Thursday, 18 August 2011

sambungan HAKIKAT CINTA 32...

Adam termenung melihat gambar Alisya yang sempat diambilnya sewaktu mereka berada di kampung Alisya.Gambar bekas isterinya yang sedang tersenyum bermain buaian bersama seorang budak lelaki.
"Sayang di mana......"Adam mengeluh perlahan.

"Sampai hati En.Adam buat saya macam ni.Apa salah saya?"Alisya menangis teresak-esak sambil menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.Terasa dirinya tersangat kotor.Tangisannya semakin galak apabila Adam mendekatinya lalu mencengkam dagunya kuat.'Mengapa lelaki ini bertukar menjadi sekejam ini?Bukan ke tadi mereka bahagia seperti pasangan yang baru bercinta?'keluh hatinya.Adam memandang wajah Alisya jelik,meluat sungguh dia melihat wajah isterinya itu.Sungguh kini dendamnya terbalas.
"Apa salah kau..kau tanya aku?Hei perempuan...kau memang dasar perempuan jalang..Menyesal aku buat baik dengan kau selama ni...sekarang aku puas...aku dah rampas apa yang menjadi milik kau selama ini.Lagipun,ianya milik aku juga."Alisya menepis tangan Adam,sakit hatinya mendengar ayat yang baru ditutur Adam tadi.
"En.Adam jangan nak menuduh saya sembarangan.Saya tak pernah minta En.Adam buat baik dengan saya.Saya benci En.Adam!"Jerit Alisya bersama tangisannya.
"Huh..ada aku heran dengan benci kau?Aku punya benci kau tak mahu tahu.Kalau kau nak tahu aku dah lama bencikan kau semenjak daripada hari kematian Syafiq lagi.Dendam aku dekat kau takkan pernah hapus,tapi semakin mendalam."Adam bangun dan memakai pakaiannya.Hatinya puas walaupun ada sedikit sesalan namun semuanya dikuasai oleh syaitan.
"Aa..apa maksud En.Adam?Apa kaitan saya dengan arwah Syafiq?"Alisya menyoal tidak mengerti.
"Apa kaitan?Kalau kau nak tahu mak bapak kau yang menyebabkan Syafiq mati.Disebabkan mereka aku kehilangan kembar aku sendiri.Dan kau,sejak aku nampak muka kau di hospital aku terus berdendam dengan kau."Luah Adam sambil mendekati Alisya semula.Dia menarik rambut Alisya pula kali ini.
"Astaghfirullah..En.Adam.Apa salah mereka?Semuanya adalah takdir yang ditentukan Allah.Kita tak boleh mempertikaikan setiap kejadiannya.Lagipun En.Adam hanya kehilangan arwah Syafiq,tapi saya kehilangan tiga orang insan yang saya sayangi."Tangisan Alisya semakin lebat.Sakit kepalanya tatkala Adam menarik rambutnya kuat namun dia harus mempertahankan keluarganya.
"Huh..ada kau kisah?Hei...mama and papa sengaja komplot dengan pihak UITM dengan menyuruh pihak UITM menganjurkan program anak angkat tu.Kau ingat semuanya kebetulan kau boleh jadi anak angkat mereka.Disebabkan rasa bersalah kepada kaulah mama and papa sanggup buat semua tu.Dan aku..takkan pernah kesiankan kau."Aadm menolak kepala Alisya kasar.Tangisannya semakin deras,hanya itu yang mampu dilakukannya saat ini.Menangis dan terus menangis.
"Dan kau dengar sini...mulai saat ini,hari ini..aku ceraikan kau Nurul Alisya Ellyana binti Hasbullah dengan talak satu!"Berdetap jantung Alisya mendengar lafaz talak yang diucap Adam.
"Ya Allah...hanya tangisan yang dapat menjadi temannya di saat ini.Sungguh terasa dirinya tak ubah seperti pelacur walaupun hubungan tersebut halal namun bukan dengan kerelaannya."Sesungguhnya haram hukum seorang suami itu menceraikan isterinya selepas mereka mengadakan persetubuhan sehinggalah mandi junub."Terngiang-ngiang di kepalanya suara Ustaz Aslam memberi ceramah di sekolahnya dulu.Dia harus bangun dan meninggalkan rumah itu.

3 comments:

  1. wehhhh kejam laaaaa adam..skang nihh b r nk mnyesal..pdn jerrrrrr...heeeeeeh..

    ReplyDelete
  2. alahai adam,knp la wat alisya mcm tu?kesian alisya..tengok,skrg awk yg merana rindukan alisya..masih ada ke cinta di hati isya utk adam ye writer?siannye la nasib si kembar,lahir tanpa ayah..hope sgt adam dapat cr isya dan anak2 diorg,tebus ksalahan kt si kmbar selama 5thn adam xtaw kwjudan diorg..

    ReplyDelete
  3. oh rupanya sebab ni. ha kan dah menyesal.

    ReplyDelete