Pandangan maut Hilman meresahkan jiwa Pa'an.Dia tidak suka dengan renungan itu,dia lebih rela jika dia dan Hilman bertekak.
"Ehem..ehem..."Pa'an pura-pura batuk.
"Kau..."
"Kau diam.."
Gulp!!
Hampir tak tertelan air liur Pa'an dibuatnya.'Gerun oi tengok muka mangkuk ni..Dah nak bertukar jadi Incredible Hulk dah aku tengok..tapi warna merahlah...'
"Kau jangan bukak mulut busuk kau tu."Sergah Hilman lagi.
"Hoi..mana kau tahu mulut aku busuk hah?Ha..."Pa'an menekup mulutnya dan cuba menghembus nafas dan dihidunya sendiri.Banyak kali juga dibuatnya tapi tak busuk pun.
"Wangi je aku bau..."Pa'an membuat mka bangang di hadapan Hilman.
"Kau kalau tak buat lawak bodoh tak boleh ke hah?"Tahap sabar Hilman hampir meletup.Dia duduk di birai katilnya dan hanya melihat Pa'an yang sedang bersila elok di lantai.
"Sorry bro..."Pa'an membuat tabik hormat kepada Hilman.
"Huh..hidup aku dah bahagia sejak kau tak ada dulu.Sekarang kau balik sini je,terus porak-peranda hidup aku."Hilman meramas rambutnya kasar.Kini Pa'an hanya mendiamkan diri.Dia tahu dia telah tersalah langkah.
"Aku..."
"Aku kata diamkan?"Kali ini tersentak Pa'an dengan jerkahan mengejut dari Hilman itu.'Huh...mati aku kalau hari-hari kena jerkah dengan mangkuk ni.'
"Kau ni memang degil daripada dulukan?Perangai tak pernah berubah.Suka menyusahkan hidup aku."Bentak Hilman lagi.Kali ini Pa'an tidak lagi menekurkan pandangannya ke lantai.Kini pandangan mata mereka bersabung dengan rasa amarah.
"Ini dah lebih..aku tahulah aku yang salah,tapi kalau kau tak buat macam apa yang kau lakukan dekat aku sembilan tahun yang lepas,tak teringinlah aku nak kacau hidup kau."Mahu sahaja air mata Pa'an mengalir mengingatkan perkara hitam di dalam hidupnya dahulu.Semuanya kerana Hilman,kerana lelaki itulah dia terpaksa berpindah tinggal dengan kedua ibu bapanya semula.Hilman terdiam,terkedu dia saat melihat wajah Pa'an yang seakan mahu menangis itu.
"Aku minta maaf.."Pa'an menarik nafas perlahan manakala Hilman seakan terperanjat dengan ucapan ikhlas dari Pa'an itu.Selama mereka bermusuhan belum pernah diantara mereka yang mengucapkan kata maaf.
"Kalau kau nak aku minta maaf dengan Nisa pun aku sanggup.Aku janji dengan kau..aku akan satukan kau dengan Nisa semula."Pa'an berikrar dengan penuh yakin.
"Kau jangan nak mengarut."Ucap Hilman.Dia sebenarnya tidak tahu untuk berkata apa lagi.
"Aku akan kotakan janji aku."Sumpah Pa'an lagi.
"Dia dah tak ada kat sini..dia dah balik Johor.Kau lupakan je niat kau tu.Aku nak tidur,esok aku dah nak balik KL."Hilman membaringkan dirinya.
"Hah...woi,cepat betol.Aku baru je sampai kampung.Agak-agaklah..."Pa'an berdiri dan berjalan ke arah Hilman.
"Habis?Kau ingat aku nak ajak kau balik sekali dengan aku ke?"Hilman bercakap sambil matanya terpejam.Bukan best pun pandang minah tomboy ni.Asyik-asyik dengan cap dia tu je.
"Habis kalau parents kau tanya macam mana?"Pa'an bercekak pinggang di sebelah Hilman.
