Saturday, 9 July 2011

haKikAt CinTa 26

Adam berehat di ruang tamu sambil menonton rancangan kegemarannya CSI.Tiba-tiba dirasakan badannya sejuk dan bul romanya menegak.Di pandang kiri dan kanannya.'Perasaan aku je kot..'Adam cuba untuk menyedapkan hatinya yang ketakutan.
Krekk!!!
Bunyi seperti pintu hadapan rumahnya dibuka seseorang namun apabila dipandang,pintu itu dalam keadaan tertutup.Adam semakin resah.
"Woi!sape 2 hah?Kau jangan nak main-mainkan aku..kau ingat aku takut ke dengan kau?"Soal Adam berani,walhal kecut juga perutnya di saat ini.Akan tetapi tiada yang menyahut.Tiba-tiba..
"Adam....A..dam..."Terkaku Adam mendengar suara yang mendayu-dayu itu memanggil namanya.'What the hell is this..Astaghfirullahaladzim...dah 29 tahun aku duduk rumah ni..belum pernah lagi jadi macam ni..mama,papa..'Huh..penakut juga si Adam ni..
"Woi..ja..jangan takutkan akulah bodoh.."Adam sudah teragak-agak mahu melarikan diri.Niat untuk memanggil isterinya tidak kesampaian kerana dia sebenarnya malu kalau Alisya tahu yang dia sebenarnya penakut yang teramat.
"Hihihihihihihi..Adam...Hihihihihi.."Seru suara itu lagi.Adam memejamkan matanya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran yang diketahuinya.Degpan jantungnya kali ini berdegup semakin kencang dan dia terasa seolah-olah ada sesuatu yang berdiri berhampiran dengannnya.Kali ini dia membuka matanya.
"MAK!!!!!!"
Jeritan Adam bergema di seluruh rumahnya.Lembaga di hadapannya kini tidak menampakkan muka akan tetapi selurh mukanya di tutupi dengan rambut panjangnya dan berselubung putih.Terasa longgar lututnya di saat itu.Belum pernah dia melihat hantu secara life di hadapannya.
"K..kau nak apa hah?"Adam memberanikan diri untuk menegur.Lembaga itu tidak menjawab sebaliknya bahunya terhenjut-henjut dan mengilai panjang.Hilaian makhluk itu menakutkan Adam.Kini makhluk itu mah berlalu meninggalkannya.Wujudnya hanya sebentar untuk menakutkan Adam.
"Aduh!"Hantu itu mengaduh akibat terlanggar bucu meja.Adam pelik.'Hantu pandai pulak mengaduh..'Fikirnya lantas dia menghampiri hantu tersebut.Perasaan takutnya hilang setelah dia seakan-akan kenal dengan suara hantu yang mengaduh itu.Dia menarik dan menyelak rambut panjang yang menutupi muka hantu tersebut.
"Oooo..ni kerje kau ye..."Adam memandang ke arah hantu yang sedang tersengih memandangnya itu.
"Hai En.Adam.."Alisya hanya tersengih..tak sangka dirinya tertangkap juga dengan Adam.Adam memerhatikan wajah ayu di hadapannya itu.Perasaan takut dan marah hilang melihat wajah tenang tambahan dengan senyuman yang cukup menawan itu.Adam berpura-pura marah.
"Kau ni da memang nak sangat jadi hantu ke???Dah tak ada kerja lain lagi selain dari menyakat aku macam ni?"Adam menghampiri isterinya.Wajah Alisya jelas cuak.
"Ma..maafkan saya En.Adam.."Alisya menunduk,walaupun takut dengan Adam namun bibirnya masih lagi mengukir senyuman teringatkan wajah Adam yang ketakutan itu.'Aik perempuan ni..tak takut langsung..boleh pulak dia tersenyum.'
"Apa senyum-senyum?Suka sangatlah tu.Okey fine...malam ni kau tidur luar."Adam mahu menyakat Alisya.'Alah ingat aku ni penakut macam kau ke?Banyak lagilah bilik kosong,'Bisik hatinya.
"Alah..bilik banyak En.Adam..saya lagi suka."Perlahan sahaja ayat terakhir yang diucapnya namun didengar jelas oleh Adam.'Huh...tak boleh jadi..nanti tak boleh tidur pulak aku kalau dia tak ada..."
"Cancel...malam ni tidur dengan aku...sebagai denda sebab kau takutkan aku,aku nak kau keluar dengan aku esok."Terus Adam meninggalkan Alisya keseorangan.Terkedu Alisya dengan permintaan Adam itu.Sangkanya Adam akan memaki hamunnya seperti dulu namun tidak.Bibirnya mengukirkan senyuman gembira.

2 comments:

  1. hahaha pandai sy teka. hahaha tau takut gak adam tu. amik ko adam,kan dah kena goreng gan alisya.

    ReplyDelete