Setelah seminggu cuti yang dipohonnya tamat,Pa'an memulakan kerjanya seperti biasa.Rambutnya yang yang panjang mencecah pinggang itu diikat satu.Setelah itu dia memilih sepasang baju kurung yang berwarna maroon dan bibirnya hanya dicalitkn dengan sedikit lips balm.Dia sukakan yang ringkas dan neutral.Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia memilih salah satu klip rambut koleksi peribadinya,susah benar untuk dia membuat pilihan kerana semuanya dia suka.Akhirnya dia memilih klip rambut yang berwarna silver hadiah daripada Bazlaa Aina sempena hari jadinya tahun lepas.Dia tersenyum puas dengan penampilannya kini.Teringat dia suatu ketika dahulu dimana dia bukanlah seorang perempuan yang benar-benar perempuan.Dia sememangnya dahulu suka berpakaian lelaki dan dia dengan cap tidak boleh dipisahkan namun hanya disebabkan oleh satu kejadian yang memalukan oleh Hilman,dia jadi malu yang teramat dan dirasakan dirinya perlu berubah.Namun semasa balik dari kampung hari itu,setelah dia dipaksa berkahwin dengan Hilman gara-gara idea bodohnya,dia nekad untuk tidak mendedahkan dirinya yang sekarang lantaran kerana Hilman sendiri asyik memanggilnya dengan panggilan tomboy.Bagaikan satu sumpahan bahawa panggilan itu akan terus melekat dengan dirinya.Keluhan berat dilepaskannya kasar,tidak menyangka dirinya sudah menjadi isteri express kepada musuh lamanya.
"Dey minachi...kau menungkan apa lagi tu?Kau tahu tak yang kita ni dah lambat..nanti bila punch card tu merah mulalah kau marahkan aku."Terjegul wajah Hartini dihadapan pintu bilik Pa'an sambil tangannya mencekak pinggang.Mukanya seperti biasa tiada perasaan.Lamunan Pa'an tersentak,dia tersengih lebar sambil menunjukkan tanda peace kepada Hartini.
"Hehehe..sorry.Kau pergilah start enjin kereta dulu.Sat lagi aku keluar."Pa'an bergegas mengemas failnya yang berterabur di atas mejanya lalu dimasukkan kedalam briefcasenya.
"Cepat sikit,nanti nak sarap lagi.Aku tunggu kau dekat depan,nanti macam biasa kau kunci segala pintu tau."Hartini menghilang setelah bmeninggalkan pesanan kepada Pa'an.Tahu sangat akan perangai clumsy si Pa'an itu.Dia menutup kipas biliknya dan setelah pintu rumah dikunci terus dia mencapai kasutnya yang terletak di rak kasut.Pagar rumah dikunci dengan mangga,takut kejadian pecah rumah berlaku kepada mereka pula.Dua tiga minggu lepas,jiran sebelah rumah mereka pernah dipecah masuk oleh warga asing.Nasib baiklah bukan rumah mereka yang menjadi target kerana walaupun bukan rumah mereka yang kena tetapi seakan mereka yang mengalami mental trauma yang melebih.
"Time to go..go..go..go.."Sambil jari telujuknya mengawang-awang di udara,briefcasenya diletakkan ke belakang.Hartini hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Pa'an yang tidak pernah berubah semenjak mereka berkawan.Penampilannya sahaja yang berubah namun perangainya masih tetap sama.Selamba,clumsy,gila-gila dan kadang-kadang pelupa pun iya juga.
"Hai bersemangat gila kau nak masuk kerja hari ni?Tahulah dah seminggu tak berjumpa dengan buah hati."Seloroh Hartini sambil tangannya cekap memulas stereng kereta.
"Buah hati?Buah hati mana ni?Bila masa aku ada buah hati?Kau ni pandai buat ceritalah Tini..."Pa'an mengerutkan keningnya tanda tidak faham.Dia membetulkan kedudukannya dengan membetulkan tali pinggang keledarnya agar duduknya lebih selesa.
"Eleh kau..purak-purak tak tahu pulak.Hei,semua orang dalam company tu tahulah anak Dato' Muzri tu sukakan kau.E.Hairi Iskandar hari-hari tanya aku bila kau nak masuk.Dah naik lenguh dah bibir seksi aku ni menjawab."Pa'an menjuihkan bibirnya tanda tidak suka.Memang dia tahu lelaki itu menyukai dirinya tetapi dia sedikit pun tidak mempunyai sebarang perasaan kepada lelaki itu.Baginya perasaan itu telah lama tertutup.
"Dia tu memang tak makan saman sikit.Nasib baiklah dia tak tahu nombor phone aku,kalau tak masak aku."Pa'an mengeluh,bosan sebenarnya kerana terpaksa menghadap lelaki seperti Hairi Iskandar itu.Pantang jumpa perempuan cantik mulalah tanduk dia naik.Cuba kalau dia melihat penampilan Pa'an lima tahun dahulu.Conform lelaki itu tidak akan memandangnya.Bukan dia tidak kacak,dia memang kacak tetapi baginya kacak pun tidak guna kalau perangai mengalahkan buaya.Bukanlah lelaki itu tidak kaya tetapi kalau kaya kerana duit bapa nak buat apa,sanggup lagi dia berkahwin dengan lelaki yang tidak kaya tetapi tidak mengharapkan duit mak bapak.Tipikal lelaki kaya sememangnya begitulah perangai dan lumrah hidupnya.Akan tetapi dia agak menyenangi sikap lelaki itu yang menghormati orang lain dan dia tidak sombong tidak macam Fariz Hilman.
"Yelah kau tu.."Balas Hartini lagi.
"Alah..aku tak ada apa-apalah dengan dia tu,dia je yang melebih-lebih.Aku hormat dia sebagai boss kita je tahu tak pernah lebih daripada tu.Lagipun aku anggap dia macam kawan je,sama macam aku kawan dengan korang semua."Ujar Pa'an sambil tangannya sibuk menekan radio kereta Hartini untuk mencari siaran yang boleh menghilangkan bosan mereka.
"Tapi dia anggap kau lain.."Pa'an membiarkan sahaja omongan Hartini itu,malas untuk dia bertekak pagi-pagi ni.Nanti kalau dia bersuara memang takkan tahan telinga Hartini mendengarnya.Biarlah apa orang lain nak cakap yang penting dia tahu apa yang dia buat.Teringat dahulu Hilman pernah menyumpahnya bahawa tidak akan ada seorang lelaki pun yang akan menyukai dirinya namun sumpahan itu seakan-akan terbalik kerana semenjak dia berubah dan masuk UPM lagi,ramai lelaki yang mengejarnya.Ah,kenapalah nama tu sahaja yang dia ingatkan sekarang.
Uhuk!Uhuk!
Habis tersembur segala air yang baru ingin diminumnya.Spoil sungguh moodnya hari ini.Perit rasa tekaknya,siapalah yang agaknya dok mengata dia sekarang.Tak pun,Annisa teringatkan dirinya.Dia kembali berangan teringatkan kenangan lama mereka.Keluhan semakin berat dilepaskannya.
p/s :sikit je dulu...have one more paper...pas 2 free..hehehe...ni pon curi2 on9 dkat cc....hehe.
tima kasih utk n3 ni walau pun pendek sikit...saya akan tgu utk n3 seterusnya...selamat berjaya
ReplyDeletebila nak sambung citer ni. besttt!!!
ReplyDelete