"Abang Adam...jom kita pergi dekat sana nak?Ema nak tunjuk tempat yang cantik dekat abang Adam...jom.."Ema cuba menarik tangan Adam namun Adam dengan pantas menarik tangannya masuk ke dalam kocek seluar.Muncung mulut Ema dibuatnya namun Haris pula menahan tawanya.'Kau salah oranglah...kalau dulu bolehla...sekarang hanya seorang je yang boleh mencairkan hati dia...'Mereka berjalan sehinggalah tiba di satu kawasan yang memang sesuai untuk dibelinya.Kiranya tidak sia-sialah mereka mengikut si Ema ni.
"So,macam mana abang Adam?Cantik tak tempat ni?"Ema berdiri betul-betul di sebelah Adam.Dalam kepalanya membayangkan jika tanah itu dijadikan kawasan rumah yang besar dan hanya dia dan Adam sahaja yang berada di situ.Manakala Adam pula menghirup udara segar di situ.
"Cantik...Haris,aku rasa aku nak beli tanah ni.Ema,ni tanah siapa ya?"Soal Adam.
"Ayah yang punya,kalau abang Adam nak beli mesti ayah bagi punya."Jawab Ema yakin.
"Betul ni?"Akhirnya dia sudah jumpa dengan tanah yang sesuai untuk dibelinya.Pandangan Adam tiba-tiba tertancap sepasang kembar yang melintas di hadapannya.
"Ayien...adik..."Panggilnya tanpa sedar.
"Pak cik semalam la abang."Airina berlari menghampiri Adam mendahului Airin.Dia pantas memeluk Adam erat.Tangan Adam,Haris dan Ema di salam kedua kanak-kanak itu.
"Abang Adam kenal ke diorang ni?"Soal Ema dengan wajah jengkelnya.Adam tidak membalas soalan Ema sebaliknya perhatiannya lebih kepada si kembar itu.
"Ayien dengan adik nak pergi mana ni?"
"Kami nak pergi rumah nek Melah...esok rumah dia ada kenduri.Eh...adik,jom kita pergi..nanti mama marah lambat."Airin menarik Airina.
"Ye ke?hati-hati ya..."Airin sebenarnya perasan dari cara Ema memandang mereka,dia tahu bahawa wanita yang berpangkat kakak itu tidak menyukai mereka di situ.
"Alisya...."Muncul nama itu setelah kanak-kanak itu berlalu.Dia nampak seorang wanita yang sedang berjalan kaki menuju ke arah bertentangan dengannya dan dia nampak dengan jelas wajah wanita itu.Haris terkejut,'takkanlah.......'Matanya terbuntang terkejut.Memang itu adalah Alisya.Adam pantas mengejar meninggalkan Ema yang terjerit-jerit memanggil namanya.
"Alisya.."Langkah Ellyana mati.Jantungnya berdebar-debar,adakah masanya telah sampai?Dia masih membelakangkan lelaki yang memanggil namanya tadi.Dia menarik nafas panjang sebelum berpaling.
Adam pula menunggu dengan penuh debaran didada.Dia berdoa supaya dia tidak salah orang.
gotcha! apa berlaku seterusnya?
ReplyDeleteyes..
ReplyDeleteda jmpe..
next?
cepat2 sambung yer..
cepat la jmp..hope sgt adam taw pasal anak2 diorg..
ReplyDelete