Saturday, 9 June 2012

sumpah tak sama 7

"Woit perempuan..kita dah sampai la,yang kau duduk termenung lagi dekat dalam kereta aku ni kenapa?"Hartini menyergah sahabatnya yang sedang jauh mengelamun itu.Semakin pelik dia dengan sikap Pa'an selepas dia balik dari kampung tempoh hari.
"Hilman!"Sekilas nama itu terpancul keluar dari mulutnya.Apa hal aku sebut nama mangkuk tu?
"Hilman?Siapa Hilman ni?Scandal baru kau ya?Kau jangan Pa'an...En.Hairi tu kau nak campak dekat mana?"Pa'an keluar sambil membuat muka toya sahaja.Langsung dia tidak mahu memberitahu Hartini siapa itu Hilman.
"Weh,ceritalah dekat aku siapa si Hilman tu?"Hartini masih menyibuk untuk mengetahui siapa gerangan sebaris nama itu sedangkan Pa'an semakin mempercepatkan langkahnya.
"Tak ada siapa-siapalah...aku main sebut je tadi."Balas Pa'an malas.Baik aku buat alasan lain sebelum mulut aku ni terkeluar perkara yang bukan-bukan.
"Eleh..kalau tak ada siapa-siapa,buat apa kau pergi sebut nama tu.Yelah..siapalah aku ni kan?"Hartini meninggalkan Pa'an laju tanda dia sedang merajuk namun Pa'an tahu rajuk Hartini itu tidak lama sekiranya dia menghadiahkan sahabatnya itu sekeping coklat Cadbury.
"Mengada-ngadalah kau Tini...kau tak nak kawan aku pun ada aku kisah.Aku ramai lagi kawanlah...wek!!"Pa'an menjelirkan lidahnya kepada Hartini yang sedang berdiri di hadapan staff entrance untuk mengambil punch cardnya.Sengaja dia menyakat sahabatnya tetapi dia seakan pelik melihat senyuman Hartini yang tiba-tiba melebar namun bukan ditujukan untuknya tetapi untuk manusia yang berdiri di belakangnya.Sesaat itu juga Pa'an berpusing sembilan puluh darjah untuk melihat manusia di belakangnya itu.Lidah yang masih terjelir dimasukkannya semula dan matanya membulat melihat manusia itu berdiri terlalu hampir dengannya.Hoi!!Berdosalah berdiri dekat belakang bini orang dekat-dekat macam ni.Jeritan itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja sedangkan lidahnya kelu untuk berkata.
"Good morning En.Hairi..Wah!nampaknya hari ni En.Hairi semakin bersemangatlah nak bekerja sebab buah hati dia dah ada di depan mata.Kalau tidak dah macam cacing kepanasan dah saya tengok En.Hairi dalam seminggu ni."Bersama senyuman mengejek,Hartini meninggalkan Pa'an yang sedang memberi jelingan maut kepadanya.Alah..kau ingat aku takut dengan mata sepet kau tu?Cit Podah...Pa'an dengan malasnya berpusing menghadap En.Hairi semula tetapi kini dia cuba menjarakkan dirinya dari lelaki itu.Nampak sangat gatalnya.
"Assalamualaikum En.Hairi..."Pa'an menyapa Hairi sekadar menjaga hati boss nya itu sedangkan Hairi pula tersengih melihat puteri idamannya kini berada di hadapan matanya dan juga terubat sudah rindunya kepada gadis comel ini.
"Waalaikummussalam...lama awak cuti.Saya rindulah nak dengar suara comel awak tu."Hairi sudah memulakan ayat menyayatnya itu.Pa'an hampir sahaja memuntahkan isi sarapan yang baru ditelannya tadi bersama Hartini.Kalau tak sebab sekarang ni susah nak cari kerja yang gaji dia lumayan macam company kau ni,dah lama aku cabut dari mengadap lelaki buaya darat macam kau ni.Pui!!!
Teringin sahaja dia meluahkannya namun dia masih menjaga adabnya sebagai seorang pekerja bawahan.
