Friday 26 August 2011

sambungan hakikat cinta 33.....

"Adam...nasi Mak Long dah panaskan.Bolehlah Adam turun makan sekarang."Lamunan Adam terhenti.
"Oh..baiklah Mak Long,sekejap lagi Adam turun.Mak Long berehatlah ye.."
"Betul ni?"Hati tuanya sayu melihat Adam yang semakin hari semakin senyap jadinya.Jawapan yang dibeikan hanyalah anggukan sahaja.
"Kalau macam tu,Mak Long masuk bilik dulu ya..kalau Adam ada perlukan apa-apa...panggil Mak Long."
Adam kembali termenung.

"Wah En.Adam..terima kasih ya belanja saya makan.Sedaplah makan dekat sini.Kenyang dia tak sama macam dengan kenyang kita makan nasi.."Adam memerhatikan Alisya yang asyik lagi makan ice cream.Dia sudah tidak boleh makan apa-apa lagi.
"Well..lepas ni kau pulak yang belanja aku.Boleh?"
"No hal lah En.Adam...hehe.."Adam suka melihat dan mendengar tawa Alisya.Sungguh dia sudah jatuh hati dengan isterinya itu.Hatinya kuat mengatakan bahawa pilihannya kali ini tepat untuk melupakan dendamnya terhadap Alisya.
"Lepas ni kita balik ya En.Adam..dah lama sangat kita keluar ni..."Adam hanya menggangguk.Dia pun sebenarnya sudah keletihan.
Mereka akhirnya keluar dari Seoul Garden menuju ke parking kereta.Alisya masih lagi tersenyum dan membelek-belek telefonnya.
"En.Adam..tunggu sekejap ya..saya nak ke toilet sekejap..please.."Adam tersenyum melihat telatah Alisya yang merayu-rayu kepadanya.
"I give you ten minutes..go!"Sengaja Adam menyakat Alisya begitu.Gadis itu berjalan dengan lajunya masuk semula ke dalam OU mencari toilet.Sampai di keretanya,Adam terkejut melihat ada sampul surat yang diletakkan di cermin hadapan keretanya.'Apa plak ni?'Soalnya di dalam hati namun dia masih lagi mengambil lalu membuka sampul surat itu.Wajahnya tiba-tiba bertukar kemerah-merahan.Dia pantas merenyuk gambar itu dan menyimpan di dalam poket seluarnya.Dia mahukan kepastian.
"Perempan sial!!!"Jerit Adam kuat.
"Suasana menjadi sunyi di dalam kereta.Alisya kehairanan,takkanlah hanya kerana dia terlewat dari tempoh diberikan Adam sudah menjadi bengis tiba-tiba.
"En.Adam okey?"Alisya memberanikan diri untuk bertanya.Adam hanya mendengus kasar.Gambar yang dilihatnya tadi benar-benar membuatkan jiwanya sakit dan benci datang kembali.
"En.Adam.."Kali ini Alisya menyentuh tangan Adam.Adam tersentak lalu brek mengejut.Alisya pula beristighfar panjang.
"Jangan kau pegang aku dengan tangan kotor kau tu."Jerit Adam kuat.
"Apa maksud En.Adam?"Alisya bingung,dalam sekelip mata Adam sudah berubah.Adam hanya membisu dan meneruskan perjalanannya.
Sampai dirumah namun Adam masih membisu.Alisya hanya membiarkan Adam,fikirnya mungkin suaminya itu ada masalah dan dia mahu Adam bertenang dahulu.
"Hei perempuan jalang..kau ada penjelasan yang nak dijelaskan dekat aku pasal gambar ni?"Adam mencampakkan gambar itu di hadapan Alisya.Alisya terkejut mendengar panggilan perempuan jalang diberikan kepadanya.Dia pantas mengutip gambar itu,dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambarnya yang hanya ditutupi dengan selimut berbaring sambil dipeluk oleh seorang lelaki.Muka lelaki itu tidak ditunjukkan.Terketar-ketar tangannya sambil mulut mengucap panjang.'Apa semua ni?'
"A..aa..apa ni En.Adam?"Soal Alisya gagap.Mungkin disebabkan gambar ini Adam mengamuk.Dia melihat kepingan gambar yang lain.Semua gambar adalah wajahnya.
"Kau tanya aku kenapa?Hei..dah jelas-jelas dalam gambar tu yang kau menyundal dengan jantan lain.Kau memang perempuan tak guna.Selama ni kau tutup perangai kau tu dengan tudung litup kau tu.Tapi belakang aku,kau menyundal."Alisya terkedu.Sakit rasanya apabila difitnah oleh suaminya sendiri.
"En.Adam jangan nan menuduh saya sembarangan.En.Adam tak ada bukti yang kukuh.Perempuan ni bukan saya.Saya masih ingat Allah,sedangkan En.Adam sendiri belum pernah menyentuh saya..inikan pula lelaki lain.Saya..."
"Ooo...sekarang kau nak mempertikaikan tanggunggjawab akulah.Sebab aku tak bagi nafkah batin dekat kau sebab tulah kau cari jantan lain..cakap dengan aku siapa jantan ni?"Adam mendekati Alisya lalu melelar tangan Alisya kuat.
"Aduh...demi Allah,saya tak tahu."Alisya mengaduh dan air matanya turut jatuh.Entah apa dugaan pula yang bakal dihadapinya kali ini.
"Kau jangan nak main sumpah."
"Ya Allah...saya masih suci.Hanya Allah sahaja yang tahu.."Tiada apa yang mampu diucapkan apabila dia hilang kepercayaan dari suaminya.
"Okey..kalau macam tu,malam ni kau mesti layan aku."
"Apa yang En.Adam merepek ni?"
"Apa aku merepek?jantan tu kau boleh layan takkan aku tak boleh?"Adam pantas menarik tangan Alisya menuju ke bilik.Alisya meronta kuat namun sekuat manalah kudratnya berbanding dengan Adam.
Adam menolak Alisya ke katil lalu menindihnya.Setiap kali Alisya meronta,pipinya akan menjadi mangsa tamparan Adam sehinggalah Alisya hanya membiarkan sahaja perlakuan Adam terhadapnya walaupun dengan tanpa rela.
Kring!!Kring!!!
Telefon di biliknya berbunyi mematikan lagi kenangannya.
"Hello mama..."


