Wednesday, 26 October 2011

haKikAt CinTa 38

"Alisya.."Ellyana memejamkan matanya,sudah lama dia tidak mendengar suara itu memanggil namanya.Perlahan-lahan dia memalingkan badannya,takkanlah pula dia mahu lari nanti jelaslah bahawa tekaan Adam itu tepat.
"Maaf encik..encik cari siapa?"Dimaniskan mukanya walaupun hatinya sayu melihat wajah Adam yang penuh dengan pengharapan.Langkah Adam terpaku.Wajah,suara dan senyumannya sama seperti Alisya tetapi kenapa gadis itu tidak mengenalinya.
"Alisya..."Bergetar tubuh Ellyana mendengar namanya dipanggil lagi.Rindukah lelaki ini kepadanya?
"Adam...woit,kau salah oranglah.."Haris mendekati Adam sambil tercungap-cungap kerana mengejar Adam tadi.
"Siapa Alisya?"Ema datang sambil muka yang mencerut bengang.Ellyana memerhatikan mereka bertiga sambil tersenyum.Pandangan Adam tidak dilepaskan kepada wanita yang berdiri menghadapnya kini.
"Alisya..ni abang sayang.."Adam cuba untuk merapati Ellyana.Ellyana mengelak selangkah ke belakang.
"Apa ni encik..saya bukan Alisya."Perit untuknya menafikan siapa dirinya.
"Abang tahu,ni sayang kan?Ni Alisya isteri abang...please sayang..abang rindukan sayang.Kita balik ya..."Haris menggelengkan kepalanya.'Parak dah dia ni...adoi.'
"Abang Adam!Apa yang abang Adam merepek ni.Kak Yana..yang kak Yana pergi lalu dekat sini buat apa?Dah tak ada jalan lain ke nak guna?"Tiba-tiba Ema memarahi Ellyana.Haris tersentak,dia kalau boleh mahu sahaja menampar mlut Ema yang kurang ajar itu namun disabarkan hatinya.
"Akak nak pergi rumah mak cik Melah ni..jalan ni je yang ada.Kamu nak suruh akak ikut jalan mana lagi?Kamu ingat ayah kamu ketua kampung,jalan ni dia punyalah ya?"Kali ini Ellyana melawan.Sudah lama sebenarnya Ema tidak menyukainya dan dia tidak tahu mengapa.Haris pula terpana mendengar kelantangan Ellyana bersuara.Mungkin pengalaman mematangkan dirinya.
"Kurang ajar kau.."Jerit Ema.
"Siapa yang kurang ajar sekarang.Sudahlah..akak dah lambat ni.Maaf encik.Nama saya bukan Alisya tapi Ellyana.Assalamualaikum."Ellyana meninggalkan Adam yang terpinga-pinga itu.Hatinya bengang dengan sikap Ema yang langsung tidak menghormati dirinya yang lebih tua itu.langsung tidak dihiraukan Adam cuma dia tidak tahu samada Adam dapat menangkap namanya itu dengan tepat ataupun lelaki itu sudah melupai nama penuhnya.
"Abang Adam..."Ema merengek sambil menarik baju Adam.Adam tidak melayannya.Manakala Haris menjelirkan lidahnya tanda padan muka kepada Ema.
"Haris...Alisya.."Hanya nama itu sahaja yang keluar dari mulut Adam.
"Kau ni..bukan ke dia dah cakap nama dia Ellyana."'Maafkan aku Adam...aku terpaksa...'Ucap Haris di dalam hati.
"Kenapa dengan abang Adam ni?Siapa Alisya tu.?"Ema bengang.Haris pula tidak tahan mendengarnya lalu bersuara.
"Hei perempuan gedik.Kau jangan nak menyibuklah.Kalau kau nak tahu sangat Alisya tu isteri si Adam ni."Hah,ambik kau.Terbuntang biji mata Ema mendengarnya.Sengaja je Haris tidak menyebut perkataan bekas dihadapan ayat isteri itu.
"Betul ke abang Adam.."Adam mendiamkan diri dan mengikut jejak Ellyana yang semakin menghilang itu.
"Allah...gila dah ke kawan aku ni.Adam!"Haris mengejar Adam yang semakin jauh itu,takut jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.

4 comments: