Wednesday, 19 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 25


Bazlaa Aina with Farhana Fatin @ Pa'an
                                               





Pa'an hanya memerhatikan sang suami yang sedang bersiap untuk pergi bekerja.Wajahnya berkerut-kerut melihat Hilman yang sedang mengenakan tali lehernya itu.Dalam fikirannya banyak perkara yang ingin dia soalkan kepada Hilman.Perkara yang pertama adalah mengenai pekerjaan suaminya itu.
"Kau kenapa pandang aku sampai macam tu sekali?"Hilman sememangnya sudah perasan dengan pandangan Pa'an yang sedari tadi asyik memandangnya sampaikan kekok dirasakan setiap pergerakkannya.
"Ah..um..apa ni..um.."Terkulat-kulat Pa'an untuk menjawab persoalan Hilman yang senang itu.Suaminya hanya menggelengkan kepala bila mendengar jawapan yang agak comel dari isterinya itu.
"Gagap dah ke kau ni?"Hilman mengalihkan pandangannya tepat ke arah si isteri yang sedang duduk di sofa biliknya.
"Um...ha.."Pa'an menjerit kuat dan semestinya dia telah memeranjatkan Hilman.
"Astaghfirullahaladzim...kau ni kenapa pagi-pagi menjerit?Sewel ke?"Pa'an menjeling suaminya geram.
"Aku nak tanyalah..kau kerja apa ek?Kau doktor kan?"Pa'an bertanya dengan wajah yang teruja,manalah tahu memang betul suaminya itu seorang doktor.Senang dia bila sakit nanti,itupun kalau Hilman mahu merawatnya.Namun melihatkan Hilman yang tiba-tiba ketawa itu membuatkan Pa'an menjadi blurr dan ternganga.Ini kali pertama setelah bertahun mereka tidak berjumpa dia melihat lelaki itu ketawa sehingga menekan perutnya.Lawak sangatlah tu.Dia suka melihat wajah suaminya yang putih itu bertukar kemerahan kerana ketawa dan yang penting telinganya yang sensitif itu  merah menyala.
"Doktor?Dari mana kau dapat info ni hah?Kalau mama dengan papa dengar mampus kau."Pa'an menggaru-garu pipinya sambil membuat muka pelik kepada Hilman.Tercuit juga hati Hilman dengan tingkah isterinya yang dirasakan semakin comel itu.
"Betullah kau ni doktor kan?"Pa'an masih tidak berpuas hati dan dia ingin mendapatkan kepastian kepada Hilman.
"A'ah...doktor sawan.Adoi,buat lawaklah pulak kau pagi ni.Sakit perut aku ni tahu tak?"Hilman mendekati laci pakaiannya dan mengeluarkan sepasang stokin yang akan dipakainya nanti.
"Kau tipu aku kan?"Pa'an berpeluk tubuh tanda geram.
"Aku cakap je,kau yang tanya,sumber manalah kau dapat ni ha?"Hilman menggelengkan kepalanya,dia semakin hairan dengan sikapnya yang sekarang ini langsung tiada rasa marah kepada Pa'an sebaliknya dia mahu mengenali isterinya itu dengan lebih dekat.
"Aina..."Perlahan sahaja Pa'an bersuara dan dalam masa yang sama dia menyumpah seranah kepada sahabatnya itu kerana telah memberitahu sesuatu yang membuatkan dia mendapat malu.
'Nasib aku tak tanya mama,kalau tak mampus aku nanti.'Pa'an mengeluh berat.
"Dari kau merepek ada baiknya kau tolong ambilkan briefcase aku kat dalam bilik study tu."Pa'an yang mendengar arahan suaminya itu memandang Hilman tajam.Dia tidak mahu menolong lelaki itu,macam dia isteri pada makna yang sebenar kepada lelaki itu sedangkan dia dianggap tak lebih dari itu.
"Kau ada kaki..pergilah ambil sendiri."Tanpa sedar Pa'an mengucapkan ayat tersebut sehingga Hilman memandangnya dengan pandangan yang tidak diketahui maksudnya.Ketelanjuran kata membuatkan Pa'an menepuk mulutnya berkali-kali lantas bangun dan menuju ke bilik study mengikut arahan suaminya.Saat itu barulah dia teringat yang dia telah meingkari perintah suaminya dan gerun pula dia bila mengenangkan azab membuatkan suami terasa dengannya.Hilman pula bagaikan terasa dengan penolakan isterinya itu sehingga dia rasa mahu merajuk dengan Pa'an namun bila mengingatkan tiada guna dia berbuat sedemikian terus sahaja dilupakan perasaannya itu.Hilman melihat isterinya kembali sambil memegang briefcasenya sekali.Pa'an tertunduk rasa bersalah manakala Hilman mengunjukkan tangannya meminta Pa'an memberikan briefcase kepadanya.Tiada kata yang terucap dari mereka.
"Aku minta maaf."Perlahan tetapi dapat didengar oleh Hilman sehingga membuatkan dia tersenyum sumbing dan tidak dapat dilihat oleh Pa'an yang sedang menunduk itu.Satu sikap Pa'an yang dia baru tahu setelah isterinya itu berubah.'Satu perubahan yang baik.'Bisik hatinya.
"Aku maafkan..dah jom turun.Nanti mama dengan papa bising pula."Hilman mendahului Pa'an sambil membuat muka serius walhal hatinya berbunga riang.Teringat dia pagi tadi selepas dia keluar mandi,dilihatnya pakaian kerjanya sudah siap digosok sedangkan sebelum itu dia hanya lepekkan di atas katil sahaja.
"Kau gosok baju aku ke?"Hilman bertanya kepada si isteri yang sedang mengemas katil itu.
"Taklah...baju tu iron sendiri.Dia ada kaki kot."Balas Pa'an bersahaja.'Dah tahu tanya juga.Kau ingat ada orang lain ke dalam bilik ni?'Langsung tidak dipandang si suami yang hanya bertuala itu.Jantungnya berdegup kencang melihat si suami yang tanpa malu berdiri tanpa baju di hadapannya.Hilman tersengih tetapi tidak mengucapkan terima kasih kepada Pa'an.
"Terima kasih..."Pa'an sengaja mengucapkan ayat tersebut namun Hilman berlagak selamba.

