Monday, 4 July 2011

haKikAt CinTa 25

Adam masuk ke dalam bilik.Hatinya lega di saat dia terdengar bunyi pancuran air dari bilik airnya.'Oh..dia mandi rupanya.'Tiba-tiba Adam menjadi gelabah,tidak tahu apa reaksi Alisya selepas kejadian di officenya tadi.'Aku kena minta maaf ke?Alamak..matilah aku kalau dia lari lagi.Lari?'Terus Adam mencari beg baju Alisya terus diambil dan disoroknya ke bawah katil.Dia tersenyum puas,kerana kalau Alisya mahu lari keluar dari rumah ini,dia tiada beg dan sudah tentu tak jadi nak lari.Bernas tak idea tu?Da macam budak kecil lagaknya.Adam terbaring kepenatan di atas sofa.Matanya kembali terbuka apabila mendengar bunyi pintu bilik air dibuka Alisya.
Dia mencri-curi tengok ke arah Alisya,naluri lelakinya berkocak hebat tatkala melihat Alisya yang sedang bertuala itu,kali ini sudah kali yang kedua dia berpeluang melihatnya.Tak tertelan air liurnya disaat itu.'Kau jangan nak buat gila Adam..nanti dia lari macam dekat office tadi macam mana?'
Dup!Dap!
'Ah,sudah..kenapa dengan jantung aku ni?Perasaan dia sama semasa di office tadi.Gawat aku kalau aku biarkan je.'Dia melihat Alisya yang sedang menyisir rambut panjangnya itu.'Alamak..wanginya.Wei..janganlah kau goda aku..rapuh iman aku ni..huhuhu.'Adam bangun dari baringnya.
"Ehem..ehem..."Deheman Adam mengejutkan Alisya lantas dia berpaling ke belakang.Terkaku dia seketika.
"Kau buat tak tau je dengan dia...kita tengok apa reaksi dia..kalau boleh kau godalah dia sikit..."
"Awak jangan nak bagi idea gila dekat saya Camelia."Alisya teringat akan perbualan antara dia dengan Camelia sebelum dia balik tadi.Tidak disangka cadangan Camelia itu akan dia tergunakan sekarang ni.
"Kenapa En.Adam?Sakit tekak ke?"Alisya berlagak tenang walhal jantungnya terasa mahu gugur di saat itu.
"Hah?Eh..taklah..A..a..aku.."Tergagap-gagap dia mahu bersuara.Alisya mengambil losyen lalu menyapu di kakinya di hadapan Adam.'Ish..biar betul minah ni,berani betul dia buat macam ni depan aku.Guulp..'
"Kenapa En.Adam?Macam ada yang tak kena je?"Alisya bersuara lagi.Tangan yang sejuk dibiarkan kerana dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bertahan.Bukan niatnya untuk menggoda namun sebenarnya dia mahu Adam tahu bahawa dia sekarang bukanlah Alisya yang lemah seperti dulu,yang selalu mengalah apabila ditindas.
"Ha..urm..kau ni saja je kan nak goda aku..betul tak?"
Tup!
Salah soalan da...Alisya tersenyum.
"Saya goda En.Adam?Tak ada maknanya.Kelakarlah En.Adam ni."Ketawa yang dibuat-buat oleh Alisya membuatkan Adam terpegun.Ketawa pun dia boleh terpegun,hai Adam..kau ni dah angau namanya.
"Habis yang kau seksi depan aku ni kenapa?"Dia tidak mahu mengalah.Dirinya berpeluh.
"What so everlah En.Adam..kenapa?En.Adam terpikat dengan saya?"Mahu tergelak dirinya menyebut ayat itu.
"Huh..tak teringin aku dengan keremping macam kau ni..dah macam badan kerengga dah aku tengok..tak ada feel langsunglah tengok kau ni."Adam bangun.Ayat yang dituturkan Adam langsung tidak berbekas di hati Alisya kerana dia dapat melihat keresahan di wajah suaminya itu.'Suka pula aku dapat menyakat mamat singa ni.'
"Sudahlah..daripada aku layan kau ni,lebih baik aku mandi.Hah..mama suruh kau turun minum petang."Adam menghilang di dalam bilik air.Alisya pula menarik lafaz lega kerana Adam tidak bertindak di luar jangkaannya.Pantas sahaja dia memakai baju dan turun ke bawah.

"Fuh..apa kena dengan perempuan tu?Berani betul dia tadi,kalau tak jangan kata nak pakai seksi,rambut pun tak bagi aku tengok.Sekarang apa cer??Jangan-jangan dia memang nak goda aku tak.."Adam sudah tersenyum nakal di situ."Aish..baik aku mandi je..kang bising pula mama kalau aku lambat turun."Adam membuka paip air dan terus membersihkan badannya sambil tersenyum girang kerana hari ini berlaku dua perkara yang amat manis buatnya.


