namung kepalanya asyik teringatkan pertemuan yang tidak disangka itu.Sedikit sebanyak dia tahu bagaimana pengakhiran hubungan mereka nanti.Dalam diam dia mengeluh berat dan keluhannya itu dapat didengar oleh Bazlaa Aina yang sedari tadi risaukan sahabat baiknya itu.Sungguh dia tahu Pa'an kecewa melihat Hilman kembali berbaik dengan Annisa tadi.Dia sudah lama mengetahui perasaan sahabatnya terhadap musuh utama mereka itu.
"Abang...muka budak perempuan yang abang langgar tadi macam Nisa pernah tengoklah.Member dia yang pakai tudung warna hijau tadi pun macam familiar sangat."Annisa bersuara setelah mereka baru selesai makan.
"Really?Abang tak rasa pun,may be Nisa pernah jumpa dengan mereka dekat mana-mana dulu tak?"Hilman malas berfikir sebenarnya.Terasa berat otaknya untuk mengingati apa-apa pun memandangkan perutnya tengah kenyang sekarang ni.
"Alah abang memang selalu macam tu."Muncung mulut Annisa membuatkan Hilman tersengih bahagia.Betapa terujanya dia apabila Annisa bersetuju untuk berjumpanya setelah sekian lama terpisah.Lamalah sangatkan.
"Biarlah..bukannya penting pun."Hilman mengambil gelasnya yang mengandungi jus tembikai dan menyedutnya.'Ah...leganya tekak.'Hatinya bersuara lega.
"Muka dia macam Pa'an..."
"Uhuk.."Habis tersedak Hilman dibuatnya.Mana taknya,sedap-sedap dia menyedut jus tembikai tiba-tiba Annisa menyebut sebaris nama yang sangat dibencinya itu.
"Nonsense..langsung tak sama."Bengang wajah Hilman sambil otaknya membezakan wajah gadis yang dilanggarnya dengan Pa'an.'Sumpah tak sama.'
"Sorry bang...tapi dia masih isteri abang kan?"Annisa bersuara teragak-agak.Sudah berjam mereka keluar baru sekarang dia berani bertanyakan tentang status perhubungan Hilman dengan Pa'an.
"Isteri atas kertas sahaja.Abang langsung tak cintakan dia,meluat adalah."Hilman mengelap mulutnya,nasib baik jus tembikai itu tak tersembur ke muka cantik Annisa.
"Tak baik abang buat dia macam tu.Walau macam manapun,dia masih isteri abang."Annisa bersuara bagi pihak Pa'an.Agaknyalah...
"Dia rosakkan majlis kita tak apa?Baik ke dia macam tu?"Sekarang Nisa beritahu abang,apa perasaan Nisa bila dia musnahkan impian kita selama ni?Nisa seronok?"Sungguh emosional tingkah Hilman tika ini.Annisa terdiam,sebelum lambat-lambat dia menjawab.
"Memang dia bersalah tapi abang dikira berdosa sebab abaikan tanggungjawab abang kepada dia.Memang Nisa marah tapi itu dah takdir namanya.Takdir abang dengan dia.Takdir yang kita tak dapat mengubahnya dan Nisa redha."Hilman tersenyum sinis.
"Betul ke Nisa redha?Kalau redha kenapa Nisa cari abang?Jelas sangat yang Nisa tak dapat terima kenyataankan?"Terkedu Annisa dengan kata-kata Hilman yang ternyata benar.
"Sudahlah Nisa..abang tahu apa yang abang buat.Tak payahlah kita nak pening-pening kepala fikirkan mangkuk tomboy tu lagi.Yang penting sekarang kita kembali macam dulu.Abang tak sanggup berpisah dengan Nisa."Lambat-lambat Annisa menganggukkan kepalanya,nampaknya memang cinta Hilman utuh buatnya dan dia bangga memiliki sekeping hati milik lelaki itu.
p/s : selamat hari raya aidilfitri...sorry selalu sangat lambat post...mase selalu x mengizinkan utk sye post selalu...hope korang sume x bosan tok tggu next entry...sebulan due ni netbook selalu sgat buat hal...sorry again...
poyo la hilman!!!ceatlah taw yg gadis cantik td tu paan, bkn tomboy..
ReplyDelete