Friday 15 July 2011

haKikAt CinTa 27

Alisya hanya membisu menghayati lagu yang diputarkan di radio.Kadang-kadang bibirnya juga akan terkmat-kamit mengikuti alunan lagu itu tanpa menghiraukan Adam yang disebelahnya.Dia tidak ketahui apa rancangan Adam dan kemana Adam mahu membawanya berjalan.Yang penting baginya,hanya mereka berdua sahaja.

Adam memerhatikan cara pemakaian Alisya,tidak pernah dia melihat isterinya itu berpakaian ketat dan terbuka.Segala-galanya tertutup dan hanya layak dipersembahkan kepada seseorang yang bernama suami.Lantas dia tersenyum mengingatkan bahawa dialah suami Alisya.
"En.Adam...En.Adam..kenapa tersenyum sorang-sorang ni?En.Adam sihat?Kalau tidak kita patah baliklah..tak payah keluar."Alisya sengaja mahu menyakat Adam,dia mahu melihat sejauh mana kesungguhan Adam ingin mengajaknya keluar dating buat pertama kalinya setelah hampir setahun mereka berkahwin.
"No...aku okey..."Adam kembali fokus kepada pemanduannya,dia tidak mahu rancangannya dibatalkan.Dia mahu berduaan dan lebih mengenali hati budi isterinya itu.
"Kita sebenarnya nak pergi mana ni En.Adam?"
"Just wait and see.."Ujar Adam.Semakin lama semakin bosan Alisya dibuatnya.Tambahan pula terpaksa mengadap dengan jalan yang jam pada hari ahad.Akhirnya Alisya tahu juga di mana destinasi Adam.'OU..aq ingatkan nak pergi Langkawi ke..Pangkor ke..beria sangat berahsia..nasiblah..'Monolognya sendiri.
"Jom.."Alisya turut turun.
"Apesal kau buat muka macam muncung itik tu?"Satu gelagat baru Alisya yang baru Adam tengok.Cute jugak.
"Jauhnya En.Adam bawa saya jalan kan?"Perli Alisya sambil menyaingi langkah Adam.Hari ahad ni ramai gila manusia yang keluar berjalan.
"Kita nak buat apa datang sini?"Soal Alisya seperti orang bingung.Memang dia bingung pun sekarang ni.
"Tengok wayang."
"Wayang?tak naklah En.Adam..saya tak suka lah.."Adam mahu menjawab namun didahului Alisya dengan wajah sayu.
"Gelap..saya takut.."Perubahan di wajah Alisya membuatkan Adam tidak senang duduk.Dia tahu maksud Alisya.Isterinya itu takut kerana suasana gelaplah yang hampir meragut kehormatannya.
"Aa..okey-okey..jom kita jalan-jalan je..Oo..wait..I'll get you an ice cream."Kekalutan Adam untuk menenangkan hati Alisya membuatkan Alisya tersenyum senang.Alisya memerhatikan gelagat manusia yang sama sepertinya berjalan di situ untuk merehatkan badan dan minda.Betul ke?
"Nah.."Terkejut Alisya melihat huluran tangan dengan ice cream.
"En.Adam...terkejut saya."Adam hanya tersengih.Alisya suka melihat senyuman mahal Adam itu.
"Aik..ice cream Mc D je?Kedekutnya En.Adam ni?"Sebelah kening Alisya terangkat sedikit.Bukan niatnya untuk mengada-ngada tapi sekurang-kurangnya kalau mahu belanja ice cream,belanjalah yang mahal sedikit.Bukan orang lain pun,isterinya juga yang dibelanja.
"Amboi..demand nampak?"
"Aduh.."Alisya menggosok hidungnya yang dicubit Adam.Terkejut juga dia.Adam suka melihat hidung itu yang sudah merah dicubitnya.
"Cik adikku sayang...nanti cik abang bawak isteri kesayangan abang ni pergi makan dekat special place..okey.."
Dup!!
Seperti mahu gugur jantungnya tatkala Adam membahasakan dirinya abang dan sayang.'Biar betul mamat singa ni.'
"Come.."Adam mendahului Alisya.Dia tahu isterinya malu dan dia sebenarnya sengaja membahasakan dirinya abang.'Terasa bahagia pula berkahwin..hehehe..'bisik hati kecilnya.

1 comment:

  1. adei awat pendek je.huhuhu baru nak syok baca, tgk2 dah abis. cepat sambung ya.

    ReplyDelete