"Pandai kaulah nak jawab apa..."Geram sungguh Pa'an mendengarnya dan dia mahu bertanya Hilman di mana tempat tidurnya,takkanlah dia nak selamba badak baring sebelah lelaki itu,mahu diterajangnya ke bawah katil.'Ah pandailah aku nak tidur kat mana sekejap lagi.'Akhirnya Pa'an mengambil keputusan untuk lepak di luar balkoni bilik Hilman.
"Cepatnya Man nak balik?Bukan ke Man ambil cuti seminggu?"Soal Puan Sri Faridah apabila melihat anaknya itu sedang membawa beg bajunya keluar.Langsung dia tidak menyapa keluarganya yang sedang bersantai di ruang tamu itu.Dia masih marahkan papanya.
"Buat apa Man cuti lama-lama kalau Man tak suka."Bersahaja Hilman menuturkan ayatnya.
"Hilman."Hilman mengeluh,bengang kerana papanya sudah mula bersuara.
"Papa tahu kamu marah.Tapi kalau ikutkan hati papa,papa lagi marah dengan apa yang kamu buat di belakang kami selama ni."Baran Hilman kembali naik apabila papanya mengungkit benda yang dia tak pernah buat.
"What ever papa...Man cakap apa pun mama dengan papa dah tak percayakan Man.Papa dan mama lebih percayakan perempuan tu."Pa'an tersentak mendengarnya di saat dia mahu keluar untuk ke rumah neneknya.
"Jangan kamu cakap yang bukan-bukan.Kalau kamu tak sukakan dia kenapa kamu sanggup buntingkan dia?"Soal Tan Sri Zakaria.Pa'an menghampiri mereka untuk menyelesaikan masalah yang telah dia ciptakan semalam.Kalaulah dia boleh putarkan masa.Cepat-cepat dia beristighfar kerana dia hampir sahaja menyangkal takdir yang telah ditetapkan Allah.
"Uncle...semua ni bukan salah dia."Pa'an bersuara.Hilman memandangnya tajam.'Semuanya sebab kau perempuan.'
"No..papa nak Man bertanggungjawab ke atas kamu.Man,kalau kamu tak sukakan dia,papa tak kisah.Tapi yang penting sekarang biar dia lahirkan cucu papa.Lepas tu kamu nak ceraikan dia,it's up to you."Alangkah terkejutnya mereka mendengar cadangan 'bernas' Tan Sri Zakaria itu.
"Abang...apa abang cakap ni?"Puan Sri Faridah bersuara manakala Pa'an terkaku sahaja.'Macam mana nak bercerai kalau anak tu tak ada...aduh...'
"Idah diam."Tegas Tan Sri Zakaria,dia memang pantang ada orang yang menyampuk cakapnya.
"Macam mana saya nak diam je bang..abang ingat kahwin cerai ni main-main ke?Astaghfirullahaladzim..."Puan Sri Faridah sudah mengalirkan air matanya.Hilman ternyata berminat dengan cadangan papanya itu namun dia tahu Pa'an tidak mengandung.
"Abang tahu apa yang abang buat.Hah..dah berapa bulan kamu mengandung?"Sergahnya kepada Pa'an semula.
"Ha?Eh...sebulan..."Tipu Pa'an.Terpaksalah...
"Maksudnya ada lapan bulan lagi sebelum kamu melahirkan.Sepanjang tempoh tu,papa nak kamu berdua hidup sebagaimana kamu berdua buat sebelum ini.Kalau tak boleh nak carry on hubungan tu,papa tak kisah kalau kamu nak ceraikan isteri kamu selepas habis pantang.Yang penting,cucu kami yang jaga.Faham?"Hilman menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.'Huh,lapan bulan nak kena mengadap muka mangkuk ni setiap hari..aku kena buat sesuatu ni.'Rancang Hilman di dalam diam.
"Man balik dulu."Hilman membuka pintu keretanya.
"Takkan kamu nak balik seorang?Isteri kamu ni takkan nak tinggal?"Jerit Tan Sri Zakaria.
"Biarlah dia.."
