Thursday, 2 February 2012

hakikat cinta 42

Hujung minggu setelah dia menerima gajinya yang pertama,Ellyana membawa anak-anaknya dan tidak lupa Camelia berjalan-jalan di Mid Valley.Mereka singgah dari satu kedai ke satu kedai.Ellyana seronok melihat telatah anak kembarnya tatkala mereka memasuki ke dalam Mid Valley.Gaya mereka sememangnya tak ubah seperti rusa masuk bandar,kecoh dengan mulut mereka berdua sahaja.Ellyana sudah pesan awal-awal dengan Camelia agar jangan dibawa mereka ke bahagian permainan,nanti habis kopak duit mereka berdua.
"Mama,mami..seronoklah datang sini.Lain kali kita ajak papa pulak nak?"Airin bersuara dan disambut dengan anggukan oleh Airina.
"Nak..nak..nak..boleh ya mama."Ellyana memandang kembarnya kehairanan.'Sudah,papa mana pula ni?'Soalnya di dalam hati.
"Psstt..takkan Adam kot?"Camelia bersuara di sebelah telinga Ellyana.Dia hanya membisu,lebih baik jangan dirosakkan moodnya hanya dengan menyebut nama lelaki itu.
"Papa baik mama,papa selalu belikan mainan untuk abang dengan adik.Kan abang kan."Kali ini Ellyana termanggu,sangkaan Camelia sememangnya tepat.Siapa lagi kalau bukan Adam,memang hanya lelaki itu sahaja yang tinggal di rumah mertuanya.Takkanlah mereka berdua dah tahu Adam itu papa sebenar mereka.
"Siapa nama papa?"Soal Camelia lagi.Mereka melihat kedua kembar itu berpandangan sesama sendiri.
"Entah tak tau..tapi atuk dengan nenek panggil papa Am..."Ellyana mengeluh.
"Tak guna kau mengeluh sekarang.Benda macam ni memang akan terjadi punya,dah tu pulak sekarang mereka kerap berjumpa di rumah."Ucap Camelia perlahan.
"Saya tau tapi saya tak sangka secepat ini.Saya tak pernah menghalang hubungan mereka anak-beranak malah saya berharap sangat abang dengan adik merasa kasih sayang seorang papa walaupun mereka saling tidak mengetahui apa hubungan diantara mereka."Ucap Ellyana.Mereka berjalan di belakang kembarnya sambil berborak sambil memerhatikan gelagat anak-anaknya.
"Dah tu..apa masalah kau?"Soal Camelia lagi.
"Saya takut dia akan merampas mereka dari saya.Awak pun tahu kan yang Adam tak pernah mengaku itu adalah anaknya."
"Insya-Allah dia tak akan dan aku rasalahkan..Adam tu macam syok gila dengan kau.Gila-gila fall in love la dengan kau.Cara dia pandang kau hari tu nampak macam dia sangat-sangat rindu dan perlukan kau dalam hidup dia."Luahan Camelia mengingatkan tuturan Adam yang tiba-tiba."Abang rindukan Isya.."
"Woi aku cakap dengan kau ni."Jerit Camelia di telinga Ellyana.
"Astaghfirullahaladzim..."Ellyana mengurut dadanya
"Tulah berangan lagi."tukas Camelia lagi sambil tersengih,dia tahu bahawa Ellyana masih menyintai bekas suaminya lagi namun dia sebenarnya hanya berhati-hati takut dirinya dilukai lagi.
"Untunglah kau ada bekas mertua sama-sama pandai berlakon.Agak-agaknya korang ni boleh menang award calon-calon anugerah pelakon terbaik."Perli Camelia lagi.Ellyana melajukan langkahnya malas melayan kerenah Camelia.Lebih baik dia mengikuti anak-anaknya lagi bagus.

Adam menanggalkan cap yang dipakai untuk menutup mukanya sedari tadi.Satu kebenaran yang telah terungkai sebentar tadi benar-benar memeranjatkannya.Dia yang kebetulan mahu berjumpa dengan Haris di Mid Valley terpaksa membatalkan niatnya apabila dia terserempak dengan Ellyana.Dia mengekori bekas isterinya sepanjang masa sehinggalah dia melihat kembar jagaan mamanya bersama dengan Camelia.Pada mulanya dia hairan apa hubungan mereka dengan si kembar itu namun disaat dia mendengar Airin memanggil Ellyana mama,darah terus menyerbu ke wajahnya.Dia yakin kembar itu adalah darah dagingnya.Darah daging yang pernah dinafikannya sebelum ini.Dia lantas mendekat dan dia terdengar perbualan di antara Ellyana dan juga Camelia.Tidak disangkanya mama dan papanya juga berpakat dengan bekas isterinya itu namun dia tahu mereka ada sebab tersendiri.tatkala mendengar luahan Ellyana bahawa dia takut sekiranya Adam merampas si kembar daripadanya membuatkan semangat Adam berkobar-kobar untuk memiliki mereka dan disaat Ellyana menyatakan bahawa dia juga takut Adam tidak mengaku darah dagingnya sendiri membuatkan Adam terfikir bagaimana cara untuk mereka kembali bersatu tanpa ada berlakunya perpisahan lagi.Dia nekad selepas ini dia takkan membenarkan Ellyana dan anak-anaknya terlepas begitu sahaja.Dia tidak akan membazirkan lagi masa yang selama ini telah dia rugikan.

