Monday, 10 October 2011

sambungan hakikat cinta 36

Adam termenung sepanjang malam itu.Tidurnya tidak tenang memikirkan kembar yang baru dijumpanya tadi.
"Kenapa dengan aku ni?Sebelum ni tak pernah pulak aku sukakan budak.Hurm..kalaulah aku dah ada anak,mungkin umur dia sebaya mereka....Alisya...please,let me find you for this time...I'm really really love you...abang janji abang takkan sia-siakan sayang lagi."Adam menatap gambar Alisya yang selalu dibawanya itu.
"Woit bro...tidurlah,esok nak pergi tengok kawasan dekat-dekat sini.Sambil tu bolehlah kau ayat gadis-gadis kampung sini.Mana tahu berbaloi."Haris menyampuk,dia tahu yang Adam sedang fikirkan tentang Alisya.
"Ah..banyaklah kau,balik bilik kaulah..jangan nak menyibuk dekat-dekat sini.Syuh...."Adam tertawa keseorangan dengan gelagat Haris itu.

Mereka berjalan di sekitar kawasan itu dan diringi oleh ketua kampung.Banyak persoalan yang terbit dari mulut Adam.Sedang mereka sedang berborak,pandangan Haris tertumpu kepada seorang wanita.Dia kenal wanita itu dan dia perlu berbuat sesuatu.
"Adam..aku nak balik ke kereta sekejap.Handphone aku tertinggal."Adam mengangguk sahaja.Dia lebih berminat untuk mendengar cerita ketua kampung itu.

"Ellyana?"Tegur seorang lelaki kepadanya.Dia cuba untuk mengamati wajah yang memanggil namanya itu namun dia tidak dapat mengecam.
"Maaf...Encik ni siapa?"
"Nurul Ellyana Alissya binti Hasbullah,yang dulunya lebih dikenali sebagai Alisya tapi sekarang sudah bertukar kepada Ellyana.Awak tak kenal saya?"Soal lelaki dihadapannya kini.
"Ma...macam mana Encik tahu semua ni?Encik ni siapa?"Dia masih lagi tidak mengecam lelaki itu.
"Hailah awak ni.Belum tua lagi dah nyanyuk.Ni sayalah Haris...suami Lisa.Remember me?"Soal Haris sambil tersenyum melihat kerutan di dahi Ellyana.
"Ya Allah...Haris,lainnya awak sekarang."Ellyana memandang Haris atas dan bawah.Totally change.
"Well..orang bahagia macam tulah."Jawab Haris.Dia tahu Ellyana terkejut melihat penampilan dia sekarang sudah tidak sama dengan lima tahun yang lepas.
"Yelah tu...Lisa apa khabar sekarang?"Dia cuba untuk membiasakan diri kalau tidak sebenarnya dia tidak  mahu berjumpa dengan sesiapa pun yang berkaitan dengan masa lampaunya dulu.Tetapi dia harus kuat meneruskan kehidupannya.
"Mengandung lagi.."Jawab Haris sambil tertawa.
"Oh...lawan perutlah sekarang ni."Ellyana pun turut tertawa.Tidak sangka pula dia yang Haris yang dulunya pentingkan imej sekarang berubah mendadak begini.
"Datang dengan siapa ni?"Soalan Ellyana mematikan tawa Haris.Dari situ Ellyana sudah dapat mengagak jawapannya.
"Adam."Sepatah nama yang terbit dari mulut Haris itu menggetarkan jiwanya.
"Saya nak beritahu Yana ni.Please jangan jumpa dengan Adam.Buat masa sekarang."Ellyana tidak faham dengan permintaan Haris itu walaupun sememangnya itulah yang dia mahukan.
"Dato' dan Datin ada perancangan mereka sendiri."Ellyana hanya diam.Rasa rindu terhadap bekas suaminya itu terlalu menggebu namun dia harus tahu siapa dia dengan lelaki itu.
"Saya pergi dulu.Nanti takut dia syak apa-apa pula.Assalamualaikum."Haris berlalu meninggalkan Ellyana yang termangu itu.

2 comments:

  1. cik writer... sambung cepat2 yea... n3 ni pendek.. xpuas baca dah abis....anyway cite ni makin menarik...

    ReplyDelete