Disebabkan rasa bosan yang teramat,Pa'an mengajak adik iparnya untuk keluar bershopping namun ditegah ibu mertuanya kerana dia sedang sarat mengandung.Muncung sedepa mulutnya dan dia cuba juga dengan mengajak Puan Seri Faridah mengikuti mereka.Mendapat sahaja persetujuan dari mertuanya,Pa'an hampir sahaja melompat kegembiraan tetapi dikawalnya agar tidak terover.
Disaat ini,penyesalan muncul dibenak Pa'an kerana mengajak ibu mertuanya sekali.Mana taknya bila ibu mertuanya sanggup menghabiskan wang sehingga mencecah ribuan ringgit semata-mata mahu membeli barang keperluan cucunya nanti.Dari pakaian baby sehinggalah barang mainan semua di beli dan di order untuk dihantar ke rumah Hilman.Pa'an sudah cuak dengan apa yang berlaku kerana dia tidak tahu bagaimana mahu diterangkan kepada Hilman nanti.
"Mama...please stop.Dah banyak dah kita beli ni.Tak payahlah beli banyak sangat,membazir je."Pa'an akhirnya terpaksa bersuara.
"Alah kak..biarlah mama belikan untuk baby akak ni.Sekali-sekala apa salahnya."Fariza menyampuk sambil dia sibuk memilih baju untuk 'baby' Pa'an.
"A'ah..biarlah mama belikan atau kamu tak suka mama belikan baju untuk anak kamu?"Wajah ibu mertuanya bertukar sayu,hatinya terasa dengan penolakan Pa'an itu.Sudahlah semalam Pa'an tidak memberi dia menyentuh perutnya itu,hari ini menolak pemberiannya pula.
"Bukan macam tu mama...dah banyak sangat mama belikan ni.Lagipun mama beli sampai dua sekali.Kita tak tahu baby boy or girl yang keluar.Membazir je mama..."Pa'an masih mencuba memujuk mamanya yang capat sensitif itu.Dipeluk lengan tua itu erat.
"Tak apalah...kan senang kalau beli dua-dua.Kalau keluar girl yang boy punya barang kita simpan.Manalah tahu next baby is coming?"Terkedu Pa'an dengan alasan mamanya itu.
"Okey..reason accepted.Tapi mama please..dah ek?Baby kan cepat membesar,nanti mama boleh beli lain kali."Pa'an mencuba juga sehingga mertuanya itu bersetuju.
"Hurm...betul juga tu,mama ni sebenarnya excited sangat nak timang cucu.Lagi-lagi yang kamu kandungkan ni cucu sulung mama.Tu yang terover sangat tu."Pa'an menunduk pedih,tidak sanggup menatap wajah mengharap mertua dan adik iparnya itu.Tanpa sedar dia mengusap perut kosongnya perlahan.Alangkah gembiranya dia kalau benar-benar dia sedang mengandungkan zuriat Hilman disaat ini,pasti dia sendiri yang lebih teruja untuk membeli barangan untuk anaknya itu.
"Okey..ni last mama beli.Mama suka betul dengan baju ni.Comel.Boleh ya?"Pa'an mengangguk sahaja dan yang pasti barang itu semua akan dia simpan untuk bakal anak Hilman yang sebenarnya nanti.Apa yang pasti bukanlah anak dia dengan Hilman tetapi Annisa,kekasih hati Hilman.Terbit keluhan berat dari bibir comelnya.
"Kenapa kak?Penat ya?"Fariza bertanya bila mendengar keluhan daripada kakak iparnya itu.
"Bolehlah...akak duduk kat depan sekejap ya.Mama dengan adik pilihlah dulu..."Pa'an terus berlalu bila diizinkan mamanya.Dia duduk termenung mengenangkan bilakah semua pembohongan ini bakal berakhir.Tidak sanggup lagi dia untuk menanggung beban yang diciptanya ini.Handphone dikeluarkan dan dicari nama Bazlaa Aina untuk menghantar mesej namun dimatikan hasratnya bila moodnya tiba-tiba hilang untuk bercerita dengan sahabatnya itu.Dalam dia sedang membelek mesej di handphonenya dia melihat sepasang suami isteri sedang berjalan melintasinya.Dan si isteri sedang sarat mengandung sepertinya.Bahagia dirasakan bila melihat si suami dengan romantiknya memimpin tangan isteri yang sedang makan ice-cream itu.Terbayang di ruangan matanya dia dan Hilman sedang berjalan berpegangan tangan.'Seronoknya...ya Allah.Bilakah semua ini bakal menjadi kenyataan?'Suara hati seakan tidak sabar dengan semua dugaan Allah ini.Tatkala ini ingatannya kuat terkenangkan Nek Lang di kampung dan juga mak abah yang masih memarahinya.



p/s : ish....tak boley la stop...idea dtg je tibe2...ni last la kot.hehehe...sementare studi weeks ni insya-Allah ade lagi kot entri bru....jgn mrah rrrr..

