Friday, 29 July 2011

haKikAt CinTa 30

BAB DUA PULUH SATU

Lima tahun kemudian.............

                  "Airin....Airina,jom kita balik.Dah nak Maghrib ni,sekejap lagi nak pergi mengaji kan?"Seorang wanita menggamit anak-anak kembarnya supaya mendekatinya.
"Mama,mama..tadikan abang pukul Jamil.."Si adik mengadu kepada ibunya.
"Ish,mama...adik tipu.Abang tak pukul Jamil pun.."Si abang cuba untuk mempertahankan dirinya.
"Betul ke ni abang?"Ellyana menatap wajah anak sulungnya itu.
"Betul mama..adik tak tipu.Tadi adik nampak abang pukul Jamil,lepas tu Jamil menangis."
"Abang jangan nak tipu mama,mama tak suka anak-anak mama jadi orang yang suka menipu.Cakap dekat mama,kenapa abang pukul Jamil?"Anaknya itu dipandang lagi.Sikap anaknya itu terlalu degil.
"Dia..dia kata abang tak ada papa...dia kata abang dengan adik ni anak luar nikah."
Zup!!
Berdetap hebat jantungnya saat ini.Kejadian yang berlaku lima tahun dahulu kembali terlayar dimindanya.
"Mama..betul ke abang dengan adik ni anak luar nikah?"Si abang menyoal lagi sehingga lamunan si ibu terhenti.Sayu mendengar pertanyaan dari seorang anak yang masih mentah.
"Apa makna anak luar nikah tu mama?"Airina pula menyoal kali ini.
"Siapa cakap kamu berdua anak luar nikah.Sudah..jangan dengar apa yang orang cakap.Abang dengan adik ada papa tapi papa tak ada dengan kita sekarang."Ellyana cba memujuk anak-anaknya.
"Papa pergi mana mama?"Airina menyoal lagi.
"Papa kerja sayang.."Pendek sahaja jawapannya.
"Tak apalah mama..kalau papa tak sayangkan abang dengan adik,abang dengan adik tetap sayangkan mama..abang minta maaf mama,nanti abang pergi jumpa dengan Jamil minta maaf dengan dia."Airin memeluk dan mencium mamanya.Sayu hati Ellyana dengan tindak-tanduk Airin yang tidak seperti kanak-kanak lain yang berumur sebaya dengannya.Dia sungguh matang dan amat memahami perasaan mamanya berbanding dengan Airina.
"Hurm..sudahlah tu,pergi naik mandi.Nanti Mak Jah bising pulak lambat sangat pergi mengajinya."Setelah kedua beradik itu masuk,Ellyana masih lagi termangu di situ mengingati kisah lamanya.
"Ish adik ni..kan abang dah pesan tadi,jangan beritahu mama..sekarang adik tengok..mama tengah bersedih tu."Airin memarahi Airina perlahan tidak mahu didengari oleh mamanya.
"Adik minta maaflah bang..adik tak sengaja.Adik tak pandai nak menipu..lagi-lagi dengan mama."Airina cuba membela dirinya.

Kehidupannya di kampung amat menyenangkan dirinya malah dia berasa lebih selamat tinggal di kampung halamannya berbanding dengan kehidupan lampaunya di bandar.Terlalu banyak kenangan yang pahit untuk diingati.
"Yana..termenung apa lagi tu?Anak-anak semua dah siap,tengah tunggu Yana je lagi.Jom,tak baik kita lengah-lengahkan waktu."Suara Pak Mat yang memanggilnya untuk bersolat Maghrib berjemaah  menyedarkan Ellyana.Sesungguhnya dia harus kuat.Segalanya demi kembar itu.

P/S : sori..hanye ini yang  mampu sye buat...dah seminggu kepale ni sakit...ni pn cube jugak untuk smbng next n3..but xleh..huhuhu..sye akn buat lain kali...sorry again..

2 comments:

  1. azmah er sy tak paham...kenapa timbul watak baru? ni macam cerita baru. tersalah post ke?

    ReplyDelete
  2. hahahaha...this is my climax...huhuhu...ni cite yg same...just tggu next n3 ek...

    ReplyDelete