Saturday 2 July 2011

haKikAt CinTa 24

"Alisya berlari meninggalkan syarikat suaminya.Dia tidak tahu lagi ke mana hala tujuannya namun yang penting dia mesti pergi dari situ.
"Puan Alisya..."Panggilan dari Zafrul tidak diendahkannya.Pelik lelaki it melihat isteri CEO itu menangis sebegitu sekali.
"Camelia...to..tolong saya.."Hanya Camelia sahaja yang ada difikirannya kini.
"Wait..kau ni kenapa?Apa yang dah berlaku?Kenapa kau menangis?"Kalut Camelia mendengar esakan tangisan Alisya itu.
"Bo..boleh tak awak ambil saya sekarang?"
"Okey...okey..tapi kau dekat mana?"
"Depan Syarikat M&A...please..."Alisya mengesat air mata dengan hujung baju kurungnya.Entah mengapa dia terlalu terasa hati dengan sikap Adam yang tiba-tiba itu.'Ya Allah...apa niat dia yang sebenar?adakah..dia masih mahu membalas dendamnya terhadap aku?'Keluh Alisya sendiri.

"Ayu...awak ada nampak isteri saya?"Soal Adam setelah lama Alisya menghilang.Sangkanya Alisya hanya pergi ke tandas.
"Entah..Zafrul cakap dia nampak Alisya keluar..apa yang dah jadi En.Adam?Kenapa beriya sangat Alisya tu menangis?"Juruhebah company dah muncul.Hahahaha..
"Nothing's happen.."Adam terus masuk ke biliknya.'Mana dia pergi ni?Ah..sudah..Hah,call dia..'Adam mengeluarkan handphonenya namun baru dia teringat.
"Allah..aku mana ada nombor dia.Mama..uish,nanti apa pula yang mama cakap..takkanlah aku ni husband dia langsung tak ada nombor phone dia.Tanya dia ada kat rumah pon aku yang mampus nanti."Adam sudah seperti cacing kepanasan,tidak tenang selagi tidak mengetahui kemana Alisya pergi.

"Wow..wow..ni cerita panas ni?Takkanlah dia kiss kau pun kau menangis sampai macam ni sekali?"Camelia ketawa mendengar luahan hati sahabatnya itu.
"Masalahnya sebelum ni dia belum pernah sentuh saya.."Alisya sebenarnya malu untuk bercerita namun dia harus meluahkan bebanan di kepalanya sekarang.
"Aku dah agak dah.."Ujar Camelia tenang.
"Hah?Apa maksudnya tu?"Soal Alisya lurus.
"Yelah..dari first time aku tengok Adam tu,aku tau lah dari cara dia pandang kau,dia sebenarnya bencikan kau.But..this is interesting..aku rasa dia dah jatuh cinta dengan kau tak?kalau tak,takkanlah dia sanggup buat macam tu dekat kau?Entah-entah kau pun dah fall in love dengan dia.Hei..tak salahlah dia buat kau macam tu..lagi salah kalau dia mengabaikan kau.Ada faham cik adik manis..."Telahan Camelia sebenarnya memang tepat namun Alisya tidak mahu mengakuinya.
"Susah nak cakaplah.."Alisya termangu sendirian.
"Alah..apa kata kau balik rumah,kau buat je macam tak ada apa yang berlaku.Kita tengok apa reaksi dia.."Alisya bersependapat dengan cadangan sahabatnya itu.

Adam pulang rumah awal hari ni.Dia berharap Alisya sudah pulang dan dia sebenarnya rindu untuk menatap wajah itu.
"Mama...papa mana?"Soalan sebenar yang mahu ditanya Adam ialah..Mama,isteri Adam mana?Namun dia malu.
"Papa mana lagi..ada kat atas tu,malas nak turun katanya.Hah..kenapa Alisya balik awal hari ni?"Soalan Datin Zulia melegakan Adam.Tahulah dia isterinya sudah balik tapi satu hal pula mah menjawab dengan mamanya.
"Oh..dia tak sihat sikit tadi.."
"Hm...pergilah naik dulu..mandi,solat..lepas tu ajak Alisya turun minum petang sekali."
'Fuh lega...'Dengan lajunya Adam berlari menaiki anak tangga.Pintu bilik dikuak perlahan tidak mahu mengejutkan penghuni di dalam.
'Aik..mana dia ni?'Biliknya kosong tiada orang.

4 comments:

  1. sori yang..pale blank ag time 2..insya-allah t smbng ag..skang ni maybe xde hlgan da nk habiskan cite ni..

    ReplyDelete
  2. pendek sgt la entry kali ni x puas nak baca...
    apapun citer ni best sangat

    ReplyDelete
  3. tanx a lot alia..x sanggup nak sambung yang seterusnye..huhuhu

    ReplyDelete