Saturday 25 February 2012

sedutan post terakhir HAkikAt CIntA.....


              Alisya resah,macam mana dia mahu beritahu Adam.Hari ini dah genap seminggu dan dia ada peluang hanya sehingga pukul dua belas malam ini sahaja.Sekarang sudah pukul sembilan malam.
“Kau tunggu apa lagi Isya?Baik kau telepon dia sekarang..”Jerkahan Camelia mengejutkan Ellyana.
“Macam mana nak telepon..saya tak ada nombor dia.”Ucap Ellyana.
“Oi kawan..bukan ke kau dengan dia sekarang sedang uruskan satu projek bersama.Mustahillah papa aku tak bagi nombor Adam dekat kau.Dah…jangan nak fikir lama-lama.Cepat!”Ellyana menganggukkan kepalanya.’Betul juga apa yang Camelia cakap tu.’Dia pantas ke biliknya dan mencari name card Adam yang pernah diberi oleh papa Camelia dahulu.
“Ish..nak telepon ke tak nak ni?”Dalam Ellyana berkira-kira mahu menelefon Adam,dia melihat ada satu nombor baru naik dan nombor itu sama seperti nombor di dalam business card yang dipegangnya.’Aik,macam tahu-tahu je aku nak telepon.Nak angkat ke tak nak ni ek?’Ellyana hanya membiarkan panggilan itu sehingga ianya mati sendiri.’Ish..kenapa aku tak angkat?En.Adam teleponlah semula.’Bagai mendengar suara hati Ellyana,teleponnya kembali berdering.Dia menarik nafas yang panjang sebelum menjawab panggilan dari bekas suaminya itu.
“Assalamualaikum..siapa ni?”Soal Ellyana walhal dia sudah tahu siapa pemanggil tersebut.
“Ehem..waalaikumsalam.Abang ni…”Kedengaran Adam turut menarik nafas panjang.Tiada siapa yang mahu memulakan bicara.
“Hurm,macam mana dengan keputusan Isya?”Straight to the point.Adam malas nak melencong ke benda lain.Dia mahu tahu keputusannya sekarang juga.Ellyana hanya mendiamkan diri.
“Hello Isya…abang tahu Isya masih dengarkan?So,abang nak tahu keputusan Isya malam ni jugak.Kalau tak…Isya tunggu sahaja surat dari mahkamah.”Kedengaran Ellyana mengeluh dihujung sana dan Adam menunggu dengan penuh debaran.
“Kalau macam tu,En.Adam dengar apa yang saya nak cakapkan ni.Saya akan terima.”Ellyana menarik nafasnya sebelum menyambung ucapannya.Adam sudah melompat keriangan.
“Tapi saya ada syarat yang saya mahu En.Adam ikut.”Terus terhenti lompatan Adam di saat itu.
“Apa dia?”Adam kembali duduk di katilnya.
“Syarat yang pertama……..”


3 comments:

  1. Aiseh..pendek sngat dahla last n3.. lpas ney rindu menggunung lar dkat Adam dgn Alisya.. By the way.. all the best! Cpat2 siapkan manuskrip.. GO! GO! GO!

    ReplyDelete
  2. Salam. Novel ni dah diterbitkan ke belum?

    ReplyDelete