Thursday, 26 July 2012

sumpah tak sama 11

Sekarang.....

"Assalamualaikum nenek...nenek sihat?"Pa'an menguatkan dirinya untuk menelefon nenek tuanya yang merindui akan dirinya itu.Itupun setelah didesak oleh Bazlaa Aina.
"Waalaikummussalam Fatin...nenek sihat je.Ni cucu nenek sihat ke?"Suara teruja nenek tua itu mendengar suaranya membuatkan Pa'an terasa sebak.Sungguh dia rasa bersalah kerana sudah lama tidak menelefon neneknya semenjak kejadian dikampungnya tempoh hari.
"Fatin sihat je nek..rindu Fatin nak dengar suara nenek.Fatin nak minta maaf sebab dah lama tak telefon nenek.Fatin..."Kata-katanya terhenti kerana tidak tahu bagaimana dia mahu mengucapkannya.
"Fatin marahkan nenek ya sebab suruh kahwin juga dengan Hilman?"Nek Lang menebak perasaan cucu kesayangannya itu.
"Bu..bukan nek..Fatin cuma.."Kali ini memang dia tiada alasan lagi.
"Nenek faham,bukan mudah untuk Fatin terima Hilman,apatah lagi dengan cara kalian berkahwin tapi kalian dah terlanjur.Bayi yang Fatin kandungkan sekarangkan anaknya Hilman juga.Pasal abah dengan mak,Fatin jangan risau..mereka berdua tu terkejut sahaja.Lama-lama nanti mereka pasti akan faham."Pa'an memegang perutnya yang kempis itu.Kerana pembohongannya itulah mereka semua masih percaya yang dia sedang mengandungkan anak Hilman.Mahu sahaja dia menjerit mengatakan segala-galanya itu hanyalah lakonan semata-mata.
"Tapi nek...Fatin tak.."
"Fatin kena bawa banyak bersabar,mungkin ini ujian Allah untuk keluarga kita."Pa'an terdiam,terkedu dia mendengar kesanggupan seorang nenek tua menerima berita cucunya menconteng arang ke muka mereka.
"Nenek tak kecewa dengan Fatin?"Terdengar keluhan di hujung talian.
"Susah nenek nak cakap Fatin..orang tua mana yang tak kecewa kalau dengar cucu dia mengandungkan anak luar nikah.Siapa yang tak marah bila tahu cucu sendiri buat onar di belakang mereka sedangkan selama ni nenek dah berikan ajaran agama kepada Fatin."Bergenang seketika air mata Pa'an mendengar luahan hati neneknya itu walaupun dia tidak pernah membuat perkara terkutuk itu.
"Walau marah macam mana sekalipun,Fatin tetap cucu nenek.Mungkin ada silapnya ajaran nenek selama ni sehingga Fatin boleh lupa mana yang baik dan mana yang buruk.Nenek tetap sayangkan Fatin dan nenek akan sayangkan cicit nenek."Mahu sahaja Pa'an menjerit memberitahu perkara yang sebenar namun dia tidak berdaya.Hanya tangisan yang mengiringi dirinya kini.
"Maafkan Fatin nek..Fatin tahu Fatin salah tapi Fatin tak nak menyusahkan nenek,abah dengan mak.Fatin tak sangka semuanya akan jadi sampai macam ni sekali.Fatin dah menconteng arang ke muka nenek,abah daan mak.Fatin bukan seorang anak dan cucu yang baik."Tangisannya dilepaskan menandakan dia sudah tidak dapat menanggung bebannya lagi.
"Tak baik Fatin cakap macam tu.Minta ampun dengan Allah,bertaubat...Insya-Allah,Allah tu kan Maha Pengampun lagi Maha Mendengar."Nek Lang cuba menasihatkan cucunya itu supaya kembali ke pangkal jalan.Jadikan Islam sebagai landasan keimanan.
"Abah..."
"Tentang abah,Fatin jangan risau tahulah nenek nak nasihatkan orang kepala batu tu.Dah..kamu jangan risau sangat.Jaga kandungan tu...nenek dah tak sabar nak jumpa cicit nenek ni.Biar nenek yang kasi nama untuk dia.Nenek nak kasi nama yang grand-grand punya."Nek Lang sengaja cuba untuk menceriakan cucunya yang sedang bersedih itu.Kalau boleh dia tidak mahu Pa'an bersedih kerana nanti boleh menjejaskan kandungannya.
"Nenek ni..lambat lagilah..."Pa'an mengesat air matanya.
"Lambat apanya..lagi dua bulan je lagi nak keluarnya."Pa'an tersentak.Dalam dia tak sedar,rupanya sudah lima bulan sejak kejadian itu dan sewaktu itu dia menipu dengan mengatakan kandungannya sudah cukup dua bulan.Ya Allah...apa aku nak buat ni?Terus fikiran Pa'an kusut,hilang terus sedihnya tadi.
"Takkan due date kamu sendiri pun tak tahu?Hilman mana?"Mendengarkan nama lelaki itu,terus lidahnya terkelu.Mana aku nak tahu lelaki itu pergi mana.
"Dia kerja nek.."Satu lagi pembohongan yang dilakukannya.Baru sebentar tadi dia nak bertaubat.Kalau macam ni memang kena terus menipulah dia.Mereka berborak sehingga masuknya azan Asar.Pelbagai cerita yang diberitahu oleh Nek Lang kepadanya.Apa lagi kalau bukan cerita tentang kakaknya itu.

1 comment: