Wednesday, 11 July 2012

sumpah tak sama 10

Masuk sekolah menengah dia terpaksa bersekolah dengan kakaknya yang terlajak manja itu.Dia tidak tahu mengapa Farah Fariha tiba-tiba mahu tinggal di kampung sedangkan dahulu hanya waktu raya sahaja baru dia balik.Ini selepas raya tahun inilah dia tiba-tiba memaksa ayah dan emaknya untuk bertukar sekolah.Pening kepala orang tua itu dibuatnya namun disebabkan anak kesayangannya itu diturutkan juga kehendaknya.
"Akak..kau kenapa hah?"Pa'an yang baru balik dari sekolah itu menyerbu setelah ternampak kelibat kakaknya yang sedang makan tengahari.Farah Fariha hari ini sengaja ponteng sekolah dengan alasan senggugut.Padahal sebenarnya dia malu,malu dengan Hilman lelaki yang diminati olehnya dan adiknya juga secara diam.
"Aku apa?Kau tak nampak aku tengah makan ni?"Nasib baik Nek Lang ada sekali di situ,kalau tidak dah lama diganyangnya kakak kandungnya itu.
"Kenapa ni Fatin?Tak boleh ke berlembut sikit dengan kakak tu.Hormat sikit kakak tu lagi tua dari kamu."Nasihat Nek Lang yang tidak sukakan cucu-cucunya bertekak sesama saudara.
"Kakak ni Nek Lang..ish.Jom ikt aku,aku nak cakap sikit dengan kau.Urgent..."Pa'an dengan selambanya menarik tangan kakaknya yang belum lagi selesai makan itu.
"Woi...kalau ye pun biarlah aku basuh tangan dulu."Farah Fariha menepis tangan Pa'an dan terus ke sinki untuk membasuh tangannya.Pa'an menunggu sambil bercekak pinggang,bengang dengan kakaknya yang tidak reti-reti nak bawa pinggan sendiri untuk dibasuh.Asyik harapkan dia dan Nek Lang je,macam tulah jadinya kalau terlebih manja.
"Jom..."Farah Fariha mendahului Pa'an.
"Fatin masuk bilik dengan kakak dulu ya Nek Lang...Nek Lang pergilah berehat.Pinggan kotor tu biar Pa'an yang basuh."Pa'an bersuara apabila melihat orang tua itu memungut pinggan kotor kakaknya tadi.
"Yelah..kamu tu cakap elok-elok dengan kakak kamu tu.Nanti dia merajuk,kamu juga yang susah.Kamu fahamkan?"Nek Lang mengenggam tangan cucu kesayangannya itu.Walaupun perwatakan Pa'an nampak kasar dari luar namun dalamnya dia sama sahaja seperti perempuan lain.Lemah lembut dan juga mempunyai hati dan perasaan yang sensitif cuma tidak ditunjukkannya sahaja.
"Okay Nek Lang..."Pa'an terus berlalu meninggalkan nenek tuanya itu.Ada perkara penting yang perlu dia selesaikan sekarang ini.
"Hah..kau nak apa?"Farah Fariha duduk di atas katil bujang Pa'an namun dia langsung tidak memandang adiknya itu sebaliknya dia sibuk membelek-belek kukunya yang semakin panjang itu.Ingat lawalah tu,berapa kandang babi dah kau simpan kakak oi.Jerit Pa'an di dalam hati sebal dengan sikap kakaknya yang tak semenggah itu.
"Kau dah gila ya kak?"Berkerut dahi kakaknya mendengar ayat pertama Pa'an yang sungguh berbisa itu.
"Apa yang kau merepek ni?"
"Kau sukakan Hilman ya kak?"Kali ini suara Pa'an mengendur tatkala menyebut nama lelaki itu.
"Kau merepek apa ni?Ma..mana kau tahu aku sukakan dia?"Farah Fariha menggelabah tiba-tiba.Tidak sangka rahsianya bocor tapi siapa pula yang beritahu adiknya itu.
"Aku tak ada masa nak merepek ni kak oi.Betulkan kau sukakan dia?"Kali ini Pa'an inginkan kepastian.
"Kau ada bagi dia suratkan pagi tadi?"Farah Fariha terkejut beruk namun dia berlagak selamba pula kali ini.
"A'ah aku suka dia dan aku yang bagi surat tu dekat dia.Kau ada masalah ke dengan surat tu?"Soal Farah Fariha berani.Berami kerana pada masa ini dia melihat adiknya itu seperti sedang bersedih.Dia tahu Pa'an dan Hilman bagaikan anjing dan kucing tetapi dia sendiri tidak tahu kenapa dia sendiri sukakan Hilman sedangkan bekas kekasihnya di Perlis lagi handsome dan kaya daripada Hilman.
"Memang aku ada masalah.Yang kau pergi tiru aku punya nickname tu kenapa?"pa'an menarik nafasnya panjang.Dia perlu bersikap biasa supaya tidak terkesan rasa kecewa di wajahnya itu.
"Apa pulak..nama aku pun FF juga kan?Apa halnya?"
"Halnya sekarang si mangkuk hayun tu ingatkan FF tu aku.Sekarang ni diorang semua ingatkan aku yang bagi surat bodoh tu dekat Hilman."Merah muka Pa'an menahan marah dan juga suaranya diperlahankan agar Nek Lang tidak mendengar perbualan mereka itu.
"Ish..bodoh punya lelaki.Aku ni satu kelas je dengan dia,yang dia pergi fikir nama kau tu kenapa?"Farah Fariha tidak puas hati.Dia berdiri dan ke hulu hilir di hadapan Pa'an.
"Aku pun tak tahu kenapa tapi yang penting aku nak kau pergi beritahu perkara yang sebenar."Farah Fariha berpaling menghadap adiknya itu.
"Kau gila..malu aku nanti."
"Habis malu adik kau ni ada kau kisah?"Pa'an bengang mendengar ayat selamba kakaknya itu.
"Alah..kau kan musuh dia,kau buat-buat bodoh dahlah.Lainlah kalau kau memang ada hati dengan dia.Ke kau sukakan dia?"Farah Fariha sengaja berkata demikian tetapi degpan jantung Pa'an seakan mahu pecah mendengarnya.
"Gila apa aku nak sukakan mangkuk hayun tu.Dahlah...kau keluarlah kak.Aku nak mandi kejap lagi."Pa'an menolak kakaknya keluar dari biliknya.
"Kau lebih baik jangan sukakan dia.Kalau tidak kau tahukan apa yang akan terjadi.Suka macam mana kau dekat sesuatu barang tu mesti aku juga yang akan dapat."Farah Fariha memberi peringatan kepada Pa'an sebelum dia keluar dari bilik itu.

1 comment: