Sunday, 29 July 2012

sumpah tak sama 11 yang kedua....

Hilman mencapai handphonenya yang diletakkan di atas meja makan rumahnya.Terus sahaja dia mencari nombor wanita misteri yang menelefonnya tadi.Dia tahu wanita tersebut adalah Annisa dan dia akan berusaha mencari wanita itu semula.Itu tekadnya sekarang.Nombor tersebut di hubungi banyak kali namun tiada siapa yang mengangkatnya.Sudahnya dia menghantar mesej sebagai tanda dia merindui wanita itu.

Assalamualaikum Nisa,abang tahu ni Nisa kan?Nisa please answer the phone.Abang rindukan Nisa dan abang tahu Nisa pun rindukan abang juga kan,kalau tidak takkanlah Nisa telefon abang tadi.Please sayang...

Annisa seakan mahu menangis melihat lebih dari lima puluh missed calls dari Hilman dan setelah membaca mesej Hilman dia terharu dan perasaan sayangnya semakin kuat.Kali ini jika Hilman menelefonnya semula dia akan menjawabnya,jika tidak dia sendiri yang akan menelefon Hilman semula.Deringan lagu baru Ramlah Ram menandakan ada panggilan masuk.Dia menarik nafas panjang untuk bercakap dengan Hilman.Ya Allah berikanlah aku kekuatan-Mu.
"Assalamualaikum..."Salam diberi dengan nada suara yang gementar seperti baru kali pertama mereka berkenalan.
"Waalaikummussalam..Nisa.Alhamdulillah..Syukur sangat Nisa sudi angkat panggilan abang ni.Nisa apa khabar?Nisa sihat?"Hilman bertanyakan soalan-soalan yang biasa mereka ungkapkan dulu supaya Annisa tidak merasakan dirinya terlalu gopoh.
"Alhamdulillah Nisa sihat..abang?"Annisa duduk di birai katil biliknya sambil matanya memandang utuh kepada gambar dia dan Hilman semasa mereka masih di universiti.
"Abang macam nilah..sentiasa rindukan Nisa."Masing-masing terdiam menghayati detik kerindan itu.Sudah lima bulan mereka tidak bersua muka.
"Kita kahwin Nisa..."Terbuntang biji mata Annisa terkejut dengan lamaran Hilman yang tidak masuk dek akal itu.
"Abnag jangan nak mengarut..isteri abang macam mana?Bukan ke dia sedang mengandungkan anak abang?Nisa tak sanggup nak jadi perampas."Air mata Annisa kembali berlinangan mengenangkan perkahwinan mereka yang tidak jadi lima bulan yang lepas.Jika tidak kini mereka sudah bahagia bersama dan tidak perlu menanggung derita merindui sebegini.
"Nonsense..bukan Nisa yang perampas tapi perempuan tu."Bergetar hebat suara Hilman apabila Annisa bertanyakan tentang isterinya itu.
"Apa maksud abang?"Annisa tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.Setelah lima bulan dia memikirkan tentang perkara itu,baru kini dia mahu mendengar perkara yang sebenarnya daripada Hilman.
"Dia tak mengandung Nisa dan demi Allah abang tak pernah sentuh dia apatah lagi perempuan lain.Abang tahu abang memang jahat tapi Nisa sendiri tahu perangai abang yang sebenarnya macam mana kan?Abang terlalu sayangkan Nisa,tak terlintas pun di hati abang untuk mengkhianati cinta kita."Annisa terkejut mendengar pengakuan Hilman itu.Terasa mereka telah dipermainkan oleh Pa'an.
"Ya Allah..maknanya semua tu penipuan semata-mata?Apa yang dia dapat dengan berbohong macam tu?"Annisa bersuara geram pula kali ini.Dia tidak menyangka ada juga manusia yang berfikiran cetek seperti Pa'an itu.
"Abang pun tak faham kenapa dia perlu buat macam tu.Dia cakap kerana dendam."Hilman mengeluh panjang mengenangkan nasib dirinya kini.
"Dendam?Apa dia sudah gila ke sanggup jadikan alasan mengandung dan memecah-belahkan majlis orang?Tergamak dia buat kita macam ni..."Sendu Annisa semakin menjadi-jadi.
"Syy..jangan menangis sayang.Biarkan dia,abang sudah menggantung dia tanpa tali.Abang tak akan ambil tahu apa-apa pun pasal dia.Dia sendiri yang buat onar..rasakan.Yang penting sekarang ni kita kembali macam dulu..please sayang.."Hilman cuba memujuk Annisa dan berharap si buah hati bersetuju.
"Boleh..tapi dengan syarat."Betapa gembiranya Hilman mendengar persetujuan dari Annisa itu.
"Apa saja syaratnya abang terima."
"Nisa nak abang ceraikan perempuan tu masa kita nak bernikah.Nisa tak mahu dimadukan,apatah lagi jadi isteri kedua."Hilman terdiam sebentar dan kemudiannya bersetuju.Ah..pedulikan perempuan tu,yang penting aku dah dapat sayang aku semula.Hilman pada mulanya risau akan penerimaan keluarganya namun dia yakin mereka akan bersetuju setelah mengetahui cerita yang sebenarnya.
"Talak akan jatuh sekiranya lafaz nikah dilangsungkan."Annisa tersenyum puas dengan pengakuan bekas tunangnya itu.Kali ini dia tidak akan mengalah lagi untuk memiliki lelaki ini.

No comments:

Post a Comment