Friday 8 March 2013

sumpah tak sama 29

"Apa ni bro?Kitorang tak fahamlah apa masalah korang berdua ni.Cuba cerita dekat kami.."Hakimi melepaskan Hilman dari pegangannya.
"Kenapa kau diam?Kenapa kau tak nak beritahu kawan-kawan kau apa yang kau dah buat dekat aku semalam?"Pa'an masih tidak berpuas hati.
"Kau nak ke aku cakap yang kita tidur bersama semalam?Kau nak cakap yang tomboy macam kau dah hilang dara?"Seakan baru tersedar,Pa'an merasakan maruahnya diinjak-injak oleh Hilman di hadapan kawan-kawannya.Wajah Hilman serius tidak main-main atau mengejek-ejeknya.Mukanya terasa semakin panas kerana malu.Ah,kenapa aku cabar dia.
"Hah!!!!"Ternganga mulut kedua-dua sahabatnya kecuali Raihan yang menunduk sahaja kerana dia yang telah berjumpa dengan mereka berdua di rumah Hilman.Kedua ibu bapa dan adiknya tiada dirumah kerana sedang bercuti ke Terengganu sedangkan dia mahu bebas bersama kawan-kawannya.Nasib baiklah jiran-jiran sebelah rumah Hilman tidak nampak kelibat mereka di rumah itu.Jika tidak pasti ada fitnah yang timbul meskipun Pa'an itu tomboy tetapi dia tetap seorang perempuan.Dia kembali menunduk di saat kebodohannya dihebah oleh Hilman.
"Macam mana... bro.."Hakimi tertanya-tanya macam mana perkara itu boleh berlaku.
"Aku pun tak tahu..terserah kepada kau Pa'an apa yang kau nak cakap tentang aku...selama ni aku ingatkan kau ni betul-betul lelaki tapi perempuan juga kau ya."Hilman tersenyum sinis melihat Pa'an yang sudah kekeringan air mata itu.Sengaja dia mahu menyakiti hati Pa'an kerana dia tidak mahu Pa'an menyuruhnya bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi semalam.Gila dia nak berbinikan tomboy macam si Pa'an ni,mahu mati terkejut Puan Sri Faridah nanti.
"Atau semua ni perancangan kau untuk perangkap aku?"Hilman baru teringat yang selepas dia minum air Sunquick buatan Pa'an,dia terus tidak sedarkan diri.Ya,dia yakin Pa'an sengaja memerangkap dirinya
"Kau..."Pa'an menuding jari lemah kepada Hilman.
"Kau jangan nak salahkan aku kalau benda tu sebenarnya salah kau."Pa'an terkejut dengan tuduhan Hilman kerana dia juga turut  tidak sedarkan diri selepas minum air itu.
"Sudahlah..kau ingat aku tak tahu yang selama ni kau sukakan aku.Sebab kau tu tomboy,jadi kau sengaja perangkap aku biar orang kampung tahu yang aku ni orang jahat.Betulkan?"Mencerlung mata Hilman memarahi Pa'an.
"Aku tak sukakan kaulah mangkuk..."Merah padam muka Pa'an bila dipandang serong oleh kawan-kawan Hilman.
"Bohong..kau ingat aku tak tahu.Aku dah baca diari kau..huh,jiwang juga tomboy ni..aku sukakan segala-galanya tentang dia.Dia lelaki yang terhebat yang pernah aku jumpa.Hilman..aku cintakan kau."Dengan nada mengejek,Hilman membaca ayat cinta di dalam diari Pa'an yang pernah dibacanya secara curi-curi.
"Kau..."Malunya dia hanya Allah sahaja yang tahu,sudahnya dia berlalu dengan hati yang membengkak.Dia perlu keluar dari kampung itu,malu jika satu kampung mengetahui tomboy sepertinya sudah tidak suci lagi.Menangis macam mana sekalipun,maruahnya tidak boleh dikembalikan semula.Apatah lagi pasti Hilman akan menuduhnya cuba memerangkap Hilman kerana dia yang berada di rumah lelaki itu dan dia yang membuat air minuman mereka.Dia perlu pergi dan dia tidak mahu melihat wajah Hilman lagi.
Hilman hanya memerhatikan Pa'an pergi dengan hati yang penuh dengan perasaan.Rasa bersalah,rasa simpati,rasa marah semuanya bercampur-baur.
"Serius bro kau dengan dia dah.."Terkebil-kebil biji mata Hakimi bertanya kepada Hilman yang sudah kembali baring di pondok.
"Aku tak tahu,apa yang aku tahu,bangun-bangun je aku dah ada dekat sebelah dia.."Hilman mengeluh panjang.Segala-galanya berlaku tanpa dia sedar,yang dia tahu malam tadi dia berada di sebelah Pa'an di atas katilnya sendiri dalam keadaan dua-dua tiada pakaian.Lemah jantungnya melihat wajah Pa'an yang masih tidur itu.

Pa'an mengelap air matanya yang mengalir,perkara itu terlalu memalukan dan hanya kepada Bazlaa Aina dia mengadu,tidak kepada Nek Lang atau sesiapa pun.Sebab itulah dia berpindah dari kampung itu dan sambung belajar di Perlis.Tindakannya menghalang perkahwinan Hilman hanyalah sekadar untuk membalas dendam tetapi tidak disangka yang dia sekali turut terjebak.Kenangan lama itu sungguh menyakitkan hati.Sehingga kini dia masih berdendam dengan Hilman kerana memusnahkan hidupnya dahulu.Selepas kejadian itulah hampir dua tahun dia menjadi pendiam.Segala-galanya berubah menjadi normal setelah dia melanjutkan pelajarannya ke IPTA.Dari seorang tomboy kepada seorang gadis manis dia berubah.Bila difikir semula,bila dia diceraikan Hilman nanti,sekurang-kurangnya kalau dia mahu berkahwin lain,kesuciannya tidak akan dipertikaikan oleh bakal suaminya kerana dia seorang janda.Mungkin ada hikmah disebalik perkahwinan ini.Dia cuba berfikiran positif.




p/s: yezzzzza k.shaf...hehe...cukup da kan dua bab sekali dlam satu hari..hehe...

2 comments:

  1. tak cukuplah pulak... adeh... next!!! jgn bagi hilman ceraikan pa'an tau! [amaran gitu]

    ReplyDelete
  2. bila nak update g. dah 2 bulan dah ni

    ReplyDelete