Thursday, 21 July 2011

haKikAt CinTa 28

"En.Adam...lama lagi ke?"Alisya menyoal setelah dia menunggu Adam yang terlalu lama memilih baju.'Huh..mengalahkan aku je dia ni..'Bentak hati Alisya sendirian.
"Wait a minute..Miss..can you get me another for this clothe but still the same size okey?And one more thing..this is couple's clothe right?Can you get me for the couple one..Hurm..."Adam memandang ke tubuh Alisya.Gadis  itu menutupi badannya dengan baju yang dipegangnya.
"Apa?"Garang sungguh Alisya sehingga tertawa Adam dibuatnya.
"Nothinglah...perasan..well..I think S is better for her.."Promoter yang setia menunggu mereka sedari tadi hanya mengangguk.'What?T-shirt couple?'Muka Alisya sudah merah tapi dia suka.
"Ni Encik..."Gadis tadi menunjukkan baju couple itu kepada mereka.Alisya menggeleng tidak mahu.
"Kenapa?Pakailah..bukan selalu pon...cute apa baju ni..."Adam bersuara apabila melihat Alisya menggelengkan kepalanya.Baju angry bird berwarna merah itu dibelek lagi.
"Bu..bukan..saiz ni kecik sangatlah...tak mahu saya..."Alisya menolak.Memang tidak dinafikan baju angry bird itu comel.'Korang bayangkanlah Adam yang macam singa tu pakai baju angry bird tu macam mana...hahaha'
"Oh..kalau macam tu saya ambilkan saiz M untuk akak ye?"Suka benar gadis itu melihat pasangan yang sememangnya secocok itu.
"Banyak songehlah kau ni.."Adam mengutuk Alisya perlahan lalu dia menghilangkan diri di dalam fitting room.
"Nah kak..."Alisya menggayakan t'shirt tersebut di badannya.'hurm...pelik betul dengan mamat singa tu hari ni..'
"Cepatlah pakai..."Terkejut Alisya apabila disergah Adam.
"Tak naklah..."
"Ish...aku suruh pakai tu..pakai je lah..bukan kau pon yang kena bayar..susah sangat ke nak ikut cakap aku?"terkejut gadis itu apabila mendengar Adam yang bersuara kasar tiba-tiba namun hanya bertiga sahaja yang mendengarnya.
"En.Adam...saya ni pakai baju macam mana?Baju lengan panjangkan?Takkanlah tiba-tiba saya nak tukar baju lengan pendek pula..lagipun saya tak biasa pakai baju lengan pendek dekat luar.."Jawab Alisya bengang.Si gadis promoter tersenyum melihat gelagat mereka.
"Tak apa kak..kat sini kami ada jual inner baju..so akak boleh pilih warna apa saja yang akak nak...tak jadi masalah punya.Jom ikut saya..."Alisya mengjeling ke arah Adam tajam manakala lelaki itu tersenyum suka.


Adam tersenyum sepanjang mereka berjalan bersama manakala muka Alisya masam masih lagi tidak berpuas hati.Bangga sungguh Adam apabila dapat berjalan dan memakai baju couple dengan Alisya.So,lepas ni takkan ada lelaki yang mahu mengganggu Alisya semasa mereka berjalan.
"Kau...hah!!"Adam mahu bercakap sesuatu dengan Alisya namun dia terkejut apabila Alisya tiada di sebelahnya.'Ah..takkanlah dia ni hilang pula..Alamak...nak call..oh..shit..aku mana ada nombor phone dia..tulah bodoh sangat..dari dulu lagi sepatutnya aku ambil nombor dia...'Adam menggarukan kepalanya,puas dia berpusing mencari Alisya.Mahu ditanya dengan orang ramai,nanti dikatakan dia ni gila pula.Di satu sudut,Alisya hanya memerhatikan Adam yang bagaikan kucing yang kehilangan anak.Alisya tersenyum melihat Adam yang berpusing-pusing mencarinya.
"En.Adam.."Alisya memanggil.
"Where have you been?You know that I'm just like a crazy man who's looking you around?Just stay with me always..."Adam menarik tangan Alisya.Merah mukanya menahan marah.Manakala Alisya terkedu mendengar ayat yang baru diucapnya tadi.
"Saya minta maaf En.Adam...saya.."Kelu lidah Alisya untuk berkata-kata.
"Apa???"Terjengil biji mata Adam memandang Alisya.Alisya menahan tawanya.
"Kenapa kau gelak?"Soal Adam pelik.
"Tak ada apa-apa..En.Adam ni kelakar juga ya?"Adam terpana melihat senyuman ikhlas di bibir Alisya lalu dia turut tersenyum.
"Kau buat apa tadi?"Soal Adam sambil genggamannya tidak mahu dilepaskan.
"Hurm..melepaskan hajat..hehehehe?"
"What?Kenapa kau tak beritahu aku.."Soal Adam pula.
"Lah..siapa suruh En.Adam berangan..lepas tu menonong je tinggalkan saya..so,saya dah nampak toilet dekat sebelah saya je..saya pn pergilah..tak tahanlah En.Adam..hehehehe"Alisya kini semakin selesa berbual dengan Adam.Lelaki itu tidak garang seperti dulu.
"Banyaklah alasan kau kan..hah!Mana handphone kau?"
"Erk..kenapa En.Adam?"Soal Alisya.
"Bak sini...aku nak nombor phone kau.."Adam menghulurkan tangannya.
"Alah..En.Adam..saya sebut je ek?01..."Sebenarnya Alisya keberatan untuk mengeluarkan hand phonenya.
"Takde-takde..bak sini cepat."Ugut Adam pula.Sambil mengeluh Alisya mengeluarkan hand phonenya,Apa lagi,meletuslah tawa Adam melihat hand phone Alisya yang berikat dengan gelang getah itu.
"Ni yang benci ni."Alisya sudah memuncungkan mulutnya bengang.
"Hahahaha..kau ni hidup zaman bila?Mana ada dah orang yang pakai hand phone yang macam ni.Ni kalau baling dekat anjing confirm kiok..hahahaha"Suka sangat Adam mentertawakan Alisya.Sedih Alisya dibuatnya.Dia sayangkan hand phone itu kerana itu adalah hand phone yang dibeli dari duit gajinya yang pertama sebagai cashier.Walaupun hand phone itu sudah cikai namun masih boleh digunakan.
"Biarlah...suka hati sayalah...saya bukannya orang kaya yang boleh tukar-tukar hand phone."Nada suara Alisya sudah berubah.
"Hahaha..okey-okey...jom.."Adam menarik Alisya.
"Pergi mana?"Soal Alisya bingung.
"Belikan hand phone baru untuk kau.."
"Hah!!"

2 comments: