Bazlaa Aina memandang ke arah Pa'an sambil menjongketkan keningnya bertanya perlu ke dia memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Hartini sedangkan selama ini Pa'an menyuruhnya merahsiakan perkahwinannya daripada kawan-kawannya.
"Apa korang berdua ni main-main mata dari tadi.Nak cerita ke tak nak?"Hartini sudah tidak dapat bersabar dengan dua sahabat baik itu.Dia yang sudah lama mahu bertanyakan perkara itu akhirnya berpeluang setelah berjumpa dengan Bazlaa Aina.
"Kau ceritalah dekat dia..."Pa'an terus berpaling malas untuk ambil tahu kerana sememangnya dia tidak suka akan lelaki itu.
"Okay..cerita dia macam ni.Adalah seorang makhluk Allah ni yang cerdik lagi bijaksana..."Bazlaa Aina mahu memulakan bicaranya tapi disampuk oleh Pa'an.
"Woi...aku tahulah kau nak menganjing aku.Agak-agaklah..aku kat depan korang je ni."Bazlaa Aina hanya membalas dengan sengihan sahaja.
"Ah..kau diam..biar Aina habiskan cerita dia.Aku suruh kau cerita kau tak nak cerita,sekarang ni kau pun dengar je cerita versi Aina ni."Hartini geram apabila Pa'an tiba-tiba menyampuk.
"Huh.."Pa'an terus berlalu ke dapur.Buat air lagi best dari dengar cerita yang menyakitkan hati tu.Bazlaa Aina terus menceritakan perkara yang berlaku semenjak Pa'an pulang ke kampung tempoh hari.
"Wow...gila betul minah ni.Memang cari bala sendirilah...so ape cite dengan mamat tu?"Hartini sungguh teruja mendengar berita yang baru diketahuinya itu.
"Entahlah..itu kau kena tanya isteri dia sendiri."Bazlaa Aina sengaja bersuara kuat sambil menekankan perkataan isteri itu supaya Pa'an dengar.
"Mulut kau memang nak kena cabaikan perempuan?Sedap mulut kau je."Pa'an kembali duduk disebelah Aina.Dihulurkan air untuk kedua orang sahabatnya itu.Remote tv di ambil dan matanya fokus kepada channel apa yang mahu dipilihnya.
"Betullah apa yang aku cakap.Kau tahu suami kau dekat mana sekarang?Mana dia tinggal?Kau tahu?"Bazlaa Aina cuba untuk menasihati kawannya yang degil ini.Dia tahu Pa'an tidak sukakan Hilman dan dia tahu Hilman sendiri yang meninggalkan Pa'an seorang di pekeliling namun dia hanya mahu menyedarkan Pa'an akan tanggungjawab yang baru digalasnya ini.
"Ah lantak dialah..ada aku kisah apa yang dia buat."Pa'an menekan remote control itu kuat tanda dia geram yang teramat.Hartini diam malas mahu menyampuk.
"Tapi adakau kisah dengan keluarga kau dekat kampung?"Mendengarkan perkataan keluarga,hatinya tiba-tiba bercelaru dan sayu.Sudah nak dekat dua bulan dia tidak berhubung dengan mereka.Bukan dia sengaja tidak mahu menelefon namun dia tahu mak dan ayahnya masih lagi memarahi dirinya dan dia takut untuk menelefon Nek Lang.Takut orang tua itu bertanyakan tentang Hilman.Mampus apa yang dia nak jawab kalau dia ditanya tentang lelaki itu.
"Kau tahu tak,sepanjang sebulan aku dekat kampung tu Nek Lang selalu tanya aku kau ada telefon atau tidak.Orang tua tu sedih Pa'an..dia cakap kau marahkan dia.Mak dan ayah kau pula..kau sendiri tahu macam mana penerimaan diorang dengan perkahwinan mengejut kau ni kan."Pa'an mengeluh panjang.Memang dia bersalah,dan dia akan meminta maaf dengan kedua orang tuanya.
"Aku tak tahu nak buat macam mana dah Aina.Aku dah terangkan perkara yang sebenar,aku tak sangka pula diorang betul-betul percaya yang aku ni mengandung."
"Kau tak sepatutnya main-main perkara macam tu dengan orang tua.Diorang sensitif bila dengar pasal mengandung anak luar nikah ni."Hartini akhirnya menyampuk menyokong tindakan Bazlaa Aina untuk menyedarkan Pa'an.
