Tuesday, 2 August 2011

haKikAt CinTa 31

"Buat apa lagi Dato' dan Datin datang sini?Tak cukup ke dengan apa yang anak Dato' dan Datin lakukan kepada Yana?"Zarif bersuara memecahkan kesunyian mereka.
"Zarif...tak baik kamu bercakap macam tu..hormat sikit dengan orang tua.Abah tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar macam ni sekali."Pak Mat menegur kelancangan anaknya itu.
"Tak apa Mat...memang salah kami..salah kami kerana menjodohkan Alisya dengan Adam.Sungguh..kami tak pernah tahu yang Adam berdendam sampai sebegitu sekali."Datin Zulia bersuara.Getaran suaranya menandakan dia menahan tangisan.Tangisan sesalan selama lima tahun ini yang ditanggungnya.
"Isya...mama minta sangat Isya maafkan kesalahan kami..mama dah lama mencari Isya selama ni..."Datin Zulia memegang tangan bekas menantunya.Ellyana memandang wajah tua itu sayu.Bukan niatnya tidak mahu berhubung dengan bekas mertuanya tetapi dia tidak mahu berjumpa lagi dengan bekas suaminya itu.
"Mama...Isya tak pernah berdendam dengan mama dan papa...En.Adam pun...tapi Isya tak boleh nak bersemuka dengan En.Adam.Buat masa ni Isya bukan lagi Alisya yang dulu.Dan kalau boleh Isya harap sangat mama dan papa lupakan Alisya.Sekarang yang wujud hanyalah Ellyana,Alisya sudah lima tahun berkubur...Isya harap sangat kenangan itu berlalu bersama nama itu..tapi Isya tak mampu mama..."Tiada tangisan yang keluar kerana dia sudah penat menangis.
"Ya Allah...bang,saya rasa berdosa sangat bang..."Datin Zulia semakin teresak-esak tangisannya.Sungguh dia sayangkan bekas menantunya itu.
"Kalau Isya..maafkan mama,kalau Yana tidak berdendam dengan kami,mengapa Yana tak mahu mencari kami,jumpa kami.Kami bukannya orang lain dengan Yana."
"Maafkan Yana..Yana dah tak mahu menyusahkan papa dan mama."Ujar Ellyana perlahan.
"Yana tak pernah menyusahkan kami nak.Kami rasa bahagia ada menantu seperti Yana.Cuma maafkan kami kerana membuat rancangan tentang anak angkat itu.Memang kami bersalah kerana tidak memberitahu Yana terlebih dahulu."Dato' Mustaffar kini bersuara.
"Sudahlah papa..kalau boleh jangan diungkit lagi perkara itu.Yana bahagia sekarang.Mama dan papa malam ni tidur di rumah Yana ye.."Ellyana tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku.Di dalam hati Mona dia amat mengagumi semangat adik angkatnya itu.Dia tidak tahulah bagaimana kalau dia yang berada di tempat Ellyana.
"Eh..memang mama nak tinggal dengan Yana pun..mama dengan papa nak tinggal di sini seminggu."Ujar Datin Zulia ceria.
"En.Adam?"Walapun dia membenci lelaki itu namun dia masih lagi menyayangi bekas suaminya secara diam.Sayang itu tidak akan pernah pudar untuknya.
"Adam...dia sudah tidak tinggal bersama kami lagi.Papa dah lama halau dia,sejak dari kami tahu yang dia ceraikan Yana."Perlahan sahaja suara Dato' Mustaffar menuturkannya.
"Mama..malam ni kita tidur kat rumah kita ke?"Airina menyampuk.Dia disiku oleh Airin.
"Ish adik..tak baik menyampuk cakap orang dewasalah."Airin bersuara.
"Siapa ni Yana?"Perhatian Datin Zulia kini beralih kepada kembar itu.Dari mula-mula dia sampai,pandangan matanya mengatakan kembar itu mempunyai pertalian darah dengannya.Ellyana kaget,tidak tahu bagaimana untuk memberitahu.Terlupa pula dia akan anak-anaknya itu.Dia takut jikalau mama dan papanya memberitahu Adam tentang anak mereka.Anak yang lahir daripada sebuah hubungan yang tidak direlakannya.Pandangannya ditalakan kepada Mak Pah.Orang tua itu mengangguk menyuruhnya berterus-terang.
"Mama..papa..ini anak-anak Yana..Airin dan Airina."Yana menggamit kedua-dua anaknya menghampirinya.
"Salam nenek dengan atuk.."Kedua-duanya mengikut arahan mamanya.Dato' Mustaffar dan isterinya semakin tidak mengerti.Panggilan atuk dan nenek yang diucapkan oleh Ellyana membuatkan debaran jantung mereka semakin laju berdetap.
"Yana dah kahwin lain?"Datin Zulia bertanya.Gelengan Ellyana membuatkan mereka terkedu lalu kedua-dua cucunya ditarik ke dalam pelukannya.
"Ya Allah..cucu nenek..."Dipeluk cium Airin dan Airina sehingga lemas kedua-duanya.Kali ini barulah air mata Ellyana mengalir.Terharu kerana mama dan papanya benar-benar mengasihi anak-anaknya.
"Betul ni Yana?Subhanallah..."Giliran Dato' Mustaffar pula memeluk cucu-cucunya."
"Atuk,nenek..kenapa atuk dengan nenek tak pernah datang jumpa adik dengan abang?"Airina menyoal dengan perasaan ingin tahunya yang kuat.Semua yang ada turut mengalirkan air mata.Terutamanya Mak Pah dan Mona.
"Atuk dengan nenek sibuk...maafkan nenek sayang."Sekali lagi Airina dicium oleh Datin Zulia.Tidak sangka selama lima tahun ini rupa-rupanya dia sudah mempunyai cucu.

3 comments:

  1. adei awat pendek bebeno? baru dok excited dah kena potong. huhuhu, pls post lagi....huhuhu
    kembar tu tak muncul kat dpn atuk nenek depa ke? hohoho grenti tkejut beruk dorg bila dpt tau dorg ada cucu.

    ReplyDelete
  2. ala yunk...cpat sangat awak bcenye...sile bace semule coz saye bru je sambung dekat bawah tu tadi...

    ReplyDelete
  3. sedey..nk taw pe yg jadi dulu?cmne isya bole ngandungkan kembar tu?tlg cite blk nti,ea..hope sgt diorg bole jd one happy family one day nti..adam,,awak ktne ??

    ReplyDelete