BAB 1
1998....
Kelas darjah tiga cerdas senyap tiba-tiba apabila kelas mereka dimasuki oleh Guru Besar merangkap guru kelas mereka.Di belakangnya ada kelibat seorang budak nak kata perempuan pun tak lelaki pun tak.Yang penting semua mata pelajar tertumpu ke arahnya.Budak itu tersenyum menunjukkan giginya yang tidak berapa nak elok itu.
"Okey kelas,hari ni ada pelajar baru yang akan bersama belajar dengan kita."Terang Guru Besar yang tak berapa nak besar itu.Dia menyuruh budak itu sendiri yang memperkenalkan dirinya.
"Ehem..ehem...testing-testing."Bicaranya mengundang tawa seluruh kelas.
"Hehehe..suka korang eh.Nama aku Farhana Fatin binti Che Abdullah.Tapi aku tak main la panggil aku dengan nama tu.Nampak gegirl sangat,korang semua boleh panggil aku Pa'an..."Mereka memandang ke arah budak itu kehairanan.Puas mereka berteka tadi samada budak itu lelaki atau perempuan kerana dia memakai baju kurung sekolah tetapi rambutnya Masya-Allah,kalah burung belatuk.Guru Besar mereka hanya menggelengkan kepala sahaja.Mereka bertegur sapa dan Pa'an yang pada mulanya tidak suka apabila dipaksa bertukar sekolah akhirnya berasa seronok kerana budak kelasnya itu langsung tidak kisah dengan cara penampilannya.
"Okeylah murid-murid,kamu semua jangan bising sebab selepas ni semua guru-guru ada mesyuarat.So,sila buat kerja kamu sendiri tapi jangan terlampau bising."
"Hooray.."Jerit semua pelajar.Guru Besar yang sememangnya sporting itu hanya menggelengkan kepala tapi tidak pula dia marah.
"Hai nama aku Azman..."Budak lelaki yang duduk disebelahnya itu menghulurkan tangannya kepada Pa'an.
Pa'an menyambut huluran tangan itu sambil tersengih lebar.
"Hai Man...."Kini ramai yang berkerumun di mejanya.Dia tidak kekok untuk berkawan dan dia lebih senang berkawan dengan lelaki namun begitu dia masih juga berkawan dengan budak perempuan.Senang kata semua oranglah dia kawan selagi orang tu tak kacau hidup dia.
"Woi minah...nama kau siapa?Dari tadi aku tengok kau ni senyap je.Kau bisu eh?"Dalam ramai-ramai budak yang berkerumun dekatnya ada seorang budak perempuan yang diam mengadap bukunya.Budak perempuan itu memandangnya dan menunjukkan jari telunjuk kearahnya sendiri.
"Yelah kau...siapa lagi?"Mereka semua menunggu reaksi budak perempuan itu.
"Kau jangan kacau dia Pa'an....dia tu ulat buku."Jerit Azman kuat dan budak perempuan itu menundukkan wajahnya.Bar Pa'an perasan yang budak perempuan itu memakai cermin mata.Haih kesian,baru umur sembilan tahun dah rabun.Kuat membaca sangatlah tu.Dia melihat budak perempuan itu menunduk sahaja.
"Kau diam..aku tanya dia bukannya kau."Azman membuat muka tidak puas hati apabila ramai yang mentertawakannya.
"Nama saya Bazlaa Aina..."Perlahan sahaja suaranya.
"Hah?Bas apa?"Sengaja Pa'an mahu mengusik.Merah padam wajah Bazlaa Aina apabila Pa'an mengusiknya begitu apatah lagi semua rakan sekelasnya mentertawakannya dan yang paling galak sekali adalah Azman.
Dia tahu namanya pelik dan unik,susah untuk orang menyebutnya.
"Weh...janganlah marah sangat.Aku gurau jelah..."Bazlaa Aina mengalihkan pandangannya.
"Aku rasa aku pernah nampak kaulah...."Pa'an mengerutkan dahinya cuba mengingati dimana.Kali ini Bazlaa Aina memandangnya pelik,mana dia pernah berjumpa dengan budak perempuan yang tak cukup perempuan ni.
