Sunday 4 March 2012

SUMPAH TAK SAMA 2

Suara yang bising sedang bergaduh kedengaran kuat di telinganya.'Ish..apesal diorang ni memekak tak tentu pasal..aku nak tidur pun tak senanglah...'Pa'an merungut seorang diri.Bila dia teringatkan mimpi ngerinya tadi terus dia terbangun.Dia bertambah pelik apabila ramai manusia yang berada di sekelilingnya.
"Hah..dah sedar pun anak bertuah ni."Nek Lang menjerit kuat.Bersama kerutan di dahi,Pa'an bertanya mengapa kepada neneknya.
"Kau tanya kenapa?Kau bangun sekarang."Pa'an terkejut apabila abahnya menarik tangannya untuk berdiri.
"Apa ni bah...sakitlah orang...."Pa'an cuba merentap tangannya kembali.
"Anak kurang ajar.."
Pang!!!
Pa'an meraba wajahnya,perit dirasakan.Dia melihat kakaknya Farah Fariha tersenyum mengejeknya.
"Abah ni apesal tiba-tiba je lempang orang."Ujarnya tidak puas hati.Dia melihat emaknya sedang menangis.Pelik pula dia dengan keadaan sekarang.
"Apesal kau tanya.Sejak bila kau pandai menyundal dekat luar ni.Aku hantar kau pergi belajar tapi kau pergi buat perangai.Baik aku bunuh je kau ni dulu."Jerit Che Abdullah bengang.
"Abang.."Emaknya bersuara perlahan.Terasa dengan omongan suaminya itu.
"Sudahlah..benda dah lepas tu lepaslah.."Nek Lang pula menyampuk.
"Mak cakap senanglah..yang malunya saya.Ada anak yang tak pandai nak jaga diri.Saya ingatkan kalau dia ni macam ni,maruah dia terjaga..ini..."Pa'an melihat abahnya meraup mukanya berkali-kali,terlihat jelas beban di wajah tuanya itu.
"Dah takdir..kita tak boleh nak elak..Lagipun kamu patut bersyukur budak tu sanggup kahwin dengan Pa'an ni."Pa'an tersentak.'Kahwin?Budak?Ya Allah..'Pa'an baru tersedar yang sekarang ni dia masih lagi berada di masjid dan tadi bukannya mimpi namun kenyataan.
"Tak abah...Pa'an tak nak kahwin dengan mangkuk tu..."Semua terkejut apabila Pa'an tiba-tiba menolak.
"Hei..dah cukup baik budak lelaki tu nak bertanggungjawab,kalau ikutkan hati aku tadi mahu pecah muka korang berdua.Tahu tak?"Jerit abahnya kuat.
"Assalamualaikum..."Salam dijawab serentak oleh mereka semua.Pa'an panik melihat wajah papa Hilman.
"Dah sedarkan..eloklah kita mula sekarang.Dah lama sangat ni...sekejap lagi dah nak masuk asar..."
"Wait uncle..please...this marriage should not happen.It was a mistake...my mistake..." Pa'an bersiri tegak.
"Ma..abah..Nek Lang..Pa'an tak mengandung..sumpah..."Pa'an mengangkat tangan menunjukkan dia benar-benar tak mengandung.
"Apa kau merepek ni?Sekejap mengandung,sekejap tak..."Abahnya menyampuk.Pa'an kehilangan kata-kata,dia tidak tahu macam mana mahu menerangkan bahawa dia hanya sengaja mahu mengenakan Hilman.'Kalau aku cakap macam tu,mampus nanti aku...'Akhirnya Pa'an terdiam sahaja.Tadi dah buat perkara bodoh,nanti kalau dia beritahu perkara sebenar,lagi teruk dia kena maki dengan Hilman sekeluarga.
"Dah,jangan nak merepek...tok kadi dah panggil tu."Pa'an terasa mahu pitam sekali lagi.Pening pula dia fikir macam mana Hilman boleh bersetuju untuk berkahwin dengannya.'Ke mangkuk tu tak tahu lagi aku ni siapa?'Soal hatinya.
"Aa..sebelum tu saya nak berbincang dengan Hilman dulu uncle..."Pinta Pa'an.Abahnya merengus berang.
"Sekejap sahaja tahu..."Pa'an pantas mengangguk.Gerun pula dia dengan bakal bapa mertua express dia ni.


