Tuesday 6 March 2012

SUMPAH TAK SAMA 3

BAB 3

    "Man tak nak kahwin dengan perempuan tu."Bentak Hilman lagi.Pa'an yang baru melangkah ke dalam masjid tersenyum.Kali ini dia menyokong tindakan Hilman itu.
"Kamu jangan nak banyak hal Man..Papa akan tetap nikahkan kamu dengan budak perempuan tu."Hilman mengeluh kuat.Bengang dengan semua orang yang tidak memahami dirinya itu.
"Man tak nak..apa nak jadi,jadilah..bukan Man yang mengandungkan dia.Tak terliurlah Man dengan tomboy tu."Selesai sahaja Hilman bersuara abahnya menghadiahkan sebuah lagi penumbuk kepadanya.'Huh..abah memang garang.'
"Apa ni pak cik?"Hilman mengesat darah yang mengalir dari mukanya.
"Kau tanya aku apa?Kau dah buntingkan anak aku kau masih tanya kenapa...aku nak kau bertanggungjawab."Hilman memandang Pa'an berang.
"Abah...Pa'an tak mengandung.."Jerit Pa'an pula.
"Kau diam."Kecut perut Pa'an mendengar tengkingan abahnya itu.
"Tak pak cik..saya tak nak.Tolonglah faham...Eh,apa ni?"Hilman meronta-ronta apabila orang suruhan papanya mengepung dan menariknya duduk di hadapan tok kadi.Menggeleng kepala orang tua itu,tidak pernah perkara seperti ini berlaku di kampung mereka.
"Man...Man tak sayangkan mama ke?Please Man..demi mama..."Hilman berhenti meronta,sayu hatinya mendengar suara serak basah mamanya itu.Lama dia terdiam di situ,di saat tok kadi menghulurkan tangannya,Hilman menyambut dan.....
"Aku terima nikahnya Farhana Fatin binti Che Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak RM50 tunai..."Hilman mengeluh disaat dia melafazkan akad nikah tersebut.Mengeluh kerana bukan nama Annisa yang sepatutnya diakad.Habis sahaja para saksi menyebut sah,mereka mendengar kecoh di belakang tabir.Rupa-rupanya Pa'an pengsan buat kali yang kedua.
"Saya harap,siapa yang hadir hari ni boleh menyimpan rahsia.Biar orang tahu pengantin perempuan sahaja yang bertukar.Faham?Tok pun sekali."Ugut Tan Sri Zakaria.'Aku pun kena jugak...haih...'Rungut tok kadi di dalam hati.

Kenduri keesokannya dibuat serentak di rumah Hilman kerana sebelum ini dia dan Annisa sepakat untuk membuat hanya satu majlis di rumahnya.Ini kerana rumahnya dan rumah Annisa hanya selang sepuluh buah rumah sahaja.Hilman cuba untuk berjumpa dengan Annisa namun gadis itu sudah pulang ke Johor dan dia dihalang oleh keluarga Annisa.Nampak memang mereka marahkan Hilman.Puas dia memohon maaf namun memang tiada maaf baginya.Pa'an dihias cantik dan dipakaikan pakaian Annisa.Keluarga Annisa telah memulangkan semua barang Hilman tanpa meminta apa-apa balasan.Rasa bersalah menyerang dirinya.
"Mana Aina ni..."Pa'an ke hulur hilir menunggu sahabatnya itu.
"Sorry aku lambat..."Bazlaa Aina tercungap-cungap kerana baru berlari tadi.
"Kau apa hal?"Pa'an terjenguk-jenguk ke luar.Dia cuba untuk lari dari malam tadi lagi namun Tan Sri Zakaria sudah menyuruh dua orang bodyguard menjaganya.Nasib baik malam tadi dia tidak disuruh tinggal sebilik dengan Hilman.Jika tidak masak dia.
"Kau tolong aku..kau tahukan aku tak sukakan mangkuk tu.."Pinta Pa'an kepada Bazlaa Aina.Serba salah gadis itu.
"Mangkuk pun dah jadi suami kau dah.Tulah..bodoh sangat dengan idea kau tu.Agak-agaklah nak balas dendam pun,ini salah timelah...."Kali ini Bazlaa Aina membebel pula.
"Ah kau.kau pulak nak jadi macam mak aku.Dah-dahlah tu...Sakit telinga aku ni tahu tak?"Pa'an duduk di birai katil memikirkan cadangannya untuk lari.
"Kau nak aku buat apa ni?"Soal Bazlaa Aina,kesian pula dia dengan sahabatnya itu.
"Hah macam ni..."Dia membisikkan rancangannya kepada Bazlaa Aina.