"Aku tahu..tapi aku tak sangka akan jadi macam ni pula dan sekarang ni aku yang susah.Dia seolah-olah mengikat aku tapi dalam masa yang sama menggantung aku tanpa tali."Kali ini wajah Pa'an serius memikirkan masalahnya.
"Semua yang berlaku ni takdir Allah..mungkin ada hikmah di sebalik perkahwinan korang berdua ni.Percayalah cakap aku."Bazlaa Aina mengenggam tangan Pa'an erat seolah-olah ada lagi rahsia yang berlaku diantara mereka berdua.
"Dahlah...kesian aku tengok muka seposen Pa'an ni.Jom pergi pasar malam,aku belanja kau ayam golek seekor.Kau makan seorang.."Hartini mencelah tiba-tiba dan wajah Pa'an terus bertukar teruja.
"Yes..jom,aku memang dah lama teringin nak makan ayam golek orang belanja ni."Terus sahaja dia bergegas ke biliknya menukar pakaian.Kedua-dua sahabatnya menggelengkan kepalanya melihat tingkah Pa'an yang memang tidak boleh mendengar perkataan ayam golek.Walau sedih macam mana pun dia,jika tersebut ayam golek dihadapannya,secara automatik terus hilang sedihnya itu.
Annisa tidak boleh melupakan bekas tunangnya itu.Sudah puas dia cuba mengusir wajah Hilman dari kotak ingatannya namun segalanya sia-sia sahaja.Segala kenangan masih lagi berlegar di ingatannya.Hilman lelaki yang sempurna di dalam hidupnya tetapi dia tidak tahu mengapa lelaki itu boleh berbuat onar dibelakangnya atau memang benar yang perempuan itu hanya mahu merosakkan majlis perkahwinan mereka.Sebelum dia meninggalkan kampung,Hilman ada memberitahu yang Pa'an itu penipu dan kini dia nekad setelah membuat keputusan yang dia masih sayangkan Hilman.Dia menukar nombor telefonnya kerana tidak mahu Hilman terus menganggu namun kini dia rindukan lelaki itu.Telefon bimbitnya di ambil dan ditekan butang nombor yang sememangnya sudah lama dia hafal.Debaran di hati terasa kuat berdetap dan otaknya kini sudah tidak menghiraukan samada Hilman itu suami orang atau tidak,yang penting hatinya sekarang masih merindui lelaki itu.
"Assalamualaikum..."Salam diberi mendahului lelaki itu.
"Nisa..."Hampir mengalir air matanya tatkala mendengar lelaki itu menyeru namanya.Kedengaran suara lelaki itu amat merindui akan dirinya.
"Abang Hilman..."Air matanya mengalir jua lalu terus dimatikan panggilan telefon,tidak sanggup untuk mendengar suara lelaki yang amat dicintainya itu.
"Helo..Nisa...helo.."Hilman sudah menjerit memanggil nama bekas tunangnya itu.Dia tahu suara pemanggil tadi adalan Annisa.Dia cuba mendail semula nombor itu namun tidak diangkat.Aleeya disebelahnya memandang Hilman pelik,dia yang tadinya ketandas hairan melihat wajah Hilman yang tiba-tiba mengelamun dan mengeluh sakan.Tadi elok sahaja mereka bergelak ketawa tapi kini bermuram durja seperti ada masalah besar lagaknya.
"Kenapa ni?Hurm..."Aleeya dengan beraninya mengusap belakang Hilman,tiada reaksi dari lelaki itu.Mereka kini berada di Mid Valley dan sekejap lagi mereka akan menonton wayang bersama.Sungguh teruja Aleeya sewaktu Hilman menerima perlawaannya untuk keluar bersama.
"Nothing...jomlah kita pergi GSC sekarang,nanti lambat pula."Hilman bangun dan bergerak mendahului Aleeya.Gadis itu dengan beraninya memeluk tangan Hilman erat dan seperti biasa tiada bantahan dari Hilman.Seronoklah tu..Didalam kepala Hilman sekarang asyik memikirkan kenapa Annisa menghubunginya dan balik nanti dia nekad mahu menghubungi Annisa semula.
flashback....
"Woit geng...korang semua nak tahu sesuatu tak?"Faiq bersuara setelah melihat kelibat musuh mereka lalu di hadapan kelas mereka.Sengaja dia bersuara kuat supaya gadis itu dengar kata-kata yang bakal diucapkannya nanti.