Monday, 10 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 24

Farhana Fatin aka Pa'an
                                                          



Kepala yang sakit masih dirasakan berdenyut sehingga ke pagi ini tetapi tidaklah sampai memudaratkan dirinya.Setelah selesai Solat Subuh tadi,dia sibuk ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi sebelum yang lain turun dan setahunya keluarga mertuanya itu hanya akan bersarapan pada pukul lapan pagi jika hari ahad.Itupun setelah dia mendengar bebelan dari Hilman kelmarin.Mengingatkan suaminya itu,dia teringatkan kejadian malam tadi yang mana jelas terpampar wajah ambil berat suaminya itu kepadanya.Mengapa dia perlu berharap kasih pada yang tak sudi,bukannya tak ada lelaki lain yang cuba merapatinya namun hanya sebaris nama itu sahaja yang bertakhta di hatinya.Suami yang masih lagi lena bergolek diatas katil empuknya.Dia hanya memandang dari jauh sahaja,tidak mahu hatinya terjatuh cinta lagi dengan lelaki itu.
"Alangkah bagusnya semua ni kenyataan,bukannya lakonan semata-mata.."Dalam tak sedar Pa'an melepaskan keluhan bersama luahan hatinya.
"Ya Allah,sampai bila aku harus meneruskan perbohongan ini?Aku dah tak sanggup walaupun baru satu hari.Aku tak sanggup untuk menipu mereka yang sepertinya benar-benar menyayangi aku dan mengharapkan sesuatu yang aku permainkan.Aku mohon ya Allah..Kau berilah aku petunjuk-Mu.Amin.."Doanya hanya terluah di dalam hatinya sahaja,betapa dia tidak suka dengan keadaan sekarang ini.Jika benar Hilman mahu mengahwini Annisa,mengapa bukan sekarang dia dilepaskan.Mengapa perlu tunggu sehingga mereka berdua bernikah?
"Kau perlu ingat,kau sendiri yang memulakan permainan ini.Takkan kau dah lupa semua itu?"Seperti terdengar suara hatinya memarahi dirinya sendiri.Dia akui memang itu semua salahnya dan dia patut menanggung akibatnya.
"Kak Fatin...."Ketukan pintu oleh adik iparnya mematikan lamunan Pa'an.Terus sahaja dia mengemas bantal-bantalnya lalu diletakkan di sebelah Hilman yang sedang lena tidur itu.Dia memandang wajah suaminya sekilas sebelum menuju ke pintu bilik.
"Ya dik.."Pa'an membuka separuh pintu dan menjengukkan kepalanya ke luar.
"Mama ajak turun sarapan..abang tak bangun lagi ya kak?"Fariza tertoleh-toleh ke dalam mengintai abangnya itu yang masih lagi berlingkar di atas katil.
"Kejap lagi akak gerakkan abang bangun.Adik turun dulu, suruh mama dengan papa makan dulu."Pa'an membalas lembut.
"Okey kak...tapi kak Fatin kena berkeras sikit dengan abang tu,dia tu payah sikit nak bangun pagi,lagi-lagi pagi ahad.Liatnya lain macam sikit.
"Ye ke..tak apa,akak ada cara yang lebih sesuai untuk kejutkan abang adik yang seorang tu."Rancangan nakal sudah menjelma di kepala otak Pa'an di saat ini.Tersengih-sengih dia mahu menjayakan rancangan itu.
"Baguslah tu...adik turun dulu ya kak.Good luck.."Fariza terus berlalu menuruni anak tangga untuk ke dapur manakala Pa'an menutup pintu biliknya sambil tersengih panjang.Tanduk dikepalanya seakan sudah tumbuh.Perlahan-lahan dia mendekati Hilman yang masih nyenyak tidur itu.Apabila dia sudah sampai kepada Hilman,terus sahaja dia menarik comforter Hilman dengan sekali rentapan tetapi langsung tiada tindak balas dari lelaki itu.Betul-betul tidur mati dia ni.Selepas itu Pa'an mencuba pula dengan menggeletek tapak kaki Hilman tetapi pelik kerana lelaki itu seperti tidak mempunyai perasaan geli disitu.Muncung sebentar Pa'an sebelum dia mengambil keputusan untuk duduk dekat di sebelah Hilman.
"Abang...."Perlahan sahaja dia berbisik di telinga suaminya dan kali ini ada respon.Pa'an tersenyum bila mengetahui kelemahan lelaki itu adalah telinganya.
"Abang bangun..."Pa'an mengawal intonasi suaranya daripada tergelak.Kelakar pula bila dia melihat suaminya itu menggaru telinganya tetapi sempat pula tu tersenyum.
"Awal lagi ni...please don't disturb me...penat sangat."Hilman bersuara mamai,langsung tidak mengendahkan siapa yang sedang berbisik untuknya disaat ini.
'Ooo penat ya..siapa suruh malam tadi bergayut dengan awek sampai pukul empat lima pagi.'Pa'an bercekak pinggang sebelum dia...
"Mohd Hilman Fariz...Bangun!!!!!!"Pa'an bertempik di tepi telinga Hilman sehingga lelaki itu benar-benar terjaga dan terduduk.Buntang matanya akibat terkejut dengan jeritan ikhlas isterinya itu.Terus sahaja dia memandang tajam ke arah Pa'an yang sedang sedap mentertawakannya itu.
"Kau dah tak ada kerja lain ke hah?Dah tak ada adab nak kejutkan orang macam mana?"Merah wajah Hilman mahu menyinga kepada Pa'an yang sentiasa bermuka selamba dengannya.
"Well..kau tu yang tidur macam mumia,memang patut pun aku gerak kau macam tu."Pa'an bangun dan berdiri sambil membetulkan perutnya yang terasa senget itu.
"Kau sengaja cari pasal dengan aku kan?Kalau bukan parent aku ada dalam rumah ni,dah lama muka cantik kau tu berparut."Tanpa sedar Hilman memuji isterinya itu.
"Wah..terima kasih,tak sangka pula pagi-pagi ni aku dapat pujian daripada suami yang tersayang.Terima kasih abang...Hahahaha.."Semakin galak Pa'an mengenakan Hilman di kala itu.Hilman pula yang sedang berang tidak dapat berbuat apa-apa lalu terus sahaja dia masuk ke dalam bilik air.
"Tak apa...ada lori ada bas...lain hari,berkali-kali aku balas.Huh."Hilman mengomel seorang diri dan Pa;a pula sudah keluar dari bilik itu dengan tawa riang.


