Saturday 17 March 2012

SUMPAH TAK SAMA 5

BAB 4

           "Aku tinggalkan kau dekat Pekeliling,pandai-pandai kaulah nak balik macam mana."Hilman bersuara memecah kebisuan di antara mereka.Menyampah dia melihat Pa'an yang mengelamun itu.
"Pardon..."Pa'an berpaling ke arah Hilman yang sedang menumpukan perhatiannya dalam pemanduan.
"Kau pekak eh?Nak aku tolong korekkan telinga kau ke?"Tak tertelan air liur Pa'an apabila Hilman meminjam ayatnya tadi tetapi dengan nada suara yang sungguh garang.
"Aku tak dengarlah.."Pa'an mendengus geram.
"Huh..berangan je tahu kau ni."Ucap Hilman.
"Mana kau tahu aku kuat berangan?Kau stalker aku eh?"Pa'an menudingkan jarinya ke arah Hilman.Berkerut kening Hilman mengenangkan sikap Pa'an yang cepat berubah itu.Tadi beria benar si Pa'an bersedih,sekarang dah kembali kepada perangai tak tahu malu dia tu.
"Buang masa aku je nak stalker perempuan tak siap macam kau ni."Balas Hilman,sengaja dia mahu bertekak dengan Pa'an.Marahnya masih ada namun tidaklah dia sampai mahu membelasah gadis yang baru dinikahinya itu.Dayus namanya...
"Mulut kau ni betul-betul macam longkang kan?Suka sangat menyakitkan hati aku.Lantak akulah nak jadi perempuan tak siap pun.Kau apa kisah?"Pa'an berpeluk tubuh.Bengang dia dengan sikap Hilman yang dari dahulu suka cari pasal dengannya.
"Kalau mulut aku bau longkang,mulut kau tu bau tungkik..memang aku kisah sebab aku benci kau."Pa'an memandang wajah Hilman pelik.'Tungkik?Apa tu?'
"Tungkik?Binatang apa tu?"Hilman hanya mendiamkan diri,malas mahu menjawab persoalan Pa'an itu kerana dia pun tahu perkataan tongkik itu dari mamanya sendiri.So,dia tiada penerangan yang tepat untuk perkataan tungkik itu.
"Aku turunkan kau dekat Pekeliling je."Kali ini Hilman mengulangi ucapannya dan dia melihat Pa'an hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Good idea..aku pun tak teringin nak tinggal serumah dengan mangkuk macam kau ni."Mahu membakar jiwa Hilman apabila mendengar ucapan dari mulut mulus itu.
"Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni..kau memang tak sayang mulut eh?"Hilman meramas stereng kereta,cuba menyabarkan hatinya.Memang dia tidak akan tenang kalau bertemu dengan Pa'an.
"Aku memang kecik pun..yang besar tu kau."Jawab Pa'an selamba.
"Enough!"Terkejut Pa'an mendengar jeritan Hilman yang entah kali keberapa itu.Dia mengurutkan dadanya sambil mengucap panjang.Manalah tahu mati terkejut sampai tak sempat mengucap naya dia hidup selama ini.
"Astaghfirullahaladzim...kau memang nak bagi aku mati ke?"Pa'an menjeling Hilman tajam.
"Mati lagi bagus dari hidup menyusahkan aku."Tersentak Pa'an mendengarnya.Serba sedikit hatinya terasa dengan ungkapan kasar Hilman itu.Kini kebisuan melanda semula,itu lebih elok daripada mereka membuka mulut,masing-masing akan sakit hati.

Apabila sudah sampai di Pekeliling,Pa'an terus turun dan mengambil begnya tanpa berkata apa-apa dan Hilman pun begitu setelah Pa'an turun terus sahaja dia memecut meninggalkan Pa'an di situ keseorangan.
"Sengal punya mangkuk,dia ingat dia tu bagus sangat..huh!"Pa'an mengeluarkan handsetnya.Dia lupa agaknya mangkuk itu sudah menjadi suaminya sekarang.
"Hello Tini,kau ambil aku dekat Pekeliling sekarang boleh?"Pa'an mengelap peluhnya yang keluar.
"Kenapa tiba-tiba je ni?Bukan kau kata kau cuti lagi ke?Baru dua hari balik kampung dah nak balik sini semula?"Hartini,teman serumahnya bertanya kehairanan.
"Ah..aku ada masalah sekarang ni.Kau ambil aku ya?Aku sorang-sorang ni."Sebak dada Pa'an mengingatkan kedua ibu bapanya yang tidak mahu menerimanya.
"Okay..kau tunggu aku sekejap tapi lambat sikitlah,jalan jem sekarang ni.Kau pun satu nak balik tak nak beritahu aku."Hartini membebel sambil bergegas untuk bersiap.
"Yelah-yelah..aku tunggu.Kau tu drive careful...tak payah nak drift bagai.."Pa'an sempat mengusik Hartini.Perjalan dari Puchong ke KL tidaklah lama mana tapi mengenangkan sekarang ni orang ramai baru balik dari kerja,memang sesaklah.Lama juga dia terpaksa menunggu Hartini dan menyesal juga dia tidak menelefon Hartini awal-awal.Ini semua kerana sibuk sangat dia bertekak dengan Hilman tadi.
"Hoi cik kak...termenung jauh nampak."Hartini menepuk bahu Pa'an kuat.
"O mak kau,mak aku lawa...Astaghfirullahaladzim..tercabut jantung aku ni tahu tak."Bengang Pa'an dibuatnya.Mana taknya hari ni dah berapa kali jantungnya tersentap,belum campur dengan semalam dan kelmarin punya.Memang cepatlah dia arwah kalau hari-hari macam ni.Nasib baik tiada orang yang mendengar dia melatah tadi.Harap muka je cantik tapi melatah.Ceh,perasantanlah pulak...
"Hehehe..sorry.Kau tu mengelamun jauh sangat sampai aku panggil pun tak dengar."Hartini tersengih.
"Sorry naik lorilah..."Pa'an membuat muka bengang tetapi tiada effect terhadap Hartini yang tiada perasaan itu.
"Aku tak nak naik lori..aku nak naik Myvi.Dah jom balik...banyaklah cekadak kau tu."Hartini berjalan meninggalkan Pa'an.Memang tak ada perasaan betullah budak seorang ni.Pa'an mengejar sahabatnya itu.Sudah lama mereka berkawan,sedari dari dia belajar di UPM lagi.Hanya Bazlaa Aina dan Hartini sahaja yang memahami dirinya ini.
"Alah,tunggulah aku..tak syoklah kau ni."Ujar Pa'an sambil membebel panjang tetapi tetap mengikuti Hartini dari belakang.


