Sunday 16 October 2011

hakikat cinta 37

"Siapa perempuan tu?"Adam menyoal sebaik sahaja Haris berdiri di sebelahnya.
"Ha..oo,perempuan tadi tu?Dia tu orang sini,aku saja je nak usha...mana tahu masih laku."Haris menyengih menutp gusar di hatinya.
"Woi..kau baik sikit perangai.Nanti aku report dekat Lisa baru kau tahu.Dahlah...Pak Majid ajak kita makan tengahari kat rumah dia.Save sikit belanja kita hari ni."
"Betul-betul...aku suka betul kalau makan masakan kampung ni.Kalau tinggal dengan Lisa,jangan harap dia nak masak masakan kampung ni.Hari-hari seafood,tak pun western...naik jemu aku."Ucap Haris.
"Blah la kau...jemu konon,kalau jemu apasal perut kau memboyot sampai macam ni sekali?"Tawa mereka meletus.Tanpa mereka sedari Ellyana masih lagi memerhatikan mereka dari jauh.Hatinya pilu melihat tawa bekas suaminya itu.'Ya Allah..kuatkanlah aku seperti mana dia boleh hidup tanpa aku.'Dia berlalu pergi bersama duka dihati.

"Kamu berdua ni kenapa berminat dengan tanah kampung dekat sini?"Soal Maimunah isteri kepada Pak Majid setelah mereka sudah habis makan.
"Oh...papa saya,dia yang berminat dengan tanah di sini.Katanya nak bina rumah dan menetap di kampung.Bosan dengan suasana bandar tu."Jawab Adam sambil menghirup air teh yang dihidangkan Maimunah itu.
"Lama ke abang Adam tinggal sini?"Tiba-tiba Ema,anak Pak Majid bersuara.Haris mengangkatkan kening kanannya."Macam ada yang tak kena je dengan soalan budak perempuan ni?'Suara hati Haris berkata-kata,dia seperti dapat mengagak bahawa Ema sukakan Adam kerana sedari awal mereka sampai lagi Ema sudah memandang dan duduknya tidak pernah jauh dari Adam.'Nak ke Adam dengan budak macam ni?'Fikirnya lagi.
"Insya-Allah seminggu."Adam menjawab ikhlas,langsung tidak merasai seperti yang dirasai oleh Haris.
"Nanti bolehlah Ema bawakkan abang Adam jalan-jalan dekat kampung ni."Walhal di dalam kepala gadis itu sudah ada pelbagai rencana yang mahu dilancarkannya.Pertama kali melihat wajah Adam membuatkan hatinya terpaut dan nekad untuk mendapatkan lelaki itu dan yang paling utama adalah Adam kelihatannya seperti anak orang berada.
"Elok juga tu Adam.Bolehlah si Ema ni tunjukkan kamu kawasan mana lagi yang kamu berminat."Tambah Maimunah pula.Fikirannya sama seperti anaknya.Alangkah eloknya kalau Adam itu menjadi menantunya,bertambah kayalah mereka sekeluarga.
"Amboi mak cik...saya ni tak diajak sekali ke?"Soal Haris.
"Eh...kamu pun pergilah sekali."Pak Majid pula yang bersuara.Wajah Ema mencerut tidak suka namun dimaniskannya juga.
"Boleh juga tu.."Jawab Adam sepatah.Dia tidak berminat untuk menyampuk apa-apa.Lebih baik dia mendiamkan diri.

5 comments:

  1. ishhh..sebuk jek ema ngn mak die ni..nk tackle org kaya jek kejenye..

    ReplyDelete
  2. xdek maknenye si adam nak terpikat kat ema 2..

    ReplyDelete
  3. ala....pendek sgt.....sambung lg plsssss hehehehe

    ReplyDelete
  4. owh abis la, konflik baru ni.

    ReplyDelete
  5. hmm..knnflik baru la plk!!bile la adam dgn yana nak jmp n rujuk balik ni???

    ReplyDelete