Thursday, 1 September 2011

haKikAt CinTa 34

"Adam..kamu sihat?"Datin Zulia bersuara perlahan.Dia takut sekiranya Ellyana mendengar perbualannya dengan Adam.
"Am sihat mama..mama dengan papa bila mahu balik?"Adam bersandar di kepala katilnya.
"Insya-Allah ahad ni kami baliklah.."
"Mama dengan papa sebenarnya bercuti dekat mana ni?Am bosanlah mama...balik rumah je tak ada orang.Senyap sunyi.."Datin Zulia tersenyum mendengar aduan Adam yang seperti kanak-kanak kecil yang rindukan dirinya.
"Kamu ni Am...Pak Long dengan Mak Long kan ada..apa yang sunyinya."
"Alah...Pak long dengan Mak Long lain..mama dengan papa lain."kali ini tawa mamanya meletus.
"Am..Am..mengalahkan abang dengan adik."
'Alamak..'Datin Zulia menutup mulutnya,dia tersasul.
"Abang,adik?Siapa tu ma?"Adam bertanya.Pelik juga dia tiba-tiba sahaja mamanya menyebut panggilan yang tidak pernah dia dengar sebelum ini.
"Eh...tak ada sesiapa...abang dengan adik tu anak pasangan dekat hotel mama menginap ni.Kami selalu bermain dengan mereka.Comel."Pandai sungguh Datin Zulia membohongi anaknya itu.
"Em..mama-mama..ada-ada sajalah..."
"Tulah kamu..mama ni dah lama teringin nakkan cucu..dulu elok-elok Alisya ada,kamu ceraikan dia."Adam terdiam tatkala nama yang dirindunya disebut.
"Mama.."
"Yelah-yelah...mama tak sengaja,kamu tu..kahwin lain jelah,sekarang nikan kamu dah ramai perempuan yang menggedik dengan kamu."Sengaja Datin Zulia berkata sedemikian.
"Mama..mereka tak sama dengan Alisya.."Perlahan sahaja suaranya menuturkan ayat itu bersama dengan linangan air maa.
"Haish,dia kan perempuan jalang.Buat apa lagi kamu ingatkan dia."Datin Zulia bersuara geram.Geram dengan tindakan Adam yang dulu menceraikan Alisya tanpa usul periksa dan sekarang menyesal tidak sudah.
"Mama..jangan cakap macam tu,Am tahu Am bersalah..tapi..."
"Sudahlah Am..mama yakin kalau kamu dapat jumpa Alisya sekalipun dia pasti tak akan kembali bersama kamu lagi.Mama lagi suka kalau dia bahagia dengan lelaki lain."Kali ini air mata Datin Zulia juga tumpah.
"Jangan cakap macam tu mama..Am sayangkan isteri Am.."Rayu Adam lagi.Kali ini air matanya mengatasi segala egonya.
"Dia bukan lagi isteri kamu.Am,sudahlah Am..tak payahlah kamu nak mengharapkan Alisya lagi.Biarkan dia bahagia Am..."
"Mama ni kenapa?Mama tak suka ke kalau Am berbaik semula dengan Alisya.Am sayangkan dia,Am cintakan dia..Am tak boleh hidup tanpa dia mama..."Datin Zulia mengesat air matanya.Hatinya lega mendengar luahan hati Adam yang selama ini terpendam.Masalahnya hanya satu iaitu bagaimana caranya untuk memujuk Ellyana.
"Cinta?Ada apa dengan cinta kamu Am?Kamu dah terlambat,dulu kamu dera batin dia,kamu main-mainkan dia."
"Mama...please stop it..Am tahu Am salah...please.."Adam meraup mukanya berkali-kali.Talian senyap tiba-tiba,kedua-duanya sedang melayani perasaan masing-masing.
Pintu bilik Datin Zulia diketuk.
"Mama..papa suruh Yana panggilkan mama..."Ellyana menjerit dari luar.Pantas sahaja Datin Zulia menutup handphonenya.'Alisya...'Adam terkedu.Dia kenal dengan suara itu,suara yang amat dirindunya selama ini.
"Mama..mama..itu Alisya kan,mama.please..Am nak jumpa dia.Mama beritahu Am mama dekat mana ni?Am datang sekarang."Datin Zulia menarik nafas panjang.Belum masanya lagi untuk Adam mengetahui di mana Alisya berada.
"Apa yang kamu merepek ni?Itu suara dalam tv lah..mana ada Alisya..kamu ni mengigau Am..Sudahlah..mama nak tidur ni.Esok mama telefon kamu lagi.Assalamualaikum."Panggilan diputuskan.Adam masih tidak berpuas hati.Dia tahu dia tidak salah dengar dan dia yakin itu suara Alisya.Dia akan cuba menyiasat di mana mama dan papanya bercuti.Air mata dikesat,dia seolah-olah mempunyai kekuatan untuk meneruskan kehidupannya.Semuanya kerana Alisya.

2 comments:

  1. oh o..npknya adam dah jpa alisya dah. abis la alisya nti...

    ReplyDelete
  2. cepat adam,dapatkan alisya balik..even dgn cara ape sekalipun,jnji dapat balik alisya..even terpaksa gunekan si kembar..hehe..xnak la adam kawen lain..isya pun mesti ade jg perasaan kat adam,kan?

    ReplyDelete