BAB DUA PULUH

                "Papa dengan mama nak beritahu sesuat dekat Adam dan Alisya ni."Dato'Mustaffar bersuara tatkala mereka sedang menonton televisyen.
"Ada apa papa?"Soal Adam.
"Macam ni..papa dan mama cadang esok kami berdua nak bercuti.Dah lama papa dan mama tak luangkan masa bersama."Jelas Dato' Mustaffar manakala Datin Zulia hanya tersenyum mengiakan sahaja.
"Wow..romantiknya papa dan mama ni..so sweet.."Tiba-tiba sahaja Alisya bersuara.Adam memandang ke arah isterinya.
"Sayang nak honeymoon juga ke?"Adam mahu mengusik Alisya pula.
"Ish..ke situ pula.Papa and mama nak pergi ke mana?"Malas Alisya melayan kerenah Adam yang semakin tak betul ini.
"Mama ajak papa pergi Langkawi je..malas nak pergi jauh-jauh tapi lama jugaklah..sebulan kami ke sana."
"Lamanya..bestnya mama.."Alisya terlebih excitedlah pulak.
"Kalau sayang nak pergi..kita boleh pergi sekali."Kali ini Alisya menghadiahkan jelingan maut kepada Adam.Mahu tergelak lelaki itu melihatnya.'Amboi..petang tadi bukan main beraninya..sekarang senyap je.'
"Betul kata Adam tu,Alisya..kamu berdua pun ambillah cuti sekali."Ajak bapa mertuanya.
"It's okeylah papa..takkan kami nak kacau dan pulak..lagipun Alisya baru je start keje semula.Macam tak best je nak ponteng."
"Eh..apa pulak pontengnya..abang kan ada."'Alamak..gatalnya laki aku ni..eh..laki ke?'
"Tak mahulah.."Ujar Alisya laju.
"Lagi satu mama nak beritahu ni..Pak Long dengan Mak Long pun tak ada dalam masa sebulan ni,diorang nak balik kampung katanya."Alisya mengangguk.'Wait...maknanya dekat rumah ni hanya tinggal aku dengan mamat singa ni jelah esok?Gulp..'Mati kutu Alisya dibuatnya.
"Bolehlah kita honeymoon di rumah ni..kan sayang?"Adam berbisik di telinga Alisya.Meremang bulu tengkoknya mendengar bisikan Adam itu.
"Kamu cakap apa dam?"Soal Datin Zulia seolah mendengar butiran ayat yang diucap oleh Adam tadi.
"Eh..nothing mama..saja nak usik isteri Adam ni.."Mamanya tersenyum gembira mendengarnya.Sungguh dia gembira melihat perubahan Adam kini.

Sepanjang ketiadan mama,papa,Mak Long dan Pak Long,Alisya sebolehnya cuba untuk menjauhi diri daripada Adam.Kalau lelaki itu berada di dalam bilik,dia akan keluar dan jika Adam di luar,dia akan ke dapur atauu memerapkan diri di dalam bilik sahaja.
"Woi..kau dah masak ke belum?"Sengaja Adam bertanya kerana dia sebenarnya bosan dan rindu untuk mendengar suara isterinya itu.
"Ha..sekejap lagi En.Adam..En.adam tunggu je kat depan."Alisya sebenarnya tidak selesa jika Adam ada disitu.
"Ikut suka hati akulah nak duduk kat mana."Adam memerhatikan Alisya dari belakang.Suka benar dia melihat rambut Alisya yang di sanggul dengan penyepit itu.Suka kerana Alisya tidak lagi membataskan aurat diri dengannya lagi.
"Kau ni tak pernah potong rambut ke?"Apa punya soalan da..
"Kenapa?"Soal Alisya pelik.'Ada masalah dengan rambut aku ke?'
"Panjang macam pontianak dah aku tengok."
"What?Pontianak?En.Adam jangan main-main..malam ni dah lah malam....argh...jangan takutkan saya.."Ujar Alisya.Adam sengaja mahu menyakat Alisya walhal dia sebenarnya suka dengan rambut itu.Teringat pula kejadian semasa tayar keretanya pancit sebelum mereka berkahwin.Bukan main takut lagi Alisya melihat signboard yang disangkanya hantu itu.
"Apalah kau ni..penakut.."Mahu tergelak pula dia melihat mata Alisya yang meliar tiba-tiba.
"Tak apalah..esok saya potonglah.."Alisya berpaling meneruskan kerjanya.
"Potong apa?"Pelik sekejap Adam.
"Potong rambutlah..biar kasi pendek.."Tenang sahaja jawapan Alisya.
"Eh..mengarut..jangan kau pandai-pandai nak potong rambut kau tu..aku tak izinkan.Dengar tu.."Adam berlalu pergi membuatkan Alisya kebingungan.Tiba-tiba dia mendapat satu idea baik punya.Pasti gempaklah lepas ni...

2 comments:

  1. best..best...cpt sambung

    ReplyDelete
  2. hehehe.. best!! best!! mesti Adam plan nak ngusik Alisya lagi.. ^__^

    ReplyDelete