Sunday, 31 July 2011

haKikAt CinTa 30 sambungan die..

"Yana..kamu ni sebenarnya sampai bila mahu berdiam diri macam ni?Kamu tak mahu ke suami kamu tu tahu kamu ni di mana dan beritahu dia pasal anak-anak kamu ni.Abang dengan adik pun anak dia juga."Mak Pah bersuara semasa mereka sedang menikmati pisang goreng di ruang tamu.
"Silap mak...dia bukan lagi suami Yana,dan anak-anak itu anak Zarif...bukan anak dia."Zarif tiba-tiba melenting.
"Abang,tak baik cakap macam tu."Ellyana bersuara menegur sikap Zarif yang seakan biadap baginya.
"Macam ni Mak Pah...bukan Yana tak nak bagi dia berjumpa dengan abang dan adik..Mak Pah pun tahu kan yang dia sudah lama buang saya dari hidup dia.Saya bukannya siapa-siapa lagi dah dalam hidup dia..biarlah mereka hanya tahu nama papa mereka,Yana takut dia tak dapat terima kehadiran abang dengan adik Mak Pah.yana rela dia buang Yana daripada dia tidak mengaku si kembar itu anak-anak mereka.Panjang hujah yang diberikan Yana.Ya,sesungguhnya dia takut jikalau bekas suaminya mengetahui pasangan kembar itu adalah anaknya,kemungkinan besar dia tidak akan mengaku dan yang paling dia takt ialah bekas suaminya itu nanti akan merebut anak-anaknya.
"Mak Pah bukan nak menyibuk hal kamu Yana..cuma Mak Pah kesiankan diaorang tu..kadang-kadang si adik tu balik sekolah menangis kena ejek pasal papa dia.Si abang tu hah..tadi adik cerita yang dia pukul si Jamil...Mak Pah tak nak abang jadi budak jahat Yana.."Mak Pah menyuarakan kebimbangannya.
"Alah mak...budak-budak memang macam tu...Zarina tu pun tak terkawal nakalnya."Mona pula bersuara menyokong Ellyana.
"Sudahlah Pah...kita tak boleh nak paksa-paksa si Yana ni,yang tanggung semua ni dia,bukan awak atau bukan saya..kita bercakap memang senang,tapi yang menanggungnya yang sengsara."Pak Mat yang tadinya diam kini bersuara.
"Mama..mama..ada orang datang.."Airin memanggil.
"Siapa bang?"
"Entah...ada atuk dengan nenek datang naik kereta besar.."Airina pula menyampuk.
"Siapa pula yang datang ke rumah malam-malam macam ni?Yana,kamu pergi tengok siapa tu..manalah tahu kalau mereka tu sesat nak tumpang tanya."Ellyana bingkas bangun namun hatinya tiba-tiba berasa tidak enak.Seakan dia kenal dengan tetamu yang tidak diundang itu.Disaat dia keluar tiba-tiba badannya dipeluk oleh seseorang.Kelu lidahnya,sesak nafasnya disaat ini.Orang yang dirindu dan juga yang disayangnya kini berada di depan matanya.
"Ma..mama..papa..."Linangan air matanya mengalir pecah.Ketiga-tiga kanak-kanak yang berdiri di samping mereka tergamam,terkejut dengan reaksi itu.
"Mama rindukan Alisya..."Ellyana terkesima.Ya..Alisya,sudah lama dia meninggalkan nama itu hanya kerana dengan nama itu,sebuah kedukaan telah tercipta di dalam hidupnya.Nurul Alisya Ellyana binti Hasbullah,biarlah nama Alisya itu berkubur bersama dukanya.
"Mama..maafkan Isya..maafkan Isya,papa.."Kedua-dua tangan tetamunya itu dicium.Tangisannya semakin deras mengalir.
"Isya tak bersalah apa-apa..kami yang bersalah nak..."Kenangan yang berlaku lima tahun yang lepas kini bermain di fikirannya.Patutlah dia kerap memikirkanny,rupa-rupanya Dato' Mustaffar dan Datin Zulia datang menemuinya.
"Masuklah mama,papa.."Ellyana atau Alisya menjemput tetamunya masuk.
"Siapa tu Yana?"Zarif menyoal adik angkatnya itu.
"Inilah mama dan papa mertua Yana.."Jelasnya.
"Yana?"Berkeriut dahi Datin Zulia mendengarnya.Alisya hanya tersenyum.Nantilah dia bercerita.

4 comments:

  1. ooo,dah paham..ni yg sekarang ea..nti gtaw la knp isya jd camni..flashback balik,bole,kenangan 5 thn dulu..hope sgt adam xceraikan isya lagi selama 5thn ni..sian si kembar..

    ReplyDelete
  2. blinkalltheday:yes memang ade flashback die...huhu..just wait r...yes it is..adam ceraikan Alisya tapi talak brape tggu...

    ReplyDelete
  3. la kenapa jd cmtu? makaih jauh sudah liku hidup dia rupanya.

    ReplyDelete