BAB DUA PULUH DUA
Ellyana meraup wajahnya,kenangan itu seharusnya dihapuskan.Tidak sanggup lagi dia meratapi dan menangisinya.Jika malam itu tidak terjadi,tiadalah si kembarnya walau hakikat pada mulanya dia seperti orang yang kehilangan akal tatkala mengetahui benih Adam subur di rahimnya.Dia hilang pertimbangan namun atas nasihat dan kebaikan Camelia,dia kuat menanggung bebanan yang ditinggalkan Adam.Masih ingat lagi kutukan jiran-jiran di rumah Camelia yang memanggilnya perempuan jalang hanya kerana mereka tidak pernah melihat suaminya.
"Yana menungkan apa ni?"Teguran dan sentuhan tangan Datin Zulia dibahunya mematikan lamunan Ellyana.Dia tersenyum sambil menyuruh bekas mertuanya itu duduk.
"Tak ada apa-apa mama..cuma teringatkan abang,dia semakin nakal sekarang."Luah Ellyana berbohong.Takkanlah dia mahu menyebut tentang Adam dihadapan orang tua itu.
"Biasalah tu Yana..budak-budak..Adam dulu pun macam tu juga nakalnya.Mungkin mengikut perangai Adam lah tu."Ellyana terus terdiam,tidak terkata apa disaat bekas mertuanya menyebut nama Adam di hadapannya.
"Yana tak mahu balik ke Shah Alam semula?"Datin Zulia cuba untuk mengajak bekas menantunya itu pulang bersamanya dan kalau boleh biarlah mereka bersatu kembali.Dia tahu yang Adam sekarang masih mencari Alisya dan dia dapat lihat bahawa sekarang Adam sudah banyak berubah.Dia sengaja memberitahu Ellyana yang mereka telah menghalau Adam kerana dia tidak mahu Ellyana mengesyaki tujuan sebenar mereka datang adalah untuk menyatukan mereka semula.Sudah lama dia mempunyai perasaan yang kuat bahawa dia akan bertemu dengan bekas menantunya semula.
"Apa lagi yang ada untuk Yana di sana mama?"Panggilan mama masih lagi digunakan kerana dia sangat menyayangi orang tua itu walaupn setelah dia mengetahui kebenarannya.
"Mama dengan papa kan ada,Mak Long,Pak Long..kami semua sayangkan Yana."Datin Zulia memeluk erat bahu Ellyana.Dia hanya mendongak ke langit melihat bintang-bintang yang berkelipan.
"Yana belum bersedia lagi mama...kalau Yana pergi sana pun,mungkin Yana akan tinggal di rumah Camelia."
"Kenapa rumah Camelia bukan rumah mama?"Ellyana tersenyum sahaja.Mana mungkin dia bercerita yang Adam membencinya.
"Tak apalah kalau macam tu,yang penting kalau Yana pergi sana,jangan lupa beritahu mama dengan papa ya.Mama sayangkan Yana,mama sayangkan cucu-cucu mama.."Air mata tuanya tumpah di bahu Ellyana.
"Sebut cucu..abang dengan adik dekat mana mama?"Ellyana sengaja berdalih supaya bekas mertuanya itu tidak merasa bersalah kepadanya.
"Ada main dengan papa tu..comel sungguh mereka.Pandai Yana didik mereka.Baik,hormat orang tua dan abang tu mama tengok bertanggungjawab."Ellyana tersenyum mendengar pujian dari bekas mertuanya itu.
"Kalaulah Adam tahu yang dia ada anak..."Belum habis ayat Datin Zulia,Ellyana sudah memotong.
"Mama..Yana minta sangat,tolong jangan beritahu En.Adam pasal abang dan adik."Ellyana merayu kerana dia tahu yang Adam tidak mngkin mengaku yang si kembar itu anak-anaknya.
"Kenapa pula?"Soal Datin Zulia kehairanan.
"Belum masanya mama..Insya-Allah,Yana akan berjumpa dengan En.Adam dan ceritakan pasal abang dan adik..tapi bukan sekarang."Rayu Ellyana lagi.Digenggam tangan tua itu meminta belas.
"Bila tu?"
"Insya-Allah kalau ditakdirkan Allah."Jawab Ellyana ringkas.Datin Zulia hanya mendiamkan diri.Mungkin dia terasa dengan Ellyana namun bila difikir semula dia tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan mereka.
"Baiklah...mama akan rahsiakannya dari Adam."
"Terima kasih mama...terima kasih.."Ellyana mengucup tangan Datin Zulia berkali-kali.
"
hrp sgt diorg bersatu kmbali..kesian dgn adik dan abg..xde ayah..sian kt yana gak,dicemuh org sekeliling..myb yana xtaw yg adam sbnrnye x bncikan yana,malah cintakan yana..
ReplyDeletenext..hehehe cpt ye,xsabar2 nak tau, yana akan balik ke sana ke?
ReplyDelete