hari yang ditunggu-tunggu Adam tiba jua.Dia mengintai dari tingkap biliknya dan dia nampak Ellyana baru sahaja menghantar kedua anaknya ke rumah.Dia bergegas turun dan memanggil kedua kembarnya.
"Abang..adik...."Airin dan Airina pantas berlari ke arah papanya.Adam lalu memeluk dan mencium keduanya penuh syahdu.Air mata lelakinya jatuh jua.Dato'Mustaffar dan Datin Zulia kehairanan melihat anaknya itu.
"Maafkan papa...papa tak pernah bermaksud untuk menafikan kewujudan kalian.Papa sayangkan kalian,papa minta maaf."Ucap Adam berulang kali.Papa dan mamanya kini tahu bahawa rahsia mereka telah terbongkar.
"Papa cakap apa ni?Abang tak faham la.."Airin mengusap pipi Adam lantas ditarik tangan si kecil itu dan diciumnya bertalu-talu.
"Papa sayangkan abang dan adik.Kalian anak-anak papa,darah daging papa."Ucap Adam menimbulkan kerutan di dahi kedua kembarnya.
"Darah daging tu apa papa?Dalam daging tu ada darah ya papa?"Soalan Airina menerbitkan tawa halus dibibir Adam.Lupa pula dia yang mereka ini masih lagi kecil.
"Darah daging tu maknanya anak-anak papa."Ucap Adam sambil mencium pipi Airina pula.
"Papa and mama wait here..I've something to ask and tell both of you..."Papa dan mamanya berpandangan sesama sendiri.

Setelah dia menyuruhu kedua kembarnya bermain di tingkat atas.Adam mundar-mandir di hadapan papa dan mamanya dan dia turut memanggil Pak Long dan Mak Long sekali kerana dia tahu mereka jua turut berkompromi.
"Kamu nak cakap apa ni Am?Peninglah mama tengok kamu asyik mundar-mandir macam ni."Datin Zulia bersuara walhal dia kaget apa yang akan dikatakan oleh Adam sebentar sahaja lagi.
"How could you all.Sampai hati rahsiakan perkara besar macam ni daripada Am?"Adam meluahkan kata hatinya.Dia kini berdiri di hadapan kedua ibu bapanya.Mereka berempat berpeluh seperti pesalah yang akan dijatuhkan hukuman jantung sebentar sahaja lagi.
"Mak Long dan Pak Long pun sama tipu Am..apa semua orang kat dalam rumah ni dah tak sayangkan Am lagi ke?"Soal Adam geram.Dia cuba menyabarkan hatinya.
"Kami minta maaf Am..kamu jangan salahkan mereka berdua.Papa dan mama yang suruh mereka rahsiakan perkara ni dari Am.Sebenarnya Yana yang tak mahu kami beritahu Am.Dia kata dia sendiri yang akan beritahu bila masanya tiba."Dato'Mustaffar menjawab.
"Ooo tapi sampai bila papa?Sampai kedua kembar Am sudah besar?Sampai mereka dah mula bencikan Am.Macam tu?"Soal Adam lagi.
"Bukan macam tu Am..."Datin Zulia cuba menyampuk.
"Bukan macam mana mama?Dah berapa lama mama and papa tahu Ellyana tu Alisya?"
"Dah lama...sebelum kami ke Raub lagi.Papa sebenarnya ada upah orang untuk menyiasat di mana Alisya berada dan disebabkan itulah papa sengaja menyuruh kamu ke Raub untuk membeli tanah di sana.Semuanya memang rancangan papa disamping untuk kamu bertemu dengan Alisya disana."Adam mendengarnya dengan tekun.
"Haris pun tahu siapa Yana.."Adam terkejut.Bertambah geram dia mendengarnya,sakit hati apabila sepupunya itu turut bersubahat.
"Kamu jangan salahkan dia,kami yang menyuruhnya."
"Apa lagi yang papa dan mama sembunyikan daripada Am?"Soal Adam lagi dan dia melihat keduanya menggelengkan kepalanya.
"Baiklah sekarang Am nak mama,papa,Pak Long dan Mak Long pula berlakon untuk Am..Am nak semua ikut segala rancangan Am."Mereka kehairanan.Apa pula rancangan Adam kali ini.
"Berlakon?"Ucap mereka serentak.
"Ya..ini untuk masa depan Am,Alisya dan anak-anak.Itupun kalau semua mahu melihat kami semua kembali bersatu dan hidup bahagia di dalam rumah ini."Mereka tersenyum tanda bersetuju jika itu rancangan sebenar Adam.Mereka tekun mendengar segala rancangan Adam dengan teliti.

p/s:hehehehe...tunggu tau ape yang Adam nak buat....yang pasti korang akan suke...tapi Ellyana or Alisya pasti x suke...wakakakaka...ples enjoy it........SALAM MAULIDUR RASUL.......

7 comments:

  1. alahai..cepat lah masuk n3 ea...teruja nak baca nih...x sabar nunggu nye...rancangan ape lah ye..

    ReplyDelete
  2. hehe mmg suka, tak sabar nak tau apa rancangan adam ni.

    ReplyDelete
  3. adushhh..
    terseksa begini..
    hahahahha

    ReplyDelete
  4. cptlah sambg...tak sabo sangat2 ni..

    ReplyDelete
  5. camnelah yea... rancangan si adam ni nakk memikat semula isya.... jgn kata dia ugut nak rampas si kembar sudah....memanglah si isya tu marah...

    ReplyDelete
  6. cepat....cepat...smbg.... teringin nak tau adam plan apa tu..!!!!!
    selamat menyambut maulidur rasul untuk semua.

    ReplyDelete
  7. best..leh x email mie...qaira85@yahoo.com.my...or search mie kat fb..urgent

    ReplyDelete