Mata Aleeya sesekali meliar memandang wajah boss nya yang sedang
khusyuk menghadap makanannya.Sungguh dia tidak menyangka yang Hilman
akan mengikutnya keluar lunch bersama sedangkan sebelum ini jenuh dia
mengajak,pasti ada sahaja alasan yang akan Hilman berikan untuk mengelak
dari dirinya.Kini,dia terasa bahagia walaupun sementara dan tidak
mustahil akan menjadi kenyataan jika dia berusaha lebih sedikit.Langsung
dia tidak hiraukan tentang status Hilman yang sekarang ini sudah
beristeri.
"Kenapa tak makan?"Teguran Hilman menyedarkan Aleeya ke alam nyata dan dia melihat lelaki itu sudah hampir selesai makan.
"Ha..saja
je cuma saya musykil sikit sekarang ni.Hurm..yalah,selama ni kan kalau
saya ajak En.Hilman pergi keluar lunch sama-sama mesti En.Hilman menolak
dan saya pernah dengar yang En.Hilman kata lepas kahwin En.Hilman nak
balik makan dekat rumah.Nak makan masakan dari air tangan isterilah
katakan."Mendengar sahaja perkataan isteri itu terus berubah wajah
Hilman di saat ini.
"Please jangan awak nak spoilkan selera saya
sekarang ni."Melihat keruh di wajah Hilman,Aleeya tahu lelaki itu sedang
mengalami masalah di dalam rumah tangganya.Hilman tahu pekerja di
syarikatnya ada menghadiri ke majlis perkahwinannya kerana sebelum ini
dia ada menempah sebuah bas untuk membawa mereka ke majlis perkahwinan
yang sepatutnya berlangsung antara dia dan Annisa tetapi dia pasti tiada
sesiapa pun yang mengenali siapa itu Annisa dan pasti mereka tidak tahu
yang pengantin perempuan telah bertukar semasa majlis sedang
dijalankan.Aleeya tersenyum kesukaan,nampka gayanya peluang untuknya
mendekati Hilman cerah.Secerah mentari yang menyinari alam ini.
"Habis...malam ni En.Hilman makan di mana?"Aleeya mencuba untuk mengajak Hilman keluar makan dinner bersama pula kali ini.
"Saya
keluar dengan member saya.Kenapa?"Walaupun ia sebenarnya tidak berapa
sukakan perangai Aleeya yang seakan menggedik itu tetapi entah mengapa
sekarang dia terasa seperti mahu mencuba mengenali setiausahanya
ini.Kerutan didahi Aleeya semakin bertambah.Mana isteri dia?Masakan baru
berkahwin sudah tinggal berjauhan.Nanti aku tanya dia marah pula macam
tadi.Ah,gasaklah.Buat apa aku nak menyibukkan diri aku dengan bini
dia.Aku buat hal akulah.Aleeya tersengih mendapat rancangan.
"Okey..apa
kata lepas ni,En.Hilman lunch dengan saya setiap hari.Saya kesian
tengok En.Hilman kadang-kadang makan sorang-sorang bila Fakhrul dengan
Hussain tak ada."Hilman memandang muka Aleeya lama.Aleeya yang
terperasankan Hilman yang sedang merenungnya terus menghadiahkan
senyuman.Semestinya dia tidak malu kerana belum pernah lagi Hilman
merenungnya sebegini dan dia tak akan melepaskan apa sahaja peluang yang
ada kaitan dengan Hilman.Cantik juga dia ni,lagi cantik dari Annisa
tapi kenapa aku tak nampak sebelum ni?Mungkin sebab aku hanya pandang
Annisa sorang sahaja sebelum ni kot.Nisa...abang rindukan Nisa...
Hilman mengalihkan pandangannya.
"Macam mana En.Hilman?"Aleeya sudah teruja.
"Okey..saya
no hal.Asalkan saya boleh makan."Jawapan Hilman sememangnya membuatkan
jantung Aleeya terhenti kerana dia suka dan excited dengan penerimaan
Hilman itu.
p/s:sambung nantilah...ade kelas malam ni.nak mandi dulu...papai...
pendeknya kenapa lama sangat nak updet
ReplyDelete