Thursday, 16 February 2012

sambungan hakikat cinta 42

"Assalamualaikum Yana..mama ni.."Salam disambut Ellyana perlahan.
"Ye mama,ada apa telefon Yana ni?"Soal Ellyana kehairanan.Yelah,tak pernah-pernah mertuanya itu menelefonnya ketika dia sedang bekerja.
"Yana..balik sekarang..adik....."Ellyana bertambah kehairanan tatkala Airina disebut oleh mertuanya dan selepas itu dia semakin gelisah mendengar tangisan ibu mertuanya.
"Kenapa dengan adik mama?"Ellyana cuak.'Ya Allah,janganlah jadi apa-apa keatas anak aku.'
"Adik jatuh tangga tadi..mama tak tahu nak buat apa sekarang ni.Papa and Pak Long tak ada.Macam mana ni Yana...mama risau ni.Adik tak bangun.."Air mata Ellyana bergenang.
"Ya Allah...mama tunggu Yana,sekejap lagi Yana sampai..before tu mama call ambulance dulu.."Ellyana kelam-kabut memikirkan keselamatan anaknya itu.Air mata akhirnya tumpas jua.
"Woit..kau ni kenapa?Kau menangis ya?"Soal Yati rakan sekerja Ellyana.
"Yati..anak saya..anak saya jatuh tangga,mak mertua saya kata dia tak bangun-bangun.."Bersama linangan air mata,Yati dipeluknya erat cuba mencari kekuatan.
"Ya Allah..kau balik sekarang.Aku akan beritahu bos,kau jangan risau."Ucap Yati bersimpati.Baru hari ini dia tahu yang Ellyana sudah mempunyai anak.
"Terima kasih Yati..saya balik dulu.tolong saya."Ellyana pantas meninggalkan syarikat itu.Dia menunggu teksi lama.
"Ya Allah mana teksi ni."Sedang dia membebel sebuah teksi menghampirinya.
"Alhamdulillah...."Kelibat Ellyana terus lesap bersama teksi tersebut.

"Sudah mama?"Soal Adam.
"Dah...mama harap menjadilah."
"Insya-Allah...sekarang Am nak mama semua keluar bawa abang dengan adik sekali."
"Kamu jangan nak buat yang bukan-bukan pula nanti."Pesan papanya.
"No papa..Am tahu apa yang Am nak buat.Papa and mama jangan risau.Alisya will be mine forever after this...."Ucap Adam yakin.
"Kalau macam tu,papa percayakan Am...papa dah telefon orang-orang yang Am pesan tadi."Adam mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.

Ellyana terus melangkah masuk tanpa sempat memberi salam.Dia yang sedang menangis apatah lagi melihat pintu rumah terbuka pantas masuk tanpa mengesyaki apa-apa.
"Mama..."Ellyana menjerit memanggil bekas mertuanya.Dia melangkah ke tingkat atas pula.Hatinya tiba-tiba berasa tidak sedap.'Mana semua orang?Mereka dah pergi hospital ke?'Ellyana mengesat air matanya.
"Adik..."Dia cuba memanggil anaknya pula.Dia membuka pintu bilik yang selalunya menjadi tempat anak-anaknya berehat.
"Adik...aaaa...."Ellyana menutup matanya dan pantas sahaja dia berlari ke tingkat bawah.Degupan jantungnya mengepam laju.Macam mana lelaki itu boleh berada di dalam bilik itu.Lelaki itu baru sahaja keluar dari bilik air sambil memakai tuala sememangnya memeranjatkan Ellyana.Dia beristighfar cuba untuk menenangkan hatinya.
"Ellyana?"Ellyana berpaling disaat namanya dipanggil.
"En.Adam..."Hanya itu yang keluar dari mulut Ellyana dan dia melihat lelaki itu turun menghampirinya.Kali ini dia turut menutup matanya apabila lelaki itu masih lagi bertuala.
"Awak buat apa kat sini?Macam mana awak tau ni rumah saya?"
"Aaa..saya.."'Alamak..apa aku nak cakap ni?'Ellyana memandang ke arah lain sambil mencari jawapan yang sesuai untuk di balas.
"Saya apa?"Adam semakin mendekat.
"Saya..saya..."Hilang sudah ingatannya terhadap Airina.
"Saya..."Adam mendekat dan kini hanya satu inci sahaja yang memisahkan mereka.Ellyana yang perasan dengan kedudukan mereka yang semakin dekat itu cuba untuk melarikan dirinya.
"Abang rindukan Isya..."Ayat itu kedengaran sekali lagi dan kali ini Ellyana tidak jadi melarikan diri sebaliknya kakinya terkaku di situ.Renungan mata Adam yang tajam mendebarkan hatinya.Adam memberanikan dirinya menyentuh wajah Ellyana.Dia  tahu bekas isterinya akan marah namun kali ini tiada reaksi dari Ellyana membuatkan dia seronok.Ellyana memejamkan matanya,sungguh dia amat merindui lelaki itu.Adam dengan beraninya mencium dahi Ellyana.
"Abang cintakan Isya..."Pantas sahaja Ellyana tersedar.Dia menolak tubuh Adam menjauhinya.Dia beristighfar panjang.Dia dan Adam bukan lagi suami isteri yang sah,dia benci dengan dirinya yang tidak boleh mengawal perasaannya tadi.
"Apa ni En.Adam?"Ellyana mendengus kasar manakala Adam pula seperti baru tersedar akan keterlanjurannya.Memang dia tidak dapat menahan rasa rindunya itu.
"Maafkan saya.."Ucap Adam perlahan.
"Saya nak balik."Adam pantas menggapai tangan Ellyana lantas menariknya dari pergi.
"Lepaskan saya En.Adam.."Ellyana cuba menarik tangannya namun Adam dengan pantasnya memeluk Ellyana erat.
"Lepaskan saya En.Adam..."
"Abang takkan lepaskan Isya lagi..."Tiada lagi gerakan dari Ellyana.Ternyata dia terkejut mendengar ayat yang baru sahaja diluahkan Adam itu.'Dia dah tahu ke?'
"Assalamualaikum..."Alangkah terkejutnya Ellyana apabila dia melihat beberapa orang lelaki berkopiah putih berdiri di hadapan pintu rumah Adam.
"Astaghfirullahaladzim...kamu berdua buat apa ni?"Ellyana menolak tubuh Adam kuat apabila dirasakannya pelukan Adam melonggar.
"Kami tak buat apa-apa Encik..percayalah,semua ni salah faham."Ellyana kalut memberi penjelasan.
"Tak buat apa-apa kamu kata?habis yang berpeluk bagai ni apa?"Seorang lelaki yang lain pula bersuara.Ellyana terdiam,air matanya mengalir.Dia merasakan maruahnya bagai direndah-rendahkan oleh Adam.Dia memandang kearah lelaki itu tajam.Adam kasihan melihat wajah sembap Ellyana namun dia harus meneruskan rancangannya.Kalau tidak sampai bila dia akan bersama dengan bekas isterinya semula.
"Dia isteri saya..."Adam bersuara.Ellyana terkedu.Sah lelaki itu sudah tahu tentang pembohongannya.
"Kalau macam tu,tunjukkan sijil nikah kamu?"Lelaki yang ketiga bersuara.Adam tergaru-garu kepalanya,macam manalah dia boleh terlepas cakap macam tu.
"Kami dah bercerai."Jawab Adam perlahan.
"Ya Allah..kamu ingat kalau kamu berdua dah bercerai boleh lagi berkeadaan macam dulu?Sudah..mari ikut kami ke balai."
"Hah balai???"Serentak mereka bersuara.Pelik dengan arahan lelaki itu.
"Macam ni sajalah...saya sanggup kahwin dengan dia..."Ellyana terkejut lalu menjerit tiba-tiba.
"Tidak...saya tak nak...saya sanggup ke balai."Ellyana melutut sambil menangis.Dia bencikan Adam,teramat benci.
"Tak..kami akan berkahwin."Ucap Adam tegas.Serentak itu kedua ibu bapa Adam balik ke rumah.
"Ya Allah kenapa ni?"Soal Datin Zulia kononnya kehairanan.
"Mama...tolong Yana..Yana tak nak kahwin dengan En.Adam..."Tangisan Ellyana membuatkan Datin Zulia serba salah.Akhirnya mereka berpakat dengan lelaki-lelaki yang berkopiah itu untuk melepaskan mereka.