"Kau ada cerita hot ke Faiq?"Zamil menyoal untuk menyedapkan keadaan.
"Adalah minah tomboy ni tak sedar diri..boleh pulak dia tangkap cintun dengan kawan kita ni.Aku ingatkan tomboy tak sukakan lelaki tapi lain pula dengan tomboy sorang ni."Faiq menepuk bahu Hilman menandakan dialah orang yang disukai oleh si tomboy itu.
"Kot-kot dia ni jenis yang suka dua-dua tak."Setelah itu berdekah-dekah mereka mentertawakan gadis itu.Merah padam wajahnya kerana dia tahu dirinya sedang diperkatakan.Salahkah dia menyukai lelaki itu,dia tahu selama ini mereka selalu bertengkar namun dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh menyukai lelaki itu.Semua itu kuasa Allah dan siapalah dia untuk menidakkan perasaannya itu.Bertambah geram dan malu lagi apabila lelaki itu dengan selambanya membaca surat yang dihujungnya bertulis FF.FF adalah singkatan bagi namanya Farhana Fatin namun bukan dia yang menulis surat itu dan bagaimana mereka boleh mengetahui lelaki itu yang diminatinya.Mereka mengejek-ejek sambil membaca surat itu.Pa'an bertindak untuk meneruskan jalannya kerana dia tidak mahu kecoh-kecoh di hadapan kelas pelajar senior dan dia bukan lagi belajar di sekolah rendah.Tiba-tiba Hilman menghadangnya.
"Kau nak apa?"Merah mukanya dan langsung tidak dipandang wajah lelaki itu.Malu apabila rahsia hatinya diketahui oleh mereka semua.
"Aku nak cakap dengan kau sikit."Hilman melihat gadis itu dari atas sehingga ke bawah.Tiada apa yang menarik tentang gadis ini,rambut pendek tapi nasib baik tidak seperti lelaki sangat.
"Ini surat kau yang tuliskan?"Hilman menayangkan surat itu dihadapan Pa'an.Pantas dia merampas dan membaca isi kandungan surat itu.Jelas dan nyata ianya bukan tulisannya dan dia tahu siapa yang menulis surat itu.FF yang dimaksudkan disitu ialah kakaknya sendiri,Farah Fariha.Dia tidak menyangka bahawa dia dan kakaknya meminati orang yang sama.Nafasnya ditarik dan dia harus membetulkan kenyataan Hilman itu.
"Ini bukan aku punya."Pa'an menghulurkan surat itu semula kepada Hilman.Berkerut dahi Hilman mendegar penafian Pa'an itu.
"Habis,FF ni siapa?Bukan kau ke?"Hilman masih tidak percaya.
"Kau ingat dalam sekolah ni aku seorang je yang depan bermula huruf F?"Pa'an memberanikan diri berlawan mata dengan Hilman.Jelas riak lelaki itu yang seperti tiadak puas hati.Pa'an mahu menutup kelemahannya yang satu itu,iaitu menyukai musuhnya sendiri.
"Alah...dia tipu je tu Man...Kau jangan percaya sangat cakap si tomboy ni."Raihan menyampuk tiba-tiba.
"Terpulanglah kau nak percaya atau tak.Yang penting bukan aku..."Pa'an berpeluk tubuh,dia mahu segera pergi sebelum isi hatinya pula yang terluah di situ.
"Okay fine...may be kau terlepas tapi kau dengan sini tomboy.Aku tak suka kalau kau sukakan aku,dan aku tak akan pernah sukakan perempuan tak cukup sifat macam kau ni.Dan aku sumpah kau supaya tak akan ada lelaki yang akan sukakan kau nanti."Berdesing rasanya telinga Pa'an ketika itu.
"Kau sumpah aku?Okay..aku pula akan sumpah kau dapat isteri yang tak cukup perempuan macam aku nanti.Baru adilkan...Adios..."Dengan geramnya,Pa'an berlalu meninggalkan Hilman yang sedang terjerit-jerit memanggil namanya.
"Sabar Man...jomlah masuk kelas dulu,kejap lagi Cikgu Rosyam dah nak masuk...tak apa.Aku ada plan baik punya untuk kau.Nanti kita sama-sama kenakan si tomboy tu."Faiq cuba untuk menenangkan hati sahabatnya itu.Kau tunggulah tomboy,nanti kau.
No comments:
Post a Comment