"Berseri menantu mama pagi ni.Nak pergi mana-mana ke hari ni?Lawa semacam je mama tengok?Jadi ke nak makan rendang ayam hutan.Kalau nak,mama suruh Man carikan."Tidak tertelan nasi goreng yang dimakan Hilman bila teringatkan Pa'an ada mengenakannya semalam tentang rendang ayam hutan itu.Masaklah dia jika mamanya benar-benar mahu menyuruhnya mencari ayam hutan.Hutan mana pula yang dia kena masuk nanti.Dia membuat isyarat mata kepada Pa'an namun isterinya itu hanya buat endah tidak endah sahaja.
"Tak apalah mama...semalam Fatin sengaja je main-mainkan abang tu.Yelah,memang Fatin teringin nak makan satey kajang semalam tapi geram sangat dengan abang yang terlupa nak beli satey tu,tu yang Fatin main sebut je rendang ayam hutan tu.It's nothinglah mama..."Hilman mengurut dadanya lega dan dilihat oleh papanya pula.
"Hah...kenapa dengan kamu?Dah tak sanggup nak ikut kemahuan isteri kamu ni ke?Kamu jangan Man,orang mengandung ni dia sensitif sikit..."Tak pasal-pasal pagi-pagi lagi dia sudah dihidangkan dengan ceramah oleh papanya itu.Hilman yang sakit hati bertambah sakit bila melihat Pa'an membuat mimik muka yang menyampah kepadanya.Terasa mahu sahaja dia mencampakkan kuih karipap yang berada di depannya itu ke muka Pa'an.
"Semalam Fatin dengar papa ada beli company baru dekat sini?Company apa tu ya papa?"Pa'an yang kasihankan Hilman cuba mengalih topik perbualannya.
"Company kecil je...papa saja beli sebab yang jualnya pun kawan papa juga.Yelah,nak buat macam mana kalau dah anak-anaknya langsung tak mahu mengambil alih syarikat tu,terpaksalah dia jualkannya."Tan Sri Zakaria kemudiannya bercerita serba sedikit tentang syarikat yang bakal diambil alih itu.Pa'an pula dapat merasakan segala apa yang diceritakan oleh papanya ada kaitan dengan syarikat tempatnya bekerja dan bila Tan Sri Zakaria menyebut CBE Sdn.Bhd. terus sahaja dia ternganga.
"Hah..kenapa sampai ternganga ni?"Tergelak mereka semua dengan reaksi comel Pa'an itu.
"Eh..tak ada apa-apa...kawan Fatin kerja dekat sana."Pa'an sengaja tidak mahu memberitahu bahawa dia bekerja di company itu dan semestinya selepas mereka bercerai nanti dia akan berhenti kerja.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu rakan sekerjanya mengetahui dia sudah berkahwin dan bapa mertuanya pula mengambil alih company tersebut.Macam-macam fitnah yang boleh berlaku nanti.
"Mama teringin nak pegang perut Fatin..boleh?Besar sangat dah mama tengok,macam kembar je."Puan Sri Faridah sudah mengangkat tangannya dan sedikit lagi mahu menyentuh perut menantunya itu.Pa'an menggelabah seketika,tidak tahu hendak berbuat apa kerana takut pembohongan mereka akan terbongkar.Dia memandang ke arah Hilman yang waktu itu sudah selesai membasuh pinggannya di sinki.
"Aduh..."Akhirnya Pa'an menipu dengan menekan perutnya.
"Kenapa ni?Mama belum sentuh lagi ni..sakit dekat mana?"Menggelabah Puan Sri Faridah bila melihat kerutan di dahi menantunya itu.
"Sorry mama..perut isteri Man ni sensitif sikit,dia tak boleh orang lain sentuh.Hanya kami berdua je boleh,tu pun kadang-kadang kalau Man yang pegang macam nilah jadinya."Mati-mati orang tuanya ditipu lagi.Seperti yang dijangka,mereka percaya dengan alasan yang diberikan Hilman.Hilman sewaktu ini sudah berada di sebelah Pa'an dan menyentuh bahu isterinya lembut.
"Sorry mama..."Pa'an benar-benar memaksudkan ucapan maafnya itu.Maaf kerana telah menambah satu lagi penipuan yang besar.Air matanya bergenang dan disedari oleh Hilman.
"Hei...kenapa menangis ni?"Hilman mendongakkan dagu isterinya dan dipandang wajah itu tanpa ada reaksi.
"Nothing.."Terus dikesat air matanya,malu bila sekarang ini cepat pula perasaannya berubah.
"Mama yang patut minta maaf dengan menantu mama ni.Dah Man,pergi bawa bini kamu ni masuk bilik,biar dia berehat lagi.Penat sangat ni."Puan Sri Faridah yang tadinya terasa dengan tingkah menantunya yang seakan tidak memberinya memegang perutnya,mengalah bila melihat air mata kesakitan oleh menantunya itu.'Memang benarlah kot,perut si Fatin ni tak boleh disentuh orang.'Puan Sri Faridah cuba menyedapkan hatinya.Hilman mengikut arahan mamanya dan Pa'an pantas meminta maaf sekali lagi dan mengikuti langkah suaminya.
"Ada juga perempuan mengandung yang macam ni kan papa..adik tak pernah dengar lagi orang mengandung tak boleh disentuh perut dia."Fariza yang tadinya diam bersuara bila kakak iparnya sudah tiada.
"Biasalah tu dik...perempuan mengandung ni pe'el diorang ni lain sikit.Sama macam mama kamu dulu..."Jawab Tan Sri Zakaria selamba manakala isterinya tiada rasa untuk berbalah dengan suaminya didepan rezeki.


p/s : fuh...susah nk create part ni...ha..gmba kt ats tu gmba membe sye n nme tu memang tuan empunya diri yg sebenanye...ok x ni??mcm nk kene bambu je ni..hehe..len kali plak lah...papai....

