Sunday, 9 October 2011

hakikat cinta 36

"Mama Ayien mana?"Adam tercari-cari kelibat wanita yang dipanggil mama oleh kembar itu.Nalurinya teringin benar untuk berjumpa dengan wanita yang telah membancuh air nescafenya tadi.
"Mama tak ada...mama pergi rumah nenek...belajar buat kuih."Airin menjawab jujur.
"Habis..kamu tinggal berdua sahajalah ni?"Haris menyampuk seakan tidak berpuas hati lagaknya.
"A'ah..tapi selalunya Ayien dengan adik ikut mama..tapi tadi,Ayien dengan adik main dengan kawan."Adam mengusap rambut si abang dengan penuh kasih.Terharu pula Haris melihatnya.'Kalaulah Adam tahu...'Bisik hatinya.
"Dah..Ayien dengan adik pergi masuk...suruh adik salin pakaian..nanti demam."
"Baik pak cik..."Airin berdiri manakala Airina pula memandang wajah Adam lama.
"Kenapa adik?"Adam menyoal pula sambil memegang tangan kecil itu.
"Boleh adik cium pak cik...adik tak ada ayah..."Ucap Airina jujur.Adam terkelu manakala Haris terasa seperti mahu memberitahu kepada Adam waktu itu juga namun memandangkan amanah kedua orang tua Adam,dia pendamkan juga.
"Apa adik ni?"Airin menarik tangan Airina.
"Boleh..apa salahnya.Mari sini..."Adam menghalakan pipinya kewajah Airina.Hatinya tersentuh tatkala pipinya dicium oleh Airina.Dia sebelum ini tidak pernah menyukai kanak-kanak,namun sekarang dengan hanya melihat kedua wajah itu hatinya sudah terpaut.
"Terima kasih pak cik...adik sayang pak cik..."Ucap Airina lagi.
"Pak cik pun sayangkan Ayien dengan adik.Dah,pergi tukar baju nanti demam pula.Pak cik nak balik dah ni...nanti kita jumpa lagi ya."Mereka beredar setelah kembar itu masuk ke dalam rumah.
"Kau okey Adam?"Soal Haris.
"Entah.."Hanya itu sahaja jawapan yang dapat diucapkannya saat ini.


p/s : sori guys...hanye ni je yg dpat smbong...skang cbok trening handball..mggu dpan da nk pergi segamat..doakan team kami menang lagi untok tahun ini ya...amin..

2 comments:

  1. alahai dik frust giler..kenapalah anak anak dia tidak mengenali ayahnya tu..sedihnya akak membaca bila anaknya menyatakan bahwa ia tidak mempunyai seorg ayah..sape kah patut disalahkan..ibunya kah yg tak mau mengenalkan anaknya pada papanya..aduh dik sedih giler..

    ReplyDelete
  2. aduh...pendek sngat n3 ni..tak puas baca... next n3 plz...

    ReplyDelete