"Ahah...."Semua terkejut mendengar Pa'an menjerit nyaring.
"Kau yang tinggal kat sebelah umah aku tu kan?Alah...kau kenal Nek Lang kan?"Kali ini Bazlaa Aina mengangguk dan dia juga teringat yang Nek Lang pernah menyebut bahawa cucunya dari Perlis akan tinggal dengannya.
"Jadi awak nilah cucu Nek Lang ye?"Pa'an mengangguk dan kini mereka rancak berborak.Budak-budak yang tadinya mendekati mejanya kembali bermain sesama mereka dan sudah tidak menghiraukan mereka.
"Weh..balik nanti kita balik sama nak?"Soal Pa'an.Dia tahu atuknya tak akan mengambilnya dari sekolah kerana atuk dan neneknya menyuruh dia balik sendiri.Baik punya atuk dengan nenekkan?Biarkan cucu comelnya itu bersendirian.Padahal dia sebenarnya yang mahu pulang sendiri.Jawapan yang diberi kepada atuk dan neneknya."Alah tuk,nek...rumah kita ni tak jauhlah dengan sekolah.Turun bukit je dah sampai rumah."Dia dipaksa kedua orang tuanya supaya tinggal dengan nenek dan atuknya namun dia lagi suka kerana tak perlulah dia bergaduh dengan kakaknya yang terlebih manja itu.Dia tidak kisah asalkan ibu bapanya masih sayangkan dirinya.
"Okey...."Pa'an tersenyum mendengar balasan dari Bazlaa Aina itu.
Loceng rehat sudah berbunyi dan Pa'an dengan pantas mengajak Azman dan Bazlaa Aina ke kantin.Pada mulanya kedua sahabat barunya itu tidak mahu mengikut kerana mereka tidak serasi berdua namun dipujuk oleh Pa'an.
"Aku peliklah korang berdua ni...korang kan dah tiga tahun satu kelas tapi macam tak pernah berkawan je."Keduanya diam sahaja.Bazlaa Aina tidak sukakan Azman kerana baginya budak lelaki itu terlalu pemalas dan Azman pula tidak sukakan Bazlaa Aina kerana budak perempuan itu terlalu pendiam.Hanya mulut Pa'an yang becok bersuara.
"Woi mangkuk...kau boleh senyap sikit tak?Aku nak makan pun tak senang.."Suara Pa'an yang tadinya galak ketawa terhenti untuk melihat siapa mamat yang bersuara lantang itu.Kini mereka menjadi perhatian di kantin itu.
"Hek eleh..kalau kau nak senyap kau pergilah makan dekat dalam perpustakaan tu.Aman.Buat apa kau makan dekat sini.Ikut suka hati akulah nak buat bising ke apa.Sini kantin,semua orang berhak bersuara."Balas Pa'an juga lantang.Bazlaa Aina dan juga Azman sudah kecut perut melihat orang yang ditengking Pa'an itu.Matilah....
"Apa kau cakap?"Lelaki itu sudah berdiri dan bercekak pinggang dan Pa'an juga tidak mahu mengalah,dia turut berdiri.Dia melihat tiga orang lagi budak lelaki turut berdiri,mungkin geng si mamat di hadapannya ini.
"Kau pekak eh?Tak pernah korek telinga eh?Agaknya dah berkerak tahi telinga kau ni kan?Kau nak aku tolong korekkan ke?"Pa'an sengaja cari pasal kerana dia tidak suka orang menengkingnya sesuka hati dan lelaki ini musuh pertamanya.
"Kau ni budak baru dekat sini kan?Kurang ajar kau eh..kau tahu tak dia ni siapa?"Tanya budak lelaki yang lain pula.
"Apa ke bodohnya kau ni..dah tahu aku ni budak baru..macam mana aku nak tahu dia ni siapa..cuba kau bagitahu aku.Siapa dia mangkuk ni?"Sengaja Pa'an menekankan perkataan mangkuk itu.Azman dan Bazlaa Aina menarik tangannya namun di tepis.