Saturday, 8 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 23

Pa'an berhenti di hadapan pintu bilik Hilman lama,teragak-agak dia mahu mengorak langkahnya.Tidak tahu apa yang perlu dibuat apabila memikirkan Hilman berada di bilik itu.Tangannya diramas berkali-kali,wajah gelisahnya jelas kelihatan.Jika tidak kerana ibu mertuanya yang memaksanya berehat,jangan harap dia mahu masuk ke bilik itu seawal jam sembilan ini.Dia tahu Hilman belum lagi tidur,mesti lelaki itu sedang menyiapkan kerjanya.Tiba-tiba pintu bilik di buka dari dalam.Jelas wajah Pa'an yang terkejut manakala Hilman hanya memandang Pa'an tanpa perasaan.
"Buat apa kau tercegat dekat sini,nak masuk,masuk jelah.Tak payah nak jadi mak guard pulak kat sini."Pa'an mengetap bibirnya sambil memandang Hilman tajam.
"Mulut kau memang macam longkang.Tepilah.."Tanpa menunggu lama,Pa'an merempuh badan Hilman yang sedang menghalang laluannya itu.Dia sudah penat dan bahunya terasa sakit kerana terpaksa membawa beban yang berat itu.Masuk sahaja terus dicapai tuala dan pakaiannya untuk mandi.
Usai mandi,Pa'an mengelilingi bilik Hilman yang luas itu.Segala ruang dan perhiasan diteleknya dengan penuhminat.'Apa keje mamat ni ek?Hari tu Aina kata mamat ni doktor tapi kenapa tak macam doktor pun aku tengok.Hurm..'Pa'an sibuk berfikir tentang pekerjaan suaminya itu.Pandangannya beralih kepada foto Hilman bersama Annisa,terus sahaja dia mendengus dan mengambil gambar itu.Sayu terus pandangan matanya,terasa bersalah kerana menghancurkan perhubungan mereka berdua.
"Maafkan aku...."Tiba-tiba pintu bilik dibuka oleh seseorang.Pantas sahaja diletakkan foto tersebut dan...
Bum!!
Dihumbankan tubuhnya ke atas katil sehingga berdentum bunyi sesuatu apabila kepalanya terhantuk di kepala katil.Pa'an mengaduh kesakitan dan menggosok kepalanya yang sakit.Terasa mahu menangis pula bila kesakitan itu semakin menular.Hilman yang baru masuk terkejut melihat adegan isterinya yang melompat itu. 
"Kau nak patahkan katil aku ke?"Hilman mendekati isterinya yang masih membisu dan menggosok-gosok kepalanya yang sakit.
"Kau dengar atau tak ni?"Hilman kini sudah  berdiri di hadapan isterinya namun Pa'an masih menunduk.Tak lama selepas itu kedengaran esak tangisan dari seseorang.Kelam-kabut Hilman dibuatnya bila menengar suara sayup itu.
"Kau..kenapa?"Hilman bertanya seperti orang bodoh dan selepas itu barulah dia teringat yang isterinya tadi terhantuk di kepala katil.Menyesal pula dia bertanyakan soalan bodoh itu.
"Kau okey?"Dengan teragak-agak Hilman menyentuh bahu isterinya itu dan bila melihat wajah Pa'an yang berlinangan air mata itu,tahulah dia yang isterinya sedang menanggung kesakitan yang teramat sangat.
"Aaa..kau tunggu sini kejap.Tunggu tau..."Melihat anggukan dari Pa'an,Hilman terus menghilangkan diri.Semakin mengalir air mata Pa'an terharu dengan tingkah Hilman yang mengambil berat kepadanya.Kenangan lama menerjah di ingatan.

Flashback....

"Ya Allah Pa'an..kau okey tak ni?Ya Allah darah...meh sini aku tengok."Hilman pantas mendapatkan Pa'an yang terjatuh daripada pokok rambutan itu.
"Aduh...bertambah sakitlah kepala aku,janganlah pegang kuat sangat."Pa'an menepis tangan Hilman dari memegang kepalanya.Tidak sanggup dia menatap wajah Hilman yang diminatinya secara dekat.
"Sorry...berdarah dah ni.Jom masuk rumah aku,nanti aku minta ubat dengan plaster dekat mama."Hilman cuba mengangkat Pa'an untuk bangun.
"Tak payah...aku boleh bangun sendiri."Terus sahaja Pa'an berjalan mendahului Hilman yang sedang geram dengan sikap degil Pa'an itu.
"Lain kali aku tak nak kau panjat dah pokok rambutan tu..aku tak ska.Kau perempuan,buatlah cara perempuan."Hilman yang sedang membawa ubat untuk menyapu luka Pa'an sempat lagi membebel.
"Apa pula...lantak akulah nak panjat pokok ke apa ke?"Pa'an sengaja membantah walhal dia senang bila Hilman mengambil berat tentangnya.
"Degil lagi tu...ha nah.."Ditonyoh luka dikepala Pa'an dengan kapas yang diisi dettol itu geram.
"Adoi..sakitlah tenuk..."Pa'an menepis tangan Hilman yang tiba-tiba menerjah dahinya.Bergaris sudah dahi licinnya itu gara-gara mahu makan rambutan gading di rmah Hilman.Bukan tak ada galah tapi sengaja dia gatal mahu memanjat.Lepas gianlah katakan.
"Selamba kau panggil aku tenuk.Kau ni memang degil kan?Dah..kalau lepas ni kau teringin sangat nak makan rambutan ke apa ke,kait je guna galah.Jangan nak berlagak hero.Awak tu perempuan,bila dah berparut nanti siapa yang nak?"Pa'an hanya menatap wajah Hilman yang beria-ia membebel kepadanya.Hatinya berbunga-bunga di saat itu.
Lamunan Pa'an tersentak bila Hilman masuk semula bersama minyak gamat di tangannya.Segala kenangan itu perlu dihapuskan dan dia perlu berhadapan dengan kenyataan.
"Meh sini kepala kau..."Hilman duduk di sebelah Pa'an.
"Biar aku buat sendiri..."Pa'an mengesat air matanya,malu bila Hilman melihatnya menangis begitu.
"Jangan nak degil,kau dari dulu sampai sekarang degilnya tak habis-habis."Hilman membuka penutup minyak gamat itu lalu dibubuh ditapak tangannya sedikit.Habis semerbak bau biliknya dengan bau minyak gamat.Pa'an terpaksa berdiam diri kerana kesakitannya terlalu menyengat.Perlahan-lahan Hilman menyapukan minyak gamat itu di kepala Pa'an yang sudah berbenjol itu.
"Kau ni tak sayang kepala kan?Kebal sangat ke kepala kau ni?"Entah apa yang dibebelkan Hilman tidak lagi didengari Pa'an sebaliknya dia melayan perasaannya sekarang yang sedang kesayuan.Dia tidak mahu lagi Hilman melayannya seperti ini,sakitnya yang lama kembali berdarah.Dia tidak rela dipermainkan sekali lagi oleh Hilman.
"Dah...aku dah okey.."Belum habis Hilman menyapukan ubat dikepalanya terus sahaja Pa'an bangun dan menuju ke sofa.
"Thanks..."Wajah sayu Pa'an tidak diketahui sebabnya oleh Hilman.Pantas dia menutup botol minyak itu dan menuju ke bilik airnya.
"Aku tak boleh mencintainya,dia bukan milik aku dan aku tak layak untuknya.."Pa'an meraup wajahnya berkali-kali dan memberitahu dirinya bahawa Hilman adalah hak Annisa yang perlu dipulangkannya.


p/s: sori again...hehe...pendek gak kali ni...hurm...lmbat ag la dorg nak bersame...agak2 korg la kan..kalu parents Hilman especially papa dia tahu ape yg die suruh buat ek??ape plak respon parent Pa'an pulak??Kesian kat Pa'an..tulah..sndiri cari psal...hehe..agak2 ade ke org yg sggop buat bende mcm die ni??hurm...

