Thursday 21 July 2011

haKikAt CinTa 29

"En.Adam,saya tak mahu lah..yang ni pun elok lagi."Alisya menolak apabila Adam membawanya ke kedai menjual hand phone.
"No..no...no..kau tahu tak yang hand phone kau tu da boleh buang dalam tong sampah?Sudah..pilih je yang baru.Aku belanja kau.."Pelawa Adam.
"Hah!!Biar betik En.Adam ni.."Terkejut Alisya dengan tawaran Adam itu.Hari ini sudah banyak yang dibelanjakan Adam untuknya.
"Saya tak naklah En.Adam..membazir je.Lagipun.."
"Dah..jangan banyak sangat alasan kau tu.Jom pilih.."Adam menarik Alisya sehingga mereka kini betul-betul berada di dalam kedai.
"Tak nak yang ni..mahallah En.Adam..."Adam mengeluh apabila setiap pilihannya ditolak Alisya.Kalau boleh isterinya itu mahu membeli hand phone yang harganya sekitar bawah lima ratus ringgit sahaja namun ditegah Adam.
"Macamlah aku ni kedekut sangat sampai tak boleh nak belikan hand phone yang mahal untuk kau."Alisya mencebik geram.'Tahulah dia memang mampu nak beli hand phone yang mahal-mahal.Masalahnya aku tak suka..mambazir je..huh..'Alisya hanya mendiamkan diri sahaja.
"Apa kata kau ambil yang sama dengan aku?Blackberry ni?"Ujar Adam.
"Tak suka..."
"Iphone?"
"Tak suka jugak.."Sememangnya Alisya tidak menyukai kedua-dua model hand phone itu.
"Huh..peliklah kau ni..habis?Kau nak yang macam mana?"Soal Adam.Geram juga dibuatnya dengan sikap keras kepala Alisya ni.
"Saya suka yang saya punya sahaja."Jawab Alisya jujur.Hand phone Nokia 3310 atau lebih famous dengan hand phone tiga seposen.
"No...hand phone kau ni aku pegang.So..pilih cepat..."
"Huh..dictator..."Adam tersengih menang.
"Taukey...kasi saya model ni dua..warna biru dan oren.."Adam menunjukkan model hand phone yang Alisya mahu itu kepada tuan punya kedai.Alisya memandang Adam hairan.Kenapa perlu sampai dua?
"Kenapa dua?"Alisya bertanya sambil matanya tidak lepas membelek hand phone Nokia n8 ditangannya itu.
"Saja..aku satu kau satu.."Alisya pantas memandang ke arah Adam yang sedang sibuk berbual dengan taukey kedai itu.'Kenapa dengan dia ni?Tadi baju sama..sekarang hand phone pula yang sama?Jangan-jangan dia...huh,mengarut je aku ni..'
"Nah..this yours...and this is mine."Adam menghulurkan Nokia n8 berwarna oren itu kepada Alisya manakala biru pula untuknya.
"Come...kita pergi makan pula."Adam berlalu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.Terasa mereka seperti sepasang kekasih yang baru bercinta.Lambat sahaja pergerakan Alisya.Dirinya kembali tersentap tatkala Adam menarik tangannya lagi.
"Kali ni takkan terlepas lagi.."Adam menarik Alisya mendampinginya dan Alisya pula tersenyum bahagia.'Biarlah..biarlah walau hanya hari ini sahaja Adam melayannya sebaik ini,dia tidak kisah asalkan ada kenangan manis yang terukir disaat mereka pernah bersama.


"Wow...kita nak makan dekat sini ke En.Adam?"Alisya seakan tidak percaya bahawa Adam membawa mereka makan di Seoul Garden.Adam hanya mengangguk.Suka dia melihat wajah gembira Alisya itu.Hari itu dia pernah terdengar perbualan Alisya dengan Ayu yang dia teringin sangat nak makan di Seoul Garden ini.Di Seoul Garden mereka menyediakan makanan ala-ala Korea.Nama pun Seoul Garden,sudah semestinya makanan Korea.Teruja sungguh Alisya dan perutnya bertambah lapar disaat ini.
"Kau duduk dulu..biar aku yang ambil makanan."Arahan Adam dibalas anggukan Alisya.Sebenarnya dia masih lagi teruja.Suasana di dalamnya memang sebijik seperti Korean style dan yang paling bestnya,bayarannya berpatutan dan boleh refill sebanyak mana yang kita mahu.
"Nah...makan sampai habis.."
"Terbeliak mata Alisya melihat lauk yang diambil Adam.Banyak sangat.
"Boleh habis ke ni?"
"Aku tak kira..kau habiskan juga.."Ujar Adam sambil meletakkan daging di atas pembakar yang disediakan.
"Kalau kau nak desert ice cream pun ada..tadi tak cukup kan?"Perli Adam pula.Alisya sekadar mencebir,selebihnya dia membelek hand phone yang baru dibeli tadi.
"Thanks En.Adam..."Ucapan terima kasih terbit dari bibir Alisya.
"It's okey..bagi aku hand phone kau.."Alisya menghulurkan hand phonenya.Rupanya Adam telah mendail nombor phonenya ke phone Alisya.
"Here you go..jom makan."
"Bismillahirrahmanirrahim..."Alisya menadah tangannya dan Adam pula tersengih-sengih.'Tulah..gelojoh sangat..hehehehe..'

3 comments:

  1. hehehe wah sweet enchee adam ari ni ya. wah rindu nak mkn kat seoul garden....ngeeeee.
    thanks ya azmahTan, hehehe kan best klo ari2 dpt bc byk entry cm ni. ops! tamak plk. but really thanks ya tuk entri ni.

    ReplyDelete
  2. huhuhu...nak wat cmne...ari ni telebih rjin plak nk wat entry yg bru...tanx coz rjin ngat awk bce..huhuhu..idea ngah byak plak ni...insya Allah mlm kang smbng ag..

    ReplyDelete
  3. sgt suke..kalo update bebanyak n3 skali dlm sehari pun xpe...hihihi

    ReplyDelete