"Ai..berasap aku dengan budak tomboy ni... "Budak lelaki itu dilihatnya semakin menghampirinya dan Pa'an berdiri tegak tidak berkutik sikitpun sambil menjegilkan matanya.Dia tidak takut.
"Weh...dia tu budak darjah enam...geng nakal kat sekolah kita ni."Bisik Azman kepadanya.Pa'an mengangkat keningnya tanda faham.'Oooo geng nakal ya...siaplah korang...'
"Cikgu..budak-budak darjah enam ni mengelat cikgu..diorang keluar rehat awal.."Jerit Pa'an di saat budak lelaki dan gengnya menghampiri mereka.Kawan-kawan budak lelaki itu sudah pecut meninggalkannya keseorangan.Pa'an tersengih.
"Mohd Fariz Hilman...Awak ponteng lagi ya?"Cikgu yang dipanggil oleh Pa'an itu kebetulan guru disiplin sekolah mereka menghampiri.Fariz Hilman sudah membuat muka bengang apabila dia terkantoi hanya kerana budak tomboy di hadapannya ini dan yang paling dia bengang kawan-kawannya semua cabut.
"Awak ikut saya sekarang jugak."Fariz Hilman terpaksa mengikut guru disiplinnya itu dan sebelum itu dia sempat memberi amaran kepada Pa'an.
"Jaga kau!"Gertak Fariz Hilman bersama sebuah penumbuk.
"Gila kau cari pasal dengan dia..kau tahu tak lepas ni dia mesti cari kau punya."Marah Azman.
"Ah...ada aku kisah,dah jom makan."Pa'an tak takutkan budak lelaki tadi dan dia tak kisah.
"Woi..mana kawan tomboy kau semalam?"Fariz Hilman dan tiga orang kawannya menahan Azman dari masuk ke dalam kelas.Azman sudah takut melihat wajah bengis seniornya itu.Fariz Hilman budak nakal sekolah tetapi bila time sukan sekolah atau daerah dialah atlit yang banyak menyumbang pingat kepada sekolah dan kerana dia anak orang kenamaan semua budak takutkannya.
"Aku tanya ni mana kawan tomboy kau tu?"Kali ini suara Fariz Hilman kuat.
"Kau nak apa cari aku?"Fariz Hilman memandang ke arah budak perempuan yang tak perempuan itu.
"Huh...lepas sekolah ni aku nak jumpa kau."
"Alah..kau dah jumpa aku dekat sini kan?Cakap jelah kau nak apa?Ke kau takut?"Pa'an membuat muka menyampahnya kepada Fariz Hilman.
"Kau memang nak kena ya tomboy..."Jerit kawan Fariz Hilman pula.
"Kau nak buat apa hah?Korang ingat korang besar aku takut?Meh lah..kita lawan..."Pa'an sudah menyinsing lengan bajunya dan dia turut mengangkat kainnya tinggi.Nasib baik dia pakai seluar panjang didalam kalau tidak habis dia ditertawakan.Semua rakan kelasnya sudah kecut perut melihat mereka berempat itu.Fariz Hilman pula hanya memandang tiada perasaan.
"Hei..aku tak mainlah nak bertumbuk dengan budak perempuan macam kau ni."Ucap Fariz Hilman sinis.
"Siapa cakap aku perempuan?"Pa'an bengang.Ketiga-tiga musuhnya itu ketawa bagai nak rak.
"Hahahaha...kalau kau tu betul-betul bukan perempuan,kenapa kau pakai baju kurung sekolah?Aku nak jugak tengok kau pakai seluar baju macam kitorang.Kau kan lelaki."Fariz Hilman menekan perutnya menahan tawa.
"Sial kau...'
Bedebuk!!!
Fariz Hilman terkejut apabila mukanya dijadikan sasaran tumbukan Pa'an.
"Kau memang nak kena ni..."Fariz Hilman cuba untuk membalas namun ditahan ketiga rakannya.
"Apa yang korang semua buat ni hah??"Jerkahan seorang guru membuatkan mereka berhenti bertekak.Pa'an baru sahaja dua hari masuk ke sekolah dah mencari pasal dengan seniornya.
BAB 2
2012.....