"Awak dah breakfast?Jom temankan saya makan..."Hairi cuba untuk mengajak gadis itu menemaninya,manalah tahu ada rezeki dia yang untung namun hampa apabila ditolak oleh sang gadis.
"Sorry En.Hairi..saya puasa ganti hari ni."Sengaja dia berbohong sedangkan kalau Hairi berdiri dekat dengannya pasti tercium bau nasi lemak dari mulutnya itu.Nasib baik tiada cebisan lada yang terlekat di celah-celah giginya.
"Oo..kalau macam tu nanti saya belanja awak buka puasa."Hairi masih tidak berputus asa dan pa'an juga tidak akan berputus asa untuk menolak.
"Tak payah nak susah-susah En.Hairi..saya tak nak."Ringkas dan padat dan sesungguhnya dia sudah menyampah.Kalau makin lama macam ni,nampak gayanya taringnya yang dulu akan muncul.
"Tak ada susah-susahnya Fatin..saya ikhlas."Hairi jelas sukakan gadis comel di depannya ini.Muka Pa'an yang tadinya biasa-biasa sahaja telah bertukar menjadi merah membara.Tengah benganglah tu.
"Ikhlaslah sangat...A."Tidak jadi ayatnya diteruskan apabila kelibat Hartini yang tiba-tiba muncul di situ.
"Dia buka puasa dengan saya malam ni.Mama saya ajak dia datang ke rumah."Sepantas kilat Pa'an memandang sahabatnya itu.Terus reda marah di wajahnya,nampaknya dia berhutang sesuatu dengan Hartini selepas ini.
"Melepaslah saya kalau macam ni.Hurm...tak mengapalah kalau macam tu.Kamu berdua pergilah ke tempat masing-masing."Hairi berlalu dengan wajah hampa namun dia tidak akan beralah.Mungkin hari ini tidak namun esok lusa siapa tahu.
"Thanks Tini...aku dah tak tahu nak cakap macam mana dah dengan dia tu.Mahu juga aku tibai dia tadi."Pa'an melampiaskan rasa marahnya kepada Hartini.
"Itulah...nasib aku tergerak nak dengar apa yang korang berdua bualkan.Uish...dah tahap angau dah En.Hairi tu.Itulah kau,aku dah cakap dah hari tu yang dia tu syokkan dekat kau tapi kau tak percaya."Mulut Hartini masih mengomel tentang Hairi sambil tangannya sibuk mengemas mejanya dan menekan button on komputernya.
"Bukan aku tak nak percaya tapi tak adalah aku fikir sampai desperate sangat macam ni.Boleh biul aku kalau lama-lama kerja dekat sini.Boleh sakit jiwa tahu tak?"Pa'an memandang Hartini dan dia sudah hilang minat untuk bekerja mengenangkan perangan Hairi yang semakin menjengkelkan itu.
"Hurm..okey what?Dia kan kaya.."Melihatkan anak mata Pa'an yang seperti mahu terkeluar itu,Hartini terus menutup mulutnya.
"Okey-okey aku faham...tapi kau hutang something dengan aku."Pa'an mengeluh perlahan kerana dia tahu mesti Hartini akan menuntut sesuatu darinya.
"Apa dia?"
"Cerita dekat aku siapa Hilman?"Tidak terkata apa-apa Pa'an di saat ini.Bagaimana dia mahu menceritakan kepada Hartini tentang apa yang telah terjadi.
"Kau tunggu Bazlaa Aina boleh?"Hanya itu yang mampu Pa'an luahkan.
"Bazlaa Aina kawan kau yang dekat kampung tu?"Melihatkan anggukan daripada Pa'an,hartini bersetuju dan dia tahu teman sekampung Pa'an itu akan datang ke Puchong dan tinggal bersama mereka mulai minggu hadapan kerana gadis itu akan bekerja berhampiran dengan tempat mereka tinggal.

3 comments:

  1. Lamanya baru ada update...selalu la update ye...x sbr nak tau kisah selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. akhirnya ada juga entry baru. bdah lama saya tunggu sambungan citer ni.

    ReplyDelete
  3. sorry sume....laptop rosak lagi....insya Allah nanti smbong lagi...

    ReplyDelete