5 comments:

  1. owh rupa2nya macam tu. next pls.
    oh ye, ada part yg tertinggal perkataan tu, elok baiki '"En.Adam jangan nan menuduh saya sembarangan.En.Adam tak ada bukti yang kukuh.Perempuan ni bukan saya.

    Saya masih Allah,

    sedangkan En.Adam sendiri belum pernah menyentuh saya..inikan pula lelaki lain.Saya..."'

    Selamat hari raya maaf zahir n batin ye azmah. klo ada komen yg sy buat mengecikkan hati, maaf bebanyak dimohon.

    ReplyDelete
  2. lahhh...sbb tu adam jdik camtu...sian btul alisha...

    ReplyDelete
  3. ooo,sb tu ke adam jd mcm tu?siannye la kt alisya..tp,xleh nak salahkan adam jgk,sb adam dpt gambar mcm tu,4 sure die jd camtu..hope sgt adam dpt jmp alisya..hope mama adam dapat jadi org tengah..sian nasib si kembar..hope sgt diorg rujuk..hehe..demi si kembar,time ti biar adam plk tebus blk kesilapan dia kt alisya..hehehe..pndapat je tuh ye azmah..

    ReplyDelete
  4. yong jiao xiu: alamak..x pasan la plak..aish..jap2 nak baiki blek...huhhu

    ReplyDelete
  5. nak lg sterusnya...sian alisya ye....!!!!

    ReplyDelete