BAB DUA PULUH TIGA
"Wah Adam..tak sangkanya aku dekat sini ada kawasan air terjun macam ni.Ni yang buat aku teringin sangat nak mandi ni.Huish...terbaiklah tempat ni.Lain kali bolehlah aku ajak anak bini aku datang sini.Tentu mereka seronok."Ujar Haris teruja melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T itu.Adam pula tersenyum kerana tempat ini menyimpan kenangan buatnya.
"Ah kau ni..jangan nak mengarut,kalau nak mandi esok.Hari ni tak boleh,aku sengaja je bawa kau ke sini,boleh relax sikit."Walhal gerak hatinya mengatakan bahawa dia harus datang ke tempat ini.
"Alah kau ni,spoil la.."
"Ha'ah..kau ada bawak baju ganti ke datang sini.Bukan kau tinggal dekat chalet ke?Chalet jauh dari sini.Nanti mahu demam.Kau ingat air dekat sini macam air paip dekat KL tu?"
"Alah..poyolah kau ni Adam.Aku taulah,saja je aku nak test kau sayang aku tak...hahahahaha"Adam membaling ranting kayu yang berada ditangannya menuju ke arah kaki Haris.
"Woit..main kasar nampak."Jerit Haris,dia mahu membalas namun Adam terlebih dulu bersuara.
"Eh...tu bukan ke kembar yang kita nampak dekat kedai tadi.Diorang buat apa dekat sini ya?"Mata Haris tertancap kepada pasangan kembar itu.'Ah sudah..gawat ni.'
"Alah..mesti rumah diorang dekat-dekat sini je kot."Mereka memandang ke arah kembar yang berada arah bertentangan dengan mereka.
"Aku rasa macam tak sedap hatilah tengok dorang tu."Ujar Adam lagi.Kelihatan kembar itu sedang mencari sesuatu di tebing air terjun itu.'Aik..kuat betul instinct dia ni,macam tau-tau je yang tu anak dia.'Monolog Haris lagi.
"Alah kau ni..buat apa nak kecoh.Ke...hah!"Tergamam Haris melihat kejadian yang berlaku di depan matanya itu dan lagi terkejut apabila melihat Adam hilang dari pandangan matanya.
"Tolong!Tolong!Adik saya jatuh..."Jerit si abang manakala si adik terkapai-kapai meminta tolong.Si adik tergelincir tatkala sedang mencari selipar abangnya yang dibaling oleh Pa'ie,kawan mereka.
"Ya Allah...selamatkanlah mereka anak beranak."Haris turut terjun untuk memberi pertolongan.Nasiblah mereka ada jika tidak tiada siapa yang dapat menolong kembar itu kerana hari sudah petang jadi sudah tiada siapa yang berada di situ.Adam menangkap tubuh kecil yang sudah longlai itu.Haris mendekati Adam,air sungai itu sebenarnya tidaklah dalam mana tetapi bagi ketinggian kanak-kanak seperti mereka amatlah merbahaya.
"Adik..bangun dik..jangan tinggalkan abang...nanti mama menangis lagi..bangunlah..pak cik,tolong selamatkan adik saya.."Adam melihat wajah polos itu sayu lantas dia melakukan CPR agar kanak-kanak itu dapat diselamatkan.Akhirnya tindakannya itu berjaya membuatkan si adik terbatuk mengeluarkan air yang ditelannya.
"Alhamdulillah.."Haris mengurut dadanya lega.
"Kenapa main dekat sini,bahaya kan.Mama tak tahu ke?"Adam memeluk si adik sambil mengusap kepala si abang.Haris memandang sedih.
"Tadi Pa'ie buang selipar Ayien dekat sini...adik nak ikut tolong carikkan.Kalau tak nanti mama marah."
"Dah..jom pak cik hantarkan kamu berdua balik.Rumah dekat mana?"Soal Adam.
"Tu..dekat atas ni je."Adam memandang pelik.Dia kenal rumah itu.'Takkanlah Alisya dah balik.Ah..mungkin dia sewakan dekat orang lain tu.'Adam menyedapkan hatinya lantas mendukung si adik.
"Selipar Ayien macam mana pakcik?"Soal Airin tulus.
"Nah..ni dia,pakcik jumpa dekat dalam semak ni."Haris menghulurkan sepasang selipar itu kepada Airin.Hatinya pula yang berdebar,adakah hari ini merupakan pertemuan semula Adam dan Alisya dan agaknya bagaimana reaksi Alisya nanti.
alahai..cepat la jmp..harapan sy moga diorg 4beranak dapat bertemu semula..kesian kt adam..5thn merana..alisha mesti derita jg,kan?specially sian sgt2 dekat si kembar..diorg perlukan papa mereka..kt rmh tu diorg tinggal bertiga je ke?
ReplyDeletewah berdebar ni....
ReplyDeleteexcited ni..kembar ni mmg penghubung alisha ngn adam la..huhuhu..best!!
ReplyDeletewahh berdebar2 lak tggu next chapter...hihi..cepat smbung yer...;)
ReplyDeletesuspen....... next n3 plzzzzzzzzz
ReplyDelete