Thursday, 6 September 2012

SUMPAH TAK SAMA 22

Kedua ibu bapa mertua dan adik iparnya sudah bersiap-sedia di meja makan hanya menunggu dia dan suaminya sahaja.Pa'an terkejut tatkala tangannya ditarik dan digenggam oleh Hilman.Dibesarkan matanya tanda dia marah namun melihat muka selamba Hilman,Pa'an seakan merelakan, lagipun lakonan mereka mestilah nampak real.
"Wah..dah turun dah menantu mama ni.Comel betul mama tengok Fatin pakai baju mengandung warna purple lembut ni.Mari duduk dekat sebelah mama."Puan Sri Faridah memimpin menantunya untuk duduk di sebelah kerusinya.Pa'an terharu dengan layanan baik ibu dan bapa mertuanya,seingat dia,ibu bapanya sendiri tidak pernah melayannya dengan penuh kasih seperti ini.Wajahnya diceriakan agar tidak terkesan oleh mereka semua.
"Sorry mama,lambat sikit turun.."Pa'an meelabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan mamanya manakala Hilman terus menarik kerusi berhadapan dengan isterinya pula.Dah macam tak boleh nak berenggang pula.
"Jemputlah makan semua.."Setelah siap dihidang oleh Fariza mereka menadah tangan untuk membaca doa makan yang didoakan oleh Hilman.Kelihatan keluarga mertuanya lapar dan berselera untuk menjamah air tangan masakan Pa'an buat yang pertama kalinya.Hilman masih merenung sahaja kerana dia takut dan hanya menantikan reaksi daripada keluarganya.
"Sedap betul ikan patin masak tempoyak kamu ni Fatin...berselera papa makan."Tan Sri Zakaria bersuara sambil tangannya laju mencedok kuah ikan patin masak tempoyak ke dalam pinggannya.
"Biasa je papa.. kalau bukan nenek yang ajar,manalah Fatin nak pandai memasak."Pa'an merendah diri sahaja dan dia sebenarnya seakan terasa dengan Hilman yang langsung tidak menyentuh lauk masakannya lagi.
"Hah..yang kamu tengok je kami ni makan kenapa?Ayam goreng berempah kesukaan kamu dah ada depan mata dah tu.Apa lagi..ngaplah cepat."Hilman tersentak sekejap dengan teguran dari mamanya.
"Kalau abang tak nak,biar adik je yang habiskan.Sedap masakan kak Fatin ni..dahlah cantik,pandai memasak pula tu..kan mama..."Fariza mencelah tiba-tiba.
"Orang perempuan memang kena pandai memasak..kamu tu nanti minta tunjuk ajar dari kakak ipar kamu ni macam mana nak masak ikan patin masak tempoyak ni.Mama nak juga merasa masakan kamu."Fariza tersengih lalu mengangguk.
"Yes mama...adik akan belajar memasak dengan kak Fatin.Bolehkan kak Fatin?"
"Boleh je..apa salahnya."Pa'an tersenyum kelat,masih terasa dengan Hilman.
"Ya Allah budak ni..boleh lagi menung depan rezeki...kamu tak nak makan ke Man?"Puan Sri Faridah sekali lagi menegur anak jantannya itu.
"Tak adalah mama...Man just suka tengok mama and papa suka masakan isteri Man ni...masakan dia memang first class..Man hari-hari balik lunch dekat rumah."Pa'an mencebik dan dilihat oleh Hilman tapi tidak yang lain.
"Sayang...tolong ambilkan abang ayam goreng berempah tu..abang nak kepak."Hampir sahaja tersembur nasi yang dikunyah Pa'an bila Hilman memanggilnya 'sayang'.Terketar-ketar tangannya untuk mencapai ayam tersebut.
"Ish abang ni..manja terlajak.Menyampahlah adik tengok..kesian dekat kak Fatin,merah dah muka dia..."Memang benar sekarang ini wajah putih Pa'an menjadi merah.Tidak pernah dia melihat Pa'an malu-malu kucing begini.Cantik.
"Biarlah...isteri abang juga,bukan orang lain...kalau adik nak tahu,kalau kami berdua je,kak Fatin mesti suapkan abang."Beritahu Hilman dengan nada bangga.
"Eleh...abang tu yang pemalas,kesian akak ipar adik ni,mesti selalu kena buli dengan abang kan."Fariza merenung wajah kakak iparnya yang sedang malu itu.
"Aduh..."Tiba-tiba kedengaran suara Hilman yang sedang mengaduh.
"Kenapa bang?Abang okey?ada benda gigit abang ya tadi?Nanti Fatin sapukan ubat ya.."Pa'an tersengih di hadapan suaminya yang sedang menahan sakit itu.Mana taknya,memang sakitlah bila kakinya ditendang kuat oleh Pa'an di bawah meja gara-gara Pa'an tidak sukakan pembohongan Hilman sebentar tadi.
"Ada-ada ajelah kamu bertiga ni..dah makan cepat.Depan rezeki mana boleh banyak cakap."Tan Sri Zakaria menyampuk.Konsentrasinya terganggu pabila mendengar anak menantunya seakan mahu bertekak itu.Mereka meneruskan makan tetapi Pa'an masih lagi tersengih kerana berjaya membuatkan Hilman marah.Satu lagi perkara yang dia suka bila Hilman menjamah masakannya buat kali pertama.