"Yana tetap tak nak kahwin dengan En.Adam..."Ellyana berdiri garang.Adam memandang Ellyana dengan penuh geram.Tidak dia tahu pula yang Ellyana berubah menjadi sedegil ini.
"Terpulang...kalau Isya tak nak kahwin dengan abang...abang akan rampas hak penjagaan anak-anak kita."Adam cuba untuk mengugut Ellyana.
"Am..."Datin Zulia menyampuk.
"Huh..Hak?Apa hak awak En.Adam?Selama ni ada awak mengaku yang mereka berdua ni anak awak?"Panggilan En.Adam sudah bertukar kepada awak menandakan dia marah.
"Abang akan cakap Isya larikan anak kita dari abang.Lagipun Isya tak ada bukti untuk mengatakan abang menafikan anak-anak kita."Adam bercakap dengan penuh yakin.Wajah Ellyana sudah merah menahan marah.Bengang dia dengan sikap Adam itu dan dia tahu yang Adam pasti akan cuba untuk merampas kembarnya setelah dia mengetahui kebenarannya.
"Tolonglah jangan ambil anak-anak saya..."Tutur Ellyana berubah sayu,tadi wajahnya merah kerana marah bertukar merah kerana sedih.Sedih akan hakikat yang dia bakal kehilangan cahaya hidupnya selama ini.
"Isya takkan berpisah dengan mereka jika Isya terima perkahwinan kedua ini."Ucap Adam titik,dia berlalu meninggalkan ruang tamu itu.Dia tidak mahu mendengar tangisan bekas isterinya yang nanti akan membuatkan dia merubah fikiran.Dato'Mustaffar dan isterinya cuba untuk menenangkan Ellyana.Mereka tahu bekas menantunya itu buntu dan masih tidak boleh terima dengan apa yang baru berlaku tadi.Ellyana termangu sedih.'Apa yang perlu aku lakukan ya Allah...'Rintih Ellyana di dalam hati.


p/s: sori lmbat post...banyak test 0o0o0o...hehe...to mimi syafiqah : ape yang urgent tu ek???? pepe pon enjoy la ek...nak post kat penulisan2u die pnye date susah la skang...selalu termiss...

6 comments:

  1. ooooh itu rupanya plan adam... next entry eh eh eh eh... hehe

    ReplyDelete
  2. aiya...ade fb x?lau ade...pm mie...if xde...email mie k..qaira85@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade fb...ape name kat fb???ari tu cari x tau yg mane 1..huhu..xpon add azmah tan...pic boboiboy...huhu

      Delete
  3. suruh adik berlakon tgn berbalut jgk, br dpt papa dia blk.hehe

    ReplyDelete