Pa'an melihat wajah sugul dan serabut Hilman itu.Kasihan pula dia melihatnya.
"Assalamualaikum..."Pa'an tersengih namun Hilman yang memandangnya tiba-tiba berubah menjadi garang.Mereka berbincang di luar masjid,jauh dari orang ramai.
"Kau!!Hei kau ni kalau tak kacau hidup aku tak boleh ke hah?"Bentak Hilman kasar.Dia mahu mengangkat tangannya untuk menumbuk muka musuhnya itu.Disaat dia melihat Nek Lang dan juga mendengar nama Pa'an,barulah dia kenal siapa gadis itu.
"Wo...relax la bro..."Pa'an tersengih lagi.takut juga dia kalau Hilman menumbuknya betul-betul.Saiz badan Hilman sekarang dengan dulu memang sudah berubah dan dia tidak menafikan Hilman memang handsome seperti yang dikatakan oleh Bazlaa Aina semalam.
"Relax kepala otak kau..kau dah rosakkan perkahwinan aku.Kau tahu tak?Sebab kaulah Annisa tinggalkan aku,sebab kepala bodoh kau ni."Hilman menunjal kepala Pa'an kuat.
"Woi..agak-agaklah...suka hati kau je nak tunjal kepala aku ni.Aku bayar insurans ni..."Pa'an menggosok kepalanya,tidak menghiraukan kemarahan Hilman yang sedang membuak-buak itu.
"Kalau ikut hati aku..aku bunuh je kau ni.Sial..."Hilman sudah mencarut-carut di hadapan Pa'an.
"Hek eleh...relax lah..."
"Banyaklah kau punya relax..kau tahu tak yang aku kena kahwin dengan kau kejap lagi.Aku kena paksa tahu tak,just because of your stupid acting.Huh...atau kau memang nak sangat kahwin dengan aku?"Hilman memeluk tubuhnya.
"Ya Allah..aku terlupa..Aku tak nak kahwin dengan mangkuk macam kau ni...habislah aku,matilah aku..."Pa'an sudah menggelabah beruk,
"Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan tomboy macam kau ni?"Mata Pa'an mencerlung garang ke arah Hilman.
"Entah-entah kau mengandungkan anak orang lain,kau suruh aku jadi pak sanggup kan?"
"Mulut kau tu jaga sikit eh...aku tak mengandunglah...."Pa'an cuba menarik tangan Hilman.Hilman cuba menepis tangannya dari dipegang Pa'an.
"Oooo..aku hairan juga,ada ke lelaki yang nakkan tomboy macam kau ni?"Hilman meliarkan pandangannya ke arah lain,dia melihat semua ahli keluarga memandang mereka.Apalah yang mereka fikirkan agaknya.
"Kurang ajar ayat kau tu...aku saja je nak sakitkan hati kau,macam yang kau dah buat dekat aku dulu."Ujar Pa'an tidak mahu mengalah.Sakit pula hatinya apabila Hilman mengatakan dia tidak laku.'Woi,ramailah mamat-mamat UPM nak kat aku..'
"Very matured...kau tak fikir langsung pasal keluarga aku,keluarga Nisa,dan sekarang bukan aku je yang kena,dengan kau dan keluarga kau sekali yang dapat malu.."Hilman sudah tidak tahan lagi.
"Aa..aku.."Mati kutu Pa'an dibuatnya.Memang betul apa yang dicakapkan Hilman itu.Dia sendiri yang telah memalukan dirinya.
"Woi..macam mana ni?"Soal Pa'an lagi.
"Mana aku tahu..kau yang bangang sangat tadi kenapa?Kalau tak aku dah selamat nikah dah dengan si Nisa tu."Hilman meninggalkan Pa'an sendirian.Sakit hatinya,sudahlah tadi dia nyaris dibelasah oleh abah Pa'an.Tak pasal-pasal dia kena kahwin dengan musuhnya itu.'Cepat Pa'an...idea-idea..kau kan genius..'Sudahnya Pa'an berlari ke arah semua keluarga mereka.Tiba-tiba dia melutut.
"Maafkan saya..."Mereka semua pelik.
"Saya dah rosakkan majlis hari ni.Saya tak mengandung,saya tipu je...saya tak pernah jumpa dengan Hilman sebelum ni...Saya bersalah."Pa'an terpaksa merendahkan egonya demi menyelamatkan dirinya.Kedengaran semua yang berada di masjid itu bercakap sesama sendiri.
"Sudahlah..tak payah kamu nak tipu lagi.apa-apa pun kamu berdua tetap akan berkahwin.Muktamad.
"Tapi uncle..saya tak mengandung.Percayalah..."Pa'an tidak mahu mengalah.
"Uncle tahu kamu berdua berpakat tadi kan?Sudah,jangan nak tipu lagi..sini rumah Allah.Aku takkan benarkan keturunan aku hidup merempat tak ada bapa nanti."Tegas Tan Sri Zakaria.'Ya Allah..diorang mati-mati percaya aku ni mengandung,hebat betul lakonan aku tadi.'
"Sumpah uncle..saya tak mengandung.Nenas..hah,kalau tak percaya,bak sini biar saya makan nenas tu.Kita tengok saya gugur atau tak."Keluar sudah idea gilanya itu.
"Sudah..kamu jangan nak mengarut.Aku tak mahu kamu apa-apakan keturunan kami tu.Sekarang naik dan kita mulakan majlis."Pa'an terduduk di situ tergamam.Musnahlah hidup dia selepas ini.Hilman pula dilihatnya tidak berkata apa-apa pun.
"Sudahlah..Fatin kena terima semua ni.Fatin juga yang buat semua ni kan?Sebelum Fatin buat semua ni,ada Fatin fikir malu keluarga mereka?Malu keluarga Nisa dan malu keluarga kita?Kasihan dengan Hilman.Khemah dah dipacak,esok majlis kenduri...malu mereka kalau tetamu tahu yang majlis tak jadi.Biarlah pengantin perempuan bertukar,jangan majlisnya batal.Dah..bangun.Fatin kena kuat."Nek Lang memujuk cucu kesayangannya itu.Dia marah namun segalanya sudah menjadi takdir,tiada guna untuk dia mengamuk.
"Tapi nek...Fatin..."
"Dah...jangan cakap banyak.Kesian cicit nenek tu nanti tak ada ayah."Pa'an tergamam.'Ah..nenek pun percaya...'

3 comments:

  1. hahaha, sian paan...best2...klu boleh, tukar lah jenis tulisan ni, boleh x?kdg2 mata saya susah nak baca tulisan jenis camni...just my opinion ye...sorry, jgn amik ati taw...

    ReplyDelete
  2. Seronok bacer....x sabar nak tgu next chapter.....

    ReplyDelete
  3. aduiii... tulah acting lagi. kan dah dtg masalah... hahaha. menarik jugak cite ni!

    ReplyDelete