SUMPAH TAK SAMA 21

"Ish..tak apalah mama,nanti buat menyusahkan mama dengan papa je.Kami dah plan dah,lepas bersalin ni Fatin kena berhenti kerja.Man lebih suka kalau anak Man ada di depan mata kami."Hilman menjawab dengan penuh yakin manakala Pa'an seakan tidak bersetuju dengan jawapan suaminya itu kerana satu lagi penipuan yang diucapkan oleh Hilman tidak menyenangkan dirinya.
"Baguslah kalau macam tu.Suka papa bila kamu berdua dah merancang dari awal..."Tan Sri Zakaria tersenyum dan didalam kepalanya berfikir Hilman tidak akan bertindak seperti apa yang dia cadangkannya dulu.
"Hm..kalau kamu dah cakap macam tu,mama tak bolehlah nak halang tapi jangan lupa balik kampung dua minggu sekali.Mama nak juga main dengan cucu mama tu."Hilman mengangguk sambil mengucapkan Insya-Allah.
"Minumlah..kejap lagi boleh naik berehat.Mama dengan papa nak makan apa hari ni?Fatin boleh masakkan..Fariza pun cakap je nak makan apa,akak boleh buatkan."Hilman memandang wajah isterinya seolah-olah tidak percaya dengan kebolehan Pa'an dalam bidang masakan.Satu lagi perkara yang dia tidak tahu.
"Menyusahkan Fatin je,tak apa kejap lagi mama dengan adik tolong Fatin memasak ya?"Pa'an hanya mengangguk kerana dia tahu mamanya itu tidak mahu menyusahkan dia yang sedang sarat mengandung ini.
"Okey..tapi mama just beritahu je mama teringin nak makan apa.Ni limited edition je ni sementara mama ada dekat sini."Pa'an tersenyum apabila pipinya dicubit manja oleh Puan Sri Faridah.
"Degil menantu mama ni...okeylah,hurm...mama teringin nak makan lauk ikan patin masak tempoyak.."Kecur air liur Puan Sri Faridah bila teringatkan lauk itu.Pa'an mengalihkan pandangannya kepada bapa mertuanya dan Fariza.
"Papa dengan adik nak makan apa?"
"Papa makan apa-apa pun boleh..papa tak kisah."Pa'an mengangguk mendengar jawapan dari papanya.
"Eleh..papa tu memang semua boleh telan,tolak kayu dengan batu je..hehe..sorry papa."Fariza menyusun sepuluh jarinya tanda meminta maaf.
"Amboi adik ni,kenakan papa ya...abang pulak nak makan apa?"Hilman yang tadinya terkejut bertambah terpana bila Pa'an memanggil dirinya 'abang'.Terasa urat sarafnya sejuk dan gementar,dia diawang-awangan kini.
"Abang oi..berangan apa lagi tu?Kak Fatin tanya abang tu..isteri depan mata pun boleh berangan lagi."Mereka pakat menggelakkan Hilman yang sedang menggarukan kepalanya sambil tersengih.Pa'an tahu mesti Hilman terkejut bila dia memanggil Hilman 'abang'.Sengaja dia mahu mengenakan lelaki itu yang dari tadi asyik memandangnya.
"Aa..a..bang nak makan ayam goreng berempah.Boleh?"Hilman bagai takut-takut untuk bertanya kepada Pa'an dan dia sebenarnya ragu-ragu dengan kebolehan Pa'an itu.Melihatkan senyuman dari isterinya itu terus Hilman berdehem.Dia tidak tahu kenapa hatinya boleh menjadi selemah ini tiba-tiba.
"Boleh apa salahnya tapi abang kenalah pergi beli ikan dengan ayam..ya?"Hilman pantas menganggukkan kepalanya.
"Mama dengan papa naiklah dulu,berehat ya."Selepas itu kelibat mereka semua sudah menghilangkan diri dan kini hanya tinggal mereka berdua sahaja di ruang tamu.Pa'an mengurut-urut tengkuknya yang terasa lenguh itu.Hilman mengecilkan pandangannya seperti mahu menyerang mangsa yang sudah terhidang di depan mata itu.
"Apasal kau pandang aku macam tu?"Pa'an menyoal dengan langsinya.
"Kau pandai ke memasak?"Hilman berpeluk tubuh sambil berdiri dan tubuhnya disandarkan di sofa berhadapan dengan Pa'an.
"Kenapa?Kau tak percaya aku tak pandai memasak ke atau kau ingat aku nak manderemkan kau?"Perutnya yang memboyot diusap dan seakan menjadi tabiatnya sekarang ini.Hilman memerhatikan sahaja tingkah laku isterinya dengan penuh minat,terserlah naluri keibuan dia wajah Pa'an ketika ini.
"Aku tak sangka kau pandai memasak..."Hilman mengalihkan perhatiannya dengan mencari pasal dengan Pa'an.
"Habis,kau ingat aku nak duduk di takuk lama je ke?Aku pun ada hati dan perasaan.."Pa'an tiba-tiba menjawab dengan penuh emosi.
"Kau ni kenapa?Aku tanya elok-elok yang kau nak marah apasal?Kau bendera Jepun eh?"Hilman memang tidak faham dengan emosi Pa'an yang berubah-ubah itu.
"Elok ke kau tanya macam tu?Tanya macam nak cari gaduh...dahlah,baik kau pergi market sekarang sebelum mood aku hilang,dari nak masak ayam berempah kau tu jadi sampah je nanti."Pa'an bangun lalu meninggalkan Hilman yang termangu-mangu itu.
"Entah apa-apa entah perempuan ni..mereng agaknya marah tak tentu pasal."Hilman juga berlalu dan mengambil kunci keretanya dan keluar.

