Thursday, 27 October 2011

haKikAt CinTa 38 sambungan.......

"Woi Adam..please stop it.Buat apa kau nak kejar dia.Dia kan dah cakap tadi yang nama dia Ellyana,yang kau degil sangat ni kenapa?"Sergah Haris sehingga membuatkan Adam tersentak.
"Aa..aku..aku tak tahu,yang aku tahu dia Alisya.Aku yakin yang dia tu Alisya."Haris bosan.
"Aku tak tahulah kenapa dengan kau ni,nak kata gila sihat walafiat.Dah terang-terang dia sebut nama dia Ellyana.Ada jugak aku bawak kau pergi jumpa bomoh kang.Sedar la wei,kalau betul dia tu Alisya,aku confirm yang dia akan lari and she will never want to see you face to face after what you have done to her five years before.Remember that Adam.Huh..."Panjang leteran Haris kali ini.
"Aku tak kira,aku akan cari juga maklumat tentang dia dan aku yakin itu Alisya."Kerasnya hati Adam.
"Argh....ikut suka hati kaulah...yang penting sekarang kita settle kan pasal tanah ni dulu.Aku nak balik cepat."Adam hanya mengangguk.Hatinya berbunga riang walaupun belum tentu wanita yang dijumpanya itu Alisya ataupun tidak.Dia teringatkan Mak Jah dan Pak Mat,dia mahu pergi ke rumah orang tua itu namun bila teringatkan Zarif,niatnya dimatikan.Dia tidak mahu Zarif menyerangnya buat kali yang kedua.
"Woi..tak nak balik ke?minah gedik tu dah lama hilang."Adam bergerak ke arah Haris dengan senyuman melebar di wajahnya.

Semua kerja tidak dapat dibuatnya dengan tenang.Ingatannya kembali kepada pertemuan tadi.Kenapalah dia mesti berjumpa dengan lelaki yang dirindunya selama ini.Dari riak wajah lelaki itu,dia tahu yang Adam teramat merinduinya juga tetapi persoalan yang masih bermain di fikirannya sehingga ini adalah kenapa dia diperlakukan sebegitu sebelum dia diceraikan.Tiba-tiba dia menjadi takut bagaimana kalau Adam mengetahui kewujudan kedua kembarnya dan juga bagaimana jikalau Adam mahu merampas mereka darinya.Dia harus berbuat sesuatu.
"Assalamualaikum Camelia..ya,Alhamdulillah saya sihat..saya sebenarnya nak minta tolong dari awak..."Perbualan diteruskan sehingga mereka menemui kata sepakat.Barulah hatinya kini berasa lega.
"Aok ni kenape Yana?"Soal Mak Leha dalam loghat Pahangnya.
"Tak ada apa-apalah Mak Leha,risaukan budak berdua tu,mana mainnya."Ellyana berdalih.
"Aok tak payoh risau,diorang main kat bawah rumah nuh hah..."Mak Leha menunjuk ke bawah rumah dan Ellyana tersenyum sahaja.


p/s : pssssst...ckit2 dlu ek...t smbong ag...hehehehehe..tggu je ape rncangan Yana sebenanye...k..night...

4 comments:

  1. x sabar nk tunggu sambungannye... btul2 mendebarkan.. biarlah adam dan alisya@yana tu bersatu lg... hehee... keep it up gurl!!

    ReplyDelete
  2. akak nape pendek snagt ni....xsbr nk bce smbngan nak tau pe yg yana buat.........

    ReplyDelete