Sudah lama dia tidak pulang ke kampung neneknya ini.Arwah atuk sudah lama meninggalkan mereka.Selepas STPM dia terus menyambung pelajarannya di UPM.Kini dia rindukan nenek dan sahabat-sahabatnya di kampung dan sudah tentu dia teringatkan seseorang.Teringat pula perbualan dia dengan Bazlaa Aina semalam.
"Kau ingat lagi tak dengan Hilman?"Pa'an memutarkan kepalanya untuk mengingati nama itu namun dia tidak dapat mengenalinya.
"Siapa tu?"Soalnya endah tak endah.
"Alah yang selalu cari pasal dengan kau masa sekolah dulu."Kini Pa'an membulatkan matanya.Sudah lama dia tidak mendengar cerita tentang lelaki itu.
"Hah..kenapa dengan mangkuk tu?"Pa'an sebenarnya malas nak mendengar cerita tentang mamat itu.Ada perkara yang buatkan dia teramat bencikan Fariz Hilman.
"Dia nak kahwin esok dengan senior kita jugak..kau balikkan esok?"Soal Bazlaa Aina.
"Kahwin..perempuan manalah yang malang sangat tu nak kahwin dengan dia."Ujar Pa'an tidak berperasaan.Benci dia mendengar nama lelaki itu.
"Weh..tak baik tahu kau kata macam tu.Mak aku kata dia sekarang ni dah jadi doktor kat KL tu...bertambah handsome dia sekarang."Pa'an mencebirkan bibirnya mendengar pujian Bazlaa Aina kepada musuh ketatnya itu.
"Handsome kalau perangai macam setan nak buat apa.."Ucapnya.
"Ish kau ni...esok kita pergi sekali ya kenduri dia?"Puas Bazlaa Aina memujuk dan akhirnya dia bersetuju.Dia tersenyum kerana dia ada rancangan untuk kenakan mangkuk itu.
Pa'an memerhatikan masjid kampungnya itu.Dia tidak terus pulang ke rumah tapi terus ke masjid kerana dia masih ingat lagi yang Bazlaa Aina memberitahunya semalam bahawa Fariz Hilman akan mengadakan akad nikah di masjid.Inilah dia peluang untuk dia mengenakan Fariz Hilman.(Pendekkan jadi Hilmanlah yek...)
Pa'an menanggalkan capnya dan mengeluarkan selendang tanda menghormati masjid rumah Allah itu.
"Aku terima nikahnya....."
"Berhenti........"Akad nikah yang baru nak berlangsung itu tergendala apabila tiba-tiba datang seorang gadis berbaju kurung dan berselendang biru menghampiri mereka.Mereka mula berbisik sesama sendiri melihat gadis itu menangis teresak-esak.
"Kenapa ni nak?"Seorang wanita tua menghampirinya dan mengusap bahunya.Pengantin lelaki yang berada di hadapan tok kadi itu menjadi hairan kerana dia tidak pernah berjumpa dengan gadis tersebut.
"Abang..sampai hati abang tinggalkan saya..."Tiba-tiba gadis itu menangis dan menghampiri lalu memegang tangan Hilman.Hilman terkejut melihat gadis yang tidak dikenalinya itu tiba-tiba membuat onar di majlisnya.Annisa,bakal isteri Hilman bangun terkejut melihat gadis itu merayu-rayu dekat bakal suaminya.
"Apa semua ni?"Dia menjerit marah.Hilman berusaha menolak tangan yang cuba memegangnya itu.Mereka tidak perasan yang gadis itu menyembunyikan tawanya disebalik selendangnya itu.Suka benar dia melihat Hilman bergaduh besar dengan Annisa.
"Hei..kau ni siapa?"Hilman menolak Pa'an menjauhinya.Dia mengaduh sakit namun dia harus teruskan lakonannya itu.
"Sampai hati abang buat saya macam ni...selepas apa yang abang buat pada saya,abang tinggalkan macam tu aja...abang tahu tak yang saya sedang mengandungkan anak abang?"Pa'an memegang perutnya.Entah dari mana dia mendapat idea itu pun dia tidak tahu.