"Ehem-ehem..abang-abang tough...tadi Tan Sri suruh saya panggilkan abang-abang berdua."Bazlaa Aina memainkan peranannya.Berkerut dahi keduanya manakala Bazlaa Aina berdoa supaya mereka percayakannya.
"Okey..awak tolong tengokkan kawan awak ni.Jangan bagi dia lari."Bazlaa Aina laju sahaja mengangguk.Dia menunjukkan isyarat okey kepada Pa'an.Dan misi bermula...

"Tan Sri cari kami?"Soal salah seorang bodyguard itu.Tan Sri Zakaria mengerutkan dahinya.
"Kamu berdua buat apa di sini?Bila masa aku cari kamu?Budak tu siapa jaga?"Soal Tan Sri Zakaria.
"Tadi ada budak perempan kata Tan Sri..."
"Ya Allah..apa yang korang berdua ni bengap sangat..dah,pergi cari dia.Kalau dia lari,kamu berdua di pecat."Pucat muka kedua orang suruhannya itu.
Pa'an menutup wajahnya dengan menggunakan selendang yang dibawanya semalam.'Alamak,ramainya orang..rumah besar pula tu.Mana aku nak cari pintu belakang ni..."Dalam kelam-kabut dia mencari pintu itu,tiba-tiba dia disergah oleh satu suara.
"Berhenti.."Terkaku langkah Pa'an mendengar suara petir Tan Sri Zakaria itu.Dia berpaling dan mahu berlari namun sudah terlambat apabila ditangkap orang suruhan bapa mertuanya itu.
"Lepaskan aku..hoi..pekak ke?"Pa'an meronta-ronta untuk melepaskan dirinya namun cengkaman keduanya terlalu kuat.
"Kamu lari,kamu mati."Tersentak Pa'an dengan ugutan Tan Sri Zakaria itu.Perangai gengsternya sama seperti Hilman.Tidak hairanlah anaknya itu dulu dapat gelaran gengster sekolah.Kecut perutnya untuk lari.
"Nenek!!"Jerit Pa'an kuat.Akhirnya dia terpaksa juga.Semasa bersanding,ramai yang bertanya mengapa pengantinnya bukan Annisa.Perit telinga dan hati Hilman mendengarnya.Sudahnya di atas pelamin itu,seorang pandang kanan,sorang lagi pandang ke kiri.Ahli keluarga mereka tidak boleh berbuat apa-apa.Hanya menanggung malu sahaja.

"What's up bro?Apa dah jadi?"Selepas bersanding,Hilman terus menukar pakaiannya dan bertemu tiga sahabat baiknya itu.
"Mangkuk tomboy tulah..."Jawab Hilman.
"Wait..tomboy mana ni?"Faiq bertanya kerana dia kurang jelas.
"Tomboy yang selalu gaduh dengan aku dulu tulah.."Malas Hilman menjawabnya.Buat sakit hati sahaja.
"What?"Teriak mereka bertiga serentak.
"Woi..sakitlah telinga aku."Hilman menggosokkan telinganya.Setelah didesak berkali-kali barulah dia menceritakan kejadian semalam.
"Gila dahsyat minah tu bro...hahaha,tapi tak sangka die boleh berubah jadi cantik,cute.."Puji Zamil pula.Hilman merenung Zamil tajam.
"Wowowo...ada orang hot ni.Kau jangan Zamil,tu bini Man ni..hahahaha"Mereka mentertawakan Hilman.
"Hoi..dahlah tu menganjing aku.Aku tengah bengang ni.."Bentak Hilman,dia tidak menghiraukan tetamu yang melihat kearahnya pelik.
"Okey-okey..kitorang gurau je."Sampuk Raihan pula.
"Nak gurau pun agak-agaklah...aku tengah serabut ni.Papa aku pun satu,percaya sangat betina tu mengandungkan anak aku.Sakit tau aku kena debik dengan bapak betina tu semalam."Mereka kali ini mendiamkan diri,mendengar luahan hati Hilman.Bukan mereka tidak tahu yang Hilman dan Annisa sudah lama bercinta.Lelaki seperti Hilman nampak sahaja nakal dan gengster tapi dalam bab bercinta dialah yang paling setia di kalangan mereka berempat.


p/s : ckit je ya...penat la...tadi b4 buat en3 ni sambung hakikat cinta sekejap.Dapatlah satu hari...sikit je lagi nak habis..enjoy it n tunggu apa lagi aksi c Pa'an selepas ini....

1 comment:

  1. wah,cantik font...cantik2...best lah cite ni...sambung lagi taw...thanks sb tuko font nye...heheheh

    ReplyDelete