Bau tempoyak membuatkan Puan Sri Faridah tertarik untuk turun ke dapur,setibanya didapur dia terkejut melihat menantunya keseorangan berperang dengan periuk belanga.
"Ya Allah mak buyung ni..degilnya Nauzubillah..."Pa'an tersengih sahaja bila disergah oleh ibu mertuanya.
"La...kenapa mama bangun,berehatlah lama sikit.Lambat lagi nak makan tengahari ni.."Pa'an tidak menghiraukan bebelan ibu mertuanya kerana dia sibuk mahu menyiapkan makan tengahari mereka nanti.
"Mama tak mengantuk pun,lagipun tadi dah tidur dalam kereta sepanjang jalan.Papa yang drive,mama tidur je."Puan Sri Faridah duduk di meja makan yang disediakan,dia mahu membantu menantunya namun ditegah oleh Pa'an.Katanya mama adalah tetamu special jadi biar dia sahaja yang memasak.
"Yelah...biar mama buat air ya?"Pa'an hanya mengangguk bila mamanya berdegil juga untuk membantu.Mak borek anak rintik,sama je perangai dengan anaknya.Degil!!
"Adik kamu tu mana?"Puan Sri Faridah bertanya kepada Pa'an bila sedari tadi dia tidak nampak kelibat anak daranya itu.
"Ooo..abang bawa adik keluar kejap tadi.Dia nak pergi beli pad...dia terlupa nak bawa.Fatin pula memang tak ada stock sekarang ni."Pa'an membasuh tangannya.Kejap lagi dia mahu menggoreng ayam berempah permintaan Hilman itu.
"Itulah dia..diri sendiri punya kitaran pun tak ingat.Apa nak jadilah dengan anak dara sorang tu.Tak tahulah mama nak cakap macam mana.Gatalnya bukan main,mama suruh kahwin tak nak."Tergelak Pa'an mendengar bebelan ibu mertuanya kepada anak daranya sorang tu.
"Tak apalah mama...Fatin pun kadang-kadang macam tu juga,selalu tak ingat sebab kitaran haid Fatin tak menentu."Pa'an membela adik iparnya itu.
"Hurm..kamu lain,dia  ni lain Fatin..nyanyuknya mengalahkan mama."Sedap sahaja Puan Sri Faridah mengutuk anak daranya itu.
"Kamu tahu Fatin...ayam goreng berempah ni lauk kegemaran Hilman."Pa'an memandang wajah ibu mertuanya dengan penuh teruja.Sinar matanya jelas menunjukkan dia suka bila mengetahui salah satu perkara tentang suaminya itu.
"Ye ke mama?Fatin tak tahu pun,selama ni abang makan je apa yang Fatin masak."Pa'an menggigit bibirnya bila dia menipu.
"Man tu memang macam tu,dia susah sikit nak tunjukkan yang dia sayangkan seseorang.Cuma dengan Nisa je dulu mama tengok dia beria-ia tapi yelah dah bukan jodoh mereka.Alhamdulillah..mama suka tengok kalian bahagia walaupun dengan cara yang tak betul..."Berubah terus air muka Pa'an bila ibu mertuany mengungkit tentang Annisa dan perkara lama mereka.Nasib baik dia membelakangkan ibu mertuanya,jika tidak pasti Puan Sri Faridah dapat melihat  reaksi Pa'an.
"Dah takdir kami mama..."Pa'an menjawab perlahan.
"Yelah...mama pun bersyukur sangat sebab tak lama lagi mama akan dapat cucu."ujar Puan Sri Faridah dengan penuh teruja manakala Pa'an tersenyum kelat.
"Assalamualaikum...."Laungan salam dari Luar oleh Fariza mematikan perbualan mereka berdua.
"Adik masuk dulu ye mama,Kak Fatin...kejap lagi adik turun."Laju sahaja si gadis meninggalkan mereka.puan Sri Faridah hanya menggelengkan kepalanya.
"Kamu ni buat apa pula dekat dapur ni?Pergilah lepak dekat ruang tamu tu.Selalunya menyampah benar kamu nak masuk ke dapur ni."Teguran mamanya dibalas sengihan oleh Hilman.Dia sendiri tidak tahu mengapa kakinya melangkah ke dapur.Bau dan perutnya yang lapar yang menariknya ke situ.Agaknyalahkan....
"Hehe..bosanlah mama...mama pun dekat dapur,bolehlah Man berborak dengan mama sekali dekat sini."Selepas itu banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berdua.Kadang-kala Pa'an perasan mata Hilman sesekali menoleh kearahnya.Pening pula dia dengan tingkah Hilman yang tiba-tiba bertukar menjadi ulat bulu ini.Pandangannya kadang-kadang seperti mahu menelannya.Dia lebih rela mereka bergaduh daripada Hilman melawan mata dengannya.
"Mama..Fatin naik atas sekejap ya.Nak tukar baju...kejap lagi kita makan."Puan Sri Faridah mengangguk dan dia juga selepas itu mahu ke atas untuk menggerakkan suaminya.Pintu bilik dibuka dari luar.Hilman masuk dan melihat sekeliling namun tiada kelibat Pa'an di mana-mana.Selepas itu kedengaran pintu bilik air dibuka pula.
"Astaghfirullahaladzim..."Pa'an mengurut dadanya bila melihat Hilman berada di dalam bilik yang sama dengannya.
"Kenapa kau terkejut?"Soal Hilman tidak berpuas hati.
"Yang kau tercegat macam hantu pocong tu kenapa?Huh..."Pa'an bergerak ke kiri Hilman untuk keluar.
"Hantu pocong kau panggil aku?"Hilman menarik tangan Pa'an tiba-tiba.
"Aduh...yang kau tarik tangan aku ni kenapa pulak?"Pa'an merentap tangannya kasar.
"Suka hati akulah..."jawab Hilman selamba.
"Hah..suka hati aku jugalah nak panggil kau hantu pocong pun..kau peduli apa?"Semakin membulat mata Hilman bila mendengar jawapan berani Pa'an itu.Boleh sakit jiwa jika dia tinggal lama-lama dengan gadis ini.
"Ada je jawapan kau kan?"Hilman masih tidak berpuas hati.Dia sendiri tidak tahu kenapa mereka memang tidak boleh langsung berbaik dan pantang dekat sahaja pasti ada perkara yang menjadi bahan untuk mereka bergaduh.
"Lalalalala..."Pa'an menutup telinganya dengan kedua belah tangannya.Lagaknya seperti budak kecil yang sedang bergaduh.Hilman menahan hatinya yang sedang membara itu.
"Kau.."Hilman menundingkan jarinya kearah Pa'an.
"Wek...."Kali ini Pa'an menjelirkan lidahnya pula.
"Ya Allah..sabar jelah."Hilman cuba menyabarkan hatinya dikala ini.Waktu ini Pa'an sedang tersengih dan mahu keluar dari bilik itu,dia mahu ketawa bila melihat Hilman yang sedang menahan geram itu.
"Mak!!!!"Hampir terjatuh Pa'an dibuatnya bila rambut panjangnya ditarik oleh Hilman tanpa amaran.
"Wei..kau ni apasal?Sakit tahu tak..."Pa'an mendengus sambil mengusap kepalanya yang terasa perit itu.Tanpa jawapan,Hilman berlalu meninggalkan Pa'an yang sedang memarahinya itu namun terukir senyuman di bibir Hilman setelah rambut panjang Pa'an dilepaskan kerana dia sudah mendapat jawapan dari persoalannya pagi tadi.'Rambut tu memang rambut betul dan lembut...'Terbit satu suara halus dihatinya memuji kecantikan Pa'an yang satu itu.


p/s : sorry sangat2..bkan xnak upload tpi byak sgat test minggu ni n esok plak ade kuiz...ahad test..then mggu seterusnye lg lah pack...ini je yg termampu utk mlm ni...t ade mse Insya-Allah ad yg bru..mne tau esok terase nk smbung,sye smbung..ok...thanx...