Tuesday 9 August 2011

haKikAt CinTa 32

"Adam...wait for me."Jerit seorang wanita kepadanya.Adam hanya meneruskan langkahnya.Sudah jemu dia melayan kerenah semua perempuan yang dijumpanya selepas lima tahun ini.
"Adam.."Rengek seorang wanita lalu memegang lengannya erat.Adam hanya membiarkannya.Dirinya kini terasa kosong dan juga kesunyian.Terasa seperti dia kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam hidupnya.
"Darling..lepas ni you temankan I pergi shopping ye?I nak sangat beg yang kita tengok tempohari..."Rengekan wanita itu tiba-tiba merimaskan Adam.Lantas ditepisnya tangan wanita itu.
"What's wrong Darling?Are you sick?"Soal wanita itu sambil meraba dahi Adam namun ditepis oleh Adam sekali lagi.
"Kau blah dari sini.."Ucap Adam perlahan.
"What?Kenapa dengan you ni?Takkanlah sebab I ajak yo temankan I pergi shopping pun you nak marah I?"Wanita gedik itu membalas tidak puas hati.
"I said you get out from my office..aku dah meluat tengok muka kau!"Jerkah Adam sehingga tersentak wanita itu dibuatnya.
"How dare you scold me like that...apa salah I?"Tangisan wanita itu mula kedengaran.Semakin rimas Adam dibuatnya pantas Adam menarik tangan wanita itu lalu menghalaunya keluar.
"Latif...lagi sekali kalau lepas ni aku nampak lagi muka perempuan ni dekat sini,aku tak teragak-agak nak belasah dia."
Dum!!
Jerkahan dan hempasan pintu membuatkan semua pekerjanya mengurut dada terkejut.Selama lima tahun ini hidup mereka tidak pernah tenteram semenjak Alisya meninggalkannya.
"Ayu..apasal dengan bos kita tu?"Soal Najihah.
"Entah..aku dah fed up kerja dengan orang macam dia tu.Kalau bukan kerana gaji dia yang lumayan,dah lama dah aku say hye-hye bye-bye...huh."Rungut Ayu.Dia sememangnya mahu meninggalkan syarikat itu semenjak dia  mengetahui Adam telah menceraikan Alisya namun dengan pujukan sahabatnya itu dia meneruskan perjuangannya disitu.

Adam bersandar sambil meraup wajahnya berulang kali.Dia beristighfar di dalam hati.Fikirannya kini bercelaru dan kusut.Rasa bersalah dan rindu bercampur-aduk.Kerana tindakan bodoh,terburu-buru dan dendamnya dia telah kehilangan cinta dan insan yang disayanginya.Dia hampir dibuang keluarga namun selepas tiga tahun,Dato'Mustaffar memaafkannya setelah orang tua itu terlantar sakit di hospital dan mengajaknya kembali tinggal bersama.Sepanjang tiga tahun itu perangainya berubah mendadak,dia menjadi seorang lelaki playboy.Suka menyakiti hati wanita dengan menjadikan mereka sebagai mangsa melepaskan dendamnya.
"Alisya..."Nama itu tiba-tiba terbit dari bibirnya.Ini kali yang ke empat dia menyebut nama bekas isterinya.Kali pertama sewaktu dia melamar Alisya sewaktu dihadapan mama dan papanya.Kali kedua semasa akad nikah,kali ketiga adalah yang paling membuatkan dirinya terasa bersalah iaitu ketika dia melafazkan talak kepada Alisya dan yang terakhir adalah tadi.Nasib baiklah tidak terkeluar dari bibirnya untuk melafazkan talak tiga keatas Alisya,jika tidak sekarang ini dia boleh dikategorikan sebagai gila talak.Mama dan papa kini bercuti,jadi dia mengambil masa itu untuk mencari semula bekas isterinya.Dia mahu memohon maaf dan juga kalau boleh dia mahu mereka kembali bersatu dan dia berikrar untuk menjadi seorang suami yang paling terbaik untuk Alisya.

3 comments:

  1. ala pendeknya..tpi best..akak cpt smbg ye

    ReplyDelete
  2. ye ye best tp pendek. tp ok la dr takde apa kan.cepat update ye.

    ReplyDelete
  3. cepat la rujuk balik dgn isya..plis,plis,plis...

    ReplyDelete