"Congratulation boss tapi saya peliklah kenapa boss balik awal sangat ni?"Fakrul duduk di hadapan majikannya yang sedang tekun bekerja itu.Hilman memandang Fakrul sejenak lalu mengeluh.
"Jangan kau sebut pasal tu lagi."Gertak Hilman.
"Kenapa boss?Bukan sekarang ni sepatutnya boss pergi honeymoon dengan Puan Annisa ke?"Sakitnya hati Hilman apabila mendengar nama Annisa disebut.Bukan gadis itu yang dikahwininya tetapi tomboy.Mahu sahaja dia memberitahu Fakrul tetapi lebih baik dia merahsiakannya.
"Dah..jangan bayak tanya,baik kau pergi siapkan kerja kau sekarang.Sekejap lagi meeting.Go.."Fakrul keluar dengan perasaan tertanya-tanya mengapa boss yang selama ini sporting gila boleh menjadi seemosional sekarang.Takkan pembawakan budak pula.Lantak dialah.
"Annisa..."Laung Hilman perlahan,sungguh dia merindui wanita yang hampir menjadi isterinya itu.
"Nisa...janji dengan abang yang Nisa tak akan tinggalkan abang.."Kenangan antara dia dengan Annisa terlayar kembali di kepalanya.Kenangan di saat dia melamar Annisa untuk menjadi suri hatinya.
"Apa abang merepek ni?Nisa takut nanti abang yang tinggalkan Nisa."Kali ini Hilman menggelengkan kepalanya.
"No,abang tak akan pernah tinggalkan sayang..never."Ucap Hilman.
"Abang ni kelakarlah,tak sangka Nisa budak nakal sekolah dulu sejiwang ni."Tawa Annisa.
"Apa Nisa ingat  budak nakal tak boleh nak menjiwang ke?"Merah sudah muka Hilman menahan marah.Memang dia cepat baran dan selalunya Annisa berjaya melembutkan hatinya.
"Nakal-nakal pun yang nilah Nisa sayang..."Annisa mencuit hidung Hilman dengan hujung tudungnya.Hilman jatuh cinta dengan Annisa kerana gadis itu pandai menjaga kehormatan dirinya.Selama mereka couple,Annisa telah meletakkan syarat supaya tiada sebarang sentuhan berlaku diantara mereka sehingga kahwin.Pernah dia bertanya mengapa dan jawapan yang diberi Annisa membuatkan dia semakin sayangkan gadis itu.
"Sebab,diri Nisa,hati Nisa dan segala milik Nisa akan diberi kepada seorang lelaki yang bernama suami.Bukan ajnabi.."Hilman tersenyum mendengarnya.Tiba-tiba bayang Annisa bertukar dengan wajah menyengih Pa'an yang menyakitkan hatinya.
"Huh..apa pasal pula mangkuk ni yang wujud dalam kepala otak aku ni."Hilman mengusutkan rambutnya yang sememangnya dah kusut sedari tadi lagi.
"Boss..meeting lagi lima belas minit."Setiausahanya,Aleeya Nasuha memberitahunya.Wajah gadis kacukan arab itu dipandangnya sekilas.
"Okay..."Hilman memperkemaskan rambutnya.



(Pasti korang tertanya-tanyakan apa pekerjaan Hilman yang sebenarnya.Mula-mula Bazlaa Aina memberitahu Pa'an yang si Hilman ni doktor tapi sebenarnya dia adalh CEO syarikat papanya sendiri.So,Bazlaa Aina tu dah salah info.Sekian..)
hope enjoy la yek..xleh nak update byak2...skang ni ngah exam until ujong bulan ni...salam n papai...^-^

3 comments:

  1. Replies
    1. dorg xkan dok serumah ag until sumting happen...hehehe...just tggu je p lmbt ckit la...skang ngah final exam...huhu

      Delete
  2. hari2 masuk tgu n3 terbaru.....

    ReplyDelete