"Banyak kamu punya biar..kamu ingat dia ni siapa?Dah..yang kamu dok tercegat lagi dekat sini buat apa?Pergi ambil baju kamu ikut laki kamu balik."Pa'an tersentak mendengar jerkahan bapa mertuanya itu.Nasib tak tersembur air liur sahaja.
"Aa...Pa'an nak balik rumah nenek dulu."
"Kamu pergi je ambil baju kamu bawa turun.Kamu Man,nanti temankan isteri kamu balik ke rumah neneknya dulu.Jumpa mertua kamu sekali."Hilman merengus kasar,bengang dengan arahan bapanya.Garang nak mampus.
"Cepatnya nak balik?"Nek Lang mengusap kepala Pa'an penuh kasih sayang.Hanya Nek Lang dan kakaknya yang turut serta manakala ayah dan emaknya tidak mahu keluar dari bilik.Hilman juga tidak mahu keluar dari dalam keretanya.
"Hilman ada kerja nek,emergency."Ucap Pa'an.
"Ada kerja ke,malu?Hei kau ni kan memang suka menyusahkan hidup kami tahu tak?Entah apa yang kau belajar dekat universiti tu entah sampai balik bunting macam ni."Farah Fariha sengaja mahu menyakitkan hati adiknya itu.Dia benci dengan adiknya yang memiliki banyak kelebihan dari dirinya.
"Mulut kamu tu jaga sikit Farah.."Marah Nek Lang.
"Betullah nek.Kami ni malu tahu tak dengan perangai kau yang macam ni.Perangai tak semenggah."
"Dah cukup..nenek kata cukup Farah.."Farah Fariha merengus kasar.Bengang dengan neneknya yang menyebelahi adiknya itu.
"Tak apalah nek...Pa'an tak kisah,memang semuanya salah Pa'an."Pa'an tidak mahu bergaduh dengan kakaknya.Biarlah dia pergi meninggalkan kampung itu.
Pin!!
Hilman membunyikan hon keretanya tanda dia sudah marah.
"Pergilah Fatin...suami kamu dah tunggu tu."Nek Lang memeluk cucunya erat.
"Abah dengan mak..."Akhirnya air mata Pa'an tumpah jua,tidak dapat dia menanggungnya lagi.
"Tak apa..abah tu sekejap je marahnya,mak kamu tu masih terkejut lagi tu.Nanti nenek cuba pujuk mereka."Farah Fariha sudah menunjukkan wajah jengkelnya.Pa'an bangun dan menuju ke bilik kedua ibu bapanya.
"Abah..mak...Pa'an balik dulu.Maafkan semua kesalahan Pa'an selama ni.Halalkan makan minum Pa'an.Pa'an dah banyak buat salah dengan abah dan mak.Semua ni salah faham.Pa'an..."
Pin..pin!!!
Hon kereta dibunyikan lagi.
"Pa'an pergi dulu.."Pantas Pa'an berlari meninggalkan rumah neneknya itu.Tidak sanggup lagi dia berlama-lama di situ.
"Hoi..jangan lupa minta dekat suami kau hadiah aku sebab kau langkah bendul.Aku nak gelang emas."Sempat lagi kakaknya berpesan.
Hilman mahu sahaja menjerit memarahi Pa'an namun melihatkan isterinya itu sedang menangis,dia simpan dahulu marahnya itu.
"Sekarang kau dah tahukan akibat dari perbuatan kau sendiri.."Pa'an tidak membalas ucapan Hilman itu.dia membiarkan sahaja kerana jika dia melawan dia juga yang akan sakit hati.Biarlah dia tenangkan dirinya sendiri.Dia menutup wajahnya dengan cap yang dipakainya.Kereta Hilman meluncur laju meninggalkan kampung halaman mereka.
sian paan..hope dlm masa 8 bln ni diorg fall in love ke...baru betui2 ade baby nanti..kikiki...best2...
ReplyDeletehahaha..kan3 kesiankan...p sape soh die yg cari bale..ahaks..thank coz sudi bace...
ReplyDeletemacam mana nak ada cucu... buatnya pun belum. hahahaha
ReplyDeletehehe...suke...sy follow..
ReplyDelete