"Astaghfirullah...kau dah mengandungkan budak perempuan ni,kau masih ada hati lagi nak kahwin dengan anak aku?"Bapa kepada Annisa bersuara marah.
"Tak pak cik...perempuan ni dah gila..saya tak kenal pun dia.Hei perempuan..baik kau beritahu hal yang sebenar.
"Abang..saya tak pernah tipu...pak cik...memang dia bapa kepada anak yang sedang saya kandungkan ni."Ucap Pa'an lancar,dia tidak takut melihat wajah garang Hilman itu.Yang dia tahu Hilman mendapat malu yang besar sebagaimana yang pernah Hilman buat padanya dahulu.
"Kau bohong!"Jerit Hilman kuat.Bengang dia dengan tuduhan gadis itu.Kenal pun tak macam mana dia boleh mengandungkan anaknya.
"Hilman...hormat sikit,sini rumah Allah..."Tegur tok kadi.
"Kita putus..."Hampir pengsan Hilman mendengar kata putus dari Annisa itu.
"No Nisa...jangan buat abang macam ni.Abang cintakan Nisa..."Pa'an sudah mencebikkan mukanya.Dalam Hilman tengah memujuk Annisa itu dia cuba untuk memboloskan dirinya.Lakonannya sudah selesai,suka dia melihat wajah bengang Hilman dan juga dia suka apabila semua orang menyalahkan Hilman.
"Dah tak guna kita teruskan perkahwinan ni..lagipun anak abang perlukan abang."Air mata Annisa akhirnya tumpah jua,tidak sangka jodohnya dengan Hilman tidak kesampaian.Hilman sudah bagai nak gila jadinya.Ramai mengumpat mengata pasal dirinya.Apatah lagi keadaan menjadi haru-biru apabila mamanya pengsan tiba-tiba.
"Mana budak perempuan tadi?"Soal Tan Sri Zakaria.
"Hah..tu dia..."Adik kepada Hilman menuding jari kepada Pa'an yang mahu keluar itu.
"Kamu..berhenti."Langkah Pa'an terhenti mendengar suara garang Tan Sri Zakaria itu.Perlahan-lahan dia berpaling.
"Betul kamu mengandungkan anak Hilman?"Pa'an yang tiba-tiba blurr itu lambat-lambat mengangguk.
"Tok...kita kahwinkan budak berdua ni sekarang."Jerit Tan Sri Zakaria kuat.Mendengarkan ayat kahwin itu,lutut Pa'an menggeletar hebat.'Ya Allah..bala apa yang dah aku buat ni?'
"Man tak nak kahwin dengan dia papa...Man tak kenal siapa dia."Hilman menghampiri papanya setelah Annisa dan keluarga pulang setelah mendapat malu yang besar.Pa'an sudah menggelabah habis.'Alamak,matilah aku....'Bisik hatinya.
"Kamu dah mengandungkan dia..kamu kena bertanggungjawab."Tegas Tan Sri Zakaria lagi.
"Kamu telefon kedua ibu bapa kamu sekarang.Kita langsungkan majlis selepas mereka sampai."Pa'an dah tak boleh duduk diam.Dia harus beritahu perkara yang sebenar.
"Siapa kau hah perempuan?"Jerkah Hilman tiba-tiba.Sumpah dia tak kenal langsung siapa gadis dihadapannya itu.
"Dahlah Man..jangan kamu nak berlakon lagi.Hah..kamu tunggu apa lagi?Cepat call parent kamu."Kedua ibu bapanya memang sudah berada di rumah neneknya.Selepas sahaja dia menelefon keluarganya,dia terus pengsan.Pengsan kerana dia bakal bernikah dengan musuh ketatnya ini,dan juga semuanya kerana rancangan bodohnya tadi.
"Ya Allah...."Tan Sri Zakaria tergamam melihat tubuh kecil itu tumbang betul-betul di hadapannya.
"Kamu tunggu apa lagi Man?Angkatlah dia..."Perintah Tan Sri Zakaria.
p/s : hehehe...ni saje je try nak create cerite baru...okey x u all???kalau ok nanti smbung lg...hakikat cinta still dlm proses...enjoy it....
best la...sambung2 lagi..
ReplyDelete